tajuk 10 pdp sains
DESCRIPTION
pengajaran makroTRANSCRIPT
TAJUK 10KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Peneguhan
SINOPSIS
Tajuk pengukuhan atau peneguhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu positif dan negatif. Pengukuhan positif adalah seperti lisan positif, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan. Manakala pengukuhan negatif seperti lisan negatif dan gerak isyarat negatif. Setiap satu bahagian mempunyai senarai semak dalam tajuk ini.
HASIL PEMBELAJARAN aMenyatakan dan menerangkan jenis-jenis pengukuhan.
kerangka Tajuk-tajuk
KANDUNGAN ISI
10.0Pengukuhan10.1Pengukuhan Positif10.2Pengukuhan Negatif10.0Pengukuhan
Pengukuhan adalah salah satu prinsip yang luas untuk kejayaan dalam pembelajaran. Kemahiran ini membolehkan guru mengubah kelakuan dan tabiat pelajar dengan cara yang positif. Kemahiran ini menjurus kepada teknik memberi ganjaran dan penggalakan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi baik dalam aktiviti pembelajaran. Pelbagai cara dicadangkan oleh ahli psikologi pendidikan bagaimana menggunakan kemahiran pengukuhan dalam bilik darjah.
Prinsip pengukuhana. Bentuk pengukuhan haruslah diubah mengikut masa untuk mengekalkan keberkesanan.b. Pengukuhan harus sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar.c. Elakkan pengukuhan negatif seperti sindiran dan kritikan.d. Peneguhan diberi sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku positif.e. Peneguhan diberi dengan jujur dan ikhlas supaya pelajar bangga dan mesra.
Objektif pengukuhan.
a. Membaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku yang timbul.b. Memupuk semangat keyakinan pelajar dengan pengukuhan positif.c. Menggalakkan penerusan tingkah laku pelajar dan contoh kepada pelajar lain.d. Mengukuhkan konsep atau isi kandungan pelajaran supaya kekal dalam ingatan.e. Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran.
Kesan peneguhan kepada pengajaran dan pembelajaran.a. Memberi semangat ingin belajar.b. Pelajar cuba menunjukkan tingkah laku positif dengan lebih giat.c. Pelajar yang belum menerima peneguhan akan cuba memperbaiki diri kearah menerima ganjaran.d. Pelajar akan merasa dihargai oleh guru dan keyakinan diri bertambah.e. Hubungan antara guru dan pelajar menjadi lebih erat.
10.1Pengukuhan PositifPeneguhan positif seperti lisan, gerak isyarat, dampingan dan sentuhan. Lisan positif seperti guru memberi sebutan baik, bagus, ya, betul atau guru mengulang jawapan pelajar. Gerak isyarat positif pula seperti guru senyum, menganggukkan kepala, menepuk tangan atau mengangkat ibu jari. Dampingan seperti guru mendampingi pelajar, berdiri disebelah pelajar atau duduk disisi pelajar. Sentuhan adalah menyentuh bahagian badan seperti menyentuh kepala, bahu atau bahagian belakang badan dengan beradab.
10.2Pengukuhan Negatif.Pengukuhan negatif seperti lisan negatif dan gerak isyarat negatif. Peneguhan jenis ini tidak digalakkan. Contoh lisan negatif seperti menyindir, bukan, salah dan tidak lengkap. Gerak isyarat negatif seperti menggelengkan kepala, muka marah dan menggoyangkan tangan .
Latihan : Lengkapkan jadual dengan senario dalam kelas anda yang menyebabkan anda memberi pengukuhan positif. Bagaimana anda menukarkan senario negatif dengan positif
PengukuhanSenario
Lisan positif
Gerak isyarat positif
Dampingan
Sentuhan
Lisan negatif/Gerak isyarat negatif jadikan positif.
Senarai SemakKemahiran PeneguhanPeneguhan(Reinforcement)
Memberi Ganjaran(Token Reinforcement)
Menggunakan Jawapan Murid
Peneguhan(Negatif)
Peneguhan(Positif)
1. Secara Lisan(a) Kata Pujian seperti Baik, tepat, dll(b) Kata-kata Galakan seperti Cuba lagi, dll(c) Kata-kata seperti ya, ok, mmm, dsb.2. Secara gerak isyarat/gerak geri. Seperti angguk, eye Contact, dekati Murid, tepuk bahu murid dan sebagainya 1. Secara Lisan(d) Kata-kata marah seperti Bodoh, tidak tepat, dll(e) Kata-kata seperti tidak betul, salah dsb.(f) Kata-mendenda seperti suruh berdiri.2. Secara gerak isyarat/gerak geri. Seperti:(a) menggeleng kepala.(b) Tidak memandang murid 1. Hadiah2. Sijil3. Dan Lain-lain1. Mengulangi jawapan murid.2. Mengaitkan jawapan murid3. Menggunakan jawapan murid untuk perkembangan pelajaran
Nama Guru Pelatih: Kumpulan: ..Tarikh; masa : .
Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan mengikut pemerhatian yang dibuat ke atas pelatih yang terlibat, merujuk kepada Kemahiran Peneguhan
Aspek PeneguhanTiada
KurangKadang kalaSelalu
1. Memberi Peneguhan Secara Positif
(a) Secara Lisan
(b) Secara Gerak isyarat/Gerak-geri
2Memberi Peneguhan Secara negatif
(a) Secara Lisan
(b) Secara Gerakisyarat/Gerak-geri
3Menggunakan Jawapan Murid
4Memberi Ganjaran
Catatan / Ulasan :
.Tarikh: Nama Pemerhati
TAJUK 10bKEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO Refleksi /Penutup
SINOPSIS
Tajuk refleksi atau penutup terbahagi kepada dua ia itu penutup kognitif dan penutup sosial.
HASIL PEMBELAJARAN a.Menyatakan kepentingan refleksi dan pengajaran mikro.
kerangka Tajuk-tajuk
KANDUNGAN ISI
10bPenutup/ Refleksi10.1 Perkaitan Kognitif10.2Perkaitan Sosial
10bPenutup/Refleksi
Bagaimanakah menutup dan membuat rumusan pengajaran? Masa pengajaran tamat, loceng berbunyi dan pelajar menutup buku dan bersedia untuk pelajaran yang baru. Kemahiran pengajaran penutup, merupakan terbalik dari set induksi. Pelbagai kaedah dan langkah boleh digunakan untuk pelajar merumuskan dan membuat perkaitan tentang isi utama pengajaran dan pembelajaran.
Penutup/refleksi ialah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti yang boleh dijalankan ialah rumusan, pengukuhan, aktiviti susulan dan penilaian bagi membantu pelajar mengukuhkan konsep dan kemahiran. Jika penilaian dilakukan ia boleh digunakan untuk mengubahsuai terhadap pelajaran berikutnya.
10.1Penutup kognitif .
a. Membuat rumusan.b. Mengulang isi-isi pentingc. Menjalankan aktiviti penilaian.d. Mencadangkan aktiviti susulane. Menjalankan aktiviti pengukuhan
10.2Penutup social
a. Menimbulkan perasaan yang harus dicapai oleh pelajar.b. Memberi peneguhan positif.c. Mewujudkan perasaan ingin tahu.d. Memotivasikan pelajar.e. Mengaitkan dengan pelajaran akan datang.f. Meningkatkan penghayatan dan amalan nilai murni.
Latihan : Anda telah tamat satu sesi pengajaran bertajuk Menyiasat Alam Bahan dengan membuat eksperimen. Walau bagaimanapun eksperimen tidak mendapat keputusan yang sepatutnya dan objektif tidak tercapai. Bagaimanakah anda membuat refleksi? Lengkapkan jadual di bawah dengan perancangan anda untuk membuat refleksi hari tersebut.
Penutup Kognitif
Penutup Sosial
Senarai SemakKemahiran Penutup
Nama Guru Pelatih: Kumpulan: ..
Tarikh; masa : .
Tandakan ( / ) pada ruangan taburan yang disediakan setiap kali komponen kemahiran dapat dikesani.
Komponen KemahiranTaburan
1. Guru Mengulangi Isi Penting dengan-----
(a) membantu pelajar dengan mengingat semula
(b) membantu pelajar membuat gambaran
(c) menegaskan isi pelajaran sekali lagi
(d) merumuskan sendiri secara lisan atau bertulis
2Guru mengaitkan aspek penting dengan perkara yang diketahui pelajar dengan pengalaman mereka.
3Guru menggunakan teknik variasi ransangan bagi mengekalkan minat.
4Guru menilai fahaman pelajar melalui aktiviti-aktiviti:-----
(a) mendemonstrasi kemahiran
(b) mengaplikasikan pengetahuan
(c) memberi pendapat/menganalisis
(d) menjawab soalan-soalan formal
5Guru mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan
6Guru mengakhiri pelajaran secara nyata melalui:-----
(a) verbal
(b)perlakuan/gerak isyarat
Catatan / Ulasan :
.
Tarikh: Nama Pemerhati
.
Key:5-Prestasi yang amat baik4-Prestasi yang baik3-Prestasi yang sederhana2-Prestasi yang lemah1-Prestasi yang amat lemah