tarannum hijaz

14
Tarannum hijaz Taktif Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi. Iaitu termasuk kota mekah dan madinah. Dinamakan tarannum ini sebagai Hijaz kerana tarannum hijaz ini berasal dari Negara Arab. Dalam istilah ilmu tarannum ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan tarannum yang telah dipelopuri dan dipopularkan oleh Qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di kawasan yang padang pasir tandus, berbukit-bukau dengan batu pejalnya. Sejarah perkembangan dan latar belakang tarannum hijaz Tarannum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan Qariah daripada pelbagai negara. Tarannum hijaz ini Seperti tarannum-tarannum yang lain, yang mengalami pengubahsuaian oleh pakar-pakar tarannum Mesir pada suatu ketika dahulu mengikut budaya bangsa yang hidup dikawasan lembah nil yang begitu subur menghujau .tarannum hijaz berlahjah misri ini adalah lebih lembut dan lebih menarik dan sesuai dengan kelembutan lungah al-quran. Tarannum hijaz ini mula tersebar Di Malaysia dan boleh dikatakan mula dipopular sejak Musabaqah Tilawah al-Quran diperkenalkan. Tarannum hijaz dimulai oleh tokoh-tokoh tarannum yang hebat

Upload: sekut-tawar

Post on 08-Feb-2016

609 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

tarannum

TRANSCRIPT

Page 1: Tarannum Hijaz

Tarannum hijaz

Taktif

Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi.

Iaitu termasuk kota mekah dan madinah. Dinamakan tarannum ini sebagai Hijaz kerana

tarannum hijaz ini berasal dari Negara Arab. Dalam istilah ilmu tarannum ianya adalah

nama bagi suatu jenis alunan tarannum yang telah dipelopuri dan dipopularkan oleh

Qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di kawasan yang padang

pasir tandus, berbukit-bukau dengan batu pejalnya.

Sejarah perkembangan dan latar belakang tarannum hijaz

Tarannum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan

Qariah daripada pelbagai negara. Tarannum hijaz ini Seperti tarannum-tarannum yang

lain, yang mengalami pengubahsuaian oleh pakar-pakar tarannum Mesir pada suatu

ketika dahulu mengikut budaya bangsa yang hidup dikawasan lembah nil yang begitu

subur menghujau .tarannum hijaz berlahjah misri ini adalah lebih lembut dan lebih

menarik dan sesuai dengan kelembutan lungah al-quran.

Tarannum hijaz ini mula tersebar Di Malaysia dan boleh dikatakan mula dipopular sejak

Musabaqah Tilawah al-Quran diperkenalkan. Tarannum hijaz dimulai oleh tokoh-tokoh

tarannum yang hebat ketika itu seperti Allahyarham MaÊsom Pergau dari Kelantan,

Allahyarham Ismail Hasyim dari Kedah dan lain-lain. Tokoh-tokoh hebat tarannum ini

masing-masing mempunyai cara yang berlainan dalam melagukan lagu Hijaz ini dan

lagu-lagu lain. Kemudiannya ia diwarisi oleh murid-murid mereka dari generasi ke

generasi selepas mereka sehinggalah ke generasi yang ada pada waktu ini.

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh saya, para Qari dan Qariah di

Malaysia amat menggemari tarannum hijaz, terutamanya kepada mereka yang memiliki

suara yang tinggi dan lantang. Boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan

Page 2: Tarannum Hijaz

bacaan al- Quran secara bertarannum, maka setiap kali itulah mereka tidak akan

ketinggalan untuk melagukan tarannum Hijaz sebagai salah satu lagu daripada

susunan beberapa lagu lain yang mereka susun.

Sifat-sifat Tarannum Hijaz

Secara umumnya, tarannum Hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang mempunyai gerak

yang ringkas dan tegas. Tarannum ini biasanya sesuai dibawa oleh qari dan qariah

pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab. Pergerakan lagu dalam tarannum hijaz ini

tidak begitu kompleks dan fleksibel seperti tarannum-tarannum lain, akan tetapi

tarannum ini tetap mampu memberi kesan yang mendalam terhadap para pendengar

setanding dengan tarannum-tarannum lain. Oleh kerana sebahagian daripada

keseluruhan gerakan harakat tarannum Hijaz ini berada di tahap suara jawab, maka

tarannum hijaz ini memerlukan kelantangan suara qari dan qariah untuk

merealisasikannya dengan berkesan.

Justeru, tarannum ini amat sesuai dengan para Qari dan Qariah yang mempunyai suara

yang lantang dan tinggi. Jika tidak, berkemungkinan pembawaan lagu ini akan menjadi

sedikit hambar kerana Qari ataupun Qariah yang membawa lagu ini tidak mampu

mencapai tahap jawab dan jawabul jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam

lagu ini. Di bawah terdapat rajah yang memaparkan beberapa sifat-sifat yang ada di

dalam tarannum hijaz.

Gerak lambat tapi berkesan.

• Ketegasan pendorong semangat.

• Kelincahan menghidupkan persembahan.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.

Page 3: Tarannum Hijaz

Peranan Tarannum Hijaz

Tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan.

Secara umumnya, ia juga seperti tarannum-tarannum lain yang memainkan peranan

untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam terhadap

pendengar. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja, bahkan tarannum Hijaz mempunyai

peranan-peranan lain seperti yang dinyatakan dalam Rajah di bawah seterusnya.

• Memberi semangat kepada persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.

• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Page 4: Tarannum Hijaz

Tarannum nahawand

takrif

dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat

yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand

bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang

dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan

sosiobudayanya yang tersendiri. Maka tarannum nahawand ini berasal dari parsi, tetapi

tarannum nahawand yang kita hayati dan pelajari pada masa kini adalah hasil dari ubah

suai oleh qari mesir mengikut citarasa budaya mereka.

sejarah perkembangan dan latar belakang tarannum nahawand

Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah

Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran.

Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika

dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan

iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama

sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum

seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan

ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang

mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asal

alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

Sebagaimana keadaannya dengan tarannum yang diwaslahkan dengan Bayyati,

Page 5: Tarannum Hijaz

tarannum Nahawand juga tidak terkecuali daripada berlakunya susunan yang

mempunyai dua tempat yang bersambung pada satu tempat. Dalam erti kata lain,

mana-mana tarannum yang mempunyai angin yang hampir sama dengan bacaan

Nahawand seperti bacaan `Ajam, Rast, Kurdi dan `Iraqi. Jelasnya, jika berlaku:

 

(a) Ketegangan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada

tarannum Kurdi atau `Iraqi.

(b) Kelemahan pada persembahan, maka ianya boleh diwaslahkan kepada

tarannum `Ajam atau Rast.

Tinjauan dari sudut bahasa menunjukkan bahawa perkataan ‘`Ajam’ adalah berasal dari

bahasa Arab yang bermaksud diam, senyap atau individu yang bukan dari kelompok

bahasa sesuatu bangsa, kaum atau puak. Ia juga merujuk kepada dua pengertian

utama dalam bahasa Arab iaitu mereka yang terdiri daripada bukan bangsa Arab dan

bangsa Parsi.

Manakala dari sudut istilah ilmu tarannum pula, Ajam atau Ajami bermaksud nama

khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para

Qari dari Hijaz (Makkah) dengan sedikit pengubahsuaian mengikut suasana

budayanya. Kini, tarannum ini dipopularkan oleh kebanyakan Qurra dari Mesir. Namun

identiti asalnya (`Ajam iaitu suatu tempat yang terletak di Parsi) masih lagi dikekalkan.

Tarannum Nawa Asar dan `Ushshaq juga mempunyai angin yang hampir sama

dengan bacaan Nahawand.

Sifat-sifat alunan tarannum nahawand:

1. Mempunyai pergerakan yang lambat dan berkesan.

2. Mempunyai penyesuaian dengan thobaqah yang tinggi.

3. Mempunyai unsur-unsur yang kehangatan yang menyemarakan.

Page 6: Tarannum Hijaz

4. Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang menyakinkan.

 

Peranan Nahawand:

Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dalam mewarnai

kepelbagaian kaedah penghayatan menghayati isi kandungan al-Quran. Jelasnya,

kepentingan mengetahui peranan tarannum Nahawand akan menerangkan dan

memberi gambaran jelas serta panduan berhubung dengan hala tuju dalam sesuatu

persembahan bacaan al-Quran. Di antara peranan dan tugasan tarannum Nahawand

adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah berikut.

 

1. Menghangatkan persembahan bacaan.

2. menyemarakan jiwa pembaca dan pendengar.

3. Menegaskan mesej ayat yang dibaca.

4. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran

Page 7: Tarannum Hijaz

SEJARAH TARANNUM SIKAH

Definisi Sikah dan Sejarah Perkembangannya

Tarannum Sikah adalah sebuah lagu yang berasal dari negara Parsi. Tarannum sikah

telah diubahsuai dan oleh diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari

Negara Hijazi dan dipopularkan kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia ini

mengikut lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun kesembilan

belas Masihi. Sehingga kini, tarannum sikah telah dipopularkan semula oleh para Qari

Mesir yang dikenali dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk dan alunannya lebih

lembut dan lebih bersopan seperti yang kita hayati sekarang

Sifat-sifat Tarannum Sikah

Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang unik. Gerakannya yang nampak ringan

dan bersahaja membuatkan ia berbeza daripada tarannum-tarannum lain dari sudut

bentuk lagunya. Tarannum sikah amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang

menceritakan tentang kerohanian, kisah-kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam al-

Quran, hari kiamat dan sebagainya. Di antara Qari-qari Mesir kontemporari yang

masyhur dan sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah

Syeikh Saad al-Ghamidi . bacaannya sering dikumandangkan oleh rakyat Malaysia dan

sering juga menggunakan tarannum ini dalam bacaan murattalnya. Di bawah terdapat

beberapa ciri-ciri yang berkaitan dengan tarannum Sikah.

• Gerak lambat meyakinkan.

Page 8: Tarannum Hijaz

• Kelembutan menusuk kalbu.

• Berciri kesedihan dan kerintihan.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

Tarannum Sikah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah

persembahan. Di antara peranan-peranan tersebut dapat kita lihat dalam Rajah

dibawah adalah:

• Melembutkan persembahan.

• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Page 9: Tarannum Hijaz

Tarannum jiharkah

Definisi Jiharkah dan Sejarah Perkembangannya

Tarannum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia telah diterima pakai

sebagai tarannum al-Quran oleh para Qari Hijazi dan telah melalui fasa

pengubahsuaian mengikut kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Kini, Tarannum

Jiharkah telah dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut

kesesuaian budaya mereka.

Tarannum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan

kehebatan al-Quran secara halus. Walaupun ia telah melalui fasa perubahan, namun

pada hakikatnya keaslian seni lagu tarannum ini masih kekal.dalam tarannum jiharkah

ini, Malaysia tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan

tarannum jiharkah turut diaplikasikan di dalam laungan takbir Hari Raya. Namun,

menurut pemerhatian yang dijalankan ke atas bacaan para peserta tilawah al-Quran di

semua peringkat di Malaysia, didapati bahawa lagu yang paling jarang dibawa oleh

mereka adalah Jiharkah.

Sifat-sifat Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah amat dikenali dengan sifat yang mendayu-dayu dan merintih serta

sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang

hari kiamat, rintihan atau doa. Ia juga sesuai pada ayat-ayat yang bersifat dalaman

Page 10: Tarannum Hijaz

ataupun ruhaniah dan aqidah. Rajah dibawah berikut menunjukkan sifat-sifat umum

tarannum Jiharkah.

• Gerak ringan yang berkesan.

• Kelembutan menusuk kalbu.

• Harmoni.

• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.

• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

Tarannum Jiharkah berperanan sebagai suatu tarannum yang mampu memberi

keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca di samping

menambah kekhusyukan mereka. Selain itu, tarannum Jiharkah juga memainkan

beberapa peranan lain seperti yang diterangkan dalam Rajah dibawah:

• Menenangkan ketegangan persembahan.

• Melembutkan persembahan.

• Membawa kekhusukan dan keinsafan.

• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.

• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Demikian adalah di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Jiharkah

dalam sesuatu bacaan. Jika tarannum jiharkah dilagukan dengan baik, maka tarannum

jiharkah akan dapat memberikan kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar

seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah dan

applikasikanlah tarannum jiharkah dalam ayat ayat yang berkaitan dengan hari kiamat,

kesedihan, rintihan dan rayuan, serta kerohanian.