tajuk projek: pemindahan pengetahuan kepada...

9
TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA PENTERNAK IKAN DAN UDANG ASID ORGANIK SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI AKUAKULTUR KOD PROJEK: I-ECO/1(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. NG WING KEONG AKADEMIA: - RAKAN INDUSTRI: SUNZEN FEEDTECH SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH: 15 OGOS 2011 30 JUN 2014 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Projek ini merupakan salah satu projek yang menggunakan asid organik sebagai alternatif kepada antibiotik dalam industri akuakultur. Projek ini memberi manfaat kepada para penternak, khususnya dalam pembiakan ikan dan udang. Objektif keseluruhan projek ini ialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan dalam usaha menghasilkan satu campuran asid organik (OAB) unik dirumus khas untuk haiwan akuakultur demi meningkatkan pertumbuhan serta menghalang penyebaran mikrob penyebab penyakit yang terdapat pada haiwan akuakultur. Dalam projek ini, para penternak akuakultur telah diperkenalkan kepada pendekatan amalan akuakultur yang lebih mesra alam dan lestari. Dalam projek ini, proses pemindahan ilmu telah dilaksanakan secara teknikal kepada pihak industri, khususnya kepada Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. Pemindahan ilmu tersebut meliputi pengetahuan mengenai penggunaan dan keberkesanan OAB, melatih dan meningkatkan kebolehpasaran siswa USM serta meningkatkan margin keuntungan rakan industri projek ini, iaitu Sunzen Feedtech Sdn. Bhd.

Upload: others

Post on 08-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

TAJUK PROJEK:

PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA PENTERNAK IKAN DAN UDANG ASID

ORGANIK SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI

AKUAKULTUR

KOD PROJEK:

I-ECO/1(USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. NG WING KEONG

AKADEMIA:

-

RAKAN INDUSTRI:

SUNZEN FEEDTECH SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TEMPOH:

15 OGOS 2011 – 30 JUN 2014

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek ini merupakan salah satu projek yang menggunakan asid organik sebagai alternatif kepada antibiotik dalam industri akuakultur. Projek ini memberi manfaat kepada para penternak, khususnya dalam pembiakan ikan dan udang. Objektif keseluruhan projek ini ialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan dalam usaha menghasilkan satu campuran asid organik (OAB) unik dirumus khas untuk haiwan akuakultur demi meningkatkan pertumbuhan serta menghalang penyebaran mikrob penyebab penyakit yang terdapat pada haiwan akuakultur. Dalam projek ini, para penternak akuakultur telah diperkenalkan kepada pendekatan amalan akuakultur yang lebih mesra alam dan lestari. Dalam projek ini, proses pemindahan ilmu telah dilaksanakan secara teknikal kepada pihak industri, khususnya kepada Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. Pemindahan ilmu tersebut meliputi pengetahuan mengenai penggunaan dan keberkesanan OAB, melatih dan meningkatkan kebolehpasaran siswa USM serta meningkatkan margin keuntungan rakan industri projek ini, iaitu Sunzen Feedtech Sdn. Bhd.

Page 2: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk memindahkan pengetahuan teknikal kepada pihak industri

(Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. Shah Alam, Malaysia) tentang penggunaan dan keberkesanan OAB.

2) Untuk melatih dan meningkatkan kebolehpasaran graduan USM melalui penglibatan mereka secara langsung dengan industri sepanjang tempoh projek dijalankan.

3) Untuk meningkatkan margin keuntungan pihak industri dan penternak akuakultur tempatan.

4) Untuk menyumbang kepada pengeluaran hasil makanan laut yang berkualiti tinggi dan bebas daripada residu-residu antibiotik kepada pengguna.

AKTIVITI

Metodologi projek ini terbahagi kepada dua aspek utama:

1) untuk menjalankan ujian prototaip campuran pemakanan dan asid organik terhadap pertumbuhan ikan dan udang, mengukur kecekapan penggunaan makanan, kesihatan dan perubahan dalam usus mikroflora di ladang komersial akuakultur dan pusat penetasan (ujian lapangan).

2) untuk mengkaji daya tahan dan tindak balas imunisasi haiwan ternakan akuatik sebelum diberi asid organik yang dapat menghindari bakteria patogenik (penyakit).

Prototaip OAB telah digunakan dan tindakan percubaan seterusnya telah dilakukan bagi menentukan kesan ke atas prestasi pertumbuhan, kecekapan penggunaan makanan, penghadaman nutrien, indeks badan dan kesihatan ikan dan udang yang diternak di ladang-ladang komersial. Kesan asid organik yang terdapat pada usus mikroflora, paramater kualiti air, beban mikro juga telah dipantau. Aktiviti sepanjang program dijalankan Januari 2012: Pemindahan ilmu pengetahuan gabungan pengeluaran asid organik. Disember 2012/Jun 2013: Pemindahan ilmu pengetahuan kepada penternak- penternak udang.

Januari 2013/Disember 2013: Pemindahan ilmu pengetahuan kepada penternak-penternak ikan tilapia.

Mei 2013/Disember 2013: Ujian pencegahan penyakit ikan selesai.

Page 3: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

OUTPUT

Industri: 1) Penghasilan proses pembuatan baharu. Keberkesanan proses

penternakan dipertingkatkan, kos dapat dikurangkan dan penggunaan bahan-bahan mentah dalam proses dapat diminimumkan.

2) Peningkatan kualiti industri akuakultur dan pemakanan akua. 3) Pengurangan kos pencegahan penyakit penternakan. 4) Peningkatan keuntungan syarikat Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. dengan

pertambahan perolehan produk tahunan. Pihak industri sedang merancang untuk mengeluarkan produk alternatif ini pada skala yang lebih besar, khususnya daripada 10 tan kepada 1,000 tan sehari.

IPTA:

1) Universiti mendapat pengalaman dalam hal-hal perundingan bersama-sama industri.

2) Peningkatan bilangan pelajar dalam ilmu akuakultur. 3) IPTA mendapat data dan maklumat yang dapat digunakan untuk

meningkatkan kajian penyelidikan akuakultur.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pendedahan kepada dunia industri

akuakultur. 2) Graduan pelatih telah diberi kepercayaan memasuki dan mempelajari

selok-belok hal perindustrian syarikat, promosi, pemasaran dan pengurusan akuakultur.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Sunzen Feedtech Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri: 1) Kejayaan menaik taraf industri bagi mengendalikan teknologi baharu

dalam akuakultur. 2) Peningkatan kebolehpasaran industri secara langsung, meningkatkan

margin keuntungan pihak industri dan penternak akuakultur tempatan. 3) Kelebihan kepada industri dalam pengeluaran produk alternatif yang

selamat dan mesra alam. Penggunaan antibiotik telah dapat dielakkan.

IPTA:

1) USM mendapat pengiktirafan sebagai pusat kecemerlangan untuk penyelidikan akuakultur yang memacu industri akuakultur bagi memenuhi keperluan negara.

2) USM telah mendapat pelbagai jemputan berucap pada persidangan antarabangsa dalam bidang akuakultur.

3) USM dapat menjalinkan hubungan erat dengan industri akuakultur

Page 4: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

melalui projek ini. Hubungan ini memberikan kelebihan kepada USM mendapatkan maklumat untuk meningkatkan teknologi terkini.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah mendapat ilmu pengetahuan tentang industri

akuakultur. 2) Graduan pelatih telah terlibat secara langsung dalam hubungan antara

rakan industri dengan IPTA, dan berpeluang menggunakan pengalaman tersebut dalam kerjaya mereka.

Page 5: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN 27

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 16 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Dr. Razak Haji Lajis (USM) 2) Profesor Madya Dr. Fadzillah Siraj (UUM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan, manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 29% 25%

B AKADEMIA (10%) 8% 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 5%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 9% 7%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 26% 26%

MARKAH KESELURUHAN (%) 80% 71%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 76%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI:

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 4/5

Page 7: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri

5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

5/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek -

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian keseluruhan yang telah dijalankan, panel pakar mendapati bahawa projek ini mempunyai nilai tambah kepada industri dan berada pada kategori kuning. Projek ini juga dilihat mampu menjadi salah satu inovasi baharu dan dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada industri akuakultur.

Page 8: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

LAMPIRAN

Kilang perintis untuk menghasilkan OAB secara komersial di tapak kilang Sunzen Feedtech Sdn. Bhd.

Pemindahan pengetahuan penggunaan OAB dalam formulasi makanan ikan tilapia

Page 9: TAJUK PROJEK: PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-ECO1(USM-11).pdfialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan

Pendekatan penting untuk menpengaruhi penternak ikan dan udang tempatan supaya mengelakkan

penggunaan antibiotik dan mengamalkan amalan akuakultur yang lestari dan mesra alam