tajuk 7 pdp sains

Upload: zamri5009

Post on 01-Nov-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

makro teaching

TRANSCRIPT

TAJUK 7KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Set Induksi

SINOPSIS

Dalam tajuk ini terdapat lima sub topik ia itu proses pengajaran mikro, dan empat komponen kemahiran set induksi. Komponen kemahiran sei induksi yang pertama ialah menarik perhatian diikuti mewujudkan motivasi dan mengstruktur.Setiap komponen tersebut tidak wujud berasingan dalam satu contoh set induksi dan terdapat pelbagai teknik untuk memulakan pengajaran.

Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

7.0Pengajaran Mikro7.1Proses Pengajaran Mikro7.2Set Induksi 7.2.1Menarik Perhatian7.2.2Memotivasi7.2.3Membuat Perkaitan7.2.4Menstruktur

Aktiviti : Jawab soalan berikut dan hantar kepada pensyarah anda melalui OLL dan simpan dalam folio sebagai buktia. Tuliskan satu hasil pembelajaran untuk set induksi / fasa orientasi anda. Rujuk aktiviti dalam bab 6, pilih jika ia sesuai .b. Adakah orientasi anda satu peristiwa berselisih dan bagaimana anda memotivasikan pelajar, menarik minat serta mengaitkan dengan kandungan pelajaran anda hari tersebut c. Bincang dalam kumpulan dan tulis refleksi kekuatan dan kelemahan fasa orientasi anda.

7.0Pengajaran Mikro

Pengajaran mikro adalah aktiviti bersemuka antara pensyarah dan guru pelatih dalam satu kelas. Ia adalah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran dalam satu kumpulan guru pelatih antara lima hingga sepuluh orang sahaja. Dalam pengajaran sains kemahiran pengajaran mikro terdiri dari set induksi, teknik penyoalan, perbincangan hasil eksperimen, variasi rangsangan, penerangan, peneguhan, bahan bantu mengajar dan penutup.

Melalui pengajaran mikro, guru-guru pelatih akan berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam situasi terkawal untuk satu-satu kemahiran dengan teknik simulasi iaitu guru pelatih berperanan sebagai guru dan murid. Saranan untuk amalan pengajaran mikro adalah seperti berikut :a. Situasi terkawal untuk latihan pengajaran mikro di kalangan guru pelatih sendiri dan bukan dalam situasi sebenar iaitu di sekolah. Ianya berlaku di kelas bersama guru pelatih yang lain dan pensyarah dalam suasana terancang dan dipermudahkan. b. Saiz kelas, isi kandungan dan masa semuanya kurang dari pengajaran sebenar.c. Berfokus kepada tugasan yang spesifik seperti kemahiran memberi arahan atau membincangkan hasil eksperimen. d. Pengulangan adalah perlu untuk membentuk kemahiran serta memperbaiki kesilapan selepas berbincang bersama kawan-kawan dan pensyarah atau refleksi sendiri selepas menonton video yang telah dirakam.

7.1Proses Pengajaran Mikro

Model pengajaran mikro yang asal ialah merancang mengajar mengulas merancang semula mengajar semula - mengulas semula. Dalam model ini guru pelatih dikehendaki mengulang setiap kemahiran pengajaran mikro sehingga menguasai kemahiran tersebut.Model lain proses pengajaran mikro terbahagi kepada empat peringkat iaitu pengenalan, perancangan, pelaksanaan dan maklum balas. Urutan pelaksanaan proses tersebut bagi guru pelatih adalah seperti :,a. Memahami konsep pengajaran mikro dan kemahiranya dari modul , bahan bacaan dan pensyarah.b. Meneliti borang senarai semak kemahiran pengajaran mikro supaya guru pelatih mengetahui kriteria untuk dikuasai dan mengatasi kelemahan.c. Melihat rakaman video tentang satu kemahiran pengajaran mikro dan berbincang tentang kelemahan dan kekuatan. d. Rancang satu sessi pengajaran mikro lengkap dengan objektif, bahan, cara pengendalian dan penilaian pencapaian objektif.e. Laksanakan pengajaran dan buat rakaman video. Pada permulaan pengajaran mikro seharusnya dinyatakan objektif pengajaran supaya guru pelatih lain lebih jelas.Diikuti oleh persembahan pengajaran mengikut urutan, sedikit jenaka mungkin dan penutup akhirnya.f. Terima maklumbalas dari pensyarah dan rakan serta teliti borang senarai semak untukmelihat kelemahan dan kekuatan.

Rancang

Pendapat Penyelia Nyatakan Objektif dan Mengajar Mengajar SemulaMaklumbalas dari penyelia & rakan

Rancang Semula

Rajah : Proses Pengajaran Mikro Latihan 1 : Pengajaran mikro

Sebagai seorang guru berpengalaman rancang satu pengajaran mikro seperti berikut, praktikkan dalam kelas anda dan buat satu refleksi kendiri sebagai persediaan untuk sessi pengajaran mikro di Institut. :

Objektif

Fokus Permulaan

Tugasan Major

Aktiviti

Arahan

Sumber Pengajaran

Penilaian

7.2Set Induksi

Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar-pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan Ianya juga membantu membentuk kerangka alternatif dan kognitif set dalam minda pelajar. Empat teknik yang biasa digunakan termasuklah peristiwa berselisih, perbincangan lisan, penyampaian masalah dan konflik pendapat.

Penyediaan aktiviti set induksi mestilah memenuhi prinsip-prinsip berikut:1. Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur pelajar.2. Hendaklah berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.3. Hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada.4. Menarik perhatian pelajar terhadap topik berkenaan.5. Sesuai dengan masa dan objektif tercapai.6. Bermakna sesuai dengan kebolehan, pengetahuan sedia ada dan minat pelajar

7.2.1Menarik Perhatian

Menarik pelajar supaya memberi fokus kepada guru diawal kelas boleh dilakukan dengan senyap atau guru bercakap dengan nada perlahan atau guru menggunakan nada suara yang pelbagai. Guru boleh juga menggunakan alat bantu mengajar, menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa

Aktiviti luar biasa bagi pelajar boleh disesuaikan dengan peristiwa berselisih iaitu suatu demonstrasi yang bersalahan dengan struktur mental dan skema kognitif sedia ada pelajar. Sebagai contoh semasa mengajar topik tolakan dan tarikan magnet, boleh ditujukkan atau didemonstrasikan magnet itu terapung antara bingkai kayu seperti rajah 1, sebelum diterangkan seperti rajah 2 . Rajah 1

Rajah 2 Pengetahuan sedia ada pelajar adalah besi yang mengandungi magnet itu sepatutnya jatuh kebawah atau melekat pada magnet pada bingkai kayu. Peristiwa berselisih disini ialah besi itu terapung kerana keseimbangan antara daya tarikan graviti dan daya tarikan magnet.

7.2.2Memotivasi

Set induksi boleh mewujudkan motivasi dengan membangkitkan rasa ingin tahu, menggunakan teknik bercerita, menunjukkan aktiviti berguna dan menggunakan soalan mencabar. Memberi motivasi kepada pelajar memerlukan kreativiti seperti demonstrasi model, tekaan , peristiwa berselisih, model, gambar atau soalan yang meransang .

Contoh, guru menunjukkan gambar dan meminta pelajar meneka apakah perbezaan antara isipadu paru-paru seorang budak dibandingkan dengan se ekor king kong dengan menunjukkan gambar berikut : Pelajar bermotivasi untuk membuat hipotesis dan membandingkan adakah saiz badan mempengaruhi saiz paru-paru dan mekanisma tarik dan hembus nafas.

7.2.3Membuat Perkaitan

Komponen membuat perkaitan termasuklah mengaitkan pengetahuan lepas pelajar, peristiwa semasa, minat pelajar dan pengalaman pelajar.dengan isi pelajaran baru.

Contoh perkaitan antara laju ( v ) gerakan kelawar dengan getaran (hz) dan arah gerakan kelawar.

Rajah 1 : Kelawar dan Arah Gerakan

7.2.4Menstruktur

Menstruktur termasuklah menyatakan had tugas yang akan dijalankan, menggunakan satu siri soalan yang berkaitan, menyatakan cara-cara melaksanakan tugas dan menyatakan aktiviti, tugas atau projek.

Satu contoh set induksi bagi pengajaran tajuk sifat mikroorganisma. Pengajaran dimulai dengan guru menunjukkan video atau gambar jenis-jenis mikroorganisma selama lima hingga tujuh minit. Pelajar mencatat jenis mikroorganisma yang terdapat serta sifatnya dalam dua kolum dalam lembaran kerja yang disediakan oleh guru iaitu jenis mikrob dan sifatnya .Guru merumuskan bahawa tajuk hari ini ialah sifat mikroorganisma.

Latihan 2 : Berdasarkan gambar dibawah sediakan satu set induksi yang memenuhi 4 komponen di atas, anda boleh menyemak sanarai semak atau masukkan dalam senarai semak dibawah.

Rajah 1

Set InduksiMenyediakan rangka kerja atau struktur bagi sesuatu pembelajaran. Guru boleh mempengaruhi pembelajaran murid yang terbaik apabila mereka dimaklumkan dahulu tentang apa yang telah guru tersebut jangka daripada mereka (memaklumkan mengenai tujuan pembelajaran dan perkara yang boleh dilakukan oleh kelas apabila ia berakhir).

Nama :

Topik :

Isi Kandungan :

Komponen set induksi

Penarikan Perhatian( perkara yang luar daripada kebiasaan)

Ransangan motivasi

Perkaitan kognitif

Ketetapan struktur

Tugasan :

Soalan :

Pernyataan aktiviti :

JENIS AKTIVITI SET INDUKSI ______________________________________KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO (SET INDUKSI)Nama Pengajar:Unit: Tarikh:

KategoriPemerhatian( )Ulasan

SekaliBanyak KaliTiada

Teknik Khusus

1. Peristiwa berselisih

2. Perbincangan secara Lisan

3. Penyampaian Masalah

4. Konflik Pendapat

Cara Dan Objektif

1. Menggunakan suara, gerak isyarat, kontak mata.

2. Menggunakan Sumber Pengajaran & Pembelajaran

3. Meningkatkan minat & sifat ingin tahun di kalangan murid

4. Memperkenalkan tujuan pelajaran dengan jelas

5. Memberi arahan dan tugasan dengan jelas

6. Mengenal pasti idea murid yang sedia ada.

Lain-lain

1.

2.

Pemerhati : .. T. T