tazkirah1.docx

3
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah b’kata : Pahala tutur kata yang baik sama seperti bersedekah. Sekarang ni nak bersedekah pun susah.. Pengemis yg rata2nya di jalanan pun kebanyakan yg ada pun menyamar je.. sampai hilang kepercayaan orang ramai terhadap peminta sedekah. Jadi kalau susah sangat untuk kita bersedekah, cukup lah dgn kita bertutur kata dgn kata2 yg baik kerana ia sama seperti bersedekah.. Sabda Rasulullah s.a.w kpd Abu Dzar : “Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dan di dalam hatinya ada sebesar debu saja dari takbur, ia tidak akan mencium bau syurga, kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.

Upload: aebh75

Post on 15-Jul-2016

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: tazkirah1.docx

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah b’kata : “Pahala tutur kata yang baik sama seperti bersedekah. “

– Sekarang ni nak bersedekah pun susah.. Pengemis yg rata2nya di jalanan pun kebanyakan  yg ada pun menyamar je.. sampai hilang kepercayaan orang ramai terhadap peminta sedekah. Jadi kalau susah sangat untuk kita bersedekah, cukup lah dgn kita bertutur kata dgn kata2 yg baik kerana ia sama seperti bersedekah..

Sabda Rasulullah s.a.w kpd Abu Dzar : “Wahai Abu Dzar, barangsiapa mati dan di dalam hatinya ada sebesar debu saja dari takbur, ia tidak akan mencium bau syurga, kecuali bila ia bertaubat sebelum maut menjemputnya”.

Page 2: tazkirah1.docx

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabat: ''Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan (urusan) pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah s.w.t. Lelaki kacak itu berkata, "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga." Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, ''Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi. Rasulullah s.a.w bersabda : ''Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat." Bermakna, selain mendapat syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w, muslimin dan muslimat akan mendapat syafaat dari Al-Quran yang dibaca sewaktu hayatnya. Bertanya pula kita kepada diri masing-masing..." Berapa kali dalam setahun kita khatam Al-Qur'an..? Berapa kali pula seumur hidup kita (sehingga hari ini), kita khatam Qur'an..?" Bertanya lagi kita pada diri sendiri, " Berapa buah novel (bagi kaum wanita) yang kita habiskan dalam sebulan? Berapa ratus/ ribu kilogram surat khabar (bagi kaum lelaki/wanita) yang telah selesai kita baca dan dibuang / dijual kepada pembeli surat khabar lama..?" Secara jujur, kita akan bertanya lagi.." Berapa naskah Al-Qur'an yang kita ada dalam rumah kita? Berapa kali kita memarahi atau menegur anak-anak kita kerana tidak membaca Al-Qur'an, berbanding kekerapan kita menegur mereka kerana tidak mengulangkaji pelajaran?" Tidak ada siapa yang perlu dipersalahkan. Perkara yang perlu kita lakukan adalah berubah untuk kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Alhamdulillah jika kita sudah berubah dan sedang mempertingkatkan amalan membaca Al-Qur'an. Bagi yang belum, kita tidak pernah terlambat untuk bermula dari sekarang, selagi sakaratul maut belum mendatangi kita! Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Dia sentiasa menerima taubat dari hambaNya yang benar-benar insaf dan mahu beriman.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu