tajuk projek: program peningkatan pengetahuan dan...

10
TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG KOD PROJEK: K-ECO/34(UPM-11) IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA DR. AZHAR KASIM AKADEMIA: PROFESOR DR. MOHD ZAMRI SAAD PROFESOR DR. MOHD ZUKI ABU BAKAR PROFESOR MADYA LAR DR. NORDIN ABD RAHMAN DR. ANJAS ASMARA@AB HADI SAMSUDIN ZAIDI TAJUDDIN ROSTAM HARUN MAHANI AMAT@HALIMI HAIRUNNISAK JALIL RAKAN KOMUNITI: PENTERNAK DAN AHLI KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM, RAUB PAHANG BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH TERTENTU 2) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI 3) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU TEMPOH: 1 SEPTEMBER 2011 1 MAC 2014 1. RINGKASAN EKSEKUTIF Objektif utama projek ini adalah untuk memindahkan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan perladangan kepada penternak kambing dan ahli keluarga mereka, di samping meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Ilmu pengetahuan yang dipindahkan dalam projek ini termasuklah kemahiran pengurusan ladang, merawat ternakan, mengurus makanan haiwan, memasarkan hasil ternakan dan menanam pokok sayuran serta rumput. Tumpuan projek ini adalah kepada penternak dan ahli keluarga mereka di Mukim Batu Talam, Raub. Melalui projek ini juga, latihan lapangan seperti pemberian makanan tanpa terlalu bergantung kepada rumput atau daun sawit sebagai bahan hijau segar. Sebaliknya, mereka akan dilatih menggunakan biojisim hijau sebagai makanan. Di samping itu, suri rumah juga diberikan latihan menjahit dan membuat kuih bagi menambah pendapatan sampingan mereka.

Upload: doannhi

Post on 03-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN EKONOMI PENTERNAK KAMBING

DAN KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM RAUB, PAHANG

KOD PROJEK: K-ECO/34(UPM-11)

IPTA: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KETUA PROJEK: PROFESOR MADYA DR. AZHAR KASIM

AKADEMIA: PROFESOR DR. MOHD ZAMRI SAAD

PROFESOR DR. MOHD ZUKI ABU BAKAR

PROFESOR MADYA LAR DR. NORDIN ABD RAHMAN

DR. ANJAS ASMARA@AB HADI SAMSUDIN

ZAIDI TAJUDDIN

ROSTAM HARUN

MAHANI AMAT@HALIMI

HAIRUNNISAK JALIL

RAKAN KOMUNITI: PENTERNAK DAN AHLI KELUARGA DI MUKIM BATU TALAM, RAUB PAHANG

BIDANG TUMPUAN UTAMA: 1) PENDIDIKAN - MENINGKATKAN TAHAP PENDIDIKAN DI DAERAH-DAERAH

TERTENTU

2) KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

3) KELESTARIAN DAN INISIATIF TEKNOLOGI HIJAU

TEMPOH:

1 SEPTEMBER 2011 – 1 MAC 2014

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif utama projek ini adalah untuk memindahkan ilmu pengetahuan mengenai pengurusan

perladangan kepada penternak kambing dan ahli keluarga mereka, di samping meningkatkan

pendapatan dan taraf hidup mereka. Ilmu pengetahuan yang dipindahkan dalam projek ini

termasuklah kemahiran pengurusan ladang, merawat ternakan, mengurus makanan haiwan,

memasarkan hasil ternakan dan menanam pokok sayuran serta rumput. Tumpuan projek ini adalah

kepada penternak dan ahli keluarga mereka di Mukim Batu Talam, Raub. Melalui projek ini juga,

latihan lapangan seperti pemberian makanan tanpa terlalu bergantung kepada rumput atau daun sawit

sebagai bahan hijau segar. Sebaliknya, mereka akan dilatih menggunakan biojisim hijau sebagai

makanan. Di samping itu, suri rumah juga diberikan latihan menjahit dan membuat kuih bagi

menambah pendapatan sampingan mereka.

Page 2: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk meningkatkan pengetahuan penternak mengenai pengurusan

ternakan dan ladang, dan menjadikan mereka penternak berilmu. 2) Untuk meningkatkan pendapatan keluarga penternak supaya mereka

dapat keluar daripada garis kemiskinan. 3) Untuk menjadikan mereka penternak yang berpengetahuan menilai dan

membuat keputusan mengenai pengurusan penternakan terbaik dan pemasaran produk (pemerkasaan penternak).

4) Untuk meningkatkan pengetahuan penternak supaya mereka celik IT.

AKTIVITI

Program ini menggunakan pendekatan secara pertemuan bersemuka, kursus, latihan, lawatan, demonstrasi dan khidmat nasihat serta bimbingan yang berterusan dari semasa ke semasa. Ia juga melibatkan graduan pelatih dan pelajar UPM.

OUTPUT

Komuniti: 1) Penyertaan aktif dan peningkatan pengetahuan dan kemahiran

penternakan dan pertanian yang menyumbang kepada kesejahteraan keluarga.

2) Penyertaan masyarakat amat menggalakkan terhadap aktiviti yang dilaksanakan UPM dan agensi setempat. Lima buah kampung telah terlibat dalam projek ini.

3) Kualiti dan gaya hidup penternak bertambah baik. Seramai 24 orang penternak kambing telah disenaraikan.

4) Pemerkasaan penternak sedia ada untuk terlibat secara aktif dan efektif dalam masyarakat. Seramai 24 orang penternak kambing telah disenaraikan.

5) Kehadiran UPM memberi kesan terhadap komuniti untuk aktif mempelbagaikan usaha dalam bidang ternakan dan pertanian. Penyertaan melibatkan 24 orang penternak.

6) Sikap positif terhadap penyampaian khidmat nasihat oleh pegawai UPM.

7) Amalan menggunakan media komunikasi untuk berhubung dengan pegawai UPM atau agensi yang relevan terhadap masalah dalam penternakan dan pertanian.

8) Peningkatan kemahiran serta pengetahuan penternak mengenai pengurusan ternakan (pengurusan makanan, pengurusan rawatan penyakit ringan, pengurusan rekod ternakan).

9) Peningkatan pendapatan penternak melalui kepelbagaian sumber (pertanian, penternakan, IKS).

Page 3: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan dan

pertanian serta komuniti dan masyarakat. 2) Penghasilan penerbitan kepada IPTA dalam bidang penternakan dan

pertanian.

Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih dapat mempelajari cara menguruskan bidang

ternakan, pertanian dan komuniti kemasyarakatan. 2) Graduan pelatih dapat berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat,

agensi setempat, kerajaan, IPTA dan sebagainya. Graduan pelatih telah berjaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mendapat latihan etika kerja yang berkesan.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Putra Malaysia

2) Penternak dan ahli keluarga di Mukim Batu Talam, Raub Pahang

KEBERHASILAN

Komuniti: 1) Penglibatan lebih banyak agensi pelaksana. 2) Status ekonomi peserta dikenal pasti. Pengetahuan peserta mengurus

ternakan juga bertambah. 3) Seramai 24 orang termasuk bukan penternak telah mendapat latihan. 4) Bilangan penternak bertambah. 5) Penternak yang jarang dilawati, dilawati semula dan membuat tinjauan

semula kepada penternak di Mukim Batu Talam. 6) Keluarga penternak (suri rumah) memperoleh pengetahuan baharu

iaitu menjahit tudung. Membuka peluang dalam menjana pendapatan.

IPTA: 1) Pengalaman dan kemahiran kepada pegawai UPM. 2) Peningkatan imej UPM dalam kalangan komuniti. 3) Pelajar dan graduan pelatih mendapat pelajaran yang berguna.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berguna dalam hal mengurus ternakan.

2) Minat graduan pelatih meningkat sehingga seorang daripada mereka telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang pengurusan ternakan.

3) Kesedaran hidup bermasyarakat dalam kalangan graduan pelatih meningkat dan mereka membantu golongan petani menggunakan kaedah moden dan terkini dalam bidang penternakan.

Page 4: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Komuniti

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar

Laporan tidak dihantar

Page 5: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Komuniti : Penternak dan Ahli Keluarga di Mukim Batu Talam, Raub, Pahang Tarikh Lawatan : 21 Ogos 2014 Panel Penilai : Profesor Madya Dr. Amir Akramin Shafie (UIAM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Komuniti)

SEKSYEN ITEM PENILAI

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 31%

B AKADEMIA (10%) 8%

C GRADUAN PELATIH (10%) 8%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8%

E LAPORAN DARI KOMUNITI (30%) 23%

MARKAH KESELURUHAN (%) 78%

PENILAIAN OLEH KOMUNITI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada komuniti

4/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh komuniti

4/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek 4/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek 4/5

Page 6: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

4/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding sumbangan yang disalurkan oleh komuniti

4/5

C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

4/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan

4/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Komuniti Terhadap Projek

Program ini amat baik untuk komuniti dan berjaya memindahkan ilmu dan memberi pendedahan kepada peserta, selain dapat menambahkan pendapatan mereka. Program ini diharap dapat diteruskan dan ditambah dengan bidang-bidang lain seperti pertanian kerana ia bersifat (alamiah) tempatan. Projek ini boleh memberi ruang kepada peserta untuk meningkatkan taraf hidup. Semoga program ini diteruskan dan ditambah baik. Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Setelah meneliti keseluruhan penilaian, pencapaian projek ini amat membanggakan. Penglibatan inisiatif daripada semua pihak yang ditunjukkan mampu meningkatkan taraf ekonomi dan memberi nilai tambah kepada komuniti. Panel pakar berpendapat projek ini mampu menjadi pemangkin dalam perkembangan komuniti seterusnya. Projek ini berada pada kategori hijau.

Page 7: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

LAMPIRAN

Projek ini berjaya meningkatkan kadar kebuntingan dan mengurangkan kadar kematian kambing

Penternak telah diajar menguruskan pemakanan, pembiakan dan kesihatan kambing

Page 8: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

Amali penanaman rumput oleh peserta-peserta terlibat

Para penternak telah menggunakan baja kompos berasaskan tinja kambing

Page 9: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

Pemantauan prestasi dan kesihatan kambing sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa

Kursus penternakan kambing yang disampaikan oleh akademia kepada rakan komuniti

Page 10: TAJUK PROJEK: PROGRAM PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/K-ECO34(UPM-11).pdf · IPTA: 1) Peningkatan tahap penyelidikan UPM dalam bidang penternakan

Lawatan panel penilai di Pejabat Daerah dan Tanah Mukim Batu Talam, Raub Pahang