teks ucapan perasmian ybhg. dato’ abdul...

37
1 TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KONSORTIUM KOPERASI TANAMAN

Upload: others

Post on 30-Oct-2019

107 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

KONSORTIUM KOPERASI TANAMAN

Page 2: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

2

PADI NEGERI KEDAH BERHAD KALI

KE-8/2019

27 JULAI 2019 (SABTU)

9.00 PAGI

DEWAN MESYUARAT, BANGUNAN

PPK, MADA F-IV, SUNGAI LIMAU

DALAM, YAN, KEDAH

Page 3: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

3

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Ta’alla Wabarakatuh,

Terima Kasih Saudara/Saudari

Pengacara Majlis

Page 4: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

4

(SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA

MAJLIS)

Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan

dan Puan-Puan Perwakilan

Konsortium Koperasi Tanaman Padi

Kedah Berhad Yang Dihormati

Sekalian.

Page 5: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

5

1. Marilah kita memanjatkan

rasa syukur ke hadrat ALLAH S.W.T.

kerana memberi peluang kepada

kita, untuk berhimpun dalam majlis

Perasmian Mesyuarat Agung

Tahunan Konsortium Koperasi

Tanaman Padi Negeri Kedah

Page 6: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

6

Berhad buat kali ke 8 pada hari

yang berbahagia ini.

2. Dalam kesempatan ini, saya

mengucapkan berbanyak terima

kasih kepada kepimpinan

Konsortium Koperasi Tanaman Padi

Negeri Kedah Berhad yang

Page 7: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

7

menjemput saya untuk bersama-

sama dalam majlis penting ini. Saya

mengharapkan mesyuarat agung

kali ini akan menghasilkan sesuatu

yang lebih baik dalam usaha

memajukan penanam-penanam

padi di negeri Kedah melalui

konsortium ini.

Page 8: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

8

3. Sebagai badan puncak

gerakan koperasi di negara ini yang

menjadi penaja penubuhan

konsortium ini, ANGKASA

mengharapkan impak positif yang

boleh dibanggakan bukan sahaja

meningkatkan taraf hidup

pesawah-pesawah tetapi juga

Page 9: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

9

mampu menjadi contoh kepada

gerakan koperasi dan Kerajaan

yang meletakkan KPI kepada kita

semua. Pencapaian koperasi akan

memberi impak kepada

pencapaian ANGKASA. menjelang

2020, sektor koperasi disasarkan

menyumbang RM50, kita ada

Page 10: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

10

setahun lebih untuk

merealisasikannya.

4. Menjelang 2030 pula, sektor

koperasi disaran menyumbang

RM80 bilion. Menjadi

tanggungjawab kita bersama untuk

merealisasikannya. Dalam hal ini,

Page 11: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

11

ANGKASA tidak boleh bergerak

sendiri. Koperasi mesti lebih proaktif

dalam mencipta pelbagai aktiviti

yang boleh meningkatkan taraf

sosial ekonomi anggota-anggota,

koperasi dan konsortium. Di pihak

ANGKASA akan sentiasa mencari

Page 12: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

12

jalan untuk membantu dan

membimbing konsortium.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

5. Alhamdulilah, Konsortium

telah menunjukkan perkembangan

Page 13: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

13

yang baik melalui pelbagai aktiviti

yang dijalankan seperti pemajakan

tanah sawah, penyewaan jentera

membajak, projek tanaman jagung

bijian dan tanaman halia.

Pemajakan tanah bagi tahun 2018

telah menyumbang perolehan

sebanyak RM32,585.26 (bagi 2

Page 14: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

14

musim 2018) manakala penyewaan

jentera RM99,015 (2 musim) dan

tanaman jagung bijirin untuk 3

musim telah menyumbang

RM76,302.50.

6. Melihat kepada prestasi ini,

beberapa perancangan perlu

Page 15: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

15

ditambah baik melalui pelan

strategik 2019/2020 seperti

PERTAMA: penambahan kawasan

tanaman jagung bijian dari 6.89

hektar kepada 21 hektar. Selepas

padi, jagung merupakan tanaman

penting di rantau Asia Tenggara

dengan 40 juta tan dihasilkan pada

Page 16: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

16

2012. Tanaman jagung sangat

penting sebagai sumber asas

makanan haiwan di rantau ini. Di

jangkakan permintaan jagung

bijian peringkat global bertambah

dan angkanya akan meningkat

dua kali ganda menjelang 2050.

Page 17: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

17

7. KEDUA: projek ladang

integrasi berkeluasan 58 hektar.

Projek ini mengintegrasikan

penanaman antara jagung bijian,

ubi kayu dan Rumput Napier.

KETIGA: mewujudkan pusat

pengeluaran benih padi sah

dengan kerjasama antara PPK dan

Page 18: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

18

syarikat swasta. Melibatkan

penyertaan anggota-anggota

koperasi/pesawah dengan

anggaran keluasan projek adalah

30 relung. KEEMPAT: projek

pengedaran dan peruncitan beras

dengan kerjasama Konsortium

Koperasi Tanaman Padi Perlis

Page 19: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

19

Berhad. Ini adalah perancangan

bagi 2019/2020 yang boleh

dimanfaatkan konsortium.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

Page 20: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

20

7. Setelah beroperasi dan

menjalankan aktiviti melebihi 8

tahun, saya mendapati penubuhan

konsortium memberi impak yang

positif. Misalnya petani dan koperasi

asas yang bergerak secara individu

dan sendirian telah berjaya

digabungkan dan berjaya

Page 21: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

21

menjalankan aktiviti yang lebih

besar. Kejayaan koperasi janganlah

dilihat kepada pendapatan

semata-mata kerana, koperasi

adalah pertubuhan sosial yang

meletakkan peningkatan taraf

hidup anggota-anggota atau ahli-

ahlinya sebagai keutamaan.

Page 22: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

22

Apabila matlamat ini dipenuhi

dengan sendirinya, saya percaya

pendapatan koperasi akan

meningkat.

8. Melalui konsortium ini juga,

saya percaya sedikit sebanyak

peranan orang tengah yang

Page 23: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

23

memonopoli padi di semua

peringkat telah berjaya

dikurangkan. Penghapusan orang

tengah ini membolehkan petani

mendapat manfaat yang setimpal

dengan hasil usaha mereka. Hasrat

ini merupakan objektif yang

Page 24: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

24

digariskan dalam penubuhan

konsortium ini.

9. Konsortium juga telah

menukar amalan penanaman padi

secara tradisional kepada yang

lebih sistematik berbentuk mini

estet. Tanah-tanah yang

Page 25: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

25

berselerakan berjaya disatukan di

bawah satu pengurusan berbentuk

perladangan. Kesanya zakat hasil

padi dapat dipulangkan kepada

petani-petani setempat yang

sebahagian besarnya golongan

yang layak menerima zakat.

Page 26: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

26

10. Selain kewujudan

konsortium memberi peluang

pekerjaan, ianya juga menawarkan

kadar sewaan yang standard

mengikut harga semasa. Kadar

tersebut memberi manfaat

bersama kepada tuan tanah dan

penyewa.

Page 27: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

27

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian

11. Sektor pertanian sangat

penting kepada sesebuah negara

bukan sahaja dalam menjaga

keselamatan makanan tetapi

sektor ini mampu menjana ekonomi

Page 28: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

28

sesebuah negara. Oleh sebab

itulah, kerajaan memberi fokus

yang besar kepada bidang ini

menerusi beberapa siri Dasar

Pertanian Negara (DPN). Misalnya

DPN Pertama (1984 -1991) memberi

penekanan kepada

pengembangan tanaman komoditi

Page 29: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

29

seperti kelapa sawit dan koko. DPN

Kedua (1992 -1998) ke arah

peningkatan nilai tambah dalam

produk pertanian dan memajukan

industri asas tani manakala DPN

Ketiga berfokuskan untuk

meningkatkan sekuriti makanan

negara dan meningkatkan

Page 30: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

30

produktiviti dan daya saing sektor

pertanian. Dalam NKEA, pertanian

disenaraikan antara 16 projek yang

perlu ditransformasikan dan

dijayakan negara.

12. Untuk itulah, ANGKASA

mengambil pendekatan

Page 31: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

31

mewujudkan 2 konsortium ini di dua

buah negeri di utara Malaysia yang

80 peratusnya masyarakat dan

tanahnya terlibat dan digunakan

untuk sektor pertanian. ANGKASA

percaya aktiviti ini mampu memberi

pulangan yang baik kepada semua

pihak yang terlibat. Tambahan pula

Page 32: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

32

sektor pertanian menjadi

penyumbang utama kepada

bekalan makanan negara yang

sentiasa mendapat permintaan

tinggi.

13. Kedua-dua konsortium ini

telah berjaya mengabungkan 18

Page 33: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

33

buah koperasi asas dan telah

memberi manfaat kepada petani-

petani melalui pembiayaan

Program Rakan Ladang yang

diwujudkan. Bagi membantu

penternak ikan menambahkan lagi

hasil peternakan bagi memenuhi

permintaaan yang tinggi,

Page 34: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

34

ANGKASA telah mewujudkan

Konsortium Koperasi Ternakan Ikan

Negeri Pahang.

14. Saya mengharapkan ALK

Konsortium mempunyai matlamat

dan jelas tentang perjalanan dan

aktiviti yang yang sedang dan akan

Page 35: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

35

dijalankan. Semoga Konsortium

Koperasi Tanaman Padi menjadi

satu model yang boleh

dibanggakan di peringkat nasional

dan menjadi tanda aras kepada

penubuhan konsortium koperasi

yang lain.

Page 36: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

36

15. Akhir kata, saya dengan

lafaz suci- Bismillahhirrahnirrahim

merasmikan MESYUARAT AGUNG

TAHUNAN KONSORTIUM KOPERASI

TANAMAN PADI KEDAH BERHAD KALI

KE 8 TAHUN 2019 pada kali ini.

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah.

Page 37: TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAHangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2019/JULAI/Mesy.-Agung... · TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN

37

Assalamu’alaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.