teknik penyoalanjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6782... · 2018-06-05 · pedagogi...

28
TEKNIK PENYOALAN PN JULIANA BT ALI SISC+ PPD KINTA UTARA

Upload: ngonhi

Post on 08-Apr-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKNIK PENYOALANPN JULIANA BT ALI

SISC+ PPD KINTA UTARA

DTP: BENGKEL PEMANTAPAN

PEDAGOGI GURU BAHASA

MELAYU SM – PENERAPAN

KBAT DALAM PDP MELALUI

TEKNIK PENYOALAN

5 APRIL 2018

PPD KINTA UTARA

AKTIVITI

SECARA INDIVIDU, BINA PETA BULATAN :

NYATAKAN TUJUAN PENYOALAN DI DALAM BILIK

DARJAH

Tujuan Menyoal

1. menilai pengetahun sedia ada

2. menimbulkan minat

3. membina pemahaman yang mendalam

4. membina idealisme, sikap dan penghargaan

5. memantapkan pembelajaran

6. merangsang pemikiran kritis

7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid

8. menjelaskan pemikiran

9. mencari sebab atau penjelasan

10. meneroka pandangan alternatif

11. menguji implikasi dan akibat

Ciri-ciri soalan yang

berkesan 1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)

2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)

3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang

mungkin)

4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)

5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan

yang berikutnya dan mencungkil secara mendalam)

6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang

mengelirukan)

7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)

Amalan baik untuk guru

dalam menyoal

1. Soalan dirancang

2. Logik dan berurutan

3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan

4. Seimbang antara fakta dan pemikiran

5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir

6. Tidak berulang

7. Ditanya dalam nada perbualan

8. Direkabentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan

Memperkembangkan

Kemahiran Penyoalan Murid

Guru perlu :

Mengelakkan bertanya banyak soalan

Menggalakkan murid bertanya lebih banyak soalan jenis lisan

dan bertulis

Menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa

perbincangan

Menerima soalan yang diajukan

Memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada

murid

Mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan

soalan murid

TEKNIK MENGEMUKAKAN SOALAN

Kemukakan soalan dahulu, beri masa murid berfikir, kemudian

menyebut nama murid untuk menjawab

Tujukan soalan kepada seluruh kelas dan bukan kepada murid

cerdas sahaja.Elakkan memberi soalan mengikut susunan tempat

duduk.

Untuk memastikan semua murid mengambil perhatian terhadapjawapan yang diberi oleh seorang murid, guru boleh memanggil

murid lain untuk mengulang jawapan

Untuk menarik perhatian murid, guru hanya menyebut soalan sekali

sahaja dengan syarat sebutan guru cukup lantang dan jelasdidengar oleh semua murid. Pastikan murid telah bersedia

mendengar soalan guru.

Contoh Soalan Untuk

Mencari Sebab atau

Penjelasan1

Mengapa anda terfikir bahawa ... ?

2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?

3. Apakah sebab-sebab anda ... ?

4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?

5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?

Contoh Soalan Untuk

Menjelaskan Pemikiran

1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih

lanjut ... ?

2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?

3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?

4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara

lain?

5. Bolehkah anda menunjukkan saya cara ... ?

Contoh Soalan Untuk

Meneroka Pandangan

Alternatif1

Bolehkah anda menyatakan pandangan anda

dengan cara lain ... ?

2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?

3. Bagaimana sekiranya ada orang lain

mengesyorkan bahawa ... ?

4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?

Contoh Soalan Untuk

Menguji Implikasi dan

Akibat

1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ...

?

2. Apakah pernyataan anda selaras dengan

apa yang telah dinyatakan sebelum ini ... ?

3. Apakah akibat sekiranya ... ?

4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?

5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama

ada benar atau tidak?

PERUBAHAN SOALAN KBAR (LOTS) KEPADA KBAT (HOTS)

KBAR (LOTS) KBAT (HOTS)

Siapa yang nampak orang

tua itu di tepi jalan?

Apakah yang hendak dibuat

oleh orang tua itu?

Siapakah yang membantu

orang tua itu melintas jalan?

Mengapakah orang tua itu

tidak melintas jalan?

Apakah yang akan terjadi

sekiranya orang tua itu tidak

dibantu oleh Ali untuk melintas

jalan?

Patutkah Ahmad melintas

jalan bersendirian. Berikan

hujah anda

Bandingkan watak Ahmad

dengan Ali.

Cadangkan langkah yang

boleh diambil untukmembolehkan orang tua

melintas jalan dengan

selamat.

Berdasarkan kisah Si Tanggang kita boleh membina soalan

daripada KBAR (LOTS) kepada KBAT (HOTS) mengikut 6 aras dalam

taksonomi Bloom/AndersonAnderson

BAGAIMANA MENONJOLKAN KBAT MELALUI PdPc MASA KINI?

1. Melalui penulisan dalam Hasil

Pembelajaran / Objektif Pembelajaran

Hasil Pembelajaran/Objektif Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

a) Menganalisa punca penyakit kencing tikus

b) Mengaplikasi kaedah pembersihan yang sesuai untuk

mencegah jangkitan kencing tikus

c) Membuat keputusan dalam mengatasi jangkitan

penyakit kencing tikus

25OBJEKTIF PEMBELAJARAN/ LEARNING OUT COME yang terkandung di dalam HSP dan RPP)

Note: Soalan peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan (2014)

akan berdasarkan learning outcome mengikut nisbah 2 : 5 : 3

Iaitu 20% soalan aras 1 : 50% soalan aras 2 : 30% soalan aras 3

ARAS 1 (KBAR)Pada akhir PdPc murid

Dapat

• Namakan…………….

• Nyatakan

• Senaraikan………….

• Kenalpastikan………

• Galurkan…………….

• Takrifkan……………

• Labelkan……………

• Takrifkan……………

• Terangkan/Huraikan…..

• Jelaskan…………….

ARAS 2 (KBAT)Pada akhir PdPc murid

Dapat:

• Kirakan………………

• Selesaikan…………….

• Tunjukkan…………..

• Buktikan…………….

• Bagaimanakah……..

• Mengapakah………..

• Bezakan……………..

• Bandingkan…………

•Analisakan…………...

•Tunjukkan saling kaitan…

ARAS 3 (KBAT)Pada akhir PdPc murid

Dapat :

• Bincangkan…………

• Nilaikan…………….

• Justifikasikan………

• Cadangkan…………

• Ramalkan…………..

• Rumuskan………….

• Ulaskan……………..

• Sejauhmanakah…….

• Wajarkah………

•Pada pandangan anda….

PEMBINAAN SOALAN

Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik berabang tiga;

Hancur badan di kandung tanah,

Budi baik dikenang juga.