warisan puisi

Download warisan puisi

Post on 08-Jun-2015

9.849 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Puisi dilihat sebagai satu warisan seni budaya orang Melayu yanag amat ternilai. Walaupun ia semakin dilupakan oleh generasi muda namun puisi tetap menjadi sebahagian wadah kehidupan orang Melayu dan peranannya dalam mencorakkan budaya serta adat resam masyarakat Nusantara tidak boleh dinafikan.

TRANSCRIPT

1

Warisan Puisi Melayu di Malaysia.SIEW CHANG YEE

Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang amat berpegang teguh kepada adat resam dan tradisi mereka. Dalam kehidupan seharian, ia banyak melibatkan norma-norma hidup, peraturan, tradisi dan pantang larang yang wajib dipatuhi. Pengabaian terhadap adat resam itu dianggap sebagai satu kesilapan yang besar sehingga boleh mengakibatkan jatuhnya status atau maruah si pelaku mahupun keluarganya.

Pepatah Melayu yang mengatakan biar mati anak jangan mati adat menunjukkan betapa tinggi komitmen masyarakat Melayu terhadap adat resam peninggalan moyang mereka. Kehidupan masyarakat Melayu dilihat berpandukan kepada sistem rasa dan amat sensitif dengan perasaan orang lain. Mereka diasuh dan diterapkan dengan amalan-amalan hidup yang penuh dengan sifat bersopan santun, tidak suka menonjol diri dan sentiasa mengalah sebagai tanda hormat dan toleransi yang tinggi. Oleh yang demikian, sejak zaman tradisional lagi, orang Melayu telah melengkapkan diri mereka dengan mencipta panduan hidup dan peraturan-peraturan yang dikenali sebagai sastera Melayu tradisional berbentuk puisi. Ia dapat dikaitkan dengan insiatif masyarakat dahulu kala dalam menggambarkan kehidupan mereka. Masyarakat Melayu yang pada ketika itu lebih mementingkan tradisi lisan telah menggunakan bantuk-bentuk kesusasteraan Melayu tradisional seperti syair, pantun, peribahasa, pepatah dan perumpamaan bagi menggambarkan pencapaian serta pemikiran mereka.

Namun begitu, peranan dan kedudukan warisan puisi dalam masyarakat moden hari semakin sepi. Ia semakin dipinggirkan oleh generasi muda yang dilihat semakin tidak

2 meminati warisan tradisi ini. Mereka dikatakan hilang ciri-ciri kemanusiaan dan gagal menghayati keindahan warisan tradisional tersebut. Masyarakat moden yang sarat dengan konsep logik dan mengutamakan soal-soal fizikal, material dan kejasmanian dikatakan hilang sifat kerohanian sebaliknya digantikan dengan aspek-aspek logikal dan objek-objek yang bersifat konkrit.

Dalam penulisan ini, penulis akan cuba mengupas pemikiran masyarakat Melayu dan mengaitkannya dengan warisan puisi tradisional Melayu. Di samping itu, penulis juga akan berusaha untuk mengenal pasti dan menyenaraikan beberapa peranan puisi Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu. Penganalisaan turut akan dilakukan ke atas bentuk-bentuk puisi tradisional Melayu seperti syair, pantun, gurindam, pepatah, peribahasa dan perumpamaan memandangkan ia berperanan sebagai sumber kajian yang dapat

menggambarkan pemikiran dan falsafah hidup masyarakat Melayu dari zaman tradisional sehingga ke hari ini. Ia penting memandangkan bentuk-bentuk puisi ini mengandungi

pelbagai maklumat penting yang tersirat dan tersurat dan berkait rapat dengan pelbagai aspek kehidupan, warisan, aktiviti serta kegiatan ekonomi masyarakat Melayu.

Fokus penulisan akan bertumpu kepada usaha-usaha untuk mengenal pasti jenis-jenis puisi Melayu. Di samping itu, kepentingan dan fungsi puisi dalam masyarakat Melayu tradisional turut akan diteliti. Pada masa yang sama, kesinambungan warisan itu sehingga hari dan hubungan warisan puisi ini dengan masyarakat Melayu turut akan dikupas. Akhir sekali, cabaran warisan puisi tradisional dalam dunia moden dan globalisasi turut akan dibincangkan.

Apabila membicarakan mengenai puisi Melayu, ia merangkumi satu aspek yang amat luas, menakjubkan dan penuh dengan misteri. Masyarakat Melayu tradisional yang dianggap

3 simple, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti. Kajian-kajian yang lebih serius dan bersifat akademik terhadap warisan puisi tradisional dikatakan hanya bermula pada abad ke-19. Ia dipelopori oleh golongan penulis dan pengkaji Melayu tradisional sebelum diambil alih oleh golongan para sarjana dan pegawaipegawai Eropah. Kesedaran terhadap kepentingan warisan ini telah membawa kepada satu dimensi baru dalam kajian warisan puisi. Ia dilakukan dengan lebih komprehensif dan mendalam oleh golongan pengkaji yang terdidik dalam disiplin sastera dan akademik.

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam bidang penulisan puisi tempatan. Beliau telah menghasilkan beberapa syair yang penting dan meninggalkan impak yang begitu besar dalam warisan puisi negara. Antaranya ialah Syair Singapura Terbakar ( 1820 ), Syair Kampung Gelam Terbakar ( 1847 ) dan Kisah Pelayaran Abdullah ( 1965 ). Penulisannya beliau banyak mengisahkan lawatannya ke serata tempat termasuklah Singapura, Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur. Dalam karyanya, Abdullah banyak membuat kritikan terhadap golongan bangsawan dan rajaraja Melayu yang dikatakan terlibat dalam aktiviti-aktiviti negatif seperti berjudi, berhutang dan ketagih candu. Perbuatan-perbuatan itu dianggap merugikan bangsa dan menjadikan orang Melayu lemah.

Peranan Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad tidak kurang pentingnya dalam karyanya yang berjudul Gurindam Dua Belas (1846 ), beliau berjaya mencipta gurindam-gurindam yang baik dan juga membincangkan perbezaan antara gurindam dengan syair. Manakala dalam kitab Sasilah Melayu dan Bugis dan Sekalian Raja ( 1956), Raja Ali Haji menyelitkan syair dalam hampir setiap babak ceritanya dan menjadikannya lebih menarik.

4

Dua sarjana Barat yang banyak menyumbang dalam pengkajian sumber warisan puisi Melayu ialah R.J. Wilkinson dan R.O Winstedt. Kedua-duanya tokoh ini banyak memberi tumpuan kepada perkembangan dan pembentukan pantun. Wilkinson misalnya berpendapat pantun Melayu merupakan satu kebiasaan masyarakat Melayu yang dikongsi bersama masyarakat Nusantara yang gemar menggunakan kata-kata yang bersajak untuk saranan kepada bunyi-bunyi yang berhubungan makna. Sumbangan Winstedt pula boleh dilihat menerusi usahanya mengumpul dan membukukan pantun. Beliau bersama-sama Wilkinson telah menerbitkan sebuah Kumpulan Pantun Melayu pada tahun 1961. Winstedt juga telah menulis sebuah buku kecil berjudul Malay Proverbs yang telah diterbitkan dalam The Wisdom of The East Series dalam tahun 1950. Ia mengkaji tentang bidalan-bidalan Melayu dan disertakan ertinya dan dikaitkan dengan kebijaksanaan orang Melayu.

Teeuw seorang lagi sarjana barat yang berminat dalam kajian puisi Melayu. Beliau menumpukan perhatian kepada struktur bahasa dan puisi dan berpendapat bahawa struktur puisi sesuatu bangsa ditentukan oleh struktur bahasanya. Antara hasil penulisannya Teeuw ialah The Malay Shair : Problems of Origin and Tradition ( 1966 ) dan Modern Indonesia Literature ( 1986).

Penglibatan tokoh-tokoh tempatan yang lebih serius dan kajian yang lebih konkrit terhadap puisi Melayu tradisional dipelopori oleh Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaba). Bukubuku telah membicarakan kesusasteraan Melayu lama dan moden serta memaparkan kepelbagaian genre termasuklah seloka, gurindam, nazam, bait dan sajak. Antara karya agung beliau ialah Ilmu Mengarang Melayu yang telah diterbitkan pada tahun 1934 dalam versi

5 Jawi. Karya ia mengandungi selok-belok tentang pengajaran menghasilkan karangan yang baik melalui penggunaan bahasa yang baik dan berkesan. Dalam bahagian cabang-cabang bahasa yang tinggi, Zaba telah membincangkan tentang pelbagai bentuk warisan puisi tradisional masyarakat Melayu termasuklah peribahasa, bidalan, perumpaman, pantun, syair, nazam, gurindam, seloka dan sajak.

Mohd Taib Osman seorang lain sarjana tempatan yang banyak menjalankan kajian terhadap kebudayaan Melayu dan puisi Melayu tradisional. Dalam karya Kesusasteraan Melayu Lama( 1965 ), beliau membicarakan tentang pantun dan syair berdasarkan pemerhatian dan interpretasinya sendiri. Manakala dalam karya Warisan Puisi Melayu ( 1975 ), ia merupakan antologi puisi Melayu lama yang dipetik dari beberapa buah buku puisi termasuklah pantun dan syair.

Kesimpulannya walaupun kajian bersifat ilmiah terhaap puisi Melayu telah banyak dilakukan, namun ia dikatakan masih belum lengkap. Para pengkaji masih belum mampu membentuk satu kaitan antara puisi Melayu tradisional dengan puisi moden. Ia seolah-olah wujud satu jurang pemisah antara kedua-duanya. Selain itu, bidang kajian hanya terbatas kepada pantun dan syair sahaja. Manakala bentuk lain seperti gurindam dans seloka masih belum diberi perhatian yang sewajarnya. Tinjauan terhadap fungsi puisi tradisional juga amat terhad. Penulis dan kajian sebaliknya lebih cenderung dalam mengumpul puisi Melayu yang bersifat sastera lisan dan diterbitkan dalam bentuk tulisan.

Lantaran itu, kajian-kajian dan penulisan puisi Melayu perlu diteruskan dan perhatian perlu diberikan pada aspek-aspek yang telah diabaikan sebelum ini. Ia penting bagi memastikan kesinambungan warisan itu pada masa hadapan.

6

2.0

PENGERTIAN PUISI

Puisi merupakan satu bentuk kesusasteraan Melayu tradisional yang terdiri daripada pelbagai genre atau bentuk. Ia meliputi pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, talibun, teromba, peribahasa. teka-teki, dikir, mantera dan prosa berirama.1 Pada umumnya, puisi merupakan suatu bentuk karangan berangkap yang mempunyai kalimat yag terikat.

Pengertian sebenar puisi amat luas kerana ia dikatakan hidup mengikut perkembangan masyarakat dan manusia. Dari segi etimologinya, puisi dikatakan berasal daripada perkataan Belanda poezie yang membawa maksud pantun dan syair hasil daripada pancaran perasaan dan fikiran.2 Manakala dalam bahasa Inggeris, ia ditulis sebagai poetry. Dalam bahasa Melayu pula, perkataan puisi berasal daripada bahasa Indonesia. Pendita Zaba dalam karyanya Ilmu Mengarang Melayu menterjemahkan puisi sebagai karangan berangkap. Ia dapat dilihat dalam bukunya itu, di mana Zaba mengatakan: Dalam bahasa Melayu adalah beberapa karangan berangkap itu dinamakan pantun, shair, bait, gurindam dan seloka iaitu mengikut masing-masing sifatnya dan jalan rangkapnya.3

Kenyataan itu jelas merujuk k