tajuk projek: vermikompost untuk kitar...

11
TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR SEMULA SISA PEPEJAL BANDAR BAGI MEMPROMOSI TEKNOLOGI HIJAU KOD PROJEK: K-GT/20(UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. AZNI BIN IDRIS AKADEMIA: DR. NOR AZWADY ABDUL AZIZ DR. WAN AZLINA WAN ABD KARIM GHANI DR. PAIMAN BAWON PROFESOR DR. AWANG NOOR ABD GHANI RAKAN INDUSTRI: MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) BIDANG TUMPUAN UTAMA: KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH PROJEK: JULAI 2011 JUN 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Objektif projek ini adalah untuk memindahkan pengetahuan amalan terbaik pengurusan sisa bandar secara teknologi hijau dan mempromosikan penggunaan kitar semula secara semula jadi. Aplikasi kaedah mesra alam vermikompos bagi merawat sisa organik telah diperkenalkan dalam projek ini. Kaedah penggunaan vermikompos ini telah dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal dengan berkesan dalam masa yang pendek berbanding proses pengkomposan konvensional. Selain itu, pengetahuan tentang pembuatan kompos dengan menggunakan cacing juga telah dapat dipraktikkan dalam projek ini. Hasil pembajaan menggunakan vermikompos ini juga jauh lebih tinggi nilai nutriennya. Pendedahan pengetahuan ini telah mewujudkan kesedaran awam untuk mengurangkan sisa pepejal di bandar dan menggalakkan penggunaan amalan kitar semula vermikompos. Namun begitu, projek ini dilihat tidak berjaya sekiranya tiada kerjasama antara rakan komuniti iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dalam pelaksanaan projek ini, para peniaga di pasar MPSJ telah menggunakan bin vermikompos untuk tujuan kitar semula.

Upload: vanphuc

Post on 07-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

TAJUK PROJEK:

VERMIKOMPOST UNTUK KITAR SEMULA SISA PEPEJAL BANDAR BAGI

MEMPROMOSI TEKNOLOGI HIJAU

KOD PROJEK:

K-GT/20(UPM-11)

IPTA:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. AZNI BIN IDRIS

AKADEMIA:

DR. NOR AZWADY ABDUL AZIZ

DR. WAN AZLINA WAN ABD KARIM GHANI

DR. PAIMAN BAWON

PROFESOR DR. AWANG NOOR ABD GHANI

RAKAN INDUSTRI:

MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH PROJEK:

JULAI 2011 – JUN 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif projek ini adalah untuk memindahkan pengetahuan amalan terbaik pengurusan sisa bandar secara teknologi hijau dan mempromosikan penggunaan kitar semula secara semula jadi. Aplikasi kaedah mesra alam vermikompos bagi merawat sisa organik telah diperkenalkan dalam projek ini. Kaedah penggunaan vermikompos ini telah dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal dengan berkesan dalam masa yang pendek berbanding proses pengkomposan konvensional. Selain itu, pengetahuan tentang pembuatan kompos dengan menggunakan cacing juga telah dapat dipraktikkan dalam projek ini. Hasil pembajaan menggunakan vermikompos ini juga jauh lebih tinggi nilai nutriennya. Pendedahan pengetahuan ini telah mewujudkan kesedaran awam untuk mengurangkan sisa pepejal di bandar dan menggalakkan penggunaan amalan kitar semula vermikompos. Namun begitu, projek ini dilihat tidak berjaya sekiranya tiada kerjasama antara rakan komuniti iaitu Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dalam pelaksanaan projek ini, para peniaga di pasar MPSJ telah menggunakan bin vermikompos untuk tujuan kitar semula.

Page 2: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk memindahkan ilmu pengetahuan mengenai teknologi

vermikompos dalam pengurusan sisa pepejal yang berkesan di kawasan bandar.

2) Untuk menimbulkan kesedaran dan menggalakkan pengurusan sisa pepejal yang mesra alam dan baik serta mengurangkan pelupusan jumlah sisa pepejal di tapak pelupusan.

3) Untuk membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan baik pada masa hadapan tanpa membakar bahan buangan.

AKTIVITI

A) Program Latihan

1) Program latihan ini merangkumi semua aspek pengurusan sisa pepejal melalui kaedah vermikompos, budaya bervermikompos, kelebihan produk kompos, pemasaran, produk dan harga, kos, dan lain-lain lagi.

2) Sasaran komuniti adalah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Projek bagi program ini telah dijalankan dengan bantuan jurutera (personel) MPSJ.

3) Program ini telah mengadakan kuliah kepada maksimum 25 orang peserta bagi setiap satu sesi dan kursus.

4) Demo dan perbincangan diadakan pada akhir setiap sesi dan kursus. Demonstrasi yang telah dijalankan bertujuan memberi kefahaman kepada para peserta bagi memulakan proses vermikompos. Taklimat dan demonstrasi telah dikelolakan oleh tenaga profesional UPM dan jurutera MPSJ yang berpengalaman dalam teknologi vermikompos.

5) Sesi soal jawab juga diadakan dalam perbincangan dan kursus bagi memastikan kefahaman peserta berkenaan projek vermikompos.

B) Projek Vermikompos

1. Satu vermikompos skala perintis (pilot scale) telah direka bagi menghasilkan baja vermi di lokasi kawasan MPSJ. Tujuannya adalah untuk menunjukkan cara praktikal menjalankan vermikompos dan proses menghasilkan baja. Selain itu, skala perintis ini secara tidak langsung telah memupuk kesedaran amalan kitar semula vermikompos.

2. Projek vermikompos ini sentiasa dipantau dari semasa ke semasa bagi menilai keberkesanan skala perintis tersebut.

C) Aktiviti Pelaksanaan 1. Pelaksanaan projek ini termasuk pertukaran pengalaman antara ketua

Page 3: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

projek dan jurutera yang mengendalikan sisa sampah MPSJ. Ilmu pengetahuan mengenai penyediaan sisa sayur-sayuran di pasar telah dipindahkan. Kaedah membuat vermikompos bin, prosedur untuk mengumpul hasil vermikompos, penyelenggaraan dan pemantauan bin produk juga telah dijalankan.

2. Vermikompos bin skala dengan kapasiti 100 kg sehari telah dilakukan di pasar dan beroperasi sepenuhnya dengan melibatkan 24 peniaga. Kursus latihan di tapak juga telah dilakukan. Pada 2 bulan pertama projek, kaedah pembiakan cacing telah dijalankan di Makmal Biologi, UPM, sebelum dipindahkan ke sebuah kabin di pasar. Jangka masa untuk vermikompos adalah selama 1-2 bulan.

OUTPUT

Komuniti:

1) Penjimatan kos sebanyak 60% dalam pelupusan sisa termasuk kos pengangkutan sampah ke tapak pelupusan.

2) Pengurangan sisa telah meningkatkan jualan biobaja (biofertilizer) yang mempunyai nilai wang tinggi.

3) Peningkatan 90% pembabitan orang awam mengamalkan amalan terbaik dan program sokongan pengurangan sisa.

4) Peningkatan 90% kualiti hidup masyarakat dalam usaha menggalakkan amalan bersih di pasar dan di rumah.

5) Peningkatan 80% galakan daripada masyarakat untuk bersama-sama memberi manfaat kepada rakyat tempatan dan perniagaan kecil.

6) Peningkatan 90% tingkah laku masyarakat terhadap program kesedaran di pasar.

7) Peningkatan 90% pencapaian pembelajaran orang ramai tentang cara untuk menguruskan sisa pepejal kepada penghasilan biobaja yang sangat baik.

8) Peningkatan 90% pembelajaran berterusan kepada komuniti bagi mengikuti dan mengamalkan amalan vermikompos ini.

IPTA:

1) Pertukaran pengalaman dan ilmu antara IPTA dan jurutera MPSJ dalam pengendalian operasi sampah bandar.

2) Melalui projek ini, IPTA dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada komuniti.

Pembangunan Modal Insan: 1) Pengetahuan dalam penggunaan teknologi melalui sesi praktikal. 2) Pengetahuan tentang penyediaan awal proses vermikompos. 3) Kemahiran mereka bentuk bin atau tong vermikompos.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Putra Malaysia

Page 4: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

2) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah memahami kepentingan

mengitar semula sisa pepejal, pentingnya untuk mengawal penjanaan sisa pepejal, kelebihan bervermikompos, mengetahui proses vermikompos, dan melindungi alam persekitaran.

2) Komuniti MPSJ telah mempelajari cara-cara menyediakan bahan sisa sayuran organik untuk diberi kepada cacing.

3) Mengetahui kaedah pembuatan bin vermikompos, cara mengutip hasil vermikompos, penyelenggaraan bin serta melakukan pemantauan produk secara berkala.

4) Tiga vermikompos mini telah ditubuhkan di tiga tapak sebagai pusat sisa komunal kompos.

5) Peningkatan kesedaran orang awam secara tidak langsung untuk meneroka peluang perniagaan baharu dengan mengembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka dalam projek-projek teknologi hijau.

6) Pengurangan komponen sisa makanan dalam sisa pepejal perbandaran yang perlu dilupuskan.

IPTA: 1) Rangkaian dan kerjasama antara IPTA dengan rakan komuniti lebih

kukuh untuk menangani projek, dan menyelesaikan masalah yang mencabar serta manfaat bersama dalam hal memajukan amalan kitar semula secara mesra alam yang berkos rendah.

2) Pengiktirafan kepada UPM sebagai pembekal teknologi pelupusan sisa bahan buangan bagi pihak MPSJ.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah mendapat pendedahan tentang dunia sebenar

dan isu-isu semasa amalan kitar semula.

Page 5: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Tarikh Lawatan : 2 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Encik Mohd Amin Mohamad (UTEM) 2) Puan Che Hajah Asniza Osman (UITM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 31% 30%

B AKADEMIA (10%) 8% 7%

C GRADUAN PELATIH (10%) 6% 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 9%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 30% 30%

MARKAH KESELURUHAN (%) 82% 84%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 83%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

5/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

5/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek

5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek

5/5

Page 7: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

5/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

5/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

5/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

5/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

Secara keseluruhannya, projek ini telah membantu MPSJ menyelesaikan isu pengurusan sampah pasar secara mampan. Pengetahuan yang diperoleh daripada projek ini telah dikembangkan sehingga membantu MPSJ membangunkan Pusat Biomass Bersepadu MPSJ pada skala yang lebih besar. Projek ini juga telah menarik pelawat-pelawat untuk datang dan secara tidak langsung membantu percambahan ilmu kepada komuniti. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Setelah meneliti cadangan, laporan kemajuan berkala dan laporan penilai yang melawat tapak, panel pakar mendapati projek ini mempunyai nilai tambah kepada komuniti dan diklasifikaikan pada kategori hijau.

Page 8: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

LAMPIRAN

Lawatan panel penilai KTP Pemantauan

Sesi temu bual antara panel penilai, ketua projek, graduan pelatih dan rakan komuniti

Page 9: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

Kabin penempatan cacing vermikompos

Bin atau Tong yang telah digunakan di pasar dan beroperasi sepenuhnya

Page 10: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

Kabin cacing vermikompos ini akan dipantau dari semasa ke semasa

Pembiakan cacing jenis Afrika Night Crawler dengan menggunakan sisa sayur-sayuran

Page 11: TAJUK PROJEK: VERMIKOMPOST UNTUK KITAR …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-GT20(UPM-11).pdf · dengan menggunakan cacing juga telah dapat ... Sesi soal jawab juga diadakan

Kabin vermikompos telah dibina untuk tujuan kajian dan latihan kepada komuniti peniaga