tajuk projek: penyingkiran h2s dalam loji biogas...

9
TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS MENGGUNAKAN KARBON TERAKTIF TEMPURUNG KELAPA SAWIT MELALUI PENGAKTIFAN STIM KOD PROJEK: I-GT/24(USM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR DR. ABDUL RAHMAN MOHAMED AKADEMIA: PROFESOR DR. BASSIM H. HAMEED PROFESOR MADYA DR. LEE KEAT TEONG RAKAN INDUSTRI: FELDA PALM INDUSTRIES SDN. BHD. BIDANG TUMPUAN UTAMA: KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH: 15 OGOS 2011 31 DISEMBER 2013 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Projek ini menggunakan karbon teraktif tempurung kelapa sawit (palm shell activated carbon, PSAC) dalam proses menyingkirkan gas H2S. Pembangunan dan pengoptimuman proses loji pandu dalam projek ini telah direka khas dan diaplikasikan untuk mengatasi masalah pembersihan gas H2S daripada biogas. Selain itu, projek ini juga telah memperkenalkan langkah penukaran dan penggunaan biojisim serta menaik taraf nilai tambah produk, khasnya untuk industri kelapa sawit. Hasil usaha sama ketua projek, pihak Universiti Sains Malaysia dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (rakan industri) ini telah menghasilkan kejayaan bersama dalam penyelidikan projek ini. Sisa pembuangan sisa karbon teraktif daripada tempurung kelapa sawit ini telah dapat dijadikan sumber karbon yang diperbaharu untuk industri perkilangan. Di samping itu, industri minyak sawit juga telah dapat mengatasi masalah pembersihan gas H2S yang terdapat pada biogas dan menukarkannya kepada bentuk yang menghasilkan tenaga elektrik di kilang sawit. Pemindahan ilmu yang dilaksanakan dalam projek ini sekaligus meningkatkan kredibiliti penyelidikan pihak Universiti dan graduan pelatih. Ia juga telah dapat menaik taraf nilai tambah produk kepada industri kelapa sawit.

Upload: ngonhan

Post on 10-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

TAJUK PROJEK:

PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS MENGGUNAKAN KARBON TERAKTIF

TEMPURUNG KELAPA SAWIT MELALUI PENGAKTIFAN STIM

KOD PROJEK:

I-GT/24(USM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KETUA PROJEK:

PROFESOR DR. ABDUL RAHMAN MOHAMED

AKADEMIA:

PROFESOR DR. BASSIM H. HAMEED

PROFESOR MADYA DR. LEE KEAT TEONG

RAKAN INDUSTRI:

FELDA PALM INDUSTRIES SDN. BHD.

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH:

15 OGOS 2011 – 31 DISEMBER 2013

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Projek ini menggunakan karbon teraktif tempurung kelapa sawit (palm shell activated carbon, PSAC) dalam proses menyingkirkan gas H2S. Pembangunan dan pengoptimuman proses loji pandu dalam projek ini telah direka khas dan diaplikasikan untuk mengatasi masalah pembersihan gas H2S daripada biogas. Selain itu, projek ini juga telah memperkenalkan langkah penukaran dan penggunaan biojisim serta menaik taraf nilai tambah produk, khasnya untuk industri kelapa sawit. Hasil usaha sama ketua projek, pihak Universiti Sains Malaysia dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. (rakan industri) ini telah menghasilkan kejayaan bersama dalam penyelidikan projek ini. Sisa pembuangan sisa karbon teraktif daripada tempurung kelapa sawit ini telah dapat dijadikan sumber karbon yang diperbaharu untuk industri perkilangan. Di samping itu, industri minyak sawit juga telah dapat mengatasi masalah pembersihan gas H2S yang terdapat pada biogas dan menukarkannya kepada bentuk yang menghasilkan tenaga elektrik di kilang sawit. Pemindahan ilmu yang dilaksanakan dalam projek ini sekaligus meningkatkan kredibiliti penyelidikan pihak Universiti dan graduan pelatih. Ia juga telah dapat menaik taraf nilai tambah produk kepada industri kelapa sawit.

Page 2: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk mereka bentuk loji pandu bagi penyingkiran gas H2S daripada biogas dengan hasil projek yang dibiayai oleh pihak FELDA.

2) Untuk membina sebuah loji pandu untuk penyingkiran gas H2S daripada sumber biogas.

3) Untuk mengkomisen dan memantau loji pandu yang dibina supaya memastikan ia dapat beroperasi.

4) Untuk mengkaji parameter proses penyingkiran H2S di loji pandu. 5) Untuk mengoptimumkan parameter proses penyingkiran H2S di loji

pandu.

AKTIVITI

Tahap 1: Tinjauan Karya Pada tahap pertama, beberapa kajian yang berkaitan dikumpulkan dan digunakan bagi membangunkan projek ini.

Tahap 2: Kajian Kemungkinan Pengeluaran karbon teraktif tempurung kelapa sawit (PSAC) melalui pengaktifan wap menggunakan pelantar karbonisasi sedia ada telah dilakukan melalui beberapa pengubahsuaian pada pemasangan wap.

Tahap 3: Ujian Penyingkiran CO2 dan H2S Biogas sintetik telah dibangunkan di makmal berdasarkan kepada komposisi biogas di kilang biogas tempatan. PSAC yang telah siap akan diuji tentang potensi menghapuskan CO2 dan H2S.

Tahap 4: Pengubahsuaian PSAC kemudiannya akan diubah suai dengan lebih sistematik untuk meningkatkan penyingkiran CO2 dan H2S.

Tahap 5 : Mengoptimumkan Parameter Pada tahap ini, parameter bagi proses penjerapan akan dikaji. Parameter- parameter seperti kapasiti penjerapan, kadar aliran, tekanan, suhu, kepekatan sampel, berat bahan penjerap dan tempoh pemindahan jisim telah dapat dioptimumkan.

Tahap 6: Kajian Kinetik dan Model Secara Matematik Setelah semua parameter telah dioptimumkan, kajian kinetik dan proses pemodelan secara matematik dilakukan.

OUTPUT

Industri: 1) Kos penjimatan bahan api telah dapat dikurangkan semasa proses

pembakaran biojisim. Melalui penggunaan teknologi ini, kilang minyak sawit Besout tidak lagi bergantung kepada kuasa elektrik.

2) Pelaksanaan teknologi baharu di Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

Page 3: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

mencapai antara 5% hingga 10%. 3) Penggunaan metana telah dioptimumkan kepada 20% sebagai tenaga

boleh diperbaharu daripada penggunaan bahan api. 4) Pengetahuan kakitangan mengenai pemanasan global, hujan asid dan

tenaga boleh diperbaharu telah meningkat. 5) Pengetahuan mengenai tahap keselamatan loji pembersihan biogas

telah meningkat 10%. 6) Kerja berpasukan antara kakitangan telah meningkat 10%. 7) Persekitaran industri yang bersih dan selamat memberi kepuasan dan

kelebihan kepada kakitangan dan staf pihak industri. 8) Pekerja semakin matang untuk mengendalikan projek dan tahap

disiplin telah meningkat sebanyak 10%. 9) Ilmu tentang pencemaran udara, kawalan dan pemantauan

mengurangkan masalah pemanasan global telah meningkat sebanyak 10% dalam kalangan industri dan kakitangan.

IPTA: 1) Hubungan antara rakan industri dan IPTA dalam usaha mencapai

kehendak industri telah meningkat. 2) Kredibiliti penyelidikan di universiti meningkat melalui projek ini.

Pembangunan Modal Insan: 3) Kemahiran berkomunikasi graduan pelatih telah meningkat sebanyak

10% 4) Pembangunan ilmu pengetahuan baharu dalam teknologi pembersihan

biogas pada graduan pelatih telah meningkat 10%. 5) Tahap keyakinan graduan pelatih untuk mengendalikan projek dan

berurusan dengan industri telah meningkat 10%.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Malaysia 2) Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

KEBERHASILAN

Industri: 1) Industri telah mendapat teknologi maju dalam usaha membangunkan

dan mengoptimumkan proses loji pandu yang boleh diaplikasikan untuk menyingkir gas H2S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout.

2) Industri telah dapat menyumbang usaha bagi mengekalkan alam sekitar yang lebih selamat dan bersih.

IPTA:

1) Maklumat dan data yang diperoleh daripada projek ini dapat memberi peluang kepada IPTA mempertingkatkan lagi teknologi sedia ada.

2) IPTA mendapat pengalaman berharga hasil kerjasama strategik dengan industri.

Page 4: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah mendapat pengalaman mengendalikan projek

khususnya dalam pembersihan biogas. 2) Latihan yang diberikan kepada graduan pelatih dapat digunakan dalam

etika kerja. 3) Graduan pelatih mendapat lebih pendedahan kepada persekitaran

kerja sebenar melalui proses perindustrian. 4) Graduan pelatih mendapat pelbagai kemahiran seperti kemahiran

berkomunikasi dan kendiri bagi mencapai keperluan atau kehendak industri.

Page 5: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Felda Palm Industries Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 26 November 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Dr. Mohd Fauzi Sedon@ M.Dom (UPSI) 2) Profesor Dr. Zulkefli Yaacob (UMP)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 31% 31%

B AKADEMIA (10%) 8% 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 8%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 25% 25%

MARKAH KESELURUHAN (%) 79% 80%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 80%

PENILAIAN DARIPADA INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek

5/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 4/5

Page 7: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh industri

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

4/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

5/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Projek yang dilaksanakan terbukti memberikan hasil yang positif dari segi keupayaan menurunkan kuantiti

H2S dalam biogas daripada 3000 ppm kepada 0 ppm. Ilmu yang disalurkan amat bermanfaat dan berguna

untuk diaplikasikan di peringkat kilang. Komitmen yang diberikan adalah memuaskan.

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Daripada analisis keseluruhan projek, projek ini lebih berkonsepkan penyelidikan. Walaupun projek ini telah menunjukkan kemajuan dan mendapat maklum balas positif daripada pihak industri, ia mestilah bertepatan dengan konsep KTP dalam proses memindahkan ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, panel pakar meletakkan projek ini di kategori merah.

Page 8: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

LAMPIRAN

Lawatan panel penilai ke tapak projek Kilang Sawit Besout, Sungkai Perak

Kerjasama antara IPTA dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd.

Page 9: TAJUK PROJEK: PENYINGKIRAN H2S DALAM LOJI BIOGAS ...ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-GT24(USM-11).pdf · S daripada biogas di Kilang Kelapa Sawit Besout. 2) Industri

Gambar Biogas Scrubbing Rig yang dibiayai oleh pihak Felda