teknik pengajaran puisi & teks pbbsbm 27-29 julai 2010kuala selangor.pptx

75
TEKNIK PENGAJARAN TEKS PBBSBM (SR) PUISI MODEN DAN TRADISIONAL ANUAR BIN MD. AMIN JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUALA LUMPUR

Upload: anonymous-abj0f10zy

Post on 07-Sep-2015

254 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PENGHAYATAN PUISI

TEKNIK PENGAJARANTEKS PBBSBM (SR)PUISI MODEN DAN TRADISIONAL

ANUAR BIN MD. AMINJABATAN PENGAJIAN MELAYUIPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIKKUALA LUMPUR

PENDAHULUANTEKNIK PENGAJARAN PBBSBM SRkANDUNGANBuku Teks PBBSBM SK berkonsepkan bacaan teks cerita yang dipilih untuk melatih murid-murid sekolah rendah memahami konsep asas secara asas.Murid akan diperkenalkan dengan istilah sastera seperti :Watak dan perwatakanSinopsisTema dan persoalanJalan ceritaLatarMesej Nilai dan pengajaran

PendahuluanMurid juga terdedah dengan;Bahasa indah dan puitisMenghayati nilai murni dan pengajaranPengetahuan tambahan dalam pelbagai disiplin ilmuPBBSBM bertujuan membantu guru dan murid melaksanakan P&P yang dapat memanafaatkan unsur-unsur sastera dalam pengajaran Bahasa Malaysia.Aktiviti yang disediakan merangkumi aktiviti pramembaca, semasa membaca dan selepas membaca.

Sebelum PramembacaBangkitkan motivasi / minat untuk membacaKenal tentang bahan bacaanRancang aktiviti semasa membacaSemasa membacaLaksana aktiviti yang dirancangBimbing murid membaca teks dengan cara yang betul (baca senyap dan kuat)Pastikan murid memahami apa yang dibacaMuatkan latihan sistem bahasa sebagai pengukuhanLatih gunakan tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata serta peribahasa yang betulSelepas membacaSediakan aktiviti pengukuhan dan pengayaanLaksanakan teknik pengajaran bahan sastera Libatkan semua muridSentiasa membuat penambahbaikan mengikut kreativiti, kesesuaian dan kebolehan murid.

Adalah diharapkan agar ,Mencontohi semua yang baik sebagai amalan dalan kehidupan merekaBerupaya menggunakan dan mengamalkan bahasa Malaysia baku dengan baji dan efektifMemupuk minat membaca dalam kalangan murid seterusnya melahirkan insan berilmu

Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.Teater PembacaTEKNIK TEKNIK PENGAJARANPBBSBM SKTeater Bercerita

Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.Persidangan Meja Bulatc) Persidangan Meja Bulat Perbincangan dilakukan secara berkumpulan. Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat. Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru. Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan. Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan. Masa perbincangan 15 20 minit. Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Manodrama

Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid) Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih. Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya. Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.Balang Kaca

Seorang murid berlakon sebagai watak utama. Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama. Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama. Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.Improvisasi

Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar. Dijalankan dalam kumpulan antara 2 5 orang murid. Mereka diberi masa 10 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Kerusi Panas

Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak. Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas. Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan. Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya. Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.

Stesen

Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen. Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru. Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat. Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Lakaran

Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk lakaran Lakaran boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina lakaran itu. Contoh : Peta minda Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

PENGHAYATAN PUISI 19

Memenuhi SP/ HSP B.MelayuHasil pembelajaran bidang estetika..berfokus kepada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa..juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, serta membuat apresiasi dan penghayatan..10.0: Memahami dan memberi respons peribadi tentang karya sastera, 11.0: Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif, 12.0: Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Untuk apa?Aspek PengamatanTahu FahamTafsirNilaiApa itu apresiasi?Pengetahuan, pemahamanPerasaan, emosi, kejiwaanPenghargaan, reaksi, penilaian, kritisNilai, estetika, keindahan, kreativitiKepekaan, transformasi, adaptasiPengalaman, penikmatan, ekspresiApresiasi @ PenghayatanMenarikBerkesanBernilaiBermakna Seronok Mengajar & Belajar TujuanMemahami, Menghasil, Mempersembah, Menghayati Puisi Tradisional dan Puisi ModenApresiasi PuisiPENYAJAK ADALAH ARKITEK YANG MEMBINA KEINDAHAN PENGALAMAN DENGAN KECANTIKAN BAHASA SECARA BIJAKSANAT.S. ELIOTPRINSIP PUISI

MEMBAWA MAKNA SEBANYAK MUNGKINDALAM KATA-KATA SESEDIKIT MUNGKINRALPH WALDO EMERSONBENTUK SASTERA YG KENTAL DNG MUZIK BAHASASERTA KEBIJAKSANAAN PENYAIR DAN TRADISINYASETELAH DIBACA AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH BIJAKSANA

BUKAN PUISI NAMANYA ANDAI TIDAK BERUPAYA MEMBIJAKSANAKAN PEMBACAMUHAMMAD HJ. SALLEH (S.N.)KARANGAN BERANGKAP KHAS DIPAKAIUNTUK MELAFAZKAN FIKIRAN YANG CANTIKDENGAN BAHASA YANG INDAH MLUKISN KMANISN DAN KCANTIKN BAHASABERTAMBAH MENARIK KEPADA HATI ORANG YG MENDENGARNYAZABAJul-1029MODENTULISANLISANPUISISAJAKLIRIK LAGU

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONALPROSANARATIFNON NARATIFCERPENNOVELDRAMAKRITIKANESEI SASTERA

UNDANG- UNDANGKENEGARAANEPIKKITABSEJARAHISLAMPANJICERITA RAKYAT

PENGLIPUR LARACERITA HANTUCERITA JENAKA

MITOS

LAGENDASYAIRPANTUNGURINDAMSELOKAENDOI

Mestamu

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari. Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.

Dekon Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi. Teknik ini sesuai untuk sajak.

Gabungan puisi dan dramaPuisi dibaca atau adaptasi penyampaian cth : lagu puisiAhli lain melakukan gerak kreatif, gerak tari @ lakonan yang sesuai dgn. PuisiPelakon boleh bersuara atau tidak bersuaraSesuai untuk semua genre puisiPuisidraSAJAKDaripada bahasa Arab saj karangan puisi moden.Hasil kreatif yang berangkap.Penulisan kreatif berangkap moden berdasarkan bentuk penulisan.Panjang atau pendek bergantung pada gaya penulisan.Mempunyai kepelbagaian bentuk, rima, bait.Setiap kata/diksi dipilih mempunyai semantik.Bentuk bebas satu baris serangkap; satu muka surat.34SAJAKBACA, FAHAM DAN HAYATI SAJAKINTONASIMENAIK (SAJAK BERTEMA PATRIOTIK, PERASAAN MARAH )MENURUN (SAJAK BERTEMA MELAKOLIK, SEDIH, PASRAH)MENDATAR ( SAJAK MENGGAMBAR PERISTIWA, SUASANA )TURUN NAIK (SAJAK MENGGAMBAR PERASAAN YANG PELBAGAI)DEKLAMASI SAJAKPanas usah membakar dadasuara usah menggegar sahajakalau benar membawa cintadi dalam senyap kumpulkan tenaga

Ayam bertelur sekampung tahumengapa mesti kita begitufalsafah ubi diam berisimengapa tidak kita turuti

Sekarang singkirkan semua bicarasekarang kumpulkan tenaga raksasatiba saat berbunga merahserentak mara kita bersama.SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA36Segar angin lautmengembalikan rindunya pada kolekbagai buih kecil yang terapung di airmenjaring sedikit rezekidan sisik ikankulit ketamkepala sotongdan kaki udang yang bersimpati.

ANAK LAUTSeperti kolek terdampar di pasirmenampakkan urat jalur-jalur tuaanak laut itu sudah dapat menerkalangkahnya hampir tibapada muara Pencipta.

Rahimidin ZahariAntologi Anak LautDewan Bahasa Pustaka, hlm. 16

PANTUN

Kajian Muhammad Hj. Salleh,2000:56)Merujuk kepada sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau perilaku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasusila. Dalam Kesusasteraan Melayu istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti, sebagai, laksana, bak, yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan, contohnya tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak jugaApa itu Pantun?Kenali pemikiran/mesej pantun

misalnya; sedih,sindiran,jenaka,gembira,bersemangatContoh pantun:Buah berangan masaknya merah,Kelekati dalam perahu;Luka di tangan nampak berdarah,Luka di hati siapa yang tahu.Mood keseluruhan pengucapan pantun di atas bersifat sedih.Bagaimana mempersembahkan (apresiasi)pantunKenali pemikiran/mesej pantun

misalnya; sedih,sindiran,jenaka,gembira,bersemangatContoh pantun:Buah berangan masaknya merah,Kelekati dalam perahu;Luka di tangan nampak berdarah,Luka di hati siapa yang tahu.Mood keseluruhan pengucapan pantun di atas bersifat sedih.Bagaimana mempersembahkan (apresiasi)pantunSusunan dan perubahan jeda

Pisau raut / hilang di rimba, /Pakaian anak / raja Judah; /Karam di laut / boleh ditimba, /karam di hati / bilakan sudah ? /

Tanda ( / ) adalah tempat di mana jeda seharusnya bertukar intonasi suara akan berubah-ubah antara meninggi, mendatar, merendah dan beralun.Sebutan yang jelas.

Sebagai puisi lisan ,aspek sebutan yang baik amat diperlukan. Ini mengelakkan kekeliruan makna dan menjejaskan keindahan melafazkaan pantun.Boleh dilafazakan mengikut standard sebutan baku atau sebutan biasa.Elakkan dipengaruhi sebutan dialek suku kaaum tertentu.berikan juga perhatian untuk menyebut bunyi vokal dan konsonan dengan tepat dan jelas.

5. Penekanan terhadap kata / frasa tertentuFahami maksud, erti dan makna setiap patah kata dan hubungannya dalam frasa / ayat.Mempersembahkan pantun - Lebih menarik dinyanyikan ( lagu kanak-kanak, lagu rakyat, lagu cinta remaja , malah lagu pop ) atau dilakonkan.PANTUN MENGENANG BUDIPisau raut hilang di rimba,Pakaian anak raja di Juddah;Karam di laut boleh ditimba,Karam di hati bilakah sudah.

Kusangka nanas di tengah padang,Kiranya pandan yang berduri;Kusangka panas hingga ke petang,Rupanya hujan di tengah hari.

Buah berangan masaknya merah,Kelekati dalam perahu;Luka di tangan nampak berdarah,Luka di hati siapa tahu.

Apa diharap kepada tudung,Tudung saji terendak Bentan;Apa diharap kepada untung,Untung nasib permainan badan.

Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 3

Dari Melaka pergi ke Pahang,Singgah di Johor beli berangan;Kami mengucap selamat datang,Apa yang kurang dikeji jangan.

Melenggang ai melenggang lenggang tari lenggangKalau baik hati nanti orang pun sayang

Negeri Pahang aman sentosa,Kaya dengan tumbuh-tumbuhan;Niat di hati nak buat jasa,Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.

Melenggang ai melenggang lenggang tari lenggangKalau baik hati nanti orang pun sayangPANTUN JOGET PAHANGPukul gendang kulit kerbau,Dalam majlis tari menari;Kami ini daganglah merantau,Mengharap belas orang di sini.

Melenggang ai melenggang lenggang tari lenggangKalau baik hati nanti orang pun sayang

Seuntai Kata Untuk di Rasa, hlm. 6SYAIR

Pengaruh Arab dan Parsi

Berasal dari istilah Arab; shir yang bererti penyair pengarang, penyajakDipercayai diperkenal secara meluas oleh Hamzah Fansuri pada abad ke-16 untuk mengajar agama IslamMula diguna untuk sebarkan ajaran Tasauf Isam di Acheh

ORANG BERILMU SUKAR DICARI,SEHARI-HARI MEMENCIL DIRI,HANYA MANIKAM KENAL JAUHARI,BILA BERCAKAP MERENDAH DIRI.

CIRI SYAIR52DIBACADILAGU @ DIDENDANG

DIDRAMAKANDITARIKANAPRESIASI SYAIR53DIBACADILAGU @ DIDENDANG

DIDRAMAKANDITARIKANAPRESIASI SYAIR54LAGU KHUSUS TEKS

SELENDANG DELIMA (Teks Syair Selendang Delima)SITI ZUBAIDAH (Teks Syair Siti Zubaidah Perang China)RAKIS (Teks Syair Rakis)

APRESIASI SYAIR55SUARA (BAIK@MERDU@BOLEH LENTUR)HAYATI TEMA/ ISIHAYATI SUASANA/ MOOD/ LATARMELODI PERLAHAN/ MENDAYULENGGOK KATA IKUT BARISPATAH KATA IKUT MELODIPANDUAN DENDANG SYAIR56SKIMA MELODI SUARA

MENDATARMENINGGIMERENDAHBERALUNPANDUAN DENDANG SYAIR57PERHENTIAN @ TURUN-NAIK SUARAPATAH KATA DI TEMPAT SESUAIMASALAH JUMLAH KATA TAK SAMAMERASA KEHARMONISAN KATAMERASA ALUNAN KATAELAKKAN FRASA TERGANTUNGELAKKAN FRASA TAK BERMAKNAPANDUAN DENDANG SYAIR58LATIHAN MENGALUNKAN SUARAMASALAH PITCHINGSIMPAN SUARATERUS BERLATIHMINTA RAKAN DENGAR & NILAIPANDUAN DENDANG SYAIR59SELENDANG DELIMA

NARASI

RAKISH

SELOKA

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu semasa perrkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Dipercayai bahawa teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan naskhah terawal yang tertulis dalam bentuk seloka (Harun Mat Piah, 1989, hlm. 334) Sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Sungguhpun begitu, isi dan mesejnya sarat dengan sindiran.Latar belakang dan konsepAduhai malang Pak KadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkanAwak pulang kebuluranMudik menongkah surutHilir menongkah pasang;Ada isteri dibunuhNyaris mati oleh tak makanMasa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpuputAda rumah bertandang duduk. (Anak Laut, hlm. 9)SELOKA MALANG PAK KADOK

Sama seperti puisi tradisional lain, seloka juga boleh dilafazkan atau pun dilagukan. Namun sebaiknya seloka dilagukan demi memenuhi tuntutan konsep seloka yang bererti puisi lirik yang mengandungi irama atau lagu.Panduan Melafaz dan Melagukan SelokaFahami dan hayati setiap patah perkataan.Cuba praktis membunyikan perkataan berkenaan dengan jelas dan mengikut nada yang sesuai.Gunakan cermin untuk melihat gerak wajah (permainan mata, bibir, mulut, kening) yang bersesuaian dengan kata-kata yang dilafazkan.Timbulkan unsur menyindir dan lucu bila menyebut perkataan atau ayat berkenaan.Untuk melafazkan seloka beberapa panduan mudah boleh dipraktiskan.Hayati patah kata/ frasa atau ayat. Rasai nada ucapan kata berkenaan dan lontarkan suara mengikut memik muka lucu-menyindir.Pernah seorang professor sastera/ puisi memberitahu bahawa cara paling sesuai melafazkan seloka ialah dengan cara menyebut perkataan sambil memuncungkan bibir serta membeliak/ menjulingkan mata (sepertimana mimik muka orang yang sedang mengumpat/ menyindir). Cubalah !Bila menyebut patah kata, ada kata yang perlu diucapkan dengan laju, keras, nyaring; ada pula yang lembut, lambat dan perlahan. Oleh itu pelbagaikan tekanan suara dan kelajuan patah perkataan.

Nada atau irama yang sesuai adalah irama yang rancak/ cepat. Seloka tidak sesuai dialunkan dengan irama perlahan mendayu. Ini kerana, seloka bersifat lucu-menyindir. Hendak menyindir atau mengata orang tidak boleh lambat-lambat (nanti kepala benjol !). Lafazkan cepat-cepat, lepas itu angkat kaki (selamatkan diri!). Mungkin agak sesuai jika iramanya ada unsur irama Hindustan atau pengaruh melodi India, sesuai dengan asal kedatangannya dari peradaban Sanskrit Hindu.

Melagukan seloka, pertimbangkan ;

Agak bebas untuk melagukan seloka mengikut kesesuaian irama dan mesej yang hendak disampaikan (asalkan berirama rancak !). Boleh mendengar contoh lagu seloka yang dimuatkan dalam CD Puisi Tradisional terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia atau CD Puisi Tradisional yang diusahakan oleh Iladam (Budayawan Melaka) yang dikeluarkan oleh Yayasan Kesenian Negeri Melaka atau hubungi Dewan Bahasa dan Pustaka.GURINDAM

Gurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional sepertimana dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat, yakni terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima a;a. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Bahasanya bernas dan serius. Isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

Panduan Mendendangkan Gurindam

Gurindam didendangkan dengan pelbagai variasi melodi lagu.Umumnya rentak gurindam adalah perlahan (kerana mesej cinta/ nasihat)Suara beralun dan bertingkah (tinggi-rendah-mendatar)Antara lagu gurindam yang sering didendangkan adalah versi (melodi) Bangsawan 30-an, versi Kedah Perlis, versi Lagu Narasi (Johor-Riau).Kepalang duduk menuntut ilmu, Setitis air jadikan madu.

Cari-cari mualim yang faham, Jangan perahu hanyut tenggelam.

Guru umpama sinar permata Cahaya tersebar segenap buana.