tajuk projek: pendayaupayaan warga...

8
TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA EMAS MELALUI PROGRAM PEMINDAHAN ILMU BERKAITAN ICT KOD PROJEK: K-DG/13 (UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. TENGKU AIZAN HAMID AKADEMIA: RAHIMAH IBRAHIM ROSNAK MOHD YUSOFF SHARIFAH NORAZIZAN SYED ABDUL RASHID RAMLAN MAHMOD RAKAN KOMUNITI: THE NATIONAL COUNCIL OF SENIOR CITIZENS’ ORGANIZATIONS MALAYSIA (NACSCOM) BIDANG TUMPUAN UTAMA: KUMPULAN KELAINAN MAMPU ATAU UPAYA (OKU) TEMPOH: SEPTEMBER 2011 FEBRUARI 2014 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Penggunaan ICT memberi satu kemudahan kepada warga emas menjalani kehidupan harian dengan lebih berdikari. Pembelajaran kemahiran ICT mampu mengurangkan jurang digital dan merupakan medium penting dalam usaha memperkasakan warga emas. Program pembelajaran ICT khusus untuk warga emas ini dijalankan di daerah Petaling dengan penyertaan pihak NGO yang bernaung di bawah The National Council of Senior Citizens’ Organizations Malaysia (NACSCOM). Objektif projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga emas mengenai ICT, meningkatkan kemahiran warga emas terhadap penggunaan ICT, membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan warga emas dan meningkatkan penglibatan warga emas dalam komuniti melalui penggunaan ICT. Ilmu yang dipindahkan melalui projek ini adalah ilmu Geragogy, pengetahuan mengenai komputer dan aplikasi penggunaan komputer. Terdapat enam aktiviti utama projek, yang terdiri daripada pembentukan MoU, penaksiran keperluan cepat, pembentukan modul, pelaksanaan pelan tindakan pengajaran, pelaksanaan modul dan perkongsian impak projek. Selain untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan warga emas, program ini juga memberi latihan kepada warga emas sebagai penunjuk ajar kepada rakan sebaya melalui Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainers) atau (TOT) untuk memastikan kesinambungan program ini pada masa hadapan.

Upload: hadiep

Post on 17-Sep-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

TAJUK PROJEK:

PENDAYAUPAYAAN WARGA EMAS MELALUI PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

BERKAITAN ICT

KOD PROJEK:

K-DG/13 (UPM-11)

IPTA:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. TENGKU AIZAN HAMID

AKADEMIA:

RAHIMAH IBRAHIM

ROSNAK MOHD YUSOFF

SHARIFAH NORAZIZAN SYED ABDUL RASHID

RAMLAN MAHMOD

RAKAN KOMUNITI:

THE NATIONAL COUNCIL OF SENIOR CITIZENS’ ORGANIZATIONS MALAYSIA

(NACSCOM)

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KUMPULAN KELAINAN MAMPU ATAU UPAYA (OKU)

TEMPOH:

SEPTEMBER 2011 – FEBRUARI 2014

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Penggunaan ICT memberi satu kemudahan kepada warga emas menjalani kehidupan harian dengan lebih

berdikari. Pembelajaran kemahiran ICT mampu mengurangkan jurang digital dan merupakan medium

penting dalam usaha memperkasakan warga emas. Program pembelajaran ICT khusus untuk warga emas

ini dijalankan di daerah Petaling dengan penyertaan pihak NGO yang bernaung di bawah The National

Council of Senior Citizens’ Organizations Malaysia (NACSCOM). Objektif projek adalah untuk

meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga emas mengenai ICT, meningkatkan kemahiran warga

emas terhadap penggunaan ICT, membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan warga emas dan

meningkatkan penglibatan warga emas dalam komuniti melalui penggunaan ICT. Ilmu yang dipindahkan

melalui projek ini adalah ilmu Geragogy, pengetahuan mengenai komputer dan aplikasi penggunaan

komputer. Terdapat enam aktiviti utama projek, yang terdiri daripada pembentukan MoU, penaksiran

keperluan cepat, pembentukan modul, pelaksanaan pelan tindakan pengajaran, pelaksanaan modul dan

perkongsian impak projek. Selain untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan warga emas,

program ini juga memberi latihan kepada warga emas sebagai penunjuk ajar kepada rakan sebaya melalui

Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainers) atau (TOT) untuk memastikan kesinambungan program ini

pada masa hadapan.

Page 2: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran warga emas mengenai ICT.

2) Untuk meningkatkan kemahiran warga emas terhadap penggunaan ICT.

3) Untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan warga emas. 4) Untuk meningkatkan penglibatan warga emas dalam komuniti melalui

penggunaan ICT.

AKTIVITI

Fasa 1 : Perbincangan dan Perancangan 1) Projek ini dimulakan dengan penglibatan dan perbincangan dengan

agensi dan komuniti yang dikenal pasti. Perbincangan awal dengan NACSCOM diadakan untuk mengenal pasti komuniti yang berada di bawah kelolaan pertubuhan tersebut.

2) Perjumpaan dengan pelatih-pelatih dalam komuniti NACSCOM menggunakan kaedah Penaksiran Keperluan Desa Cepat (Rapid rural needs assessment) untuk menentukan keperluan, keutamaan dan permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan.

3) Membentuk modul pemindahan ilmu komunikasi perorangan, perniagaan dan perusahaan, sosial dan aktivisme.

4) Merancang pelan tindakan terperinci berkenaan aktiviti yang dijalankan bersama komuniti tersebut. Modul pemindahan ilmu diintegrasikan dalam perancangan pelan tindakan ini.

Fasa 2 : Perlaksanaan dan Pemantauan

1) Melaksanakan aktiviti mengikut jadual yang dipersetujui dan menjalankan pelan tindakan dan pemantauan. Kutipan data dilakukan di akhir projek.

2) Membahagikan dua modul iaitu jurulatih dan ICT. Modul-modul ini melibatkan 30 pelatih pada satu sesi. Keseluruhan projek ini melibatkan tiga sesi dan menggunakan kaedah Latihan untuk Jurulatih (TOT).

3) Pelan tindakan dilaksanakan berdasarkan strategi berikut:

Mengukuhkan program untuk melahirkan tenaga pengajar dalam kalangan komuniti NACSCOM.

Meningkatkan kemahiran ICT dan metodologi latihan bagi tenaga pengajar.

Berusaha ke arah pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran bagi menyokong latihan kemahiran warga tua.

Melengkapkan prasarana ICT serta sistem pembelajaran elektronik dan multimedia.

Page 3: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

Menyediakan kemudahan dan persekitaran latihan ICT yang relevan dan kondusif untuk warga tua.

Fasa 3 : Penilaian 1) Bengkel penilaian separuh penggal perlaksanaan pelan tindakan dan

pengubahsuaian perancangan. 2) Bengkel penilaian akhir projek bersama pelatih-pelatih NACSCOM. 3) Penulisan laporan serta perkongsian impak projek dengan komuniti

NACSCOM dan platform yang berkaitan.

OUTPUT

Komuniti: 1) Kemahiran teknikal dan insaniah 80 orang ahli NACSCOM meningkat

melalui kelas dan modul pembelajaran ICT yang dibangunkan. 2) Latihan semula untuk meningkatkan nilai warga emas agar mereka

boleh bersaing dan menyumbang dalam k-ekonomi.

IPTA: 1) Modul Pengajaran dan Pembelajaran ICT untuk warga emas. 2) Nama baik dan reputasi IPTA di mata masyarakat. 3) Peningkatan jumlah MoU dan kerjasama IPTA dengan komuniti. 4) Penerbitan berimpak tinggi.

Pembangunan Modal Insan:

1) Penyertaan aktif dan peningkatan kemahiran warga emas dalam ICT mampu menyumbang kepada kesejahteraan keluarga.

2) Peningkatan kualiti hidup melalui penyertaan aktif dan produktif dalam program ini dapat mengurangkan jurang digital dalam kalangan warga emas.

3) Kebolehan menggunakan komputer serta aplikasinya dalam kehidupan seharian seperti perbankan elektronik dan sebagainya.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Putra Malaysia 2) The National Council of Senior Citizens’ Organizations Malaysia

(NACSCOM)

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga

emas. 1) Modul Pembelajaran dan Pengajaran ICT kepada warga emas. 2) Peningkatan kapasiti NACSCOM sebagai penyedia kemudahan ICT

untuk warga emas. 3) Pemerkasaan ahli NACSCOM kepada aspek pembelajaran dan aplikasi

ICT dalam kehidupan seharian agar dapat hidup dengan lebih berdikari.

Page 4: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

4) Pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat. IPTA:

1) Pengiktirafan kepada ahli akademia dan universiti. 2) Jaringan dan kerjasama dengan ahli komuniti (MoU). 3) Data penyelidikan dan penerbitan.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan pengendalian penyelidikan tindakan dalam kalangan graduan pelatih.

2) Latihan semula untuk menambah nilai warga emas supaya mereka boleh bersaing dan menyumbang dalam k-ekonomi.

3) Warga emas berada dalam arus perdana pembangunan negara. 4) Jaringan sosial antara warga emas dan masyarakat terbentuk. 5) Kemahiran berkomunikasi dan menyelesaikan masalah melalui kelas

serta modul pembelajaran yang dibangunkan. 6) Sikap graduan pelatih lebih positif terhadap teknologi dan aplikasi

komputer. 7) Kebolehpasaran graduan pelatih meningkat.

Page 5: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : The National Council Of Senior Citizens’ Organizations Malaysia (NACSCOM) Tarikh Lawatan : 23 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Dr. Zulkefli Yaacob (UMP) 2) Profesor Madya Dr. Faizah Abd Majid (UITM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 30% 24%

B AKADEMIA (10%) 8% 6%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 6%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 6%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 18% 18%

MARKAH KESELURUHAN (%) 71% 60%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF (%) 66%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

3/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

3/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 3/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 3/5

Page 7: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

3/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

3/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

- Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Berdasarkan penilaian keseluruhan projek, projek ini berada pada kategori jingga. Projek ini masih pada peringkat penyelidikan. Pihak akademia dan NGO perlu memikirkan kaedah untuk memastikan kesinambungan projek ini pada masa hadapan dan keperluan untuk mengenal pasti jurang antara masa projek dan selepas projek (pascalatihan) bagi mengenal pasti hal-hal yang masih diperlukan oleh golongan sasaran.

Page 8: TAJUK PROJEK: PENDAYAUPAYAAN WARGA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-DG13(UPM-11).pdf · permasalahan serta kutipan data asas komuniti yang dijalankan. 3) Membentuk

LAMPIRAN

Perbincangan mengenai perjalanan program dan penaksiran keperluan

bersama wakil NACSCOM

Mesyuarat bersama ahli jawatankuasa NACSCOM berkenaan perancangan program