tata bahasa

29
40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | KATA ADJEKTIF KATA ADJEKTIF Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaan Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin, garang, buas, condong 2. Kata Adjektif Warna Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu 3. Kata Adjektif Ukuran Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil 4. Kata Adjektif Bentuk Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok 5. Kata Adjektif Jarak Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris 6. Kata Adjektif Waktu Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu, 7. Kata Adjektif Perasaan Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu 8. Kata Adjektif Cara Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering 9. Kata Adjektif Pancaindera Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam, nyaring, gemersik Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya. A cair

Upload: faizshakirin

Post on 23-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tata Bahasa

40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | KATA ADJEKTIFKATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif. Jenis Kata Adjektif 1. Kata adjektif sifatan / keadaanContoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,garang, buas, condong2. Kata Adjektif WarnaContoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu3. Kata Adjektif UkuranContoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil4. Kata Adjektif BentukContoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok5. Kata Adjektif JarakContoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris6. Kata Adjektif WaktuContoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,7. Kata Adjektif PerasaanContoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu8. Kata Adjektif CaraContoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering9. Kata Adjektif PancainderaContoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,nyaring, gemersik

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.A cairB putihC pekatD merah 2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.A ketatB besarC singkatD longgar

Page 2: Tata Bahasa

 Gambar 1

Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.A kelatB enakC manisD masam

 4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.A tajamB kasarC kesatD tumpul

 

  Gambar 2

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

Page 3: Tata Bahasa

5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.A jernihB hitamC kotorD bersih 6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.A kecilB tebalC besarD panjang 7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.A sejukB damaiC panasD nyaman 8 Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.A baikB cergasC nyamanD indah

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.A IndahB MuramC KelamD Sayup 10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-gurumereka.A baikB maluC takutD patuh 11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.A piluB mahuC cemasD gembira

Page 4: Tata Bahasa

 12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________A tinggiB besarC kontotD panjang 13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.A hapakB hanyirC tengikD hancing 14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.A serakB garauC merduD nyaring

15 Roziah yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orangwalaupun dengan orang yang baru dikenalinya.A sombongB senangC ramahD kasar 16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.A kegelapanB kedinginanC kemalapanD kepanasan 17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.A bengkokB bengkakC botakD lekuk 18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari Raya Aidil Fitri.A lengang

Page 5: Tata Bahasa

B senyapC muramD suram 19 Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun.A pedasB lebamC pedihD panas 20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.A luasB sempitC senangD besar 21 Tapak tangan Pak Abu _____________ selepas mencangkul tanah di kebunnyapetang tadi.A menggelupasB menggerutuC melecurD melecet 22 Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah manggayang dikupasnya itu.A geliB haruC kelamD gundah 23 Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasakering walaupun berada lama di dalam air.A kesatB telapC telusD kalis 24 Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatahlagi hari sudah larut malam .A terkilanB runsing

Page 6: Tata Bahasa

C murungD sengsara 25 Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .A pelikB gawatC runsingD rencam 26 Bau ________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyakwangi yang ________ itu .A busuk …tengikB hanyir… wangiC hapak … harumD hancing …mersik

27 Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikanoleh biduanita itu .A ghairahB asyikC tekunD leka 28 Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang ________ itu .A becakB lembikC lembapD bengkok 29 Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.A serongB bengkokC bongkokD condong 30 Motosikal yang dipandu laju itu ________ melanggar kereta yangdatang dari arah bertentangan .A jauhB cepatC dekatD nyaris 31Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.A sedih

Page 7: Tata Bahasa

B hairanC terkejutD gembira 32 "Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya," kata Ghani.A lazatB busukC kelatD harum

33 Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.A pantasB cepatC derasD kencang 34 Kerjanya yang __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.A telitiB lemahC sopanD lembut 35 Bangunan yang __________ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam kerana boleh membahayakan keselamatan orang ramai.A baruB antikC retakD runtuh 36 Suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.A sibukB damaiC serabutD gembira

37 Kakak tidak suka akan daging kambing baunya yang ___________A hapakB tengikC hamisD haring 38 Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.A tertib

Page 8: Tata Bahasa

B gopohC pantasD cermat 39 Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.A piluB gusarC geramD marah

40 Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.A kelajuanB kelalaianC keberanianD kesibukan

| SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA |

40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | PENGGANDAANKATA GANDA

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.A kisi-kisiB orang-orangC tupai-tupaiD layang-layang

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telahselesai ditayangkan.A riuh-rendah

Page 9: Tata Bahasa

B gelap-gelitaC porak-perandaD terang-benderang

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktivitimewarna.A comot-momotB koyak-rabakC serba-serbihD compang-camping

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.A hidup-hidupB bulat-bulatC betul-betulD terang-benderang

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.A bebolaB jejariC dedaunD kekabu

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonanTan Sri P. Ramlee.A teresak-esakB terkebil-kebilC terbahak-bahakD tergelak-gelak

7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.A berkelip-kelipB berpinar-pinarC berderet-deretD berliku-liku

8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.A dedaunB kekabuC bebolaD bebiri

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.A dedaunB kekabu

Page 10: Tata Bahasa

C bebolaD bebiri

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakarlangit itu.A haru-biruB keluh-kesahC kusut-masaiD tunggang-langgang

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.A kemas-kemasB ketat-ketatC kuat-kuatD erat-erat

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.A lemah-longlaiB lemah-gemalaiC hiruk-pikukD cirit-birit

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidakberbalas.A tercungap-cungapB terbahak-bahakC teresak-esakD tersipu-sipu

14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itumerupakan jalan pintas.A ulang-alikB bolak-balikC mundar-mandirD lalu-lalang

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yangdigunakan untuk menyimpan air minuman.A kekudaB sesiku

Page 11: Tata Bahasa

C kekisiD lelabu

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.A bersaing-saingB berbaris-barisC berluncur-luncurD berderet-deret

17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.A dedahanB pepohonC dedaunD reranting

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.A jentik-jentikB pijat-pijatC anai-anaiD kura-kura

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.A ulang-alikB lalu-lalangC mundar-mandirD mandi-manda

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.A kebiru-biruanB kemalu-maluanC keanak-anakanD kemerah-merahan

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yangmengetahuinya.A lambat-launB sorok-sorokC senyap-senyapD sayup-sayup

22 Rambut budak lelaki itu kelihatan __________ kerana tidak disisir.A kusut-masaiB serba-serbih

Page 12: Tata Bahasa

C comot-momotD compang-camping

23 Polis telah __________ tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedaiemas kelmarin.A bertukar-tukarB berhujah-hujahC berbalas-balasD berganti-ganti

24 Aiman lari __________ melarikan diri apabila dikejar seekor anjing liar.A riuh-rendahB lintang-pukangC kumat-kamitD lalu-lalang

25 Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuatpemeriksaan kebersihan.A huru-haraB remeh-temehC kelam-kabutD kacau-bilau

26 Pendapat pemuda itu telah ditolak __________ oleh majikannya.A mentah-mentahB senang-senangC semua-semuaD betul-betul

27 Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh daritangga semalam.A terkial-kialB tersekat-sekatC terhuyung-hayangD terhincut-hincut

28 Saya suka __________ di pasar raya Jaya JuscoA berulang-alikB meliang-liukC bersiar-siarD membeli-belah

29 Dedaun kelapa __________ ditiup angin sepoi–sepoi bahasa.

Page 13: Tata Bahasa

A berkibar-kibarB meliang-liukC bersiar-siarD membeli-belah

30 Kilang simen itu mengeluarkan __________ asap ke udara.A bergumpal-gumpalB bersimpul-simpulC berkepul-kepulD berketul-ketul

31 Adi memeluk pinggang ayahnya __________ ketika membonceng motorsikal ayahnya.A erat-eratB dekat-dekatC betul-betulD diam-diam

32 Hal yang __________ tidak sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tadi.A hangar-bingarB kucar-kacirC dolak-dalikD remeh-temeh

33 Pakaian di dalam mesin basuh itu __________ ketika dicuci.A berketul-ketulB berbonggol-bonggolC bergumpal-gumpalD bersimpul-simpul

34 Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai __________ keluar untuk mendengarceramah yang disampaikan oleh calon–calon yang bertanding.A berhimpit-himpitB berpusu-pusuC berebut-rebutD berbaris-baris

35 Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya __________ tidak kelihatangondol.A rumput-rampaiB gunung-ganangC semak-samunD bukit-bukau

Page 14: Tata Bahasa

36 Tangan datuk __________ akibat daripada menghidap penyakit Parkinson.A terketar-ketarB tergigil-gigilC termangu-manguD terkial-kial

37 Wajah Intan Suraya __________ apabila mendapat hadiah sempena hari jadinya yangke-14.A berseri-seriB berkilau-kilauC berpinar-pinarD bersinar-sinar

38 Jalur Gemilang kelihatan __________ apabila ditiup angin.A berbuai-buaiB berkibar-kibarC bergoyang-goyangD bergerak-gerak

39 Muka petinju itu __________ akibat tumbukan pihak lawan.A calar-balarB bengkak-bengkilC comot-momotD bengkang-bengkok

40 Samira _________ dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.A dekat-dekatB kadang-kadangC nyaris-nyarisD hampir-hampir

| SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA |

Page 15: Tata Bahasa

FORMULA | Ayah Saya Sangat Baik SekaliHai...Salam 1 Malaysia! 

Entri Cikgu Sherry hari ini adalah mengenai cara mudah untuk mengingati penggunaan KATA PENGUAT dalam ayat. Apa yang perlu kalian ingat, terdapat beberapa KATA PENGUAT yang boleh diletakkan sebanyak DUA KATA PENGUAT dalam satu ayat. Mari hafal FORMULA ini! Sangat mudah. 

ayah      = amat             saya      = sungguh        +    sekalisangat  = sangatbaik       = begitu

*Keempat-empat Kata Penguat di atas boleh ditulis dengan sekali.

Contoh ayat :

1. Perempuan itu amat cantik sekali.  

2. Lelaki itu sungguh garang sekali.

3. Ibu saya sangat   baik sekali.

4 Begitu mahal sekali harga telefon bimbit Samsung Galaxy Note.

SELAMAT MENCUBA FORMULA INI YA! 

Page 16: Tata Bahasa

Selamat Datang, 1 Orang Pelawat ke blog Cikgu Sherry!

HALAMAN UTAMA PEDAGOGI BESTARI EL-A29 VIDEO & AUDIO MACAM-MACAM ADA

THURSDAY, 8 DECEMBER 2011

40 Soalan Latih Tubi Tatabahasa | KATA GANTI NAMAKATA GANTI NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Ibu, duit _______ hilang," kata Umair kepada ibunya.A kitaB kami

Page 17: Tata Bahasa

C sayaD mereka

 2 Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung.A DiaB KitaC KamiD Mereka

 3 "Jika _______ ada masalah sila jumpa saya," kata Cikgu Sarah kepada saya.A merekaB kamuC kamiD dia

 4 Salmi murid tahun enam. _______ berazam untuk mencapai 5A dalam UPSR.A DiaB KamiC AwakD Saya

 5 Bangunan baru itu telah dirasmikan oleh _______.A diaB kamiC kamuD beliau

 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.A diaB kitaC kamuD mereka

 7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.A merekaB awakC sayaD kami

Page 18: Tata Bahasa

 8 "Boleh _______ tumpang bertanya?" kata Suri dan Muna kepada pemuda itu.A kamuB awakC kamiD saya

 9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.A betaB patikC hambaD baginda

 10 "Jika ________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya," kata Ani kepada kawan-kawannya.A diaB awakC beliauD kalian

 11 "Nah, ambil wang _______! k"ata emak sambil menghulurkan wang kepadasaya.A ituB iniC siniD situ

 12 Ayah pergi ke Ipoh. Dia ada urusan di _______.A ituB siniC sanaD mana

 13 "Cuaca di _______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan.A manaB siniC situD ini

 14 "Jangan berkelakuan _______, tidak elok," nasihat ibu kepada Zarina.

Page 19: Tata Bahasa

A begituB beginiC ituD ini

 15 Kalau tidak ada _______ masalah projek itu akan siap sebulan lagi.A apa-apaB bila-bilaC mana-manaD siapa-siapa

 16 Duduklah di _______ yang kausuka.A manaB siapaC siapa-siapaD mana-mana

 17 Entah _______ yang disimpannya di dalam peti besi itu.A bila-bilaB apa-apaC siapa-siapaD mana-mana

 18 _______ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.A Bila-bilaB Apa-apaC Mana-manaD Siapa-siapa

 19 Jemputlah ke rumah saya _______ encik ada masa lapang.A bilaB siapaC bila-bilaD siapa-siapa

 20 "_______lah ucapan daripada Guru Besar," kata juruacara majlis.A IniB BeginiC BegituD Demikian

Page 20: Tata Bahasa

21 "Ibu, duit Adik Farah hilang semasa ________ bermain seorang diri di tamanpermainan," kata Umi kepada ibunya.A beliauB kamiC kitaD dia

 22 "Ali, suruh _______ datang ke sekolah petang ini untuk latihan sukan,” kataCikgu Maimun kepada saya.A kamiB kamuC beliauD mereka

 23 Encik Wan Omar bakal pemimpin di kampung kita. Oleh itu, kita perlumemberikan sokongan sepenuhnya kepada _______A iaB diaC beliauD mereka

 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.A kitaB kamiC beliauD mereka

 25 Kalau engkau tidak ada kerja marilah ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti dan Yusni kepada Nurul.A merekaB engkauC kalianD kami

26 "Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Rosmaini kepada ibunya.A merekaB engkau

Page 21: Tata Bahasa

C kalianD dia

 27 "Kalau ________izinkan sekarang juga patik akan melaksanakan tugas itu,"sembah ahli nujum kepada sultan.A tuanB tuankuC bagindaD tuan hamba

 28 "Saya harap _______ dapat mempersembahkan permainan yang bermutunanti," kata jurulatih bola sepak itu kepada pemain-pemainnya.A merekaB kalianC kamiD kita

 29 Setelah sultan itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkankepada putera _______.A bagindaB tuankuC betaD nya

 30 "_______lah caranya membuat masakan gulai tempoyak cili api,” kata PuanBalkhis kepada pelajarnya.A DemikianB BegituC BeginiD Apa

31 "_______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak,semalam?" tanya Maniam kepada Razif.A ApaB ManaC SiapaD Mengapa

 32 Pak Haji Daud bertindak _______ supaya anaknya tidak mengulangi kesalahanitu lagi.

Page 22: Tata Bahasa

A begituB beginiC situD sini

 33 "Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak_______," kata Chandran kepada majikannya, Puan Mei Ling.A encikB puanC tuanD cik

 34 "Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayangbayang akan suasana damai di sana,"kata Lokman.A diaB kamiC sayaD kalian

 35 "Ahmad, tolong ambilkan saya kamus yang terletak di atas meja _______," kata Laily kepada Ahmad.A sanaB situC iniD itu 

36 Dulu Disman pengurus bank di bandar itu. Kini _______ dinaikkan pangkatsebagai pengurus besar di Kuala Lumpur.A merekaB beliauC kamuD dia

 37 "Jikalau begitulah titah _______, eloklah kita pergi siasat segera," kataHulubalang kepada Panglima Ali. A tuan hambaB bagindaC patikD beta

Page 23: Tata Bahasa

 38 "Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belumdibunyikan oleh pengadil,"kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya.A kitaB kamiC kalianD mereka

 39 Saya dan murid-murid Tahun Enam Bestari merancang untuk mengadakanpertandingan bercerita. _______ telah menjemput beberapa orang guru sebagaipengadil.A BeliauB KamiC SayaD Kita

 40 "_______ akan menentang pasukan lawan dengan bersungguh-sungguh,"ikrar para pemain itu kepada jurulatih mereka.A DiaB KitaC KamiD Mereka

| SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA|

Page 24: Tata Bahasa