tajuk 2. pkb 3111 docx

10
PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas TAJUK2 Profesionalisme Guru 2.0 SINOPSIS Menjelaskan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme guru yang melibatkan keperluan guru, peningkatan profesionalisme serta sokongan pengurusan sekolah. 2.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menghuraikan aspek-aspek berkaitan profesionalisme guru untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan pedagogi. ii. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang profesional yang dapat dijadikan contoh yang baik. iii. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Upload: priya-segaran

Post on 19-Jul-2016

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

M

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 2. Pkb 3111 Docx

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

TAJUK2 Profesionalisme Guru

2.0 SINOPSIS

Menjelaskan isu-isu berkaitan dengan profesionalisme guru yang melibatkan

keperluan guru, peningkatan profesionalisme serta sokongan pengurusan sekolah.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan aspek-aspek berkaitan profesionalisme guru untuk

memperkukuhkan lagi pengetahuan pedagogi.

ii. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang profesional yang dapat

dijadikan contoh yang baik.

iii. Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

Page 2: Tajuk 2. Pkb 3111 Docx

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

2.2 KERANGKA KANDUNGAN

Rajah 2 : Rangka kursus

PROFESIONALISME GURU

KEPERLUAN GURU

PENINGKATAN PROFESIONALISME

SOKONGAN PENGURUSAN

SEKOLAH

Kelayakan

Motivasi

Ketrampilan

Latihan guru asas

Kursus Dalam Perkhidmatan

(KDP)

Kajian Berasaskan Bilik Darjah

Kerjasama

Kenaikan Pangkat

Penghargaan dan

Pengiktirafan

Kebajikan

Kerja Berpasukan

Page 3: Tajuk 2. Pkb 3111 Docx

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

2.3 KEPERLUAN GURU2.3.1 Kelayakan ikhtisas guru pendidikan khas :

Diploma Pendidikan Khas (KDP)

Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Khas)

Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) - 6 bulan

Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) - 34 minggu

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas IPG - 51/2 tahun (kini selama 5 tahun

sahaja)

2.3.2 Motivasi GuruMerupakan dorongan minda dan hati sebagai penggerak utama.Terdapat dua

jenis motivasi iaitu motivasi intrinsik yang berpunca dari dalam diri serta

didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu.Motivasi ekstrinsik pula berpunca

dari luar iaitu melakukan sesuatu dan mendapat ganjaran. Guru mengambil berat

tentang keperluan pelajar, sedia menerima pelajar seadanya, sering memberikan

perangsang dan memberi ganjaran andainya pelajar menunjukkan

kecemerlangan. Kesan motivasi guru menggalakkan semangat persaingan

dalam kalangan pelajar, dapat menarik perhatian mereka dengan pelbagai

perasaan ingin tahu dan sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan berhasil

dengan bermakna.

2.3.3 Keterampilan GuruKeterampilan guru dalam konteks pendidikan khas bermaksud sesuatu

kemahiran kecekapan dan pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran

kepada golongan pelajar bekeperluan khas.Guru-guru pendidikan khas perlu

menguasai kemahiran mengasuh, membimbing dan mendidik pelajar-pelajar

pendidikan khas.Mereka juga perlu tahu teknik mengajar pendidikan khas

dengan betul, kreatif serta memiliki tahap kesabaran yang amat tinggi.

Page 4: Tajuk 2. Pkb 3111 Docx

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

2.3.4 Latihan Guru AsasLatihan dalam sistem pendidikan merupakan kesediaan untuk mempelajari

tatacara bekerja untuk meningkatkan kemahiran guru.Ianya juga adalah sebagai

persediaaan asas yang mencukupi kepada golongan guru untuk mempraktikkan

bidang yang diceburi.

2.4 Peningkatan Profesionalisme

Profesionalisme adalah satu set ciri iaitu pengetahuan, kepakaran, sikap dan nilai

dalam sesuatu profesion. Ianya bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme,

memartabatkan profesion pendidikan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

profesionalisme guru Pendidikan Khas secara berterusan.Disamping itu dapat juga

diwujudkan dan dimantapkan nilai dan amalan profesional keguruan serta menghasilkan

inovasi terkini dalam pendidikan.

2.4.1 Kursus Dalam Perkhidmatan

Program ini menyediakan latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di

sekolah rendah dan sekolah menengah untuk meningkatan pengetahuan dan

profesionalisme keguruan dalam kalangan guru seiring dengan

perkembanganpendidikan global. Jenis-jenis kursus yang ditawarkan :

Kursus pendek kelolaan Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kursus khas pensarjanaan pensyarah.

Program pembangunan jurulatih Malaysia

Kursus peningkatan profesionalisme 14 minggu.

Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) satu tahun.

Page 5: Tajuk 2. Pkb 3111 Docx

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

2.4.2 Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang memisahkan antara pengajar

dan pelajar (guru). Pelajar akan belajar secara persendirian dan jarang

bersemuka dengan rakan pelajar yang lain. Pelajar PJJ bebas memilih subjek

kursus yang akan diikuti. Menurut Rozhan Hj.Mohammad Idrus (1994) terdapat

dua ciri utama yang amat penting dalam pelaksanaan PJJ:

segala pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara formal dapat

dilaksanakan dan diselia secara jarak jauh iaitu dalam keadaan

pelajar terpisah daripada pengajar.

tanggungjawab pembelajaran telah dipindahkan kepada guru itu sendiri di

mana guru akan belajar dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran

bagi menambah dan memperolehi ilmu serta kemahiran yang dicari secara

bersendiri

Kebaikan PJJ

memberi peluang kedua kepada guru untuk menyambung pelajaran

memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk meningkatkan

kelayakan, kemahiran dan pengetahuan untuk memastikan perkembangan

ilmu yang sihat demi pertumbuhan ekonomi, sosial dan politik yang pesat

(Mohd.Noor Saleh, 1994).

memperbanyakkan lagi rakyat yang berpengetahuan dan berilmu.

bagi menjamin sistem PJJ berjalan dengan lancar, kemudahan media

cetak/ media elektronik disediakan

guru jarang bersemuka dengan pengajar dan rakan-rakan yang lain.

komunikasi banyak berlaku melalui internet seperti e-forum dan

penghantaran tugasan melalui email.

2.4.3 Kajian Berasaskan Bilik Darjah

Pelbagai kajian berasaskan bilik darjah dilaksanakan untuk meningkatkan profesionalisme

guru. Melalui kajian yang dilaksanakan wujudlah pelbagai inovasi terkini yang boleh

diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Satu contoh kajian berasaskan

Page 6: Tajuk 2. Pkb 3111 Docx

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

bilik darjah ialah kajian tindakan yang bertujuan untuk memperbaiki prestasi pelajar

yang lemah dan untuk meningkatkan kelemahan amalan yang sedia diguna pakai

oleh guru.

Ini dapat membantu guru mengenalpasti sama ada amalan yang dilakukan dalam

pengajaran dan pembelajaran berjaya atau tidak untuk membantu pelajar. Pelaksanaan

kajian berasaskan bilik darjah ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

profesionalisme keguruan secara berterusan, mewujudkan dan memantapkan nilai dan

amalan profesional keguruan seterusnya memartabatkan profesion perguruan.

2.5 Sokongan Pengurusan Sekolah

2.5.1 KerjasamaKesukaran yang dialami dalam kalangan guru besar yang tidak memaham

konsep pendidikan khas.Terdapat juga guru-guru aliran perdana yang tidak

mengiktiraf pendidikan khas. Masih ada pihak pentadbir sekolah yang sering

meminggirkan program pendidikan khas dan tidak memberi kerjasama dari segi

kewangan dan kebenaran untuk menjalankan aktiviti luar.

2.5.2 Kenaikan PangkatGuru-guru pendiidkan khas masih ramai yang tercicir dari segi kenaikan pangkat

kerana terdapat dalam kalangan para guru dan juga guru besar atau pengetua

yang tidak memahami syarat-syarat kenaikan pangkat ini.

2.5.3 Penghargaan Dan PengiktirafanMasih ada lagi sikap guru besar yang jarang mencalonkan guru pendidikan khas

sebagai guru cemerlang.Guru-guru pendidikan khas juga menjadi mangsa

ketidakpuasan hati dalam kalangan guru aliran perdana dan dianggap tidak

memberi sumbangan kepada sekolah.

Page 7: Tajuk 2. Pkb 3111 Docx

PKB 3111 Isu dan Trenda Dalam Pendidikan Khas

2.5.4 KebajikanSeringkali guru-guru pendidikan khas dikatakan mempunyai peruntukan sendiri

serta sukar mendapat bantuan untuk menyediakan bahan bantu mengajar.

Terdapat juga jurang yang besar dari aspek kekananan (seniority) dalam

kalangan guru aliran perdana dengan guru pendidikan khas.Pemerolehan elaun

pendidikan khas yang diterima oleh para guru pendidikan khas juga sering

menjadi isu dan penyebab kebajikan guru pendidikan khas tidak dijaga.

2.5.5 Kerja BerpasukanGuru-guru kelas juga sering menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab

memulihkan pelajar mereka yang bermasalah ke atas bahu guru-guru pendidikan

khas. Kekangan dalam memperolehi bantuan dan perkongsian bahan daripada

guru-guru lain seperti guru bahasa dan matematik sering berlaku.Guru-guru

kelas sering fokus kepada kejayaan pengajaran dan pembelajaran murid-murid

mereka di aliran perdana.Jarang terdapat kolaborasi antara guru-guru aliran

perdana dengan guru-guru pendidikan khas untuk menghasilkan murid-murid

pendidikan khas yang berjaya dalam pembelajaran dan kokurikulum.