tajuk latar belakang - · pdf fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program nilam. contoh...

8
Tajuk Garis Panduan Pemilihan Karya-karya Besar (Great Works) untuk Koleksi Pusat Sumber Sekolah. Latar Belakang. Masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan budaya ilmu yang dibina melalui tabiat membaca. Kajian tabiat dan minat membaca rakyat Malaysia (1984) menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca satu muka surat setahun berbanding dengan 200 muka surat dibaca oleh rakyat Jepun. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa remaja Malaysia lebih cenderung kepada majalah hiburan. Kajian tabiat membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (1996) melalui Frank Small & Assoc. menunjukkan : - Kadar literasi rakyat Malaysia mencapai 93 peratus, tetapi kadar yang membaca hanya 87 peratus - Rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk memupuk budaya membaca melalui program NILAM yang sedang dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dalam usaha memupuk budaya membaca kepada para pelajar, salah satu langkah untuk melahirkan masyarakat pembaca kepada bahan-bahan bacaan yang berkualiti iaitu karya-karya besar yang mempunyai unsur-unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan. Definisi Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Upload: doananh

Post on 08-Feb-2018

280 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

Tajuk Garis Panduan Pemilihan Karya-karya Besar (Great Works) untuk Koleksi Pusat Sumber Sekolah. Latar Belakang. Masyarakat yang bertamadun tinggi mengamalkan budaya ilmu yang dibina melalui tabiat membaca. Kajian tabiat dan minat membaca rakyat Malaysia (1984) menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca satu muka surat setahun berbanding dengan 200 muka surat dibaca oleh rakyat Jepun. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa remaja Malaysia lebih cenderung kepada majalah hiburan. Kajian tabiat membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (1996) melalui Frank Small & Assoc. menunjukkan :

- Kadar literasi rakyat Malaysia mencapai 93 peratus, tetapi kadar yang membaca hanya 87 peratus

- Rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk memupuk budaya membaca melalui program NILAM yang sedang dilaksanakan di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dalam usaha memupuk budaya membaca kepada para pelajar, salah satu langkah untuk melahirkan masyarakat pembaca kepada bahan-bahan bacaan yang berkualiti iaitu karya-karya besar yang mempunyai unsur-unsur mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan. Definisi Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.

Page 2: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

Rasional Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca karya besar perlu ditekankan dalam penghayataan pembacaan murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan kreatif. Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan usaha manusia untuk memahami dan menghayati kebijaksanaan yang merupakan santapan mental dan rohani yang diperlukan oleh manusia. Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif.Atas kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah. Objektif 1. Menyokong program galakan membaca di sekolah-sekolah melalui

penghayatan pembacaan karya-karya besar dan bahan-bahan bacaan yang bermutu.

2. Mendedahkan murid-murid kepada karya-karya besar agar mereka dapat menilai dan menghargainya.

3. Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, berfikiran kritis dan kreatif

4. Melahirkan masyarakat berilmu dan menghayati budaya ilmu 5. Membina tradisi menulis dan memperkayakan kreativiti penulisan.

Page 3: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

Kriteria 1. Meliputi karya kreatif dan non-kreatif daripada penulis dan pemikir

berwibawa. 2. Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau karya-karya

terjemahan. 3. Karya oleh penulis tempatan dan luar negara. 4. Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah pendidikan

kebangsaan dan telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

5. Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat, agama, bangsa, atau kaum.

6. Sesuai dengan budaya masyarakat setempat. 7. Karya asli. 8. Karya-karya besar dalam bentuk edisi pelajar adalah diterima. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kriteria pemilihan buku untuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah. Bahan Bacaan Sekolah Menengah

Karya Klasik 1. Hamlet - William Shakespeare 2. Romeo and Juliet - William Shakespeare 3. The Merchant of Venice - William Shakespeare 4. Cleopatra - William Shakespeare 5. The Tempest - William Shakespeare 6. As You Like it - William Shakespeare 7. Much Ado About Nothing - William Shakespeare 8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare 9. Twelfth Ninth - William Shakespeare 10. King Lear - William Shakespeare 11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare 12. Henry V - William Shakespeare 13. The Prince of Padua - William Shakespeare

Page 4: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

Bahasa Inggeris untuk pelajar Menengah Rendah : 1. The Adventures of Sherlock Holmes - Sir Arthur Conan Doyle. 2. The Adventures of Huckleberry Finn - Mark Twain. 3. Tom Sawyer - Mark Twain. 4. The Jungle Book - Rudyard Kipling 5. The Elephant Man 6. Oliver Twist - Charles Dicken 7. David Copperfield - Charles Dicken 8. The Secret Garden - Frances Hodgson Burnett 9. Black Beauty 10. Tom Brown Schooldays - Thomas Hughes 11. Around The World in Eighty Days - Jules Verne 12. The Three Musketeers - Sir Alexander Dumas 13. Anne of Green Gables 14. The Diary of Anne Frank Bahasa Inggeris untuk pelajar Menengah Tinggi 14. Pride and Prejudice - Charlotte Bronte 15. To Kill A Mockingbird - Harper Lee 16. Roots - Alex Haley 17. Of Mice and Men - John Steinbeck. 18. Animal Farm - George Orwell. 19. The Scarlet Letter - Nathaniel Hawthrone. 20. Moll Flanders - Nathaniel Hawthrone. 21. Gone with the Wind 22. Wuthering Heights - Charlotte Bronte 23. The Tale of Two Cities - Charles Dicken 24. Jane Eyre - Charlotte Bronte 25. The Pearl - John Steinbeck 26. Sons and Lovers - D.H. Lawrence 27. The Pygmalion - George Bernard Shaw 28. The Importance of Being Ernest - Oscar Wilde 29. Noli me Tangare ( My Hand) - Jose Rizal 30. Centerbury Tales - Chaucer 31. Lord of The Rings - L. Tolkien 32. Collections of Khalil Gibran

Page 5: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

Karya Bacaan Matang & Bukan Fiksyen (Menengah Tinggi) 1. Mein Kempf (My Struggle) - Adolf Hitler (terjemahan Bahasa Inggeris) 2. The Wealth of Nation - Adam Smith 3. The Republic - Plato 4. The Prince - Machiavelli 5. Utophia - Sir Thomas More 6. In Praise of Folly - Erasmus 7. Chicken Soup of The Soul Bahan Bacaan Kanak-kanak / sekolah rendah 1. Snow White and The Seven Dwarfts - The Grimm Brothers 2. Cinderella - The Grimm Brothers 3. Little Red Riding Hood - The Grimm Brothers 4. Rumpelstiltskin - The Grimm Brothers 5. Sleeping Beauty - The Grimm Brothers 6. Repunzel - The Grimm Brothers 7. Beauty and The Beast - The Grimm Brothers 8. Hansel and Gretel - The Grimm Brothers 9. Puss in the Boot - The Grimm Brothers 10. Jack and The Beanstalk - The Grimm Brothers 11. Alice in Wonderland - Caroll Lewis 12. Pinnochio - Carlo Coloddi 13. Ugly Ducklings - Han Christian Anderson 14. The Emperor’s New Clothes - Han Christian Anderson 15. The Red Shoes - Han Christian Anderson 16. The Hunchback of Notre Damme - Han Christian Anderson 17. Pied Piper of Hamelin - Han Christian Anderson

Page 6: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

Bahan Bacaan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Karya Klasik 1. Tuhfat An-Nafis 2. Hikayat Merong Mahawangsa 3. Hikayat Malim Deman 4. Hikayat Laila Majnun 5. Hikayat Raja Donan 6. Hikayat Malim Deman 7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda 8. Hikayat Amir Hamzah 9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah Bahan Bacaan Kontemporari / Moden sekolah menengah 1. Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad 2. Salah Asuhan - Abdul Moies 3. Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk - Drs. Prof. Hamka 4. Uda dan Dara - Usman Awang 5. Salina - A. Samad Said 6. Sejarah Melayu - Tun Sri Lanang 7. Anak Mat lela Gila - Pak Sako 2 . Puteri Gunung Tahan - Pak sako 3 . Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid 4 . Gelombang Hidup - Abdullah Sidek 5 . Nyawa di Hujung Pedang - Ahmad Murad Nasarudin 6 . Sisa Neraka Dunia - Ahmad Lutfi . Sungai mengalir Lesu (1967) - A.Samad said 3 . Desa Pingitan (1964) - Ibrahim Omar 4 . Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin 5 . Samudera - Arena Wati 6 . Merpati Putih Terbang Lagi - Khatijah Hashim 7 . Interlok - Abdullah Hussein 8 . Rentong - Shahnon Ahmad 9 . Anak Titiwangsa - Keris Mas 10.Biru Warna - Awang Had Salleh 11.Rantau Selamat - Abdullah Hussein

Page 7: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

12.Badai Semalam - Khatijah Hashim 13.Gelora - Arena Wati 14.Senja Belum Berakhir - Azizi Hj. Abdullah 15.Sami Mekong - Azizi Hj. Abdullah 16.Pahlawan Lembu - S.Othman Kelantan 17.Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan 18.Saga - A. Talib Hasan 19.Daerah Tercinta - Muhd Mansor Abdullah Karya terbitan Tahun 80an 1 . Tok Guru - Shahnon Ahmad 2 . Daerah Zeni - A. Samad Said 3 . Hujan Pagi - A. Samad Said 4 . Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur - Keris Mas 5 . Rimba Harapan - Keris Mas 6 . Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj. Abdullah 7 . Mega-Mega di Langit - Talib YK 8 . Lepaskan Kembali Aku ke Laut - Shaari Isa 9 . Buih di Atas Air - Abdullah Hussein 10.Meniti Cahaya - Ghazali MA 11.Sesudah Fajar Sebelum Senja - Baharuddin Sidi 12. Di Sebalik Sebuah Kubah - Harun Hj. Salleh 13.Langit Petang - A. Samad Said 14.Tunggul Gerigis - Shahnon Ahmad 15.Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan 16.Terang Bulan - Rahmat Harun 17.Arus - Anwar Ridhwan.

Page 8: Tajuk Latar Belakang - · PDF fileuntuk pusat sumber sekolah dan untuk program NILAM. Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Besar yang Sesuai disediakan untuk Pusat Sumber Sekolah

Sekolah Rendah Bahan Bacaan Kategori Klasik (Bacaan Kanak-kanak) 1 . Si Tenggang 2 . Bawang Putih Bawang Merah 3 . Pak Pandir 4 . Hikayat Hang Tuah 5 . Batu Belah Batu Bertangkup 6 . Pak Kaduk 7 . Pak Belalang 8 . Puteri Gunung Ledang 9 . Mahsuri 10. Mat Jenin 11. Sejarah Melayu 12. Bendahara Tun Perak 13. Sultan Mahmud Mangkat diJulang 14. Tun Fatimah 15. Tun Mutahir 16. Hikayat Si Luncai Rujukan 1. Yayasan Karyawan, (2000). Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya

Agung Yayasan Karyawan, Kuala Lumpur : Yayasan Karyawan. 2. Othman Kelantan, Abdullah Tahir (2003). Sejarah Kesusasteraan Melayu

Moden – Novel. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Smyth, David. (2000). The Canon in Southeast Asian Literature. Surrey,

Great Britain : Curzon Press.