tajuk 1 perpaduan dan integrasi nasional.pptx

70
PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL AHLI KUMPULAN : KHAIRUNISA BINTI HARON ATIQ NADZIRAH BINTI ASAAD

Upload: mohd-shahrizan-solihim

Post on 14-Sep-2015

381 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALAHLI KUMPULAN :

KHAIRUNISA BINTI HARONATIQ NADZIRAH BINTI ASAAD

Selepas kemerdekaan, negara menghadapi pelbagai masalah dalaman terutama masalah perpaduan dan integrasi antara kaum.

PENGENALAN

Masalah perpaduan wujud implikasi daripada pemisahan tempat tinggal, perbezaan pekerjaan, sistem pendidikan berbeza, fahaman politik, masalah ekonomi, perbezaan kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan penjajah.

Pelbagai langkah diambil seperti penyeragaman sistem pendidikan, integrasi ekonomi, penyatuan fahaman politik dan aspek sosial lain. Dasar Ekonomi Baru, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Rukun Negara dibentuk untuk perpaduan kaum di Malaysia.

Proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status soaial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.

INTEGRASI NASIONAL

Proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri khususnya antara negeri-negeri di semenanjung Malaysia dengan sabah dan sarawak

Membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri berteraskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara.

RUKUN NEGARA

- Akibat keretakan integrasi nasionalPerbezaan budaya dan agamaKetidakpuasan hatiKedudukan Geografi

INTEGRASI NASIONAL

- Perbezaan budaya dan agamaDasar PenjajahanSistem PendidikanAmalan EkonomiPerbezaan politik

HALANGAN INTEGRASI NASIONAL

PERISTIWA 13 MEI 1969 Rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969.

PERISTIWA KAMPUNG MEDANPeristiwa Kampung Medan merujuk kepada beberapa peristiwa pergaduhan antara India-Melayu yang berlaku di Kampung Medan dari 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama 5 hari

Masyarakat Malaysia terkejut dengan peristiwa ini dan tidak menyangka ia akan berlaku dan merebak terlalu pantas. MIC dan UMNO mengatur semula kompromi agar ia tidak berulang.

ISU-ISU PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALTindakan kerajaan membantu kaum bumiputera dalam bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.Kurang semangat patriotisme.

Pembangunan ekonomi tidak seimbangFahaman politik yang melampauPeranan media massaPeningkatan kes-kes gejala sosial

Akta Bahasa Kebangsaan Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan juga untuk menjamin perpaduan rakyat di Tanah Melayu. Antara langkah untuk memajukan bahasa Melayu ialah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa. Begitu juga dengan pelancaran slogan Bahasa Jiwa Bangsa. Seterusnya, penubuhan sekolah menengah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Shah dan Sekolah Seri Puteri.Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh apabila Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967. Tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 pula telah membuktikan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Bermula tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mula digunakan di mahkamah pada tahun 1990.

Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971.

Tujuan Dasar Kebudayaan digubal :

Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

SEKOLAH WAWASAN

Konsep sekolah wawasan ialah menggabungkan sekolah-sekolah dari aliran yang berbeza ke dalam satu kompleks. Terdapat dua atau tiga buah sekolah rendah dari berlainan aliran akan ditempatkan dalam satu kawasan yang sama. Walaupun memakai nama sekolah dan di bawah pentadbiran tiga guru besar yang berlainan, pelajar dan guru akan berkongsi kemudahan asas yang sama seperti dewan sekolah, padang permainan dan kantin. Setiap sekolah pula akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung.

Merupakan satu kunci yang penting untuk memupuk semangat perpaduan daripada kecil lagi. Dengan melalui sekolah wawasan ini membolehkan murid-murid di sekolah rendah memahami sama satu lain walaupun berasal dari pelbagai jenis bangsa dan latar belakang yang berbeza.

Apabila anak Melayu, Cina, India dan kaum lain berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan sudah tentu dapat melahirkan satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya.

Sifat teloransi dan persefahaman antara kaum dapat dipupuk. Hal ini akan mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu.

Selaras dengan Penyata Razak 1956 yang mana tujuan dasar pelajaran Negara ini adalah bertujuan menyatupadukan murid-murid daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan.NOTA

Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar.

Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.

Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah.

PENYATA RAZAKPERANAN GURU DALAM MENANGANI ISU INTEGRASI NASIONALPerpaduan Dalam PendidikanKonsep perpaduan negaraSatu keadaan di mana rakyat dari berbagai kumpul etnik, agama dan wilayah hidup dalam aman sebagai satu bangsa yang bersatu. Mereka memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada perlembagaan dan rukun negara.Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 /2015, trend ibubapa kini memperlihatkan semakin ramai anak-anak dari kalangan etnik India dan Cina berdaftar di sekolah jenis kebangsaan berbanding 10 tahun yang lalu.

Hasil kajian menunjukkan kadar murid Cina yang berdaftar di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) meningkat daripada 92 peratus pada 2000 kepada 96 peratus pada 2011. Enrolmen lebih mengejutkan dalam tempoh yang sama apabila murid India yang berdaftar ke sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) turut meningkat daripada 47 peratus kepada 56 peratus.

Dalam tempoh yang sama didapati 94 peratus murid di sekolah kebangsaan (SK) ialah bumiputra.

Dapatan ini menunjukkan terdapat pengurangan kepelbagaian percampuran antara kumpulan etnik merentas semua jenis sekolah.

Hal ini menyebabkan kekurangan keupayaan sekolah untuk memupuk perpaduan dengan lebih berkesan melalui interaksi antara etnik.

Oleh itu, pihak pengurusan di sekolah harus memainkan peranan dalam meningkatkan semangat kerjasama dan integrasi dalam kalangan pelajar yang pelbagai. Selain itu menanamkan semangat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di samping memberi kefahaman yang menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional.

Setiap kumpulan etnik hanya senang bersama dengan kumpulannya sahaja.

HALANGAN PERPADUAN DI SEKOLAH

Kementerian Pelajaran memastikan sistem pendidikan negara memberi peluang kepada murid berinteraksi dengan individu lain yang berbeza latar belakang untuk memahami dan menerima perbezaan bagi meningkatkan perpaduan di sekolahAntara halangan yang wujud ialah pembelajaran lebih berpusatkan guru dan sehala (chalk & talk). Guru bukan opsyen turut menyumbang kepada faktor yang membantutkan usaha penerapan nilai perpaduan di kalangan pelajarPengajaran dan pembelajaran yang menekankan peperiksaan turut menyumbang kepada penerapan perpaduan tidak dapat dicapai sepenuhnyaNILAI-NILAI PERPADUAN DAN KEWARGANEGARAAN DALAM PENDIDIKANKonsep kewarganegaraan dan perpaduan amat dititikberatkan dalam bidang pendidikan.Dalam konteks ini, pelajar perlu dibentuk supaya berakhlak dan berbudi pekerti dalam segala aspek. Mereka juga perlu dididik supaya menghormati raja dan pemimpin negara. Mereka juga perlulah menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera dan lagu kebangsaanMENYEDIAKAN MURID SEKOLAH LEBIH BERSIKAP PATRIOTIK Pelajar dari sekolah khususnya perlu disedarkan tentang bersatu padu dan komited kepada negara. Untuk itu guru yang kreatif, inovatif dan berkemahiran dalam merancang P & P kepada pelajar tanpa menunggu arahan dari KPM untuk melaksanakannya. Jika guru hanya menumpukan kepada buku teks & hafalan sahaja, murid-murid akan mudah bosan, kurang minat untuk belajarIni berlaku kerana pengajaran guru sehala & penyampaian tidak menarik. Berikut adalah cara untuk menjadikan pelajar lebih bersatu padu, bersemangat patriotik dan boleh bekerjasama dengan orang lain: 1)Pembelajaran tentang budaya etnik/kaum lain dengan memasukan konsep pelbagai budaya2) Sisipkan pengajaran berdasarkan ICT dengan pembelajaran tidak tertumpu pada buku teks sahaja. Davis (1981) menyatakan terdapat 4 ciri kemahiran yang berkaitan dengan keberkesanan pengajaran: Guru hendaklah sensitif terhadap keperluan setiap muridGuru mempunyai kebolehan mendiagnosis iaitu boleh menentukan perkara yang sesuai & diperlukan untuk pengajaran muridPakar dalam memilih kaedah pengajaran yang sesuaiBersikap fleksibel dalam pelaksanaan P & P 3) Guru mempunyai inovasi dalam pengajaran dengan menggunakan kemahiran mengajar yang berkesan4) Pembelajaran berdasarkan masalah (program based learning) dapat membantu murid bersatu. Murid bersama dalam kumpulan berbincang dalam pembelajaran yang dilakukan oleh guru5. Kesimpulan Perpaduan dalam pendidikan banyak yang telah dilakukan untuk menjayakannya.Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan perlu mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.Tujuannya untuk memupuk nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, bertoleransi, bekerjasama, dan aspek aspek moral yang dapat diterapkan kepada masyarakat dalam melahirkan pewaris negara yang berkualiti, bertanggungjawab, berdaya saing, bijak, dan mempunyai sifat patriotik. PEMAHAMAN MENGENAI KONSEP 1 MALAYSIAPENGENALANGagasan 1Malaysia diperkenalkan pada 3 April 2009 oleh Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak1Malaysia digagaskan sebagai satu formula untuk memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 dapat dicapaiGagasan berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiutamakanOBJEKTIF GAGASANMewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai penting.Penerusan agenda pembinaan negara menerusi perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.Lapan Nilai Aspirasi NegaraDalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1Malaysia lapan nilai yang berikut haruslah diterapkan:NilaiCiriBudaya berprestasi tinggiSetiap perkara dan tugas dilakukan secara cemerlangBudaya ketepatanMencapai status negara maju dengan menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajibanBudaya ilmuRakyat memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dan terkini serta kesediaan untuk menimba ilmu secara berterusanIntegritiRakyat memiliki integriti yang tinggi yang mencakupi nilai-nilai murni seperti amanah, bersih dan cekap dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabKetabahanRakyat memiliki sifat berdedikasi , penuh iltizam, azam dan tekad serta tidak mudah mengaku kalah dalam mengharungi masalah dan cabaranKesetiaanRakyat harus memiliki kesetiaan yang sepenuhnya terhadap negara dan sedia berbakti dan berkorban demi negaraKebijaksanaanRakyat harus menghadapi sebarang masalah secara penuh berhemah dan teliti bagi mengelakkan sebarang konflik antara kaumBudaya InovasiRakyat haruslah berinovasi, iaitu memiliki sifat-sifat seperti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa menjadi perintis dalam apa jua lapanganmunni/mbsTIGA PRINSIP TERAS PERPADUANPrinsipCiriPenerimaanMenerima hakikat bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kepelbagaian dari segi cara hidup, amalan dan kebudayaan. Rakyat harus menerima antara satu sama lain sebagai rakan setiaKenegaraanKonsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cinta akan negara menajdi asas pembentukan 1MalaysiaKeadilan SosialMemberikan kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting secara adil tanpa mengira latar belakang atau agama. Setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan pekhidmatan kepada kaum-kaum lainmunni/mbs

CABARAN DALAM MEMPERKENALKAN KONSEP 1MALAYSIA

CABARAN DALAM MEMPERKENALKAN KONSEP 1MALAYSIA

Penerimaan pelbagai kaum

Penerimaan pelbagai kaum

Mereka berfikiran seperti keanak-anakan kerana terlalu memikirkan kesan negatif daripada konsep ini akan menjejaskan kedudukan mereka.Tidak sanggup untuk merobohkan tembok kepentingan etnik dan kaum yang telah mereka bina selama ini.

Rakyat tidak mahu bersikap terbuka dan toleransi

Sangat menjaga antara satu sama lainSegala yang dilakukan adalah untuk kepentingan bersamaSemangat ini selalu diamalkan oleh kumpulan minoritiSEMANGAT ASSABIAH ATAU KEKITAAN YANG TINGGI ANTARA KAUM

Takut hak-hak mereka akan ditarik seperti kebajikan dan hal-hal sosialBagi kaum Bumiputera yang mempunyai dasar afirmatif, mereka takut dasar tersebut akan diketepikanPerasaan takut menyelubungi diriLANGKAH-LANGKAH MEREALISASIKAN KONSEP SATU MALAYSIA

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah:

Kerajaan- melancarkan kempen kesedaran secara besar-besaranGuru- menghubung kaitkan akademik dengan nilai-nilai aspirasiIbu bapa- menjadi role model kepada anak-anak Media massa- memperbanyak hebahan mengenai konsep iniPERANAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAANPeranan perkhidmatan awam- Mendengar aspirasi & harapan masyarakat.- Melaksanakan pembangunan dgn agresif.- Membuat pemantauan dgn sentiasa turun padang.

Peranan media massa- Menyalurkan maklumat yg tepat kpd masyarakat.- Sebagai agen pendidik kpd generasi muda.- Sebagai mediator bg mengelakkan berlakunya konflik dan krisis kaum.

Peranan swasta dan organisasi koporat- Perbincangan dan permuafakatan antara sektor awam dan swasta.- Membantu agensi awam menawarkan kemudahan kepada usahawan.

Peranan badan-badan bukan kerajaan- Lebih tertumpu kepada pendekatan turun padang.- Membantu menjelaskan dasar-dasar sehingga ke peringkat akar umbi.

Peranan pemimpin-pemimpin masyarakat- Mengukuhkan kerjasama, persefahaman dan perpaduan dalam masyarakat akar umbi.- Menyalurkan segala kehendak, aspirasi dan keluh-kesah rakyat kepada penggubal dasar untuk dibincang dan diselesaikan.69SEKIAN TERIMA KASIH