tajuk projek: teknologi hijau dalam bekalan air...

9
TAJUK PROJEK: TEKNOLOGI HIJAU DALAM BEKALAN AIR PENGGUNAAN BAHAN BUKAN KIMIA UNTUK MERAWAT AIR SUNGAI KOD PROJEK: I-GT/13(UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. AZNI BIN IDRIS AKADEMIA: DR. NORHAFIZAH ABDULLAH RAKAN INDUSTRI: PAKAR MANAGEMENT TECHNOLOGY (M) SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH PROJEK: JULAI 2011 JUN 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat projek ini adalah untuk merawat air sungai secara semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia. Melalui projek ini satu model ke arah pengurusan bekalan air secara teknologi hijau telah berjaya dibangunkan. Pendedahan ilmu pengetahuan dan kesedaran penggunaan biopolimer tanpa bahan kimia dalam proses merawat air sungai telah dapat dipraktikkan dalam projek ini. Berbeza dengan teknologi sedia ada yang lebih cenderung menggunakan bahan kimia seperti alum sulfat dalam perawatan air sungai, projek ini telah berjaya menghasilkan biopolimer semula jadi yang telah dapat diaplikasikan dalam proses rawatan tersebut. Biopolimer yang digunakan dihasilkan daripada kulat Aspergillus flavus yang dapat menggantikan bahan kimia alum sulfat dalam perawatan air sungai. Selain itu, melalui projek ini juga, pengetahuan teknologi hijau telah diperkenalkan kepada industri bekalan air negara melalui promosi bahan semula jadi biopolimer kepada masyarakat umum. Bagi menjalankan pemindahan ilmu ini, Universiti Putra Malaysia telah bekerjasama dengan Pakar Management Technology (M) Sdn. Bhd. yang merupakan rakan industri dalam projek ini.

Upload: vokhuong

Post on 29-Apr-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAJUK PROJEK:

TEKNOLOGI HIJAU DALAM BEKALAN AIR – PENGGUNAAN BAHAN BUKAN KIMIA

UNTUK MERAWAT AIR SUNGAI

KOD PROJEK:

I-GT/13(UPM-11)

IPTA:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. AZNI BIN IDRIS

AKADEMIA:

DR. NORHAFIZAH ABDULLAH

RAKAN INDUSTRI:

PAKAR MANAGEMENT TECHNOLOGY (M) SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH PROJEK:

JULAI 2011 – JUN 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Matlamat projek ini adalah untuk merawat air sungai secara semula jadi tanpa menggunakan

bahan kimia. Melalui projek ini satu model ke arah pengurusan bekalan air secara teknologi

hijau telah berjaya dibangunkan. Pendedahan ilmu pengetahuan dan kesedaran penggunaan

biopolimer tanpa bahan kimia dalam proses merawat air sungai telah dapat dipraktikkan dalam

projek ini. Berbeza dengan teknologi sedia ada yang lebih cenderung menggunakan bahan kimia

seperti alum sulfat dalam perawatan air sungai, projek ini telah berjaya menghasilkan biopolimer

semula jadi yang telah dapat diaplikasikan dalam proses rawatan tersebut. Biopolimer yang

digunakan dihasilkan daripada kulat Aspergillus flavus yang dapat menggantikan bahan kimia

alum sulfat dalam perawatan air sungai. Selain itu, melalui projek ini juga, pengetahuan

teknologi hijau telah diperkenalkan kepada industri bekalan air negara melalui promosi bahan

semula jadi biopolimer kepada masyarakat umum. Bagi menjalankan pemindahan ilmu ini,

Universiti Putra Malaysia telah bekerjasama dengan Pakar Management Technology (M) Sdn.

Bhd. yang merupakan rakan industri dalam projek ini.

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk memindahkan ilmu pengetahuan mengenai penggunaan biopolimer semula jadi (berdasarkan Aflavus) untuk merawat air sungai.

2) Untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan penggunaan produk hijau dan mesra alam.

3) Untuk menonjolkan keberkesanan produk UPM (Aflavus) dalam penyediaan air yang berkualiti tinggi.

AKTIVITI

Program Pembangunan Bersama: 1) Program pembangunan ini diadakan bagi membincangkan semua

aktiviti yang berkaitan seperti sumbang saran, pertukaran pendapat dan pengalaman mengenai pencemaran air, kualiti air, penggunaan teknologi yang sedia ada dalam pengendalian loji rawatan air

2) Sesi bengkel telah di adakan oleh tenaga pakar dari UPM dan Pakar Kumpulan untuk membincangkan dan memahami teknologi dengan lebih teliti.

3) Mengadakan demonstrasi untuk memberi kefahaman kepada para peserta tentang cara biopolimer boleh dihasilkan dan membina sistem mudah rawatan air. Bengkel demonstrasi dikelolakan oleh pelatih profesional kedua-dua pihak, dari UPM dan dari Pakar Management bagi mengendali rawatan air sungai.

Penilaian Teknologi - Demo Loji: 1) Loji rawatan air perintis yang menggunakan biopolimer semula jadi ini

telah direka bentuk dan dibina dengan menggunakan kepakaran tenaga pengajar UPM dan pihak industri. Pertukaran idea dan perkongsian kemahiran teknikal antara ahli akademik dengan ahli profesional telah menghasilkan pengetahuan tentang rawatan air.

2) UPM memindahkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang diperlukan dalam rawatan air. Pakar Kumpulan pula telah mengajar pengalaman tentang cara-cara memantau dan mengendalikan loji perintis.

Aktiviti-aktiviti sepanjang bengkel: 1) Perbincangan dan mesyuarat antara ahli-ahli yang terlibat dalam

projek. 2) Lawatan ke lokasi loji untuk perawatan sebenar dan mengenal pasti

isu-isu penting. 3) Seorang graduan pelatih peringkat sarjana telah ditempatkan di

syarikat industri terbabit untuk mengkaji isu-isu reka bentuk dan kriteria yang digunakan dalam perawatan air sungai tersebut.

OUTPUT

Industri:

1) Satu skala perintis loji perawatan air berteknologi biopolimer semula jadi telah dibina.

2) Jualan pengeluaran produk baharu yang mesra alam meningkat 20%. 3) Penjimatan kos jangka panjang. Kos air menjadi 20% lebih murah

kerana kurangnya proses operasi menghapuskan pembentukan toksik enapcemar.

4) Kualiti produk yang dikeluarkan lebih selamat dan lebih murah. 5) Peningkatan 100% dalam kreativiti terhadap pengetahuan teknologi

alam sekitar, yang seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat industri.

6) Kesedaran inovasi dan kepentingan R&D bagi meningkatkan perkhidmatan industri semakin meningkat.

7) Prestasi pekerja meningkat sebanyak 90%. Pekerja-pekerja di industri telah mendapatkan kesedaran dan penggunaan teknologi hijau dan produk mesra alam lebih menggalakkan.

8) Profil syarikat meningkat 100% hasil penggunaan produk dari UPM. 9) UPM dan Industri telah berkongsi pengalaman mereka bentuk dan

mengendalikan loji perawatan air. 10) Produk yang dihasilkan telah mendapat permintaan yang tinggi dalam

pasaran biopolimer semula jadi. Produk biopolimer telah dapat menggantikan tawas untuk proses perawatan air.

IPTA:

1) UPM telah mendapat ilmu pengetahuan bagi mengendalikan industri perawatan air.

2) Pihak industri telah menggunakan produk UPM untuk kegunaan komersial.

3) UPM dan Industri telah bekerjasama secara bersepadu, terutamanya bagi menyediakan latihan kepada pelajar UPM.

4) Proses pembelajaran secara berterusan telah meningkat 90%. Pembelajaran ini telah dapat diaplikasikan menerusi perbincangan dan demonstrasi daripada golongan profesional UPM dan pihak industri yang berpengalaman luas dalam rawatan air.

Pembangunan Modal Insan:

1) Pembelajaran graduan pelatih telah meningkat 100%. Graduan pelatih lebih terdedah kepada dunia luar dan keadaan semasa berkaitan proses rawatan air.

2) Graduan pelatih telah diberi peluang mendapatkan pengetahuan melalui projek ini.

3) Keupayaan graduan pelatih telah meningkat 80% dalam penggunaan teknologi menerusi sesi praktikal, pengongsian pengalaman, proses mereka bentuk dan pembinaan operasi loji perawatan air.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Pakar Management Technology (M) Sdn. Bhd. 2) Universiti Putra Malaysia

KEBERHASILAN

Industri:

1) Projek ini telah berjaya mempromosikan polisi dan penggunaan teknologi hijau UPM.

2) Pengeluaran produk semula jadi yang dapat digunakan dalam industri khususnya dalam perawatan air sungai.

3) Permintaan industri terhadap produk biopolimer semula jadi telah mencatatkan permintaan yang tinggi.

4) Industri komersial lain seperti ISSET Sdn. Bhd. dan GreenHub Technologies Sdn. Bhd. telah berminat dengan teknologi biopolimer yang dihasilkan.

5) Pengeluaran biopolimer semula jadi dijangka dapat diperluaskan di pasaran khususnya dalam pengeluaran air bersih.

IPTA: 1) Rangkaian kerjasama antara IPTA dan industri telah memberi

kelebihan kepada kedua-dua pihak dalam hal menyelesaikan masalah yang timbul.

2) Pengiktirafan dan kepercayaan pihak industri kepada IPTA untuk mengeluarkan produk.

Pembangunan Modal Insan:

1) Aplikasi teknologi telah memberi pengalaman berharga kepada graduan pelatih dalam perawatan air sungai dan amalan sayangi alam sekitar.

2) Graduan pelatih telah mendapat kemahiran teknikal dan insaniah yang seterusnya dapat digunakan dalam etika kerja dan amalan seharian.

3) LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

4) PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Pakar Management Technology (M) Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 19 Jun 2014 Panel Penilai : 1) Encik Rudie Tajuddin@TA (UPM) 2) Profesor Madya LAr. Dr. Nordin Abd Rahman (UPM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian dari oleh Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 33% 25%

B AKADEMIA (10%) 8% 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 7%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 9% 8%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 22% 22%

MARKAH KESELURUHAN (%) 80% 70%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 75%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

3/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 3/5

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

5/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri

5/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Secara keseluruhannya, program KTP ini sangat berkesan untuk menyalurkan ilmu kepada industri kerana

pihak akademia dan industri perlu saling menyokong antara satu sama lain bagi mempercepatkan lagi

kematangan kajian yang sedang dijalankan. Program ini harus diteruskan lagi pada masa akan datang

kerana industri perlukan sokongan kemudahan dan kepakaran daripada akademia bagi menjayakan

sesebuah kajian. Untuk masa akan datang, kami mengesyorkan pihak KTP menambahkan dana bagi

membuka fasa kedua, iaitu fasa setelah selesai kajian dipindahkan kepada industri. Tujuannya adalah bagi

menggerakkan aktiviti prakomersial dijalankan.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian yang dibuat, panel pakar mendapati projek ini masih berada di tahap penyelidikan. Oleh yang demikian perkembangan industri terhadap projek masih perlu diperkukuhkan lagi. Projek ini berada pada kategori jingga.

LAMPIRAN

Ketua projek menunjukkan loji pandu biopolimer yang telah siap dibina

Aktiviti pensampelan air tasik yang tercemar

Keupayaan biopolimer untuk merawat air tercemar secara berkesan

Lawatan panel penilai di Pakar Management Technology Sdn. Bhd.