pengurusan bahan - pusat sumber … · web viewpengurusan bahan adalah satu cara bagaimana bahan...

27
PENGURUSAN BAHAN 1.0 Pengenalan Pengurusan bahan adalah satu cara bagaimana bahan Pusat Sumber Sekolah diurus secara sistematik mengikut peringkat dari aspek:- Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Bahan Semakan Stok ( Pilih Buang / Simpan ) Penyusunan Bahan Pemuliharaan Bahan Dasar Pemilihan Dan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah ialah satu dasar Kementerian Pendidikan yang menggariskan panduan ke arah penyediaan koleksi bahan bacaan tambahan yang memenuhi keperluan perkembangan rohani, emosi, intelek dan jasmani murid selaras dengan hasrat kecemerlangan dalam pendidikan. Bahan bacaan yang dimaksudkan dalam dasar ini ialah bahan bacaan bercetak yang merangkumi bahan bacaan ilmiah, bahan bacaan ringan dan terbitan berkala. Ini tidak termasuk buku teks, panduan peperiksaan, buku kerja dan ulangkaji serta bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran. 2.0 Panduan Pemilihan Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah 2.1 Definisi Pemilihan bahan bacaan adalah proses mengesan, menilai dan menentukan bilangan naskah yang perlu diperolehi untuk membina koleksi Pusat Sumber Sekolah. 1

Upload: danghanh

Post on 03-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN BAHAN

1.0 Pengenalan

Pengurusan bahan adalah satu cara bagaimana bahan Pusat Sumber Sekolah diurus secara sistematik mengikut peringkat dari aspek:-

Pemilihan dan Pembinaan Koleksi Bahan Semakan Stok ( Pilih Buang / Simpan ) Penyusunan Bahan Pemuliharaan Bahan

Dasar Pemilihan Dan Pembinaan Koleksi Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah ialah satu dasar Kementerian Pendidikan yang menggariskan panduan ke arah penyediaan koleksi bahan bacaan tambahan yang memenuhi keperluan perkembangan rohani, emosi, intelek dan jasmani murid selaras dengan hasrat kecemerlangan dalam pendidikan.

Bahan bacaan yang dimaksudkan dalam dasar ini ialah bahan bacaan bercetak yang merangkumi bahan bacaan ilmiah, bahan bacaan ringan dan terbitan berkala. Ini tidak termasuk buku teks, panduan peperiksaan, buku kerja dan ulangkaji serta bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Panduan Pemilihan Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah

2.1 Definisi

Pemilihan bahan bacaan adalah proses mengesan, menilai dan menentukan bilangan naskah yang perlu diperolehi untuk membina koleksi Pusat Sumber Sekolah.

2.2 Kriteria Am

Proses pemilihan bahan hendaklah berdasarkan:-

2.2.1 isi kandungan yang memenuhi keperluan dan penyampaian yang sesuai dengan kumpulan sasaran

2.2.2 keadaan fizikal yang baik

2.2.3 penerbitan yang berwibawa

1

2.3 Kriteria Pemilihan

2.3.1 Buku Bergambar

2.3.1.1 Gambar dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas daripada teks dan hendaklah berwarna warni.

2.3.1.2 Mutunya bukan sahaja perlu dilihat dari segi estetika tetapi juga dari segi perkembangan murid-murid dari aspek afektif dan kognitif.

2.3.1.3 Urutan cerita atau fakta dari gambar-gambar yang dilihat perlu ada.

2.3.1.4 Bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami oleh kanak-kanak di peringkat ini. Walaupun begitu ia perlu ada unsur-unsur yang boleh memperkembangkan lagi perbendaharaan kata.

2.3.1.5 Perkataan dan ungkapan. Seeloknya hendaklah berulang-ulang bagi tujuan pengukuhan.

2.3.1.6 Gaya persembahan perlu jelas dan teratur serta mempunyai unsure kelucuan dan hiburan.

2.3.1.7 Kehormanian antara teks dan gambar adalah

penting. Oleh itu pastikan gabungan gambar dan teks adalah saling melengkapi.

2.3.1.8 Ciri fizikal buku bergambar yang adalah seperti berikut:-

Kulit yang menarik Mutu kertas yang baik Penjilidan yang kukuh Saiz huruf / cetakan yang besar daripada

cetakan biasa Jenis huruf yang diperakukan Cetakan huruf tidak bertindih atas gambar

– supaya tidak mengelirukan kanak-kanak

2

2.3.2 Fiksyen

2.3.2.1 Temanya perlu sesuai dengan minat kumpulan sasaran, memberi pengetahuan, mengukuh, mencabar dan memperkayakan, membentuk sahsiah, emosi, rohani dan intelek, menyemai nilai-nilai murni dan menghiburkan.

2.3.2.2 Bahasa yang digunakan semestinya betul, hidup dan sesuai dengan tahap pemahaman kumpulan sasaran. Ia perlu mengandungi unsur-unsur keindahan dan pengayaan bahasa. Walau bagaimanapun pertimbangan perlu diberikan kepada unsur dialog yang menggunakan loghat atau bahasa lisan supaya bahan-bahan sedemikian dipilih.

2.3.2.3 Gaya Penyampaian hendaklah menarik supaya dapat menghidupkan jalan cerita dan watak.

2.3.3 Bukan Fiksyen

2.3.3.1 Kandungannya perlulah tepat, logic, kemaskini dan perlu sesuai dengan falsafah pendidikan negara, minat serta tahap dan kebolehan murid-murid. Sebuah buku itu dianggap baik kalau mendatangkan kesedaran dan mempengaruhi ke arah meningkatkan sahsiah sertamembawa kepada perubahan tingkah laku, moral dan pemikiran.

2.3.3.2 Kewibawaan penerbitan, terutamanya pengarang dan penterjemah adalah penting. Pengarang berwibawa mempunyai kelayakan akademik, ikhtisas atau pengalaman dalam bidang berkenaan. Penerbitan yang berwibawa pula adalah penerbit yang berpengalaman dan sudah terkenal dengan penerbitan-penerbitannya yang bermutu.

2.3.3.3 Bahasa yang digunakan hendaklah betul dan sesuai dengan tahap kebolehan murid.

3

2.3.3.4 Gaya Persembahan hendaklah menarik dan mempunyai susunan yang logik. Isi yang dipersembahkan dapat mencetuskan dan merangsang kesedaran dan daya pemikiran yangkritis.

2.3.3.5 Ilustrasi yang baik iaitu graf, carta, jadual, gambar dan sebagainya hendaklah:

sesuai dengan teks boleh bertindak sebagai maklumat

tambahan jelas dan tidak terlalu abstrak sehingga

tidak boleh dibayangkan atau difahami oleh murid-murid.

menarik, sama ada berwarna atau hitam putih – jika berwarna, objek penting mestilah ditonjolkan.

menggambarkan objek atau situasi yang sebenar.

2.3.3.6 Ciri-Ciri FizikalBahan yang baik mempunyai keadaan fizikal seperti berikut:

cetakannya baik dan saiz hurufnya sesuai dengan tahap pembaca.

muka surat judul ada maklumat pengarang, penerbit dan tarikh penerbitan.

muka surat jadual kedatangan betul, ada bab dan tajuk kecil dan muka surat dengan menggunakan tajuk utama.

susunan bahan yang menyenangkan dan menggalakkan pembacaan.

kertas yang baik dan penjilidan yang kukuh

2.3.3.7 Ciri-Ciri Khas buku bukan fiksyen yang baik mempunyai:

Indeks dan rujukan senarai muka surat, untuk mendapatkan fakta dengan cepat dan mudah.

bibliografi jadual kandungan glosari senarai perkataan baru

4

cadangan aktiviti lanjutan yang boleh merangsang pemikiran pembaca berasaskan topic aspek yang dibaca.

ilustrasi

2.3.3.8 Harga bahan hendaklah dipertimbangkan berdasarkan keperluan pembaca, kekerapan pengguna dan mutu bahan secara keseluruhan.

2.3.4 Buku Rujukan

Buku rujukan terdiri daripada bahan yang digunakan untuk mencari maklumat dan pengetahuan. Biasanya bahan ini hanya digunakan di dalam Pusat Sumber Sekolah dan tidak dipinjamkan keluar kerana bahan ini digunakan untuk rujukan sahaja. Koleksi buku rujukan terdiri daripada:

Ensiklopedia Kamus Istilah Atlas Buku tahunan seperti Buku Rasmi Tahunan Malaysia Buku panduan seperti panduan telefon, panduan alamat

penerbit dan lain-lain. Buku maklumat ringkas mengenai orang-orang terkenal

seperti “Who’s who in Malaysia”. Alamanak iaitu buku yang memberi pelbagai maklumat

termasuk perangkaan.

2.3.5 Terbitan Berkala

Terbitan berkala merupakan bahan yang diterbitkan mengikut kekerapan tertentu. Ini terdiri daripada majalah, akhbar, risalah, jurnal.

2.3.6 Bahan-Bahan Khusus

Bahan-bahan khusus terdiri daripada brosur, keratan akhbar, fail tegak, buku skrap dan poster.

2.3.6.1 Isi dan skop bahan bacaan tersebut sesuai dan berkaitan dengan keperluan dan kemampuan kumpulan sasaran.

5

2.3.6.2 Maklumat yang diberikan mestilah tepat, kemaskini, tidak biasa serta dapat menambah dan memperkayakan pengetahuan dan pengalaman pembaca.

2.3.6.3 Bahasa yang digunakan mesti betul dan sesuai.

2.3.6.4 Kewibawaan pengarang, lembaga editor dan penerbit perlu bagi memastikan mutu bahan secara keseluruhannya.

2.3.6.5 Ilustrasi seperti gambar, rajah, graf dan sebagainya hendaklah terang, menarik, realistic dan sesuai.

2.3.6.6 Ciri khas seperti indeks hendaklah lengkap dan baik untuk memudahkan pembaca mencari maklumat yang diperlukan.

2.3.6.7 Harga bahan haruslah berpatutan dengan mutu fizikalnya. Sekiranya harga mahal tetapi nilai pengetahuan dan pendidikannya tinggi boleh dipertimbangkan untuk diperolehi.

2.4 Alat-Alat Pemilihan

Alat-alat pemilihan yang boleh digunakan bagi memilih bahan bacaan di pusat sumber sekolah adalah seperti berikut:

2.4.1 Senarai buku yang disediakan oleh Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Teknologi Pendidikan iaitu:

Senarai Buku Pusat Sumber Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah.

2.4.2 Senarai perolehan perpustakaan awam.

2.4.3 Senarai buku-buku dalam Bahasa Malaysia yang diterbitkan oleh perpustakaan Negara Malaysia.

2.4.4 Katalog penerbit dan pembekal.

2.4.5 Bibliografi seperti:

Bibliografi Negara Malaysia Bibliografi terbitan UNESCO dan UNICEF

6

2.4.6 Ulasan-ulasan buku dari media massa

2.4.7 Ulasan penerbitan buku kanak-kanak seperti Children’s Literature Review.

2.4.8 Alat-alat pemilihan lain yang diperakukan dari semasa ke semasa.

Nota:

Untuk memperolehi judul-judul suratkhabar, majalah atau keratan persidangan yang tertentu, pihak sekolah boleh juga merujuk kepada indeks-indeks yang diterbitkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

Indeks Majalah Malaysia

Indeks Surat Khabar

Indeks Persidangan Malaysia

2.5 Proses Pemilihan Bahan Bacaan Pusat Sumber Sekolah

2.5.1 Tugas memilih bahan bacaan pada am merupakan tugas Guru Pusat Sumber, Setiausaha Kurikulum dan guru-guru.

2.5.2 Dari satu masa ke semasa Guru Pusat Sumber akan menerima dan mengumpulkan maklumat mengenai judul-judul bahan bacaan yang dicadangkan oleh guru-guru.

2.5.3 Kemudian Guru Pusat Sumber akan membuat senarai judul bahan mengikut mata pelajaran.

2.5.4 Lepas itu Guru Pusat Sumber akan menyemak sama ada bahan ada di Pusat Sumber Sekolah atau tidak.

2.5.5 Sekiranya didapati bahan memang sudah ada di Pusat Sumber, Guru Pusat Sumber akan memberitahu pihak yang mmeminta bahan itu.

2.5.6 Sekiranya bahan belum ada di Pusat Sumber Sekolah, Guru Pusat Sumber Sekolah akan meminta penerbit meminjamkan naskah untuk dinilai.

7

2.5.7 Sekiranya naskah-naskah itu boleh didapati:

2.5.7.1 Guru Pusat Sumber Sekolah akan menyerahkan bahan-bahan tersebut kepada setiausaha kurikulum untuk dinilaikan oleh panitia yang berkenaan.

2.5.7.2 Sekiranya diperakukan oleh guru-guru, Setiausaha Kurikulum akan menyediakan senarai bahan, kemudian menyerahkan senarai dan buku kepada Guru Pusat Sumber Sekolah.

2.5.7.3 Guru Pusat Sumber Sekolah akan menyediakan senarai indeks judul yang diperakukan dan kemudian menyerahkan senarai itu kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah untuk membuat keputusan membeli.

2.5.7.4 Guru Pusat Sumber juga menghantar buku dipinjam kepada penerbit.

2.5.8 Sekiranya naskah untuk dinilai tidak dapat dipinjam;

2.5.8.1 Guru Pusat Sumber Sekolah akan menyemak dengan Senarai Buku Bacaan Tambahan Pusat Sumber Sekolah Kementerian Pendidikan.

Sekiranya ada dalam senarai, guru pusat sumber sekolah menyedia senarai judul untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah untuk membuat keputusan membeli.

Sekiranya tiada dalam senarai, rujuk Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan.

2.5.9 Sekiranya diperakukan, Guru Pusat Sumber Sekolah akan menyediakan senarai judul untuk diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat Sumberf untuk membuat keputusan membeli.

2.5.10 Sekiranya tidak diperakukan, jangan beli.

8

2.6 Bahan-Bahan Yang Dilarang

Larangan-larangan terhadap unsur-unsur yang menjejas:

2.6.1 Kemurniaan Akhlak

2.6.1.1 bahan-bahan yang lucah

2.6.1.2 bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur kongsi gelap, keganasan, kekerasan dan kekejaman.

2.6.1.3 bahan-bahan yang mengagung-agungkan kebudayaan kuning dan hidup berpelesiran.

2.6.1.4 bahan-bahan yang menganjurkan atau menggalakkan penyalahgunaan dadah.

2.6.2 Ketenteraman Awam

2.6.2.1 bahan-bahan yang bercorak anti-raja dan kerajaan.

2.6.2.2 bahan-bahan yang menganjurkan unsur-unsur diskriminasi dan perpecahan kaum di negara ini, seperti menghina antara satu sama lain, memburuk-memburukkan kedudukan sesuatu kaum dan sebagainya.

2.6.2.3 bahan-bahan yang mengandungi fakta yang salah mengenai agama yang boleh menimbulkan salah faham terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.

2.6.2.4 bahan-bahan agama yang menghuraikan ajaran-ajaran selain daripada mazhab Ahlil Sunnah Wal-Jamaah, seperti fahaman Syi’ah.

2.6.2.5 bahan-bahan yang mengandungi ajaran yang salah seperti ajaran Taslim, Qadiani dan tariqat-tariqat tertentu yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah.

2.6.2.6 bahan-bahan yang membandingkan agama-agama dan kesuciannya.

9

2.6.3 Keselamatan Negara

2.6.3.1 bahan-bahan yang mengandungi ajaran atau memihak kepada komunisme, ateisme atau apartheid.

2.6.3.2 bahan-bahan yang mengandungi dakyah Zionis (gerakan Yahudi antarabangsa).

2.6.3.3 bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur kekejaman dan keganasan sesame manusia.

2.6.3.4 bahan-bahan yang memberikan fakta-fakta yang salah mengenai sesuatu keadaan atau kejadian di Malaysia.

2.6.3.5 bahan-bahan yang cuba mengalihkan kesetiaan rakyat negara ini kepada negara lain.

2.6.3.6 bahan-bahan berbentuk jurnal yang tidak mendapat kelulusan dan kebenaran penerbitan dan penyebaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

2.6.4 Keluhuran Undang-Undang

2.6.4.1 bahan-bahan yang memberikan fakta-fakta atau interpretasi yang salah mengenai undang-undang negara ini.

2.6.4.2 bahan-bahan yang mempertikaikan dasar kerajaan dan undang-undang negara ini.

2.6.5 Perhubungan Dengan Negara Asing

2.6.5.1 bahan-bahan yang mengandungi penghinaan terhadap negara sahabat dan memburuk-burukkan pemerintah, kebudayaan dan cara hidup mereka.

10

PEMILIHAN BAHAN

3.0 Agihan Mengikut Bahan Bacaan.

3.1 Koleksi bahan Pusat Sumber Sekolah hendaklah menggambarkan kepelbagaian aliran bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah, jenis bahan dan tahap peringkat sekolah supaya murid-murid berpeluang mendapat bahan bacaan untuk memperkaya dan memperkukuhkan penguasaan bahasa penghantar, bahasa kedua dan bahan-bahan lain.

Jenis sekolah Bahasa Melayu

%

Bahasa Inggeris

%

Bahasa Cina/Bahasa

Tamil/Lain-lainSekolah Kebangsaan danSekolah Rendah Kebangsaan

±70 ±25 ±5

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)

±30 ±10 ±60

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil)

±30 ±10 ±60

Sekolah Menengah ±65 ±30 ±5

Nota:

Pengagihan ini berpandukan kepada kurikulum dan kokurikulum sekolah.

Peringkat Sekolah

Fiksyen%

Bukan Fiksyen%

Terbitan Berkala dan Bahan

KhususSekolah Rendah 65 25 10Sekolah Menengah

45 40 15

Sekolah Menengah Atas

40 45 15

Nota:

Pengagihan ini mengikut peratusan yang berdasarkan kepada jumlah bilangan naskhah.

11

Nisbah Buku Murid.

Jenis Sekolah Jumlah Murid Stok Minimum Di perlukan

Pertambahan Buku Baru.

Sekolah Rendah 1. Kurang daripada 2502. Lebih daripada 250

2000 buah buku

8 buah buku bagi setiap murid

1-2 bagi setiap murid setahun

Sekolah Menengah

1. Kurang daripada 10002. Yang ada tingkatan 6

8000 buah buku

14 buah buku setiap murid tingkatan 6.

3-4 bagi setiap murid setahun

Nota: Berdasarkan Cadangan Bilangan Stok Buku, Rancangan Pembangunan Perpusatakaan Sekolah di Malaysia blueprint for School Library Development in Malaysia , di sunting oleh D.E.K. Wijasurya berdasarkan draf laporan oleh B.A.J.lade. Kuala Lumpur, Persatuan Perpustakaan Malaysia 1979.

Setiap Sumber Sekolah perlu juga mencapai tahap stok minima yang di cadangkan . Bagi sekolah-sekolah yang telah mencapai tahap ini, usaha perlulah di buat untuk menambah lagi koleksinya.

3.2 Alat Pemilihan

3.2.1 Alat Bantuan pemilihan Bahan itu termasuklah:

a. Dasar Pelajaran Kebangsaan- Akta Pelajaran.b. Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai pelaksanaan

Dasar Pelajaran Malaysia.c. Risalah, Katalog dan edaran daripada penerbit swasta dan

agensi pendidikan.d. Senarai buku Bahasa Malaysia Untuk Perpustakaan

Sekolah Menengah dan Rendah, terbitan Unit Perpustakaan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malysia.

e. Buletin Sebaran Pendidikan, terbitan Bahgian PSP, Kementerian Pendidikan.

f. Senarai Buku-buku dalam Bahasa Malaysia, Terbitan Perpustakaan Negara Malaysia.

g. Berita Perpustakaaan, Unit Perpustakaan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

h. Cadangan-cadangan oleh Ketua-Ketua Panitia di sekolah-sekolah.

i. Sukatan Pelajaran.j. Buku-buku Panduan.

12

4.0 SEMAKAN STOK

4.1. Proses Pilih Buang/ Simpan

4.1.1. Bahan-bahan itu hendaklah disemak dari semasa ke semasa supaya sentiasa kemaskini dari segi pembekalan maklumat. Mana- mana bahan yang kurang sesuai hendaklah dipilih buang.

A. Tujuan:

i. menjimatkan ruangii. memudahkan penggunaaniii. menjimatkan wang untuk baikpulihiv. mengelakkan nahan-bahan yang tidak sesuai daripada

sampai ke tangan pelajar.

4.1.2 Pilih Buang / Pilih Simpan

a. pilih buang bahan yang tidak berguna.b. Pilih simpan bahan yang patut dikeluarkan kerana

mungkin lebih sesuai di gunakan di tempat lain.

4.1.3 Aspek-aspek Untuk Pilh Buang.

a. Bentuk Fizikal.

i. kulitnya koyak, mukasurat hilang, jilidannya tanggal, hurufnya luntur( untuk carta, lutsinar dan sebagainya ), tidak lengkap seperti set ensiklopedia dan permainan.

b. Isi dan Maklumat.

i. tidak sesuai dari segi ejaan dan perbendaharaan kata.ii. Fakta dan maklumat tidak sesuai lagi dengan keadaan

semasa dan keperluan pendidikan.iii. Maklumat itu mungkin membingungkan atau

menimbulkan kesan negatif.iv. Perkakasan yang rosak tidak ekonomik untuk di baiki.v. Membehayakan pengguna.vi. Tidak lagi sesuai kerana ada lagi bahan yang lebih

berkesan jika di gunakan.

13

c. Bahan-bahan tiruan;

i. sekiranya di gunakan akan menimbulkan masalah kepada pengguna atau pengurusan PSS

d. Aspek Teknikal;

i. suara latar, muzik dan dialog ilustrasi tidak berkesan lagiii. teknik persembahan tidak lagi sesuaiiii. maklumat terlalu berkecamuk, terlalu kecil atau kabur.

4.1.4 Langkah-langkah Yang Patut Diambil Untuk Menghapuskira

a. Dapatkan kelulusan daripada Setiausaha Bahagian Kewangan dan Akaun Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri.

Rujuk kepada:

Pekeliling Bahagian Kewangan & AkaunKementerian Pendidikan MalaysiaBil.KP/1589/7/(14)Bertarikh 10 Jun 1980

NOTA: Gunakan borang-borang tertentu semasa membuat permohonan kelulusan untuk hapuskira.

Untuk cara-cara menguruskan pembelian. Sila rujuk Arahan Perbendaharaan169, 170, 172, 173,174, 175(A),178,326(a) dan (b) Rujuk lampiran A.

Sekiranya menghhadapai apa-apa masalah. Sila hubungi Bahagian Kewangan di Jabatan Pendidikan Negeri.

14

PENYUSUNAN BAHAN-BAHAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

BAHAN CARA PENYUSUNAN

1. Bahan Cetaka. Buku Fiksyen

- mengikut susunan abjad nombor panggilan.

b. Buku Bukan Fiksyen - mengikut susunan nombor panggilan

c. Kamus - mengikut susunan nombor panggilan

d. Majalah yang berjilid - mengikut tahun

e. Risalah - tempat / bekas khas di labelkan ( senarai kandungan )

f. Jurnal - mengikut tahun

1. Bahan Bukan Cetaka. Cartab. Petac. Kaset

d. Pita Videoe. Slaidf. Transparensig. Disketh. Cakera Padat (CD), CD-ROM,

CDI(Interaktif), VCD

mengikut susunan nombor panggilan

Peringatan: Jika bahan yang dibekalkan terdapat dua bahan berlainan ( cth: buku bersama CD )

- susunan adalah mengikut KEUTAMAAN - cara penyimpanan adalah seperti biasa

Nota: Semua bahan-bahan di kumpulkan di rak atau tempat yang di tentukan mengikut tajuk Perkara.

15

5.0 PEMULIHARAAN BAHAN DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

5.1 KONSEP

Bahan koleksi yang terdapat pada Pusat Sumber Sekolah seperti buku-buku rujukan, buku-buku laporan dan sebagainya begitu mudah terdedah kepada kemusnahan yang di sebabkan oleh berbagai punca seperti keadaan semulajadi, agen pemusnah, bencana dan sebagainya.

5.2 DEFINISI

Pemuliharaan (conservation) tercipta hasil daripada percantuman istilah “pemulihan “dan “peliharaan” Secara am pemulihan bermaksud segala usaha membaiki dan memulihkan sesuatu bahan yang mengalami kerosakan.

Manakala pemeliharaan pula segala usaha menjaga atau mengawal sesuatu bahan daripada mengalami kerosakan yang telah berlaku keatasnya termasuklah dari segi fizikal dan kandungan intelektual bahan tersebut, termasuk segala bentuk penyalinannya seperti microfilem, mikrofis, seni foto dan sebagainya.

5.3 KEMUSNAHAN KERTAS.

5.3.1 Sebab-sebab Kerosakan.

a. Suhu dan Kelembapan

Suhu yang sesuai antara 68’ – 78 ‘ C . Suhu yang tinggi menyebabkan kertas menjadi kering dan rapuh . Suhu yang rendah pula menyebabkan kertas sentiasa lembab dan bercendawan. Suhu yang tidak menentu ( turun naik) menyebabkan kertas menjadi rapuh.

b. Banjir

Kertas akan basah dan melekat apabila kering tertamanya “art paper”. Tulisan juga akan pudar, kembang dan kotor. Kulit akan kembang. Kertas akan menjadi sukar untuk di ceraikan kepada halamannya apabila kering.

16

c. Serangga.

Serangga perosak yang merosakkan kertas.

i. Lipas - kertas adalah makanan lipas terutama bahagian luar buku.

ii. Gegat - biasanya makan bahagian dalam buku iii. Book Lice - makan gam dalam buku iv Ulat buku - membuat lubang pada buku v. Anai-anai - merosakkan keseluruhan buku. vi. Tikus - menggigit dan merosakkan buku.

d. Bahan Kimia.

Bahan kimia banyak di gunakan semasa membuat kertas. Chlorine untuk memutihkan kertas serta bahan kimia yang lain akan menyebabkab kertas rosak dan tidak tahan lama.

e. Kotoran / Pencemaran Udara.

Biasanya di kawasan perindustrian. Biasanya terdapat udara yang kotor ( Sulphur Dioxide) dan juga asap dari pembakaran. Ini akan menyebabkan kertas menjadi kuning.

f. Manusia.

Penyebab utama bahan menjadi rosak

Kejahilan menggunakan bahan dan tidak bertanggung jawab.

Tempat simpanan kurang memuaskan Cuai Kurang pengetahuan dalam penjagaan

Pernafasan / pengudaraan. Sulphur Dioxide – mengoksidakan asid sulphuric,

memudarkan warna dan merosakkan filem Hydrogen Sulphide – memudarkan perak dan tembaga,

menghakis kepingan gangsa dan merosakkan filem. Ammonia – merosakkan gam dan varnish ( menjadikan

tompok putih ) Ozon dan nitrogen oksid – meretakkan getah,

menggelapkan varnish, melemahkan kertas dan textile, mereputkan kulit, memudarkan warna dan memudarkan gambar.

17

g. Cahaya dan Haba.

Menyebabkan warna pudar, kertas menjadi kuning, kertas kering dan rapuh, mengeraskan getah.

5.4 KAEDAH PENYIMPANAN.

Bagi memastikan bahan yang akan di simpan tahan lama dan seboleh-bolehnya kekal dalam bentuk asal, pengurusan perlu memastikan beberapa prosedur dan aspek pemeliharaan. Antaranya:

5.4.1 Penyimpanan

a. Bangunan Masalah utama bagi semua adalah bangunan dan haba. Haba panas menyebabkan kerosakan pada bahan pelekat terutama fiber sellulose, kulit dan “parchment” Cahaya matahari yang berlebihan yang masuk menyebabkan cahaya ultra ungu bertindak terhadap sellulose, dakwat, dan pigmen- pigmen warna pada dokumen atau buku.

b. Kelembapan dan kepanasan berulang merangsang pertumbuhan kulat, serangga perosak dan sebagainya.

5.4.2 Peralatan Penyimpanan

a. Penyimpanan bahan adalah penting untuk memelihara bahan dari agen luar. Cuaca panas lembab di Malaysia akan menyebabkan bahan seperti klip, pin, dawai kokot dan elemen besi pada dokumen mudah berkarat.

b. Jika perlu dokumen perlu di keluarkan daripada ringc. Kotak kadbod yang kukuh adalah perlu untuk menyimpan

dokumen bagi mengelak daripada cahaya, kelembapan, habuk dan mungkin serangga.

5.4.3 Kaedah Penyimpanan Bahan Fotografi.

a. Menggunakan ‘Enclosure’ (acid free envelope)i. Rekod bergambar mestilah disimpan pada suhu tidak

melebihi 21’C (70’F) dan ianya perlu disimpan dalam sampul khas.

ii. Bagi memastikan bahan berada dalam keadaan baik dan tidak rosak, sampul yang mesti di gunakan adalah ‘ Enclosure’

18

b. Keadaan Tempat Penyimpanan.

i. Keadaan tempat penyimpanan mestilah mempunyai kelembapan tidak melebihi 60% dan suhu tidak melebihi 21’C (70’F) dan bebas dari habuk kerana habuk akan menyebabkan lapisan bergelatin pada gambar.

ii. Elakkan sentuhan secara terus pada permukaan gambar. Sebaiknya gunakan sarung tangan untuk elak kerosakan.

6.0 KAEDAH PENJAGAAN BAHAN-BAHAN AUDIO VISUAL

6.1 Lutsinar

Bagi penjagaan lutsinar beberapa tatacara perlu di ambil kira bagi memanjangkan hayat lutsinar tersebut.

i. Pasang bingkai / pemidang untuk mengukuhkan lutsinarii. Letakkan kertas penyelangiii Elakan menyentuk lutsinar dengan jari.iv. Jangan biarkan luitsinar terdedah kepada tempat

berhabuk dan panas.v. Elakkan lutsinar jenis thermal daripada terkena cahaya

yang terang vi. Jangan biarakan lutsinar berada di atas permukaan OHP

terlalau lama dengan OHP terpasang.vii. Simpan dalam kotak yang di khaskanviii. Letakkan gel selica ( jika ada) bagi menyerap

kelembapan.

6.2 Pita Slaid

Pita Slaid selalunya akan menjadi pudar akibat pendedahan yang berlebihan. Oleh itu beberapa perkara perlu di ambil kira:

i. Elakkan dari menyentuh ruang gambar / filem dengan jari. ii Elakkan pita dari terdedah terlalu lama kepada cahaya kerana

ini akan memudarkan filem iii Elakkan tayangan terlalu lama pada satu-satu slaid.

iv Nomborkan slaid serta tandakan supaya tidak terbalik semasa tayangan.

v Simpan di dalam kotak yang kering. Masukkan gel selika jika ada untuk menyerap kelembapan.

19

6.3 Pita Video dan Pita Audio

Masalah utama pita adalah kulat yang menyerang bahagian pita. Oleh itu perkara yang perlu diambil kira ialah:

i. Masukkan pita ke dalam kotak selepas di gunakanii. Elakkan menyentuh bahagian pitaiii. Elakkan dari terkena habuk dan air.iv. Simpan di tempat yang kedap udara yang mempunyai suhu

yang sederhanav. Susun secara berdirivi. Letakkan gel selika bagi menyerap kelembapan bagi

mengelakkan kulat.vii. Elakan dari meletakkan di tempat yang terelalu panas dan

berdekatan dengan sumber magnet.viii. Gunakan alat pemutar semula (rewinder) bagi pita memutar

video.ix. Buangkan `safety pin’ di bahagian belakang pita supaya tidak

terpadam atau terakam semula.

6.4 Disket Komputer

Disket komputer merupakan bahan yang sensitif terutama kepada kelembapan dan kepanasan yang tinggi. Oleh itu beberapa perkara perlu di ambil kira:

i. Jangan tindihkan disket dengan sebarang bendaii. Elakan disket dari terdedah kepada suhu panas.iii. Jauhkan dari bahan bermagnetiv. Jangan sentuh bahagian disket yang terbuka.v. Jangan letakkan di atas bahan lain, di ats alat elektrik serta

elektronik seperti Tv, radio, pemain kaset, VCR , komputer dan sebagainya.

vi. Sentiasa memastikan disket bebas dari virusvii. Simpan disket di tempat simpan disket atau kotak yang di

sediakan.

20