rancangan integrasi murid untuk perpaduan

34
RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) DOMINIC AK DERUS 881220-13-5525 FARRAH RAIHANA BT RAMLI 890120-04-5068 SITI NUR AISYAH BT AB LLAH 890820-03-5098

Upload: farrah-raihana-ramli

Post on 29-Jun-2015

647 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

(RIMUP)

DOMINIC AK DERUS881220-13-5525

FARRAH RAIHANA BT RAMLI890120-04-5068

SITI NUR AISYAH BT AB LLAH890820-03-5098

Page 2: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Isi Kandungan

1. PENGENALAN 2.KONSEP RIMUP

3. OBJEKTIF RIMUP

4. PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI

RIMUP

5. SUMBANGAN RIMUP UNTUK PERPADUAN

Page 3: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

PENGENALAN

Page 4: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

oPada tahun 1986, Kementerian Pelajaran telah menggerakkan pelaksanaan RIMUP.

oPada peringkat awalnya, pelaksanaan RIMUP adalah di peringkat sekolah rendah.

oAktivitinya menjurus kepada RIMUP, kefahaman terhadap konsep serta perancangan aktiviti tidak diberi penekanan secara menyeluruh di semua peringkat, iaitu di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

oSetiap sekolah rendah hanya diberi garis panduan tanpa penjelasan lanjut tentang tatacara pelaksanaannya.

Page 5: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Pada tahun 2004, Kementerian Pelajaran telah meneliti semula pelaksanaannya dan mendapati bahawa program RIMUP perlu dimantapkan serta diperluas ke sekolah menengah.

Sehubungan itu, Buku Panduan yang digunakan sejak tahun 1986 telah dimurnikan semula bagi memenuhi usaha perluasan program tersebut. Buku panduan yang baharu dinamakan BUKU PANDUAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP).

Seterusnya, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menginstitusikan pelaksanaan RIMUP dalam teras terutama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010, iaitu Membina Negara Bangsa.

Page 6: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Program RIMUP telah diperkemaskan melalui pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Melalui pelan induk tersebut telah menggariskan dengan nyata usaha kearah perpaduan melalui Teras Pertamanya iaitu Membina Negara Bangsa.

Teras tersebut dengan jelas menekankan aspek memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan, aspek memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, pemupukan kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta pemupukan kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan

Page 7: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

KONSEP RIMUP

Page 8: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Melibatkan masyarakat dan warga sekolah antaranya:

Dua agensi utama menjayakan RIMUP, iaitu: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

Warisan, Kementerian Penerangan dan beberapa kementerian lain serta wakil-wakil rakyat.

Page 9: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Badan-badan Bukan Kerajaan termasuk: Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Masyarakat Setempat Guru Murid-murid

Page 10: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

OBJEKTIF RIMUP

Page 11: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan

murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah

menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama

Page 12: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana

muhibah secara sedar dan terancang.

Page 13: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di

sekolah.

Page 14: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

4. Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan

kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.

Page 15: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI RIMUP

Page 16: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

PANDUAN AM KEGIATAN KHAS

Terbahagi kepada dua iaitu panduan am dan kegiatan khas

Page 17: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

PANDUAN AM

Mencapai matlamat perpaduan antara kaum.

Aktiviti hendaklah dijalankan di luar waktu sekolah berpandukan 5 modul RIMUP.

Mesti melibatkan semua kaum, semua jenis sekolah dalam setiap kali aktiviti diadakan.

Page 18: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Aktiviti dipersetujui bersama-sama.

Pemilihan aktiviti tertakluk kepadakemudahan dan kemampuan.

Peraturan aktiviti diterangkan terlebih dahulu.

Ibu bapa dan masyarakat setempat perlu dilibatkan dalam aktiviti RIMUP.

Page 19: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

KEGIATAN KHAS

1. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1. Seminar Menghadapi Peperiksaan 2. Karnival Sains dan Matematik 3. Karnival Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris 4. Jejak Sejarah 5. Debat Perpaduan 6. Kuiz Bina Bangsa 7. Sayembara Perpaduan 8. Pertandingan Menulis Cerpen Perpaduan 9. Pertandingan Fotografi Perpaduan

Page 20: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

2. SUKAN DAN PERMAINAN

1. Permainan Tradisional

2. Sukaneka / Sukan Rakyat

3. Mencari Harta Karun

Page 21: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

3. AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Kebudayaan

2. Sambutan dan Perayaan

3. Perkhemahan dan Lawatan

Page 22: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

4. KHIDMAT MASYARAKAT

1.Gotong-royong

2.Melawat Rumah Orang-orang Tua/Anak Yatim

3.Bantuan Bencana Alam

4.Program ala “Bersamamu”

5.Projek Community Chest (projek khas untuk golongan istimewa)

Page 23: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

5. MENINGKATKAN PATRIOTISME

1. Pertandingan Lagu-lagu Patriotik sempena dengan Hari Kebangsaan

2.Kempen Cintai Warisan Bangsa dan Negara

3.Kelab Rukun Negara

4.Kempen Kibar Jalur Gemilang

Page 24: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

6. e-INTEGRASI

1.satu sistem interaktif virtual dan fizikal berasaskan tema-tema perpaduan.

2.ICT digunakan secara kreatif dan inovatif 3.mewujudkan minda secara virtual dengan

menggunakan ICT

KPM telah memutuskan bahawa pada tahun 2007 sejumlah 352 buah sekolah rendah akan memulakan pelaksanaan program e-

Integrasi di Semenanjung sahaja.

Page 25: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Jadual : Proses Kerja dan Tindakan

BIL

PROSES KERJA TINDAKAN

1 Memberi penerangan / taklimat kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri tentang konsep RIMUP

Sektor Hal Ehwal Murid, Bahagian Sekolah

2 Memberi penerangan / taklimat kepada pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar tentang konsep RIMUP

Jabatan Pelajaran Negeri

3 Menerima Garis Panduan RIMUP Semua Guru Besar dan Pengetua

4 Memberi penerangan kepada semua guru tentang

1. Konsep dan matlamat RIMUP .

2. Kegiatan Khas yang dicadangkan

3. Perancangan dan pelaksanaan

4. Penyeliaan rancangan

5. Pelaporan rancangan

 

Semua Guru Besar dan Pengetua

( FEBRUARI )

5 Memberi penerangan kepada murid-murid tentang RIMUP

1. Konsep dan Matlamat

2. Kegiatan Khas yang dicadangkan

3. Perancangan dan pelaksanaan

4. Penyeliaan rancangan

5. Pelaporan rancangan

 

 Semua Guru Besar dan Pengetua

( FEBRUARI ) 6 Memberi penerangan kepada PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah dan

Masyarakat setempat tentang RIMUP

1.Konsep dan Matlamat

2. Jenis-jenis kegiatan khas yang dicadangkan

3. Perancangan dan Pelaksanaan Kegiatan Khas RIMUP

4. Penyeliaan rancangan

5. Pelaporan rancangan

 Semua Guru Besar dan Pengetua

( FEBRUARI )

Page 26: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

BIL

PROSES KERJA TINDAKAN

7 1. Mengadakan mesyuarat antara sekolah yang terlibat. 2. Menubuhkan Jawatankuasa RIMUP.

3. Mengenal pasti kemudahan yang ada dan jenis aktiviti yang sesuai untuk dijalankan bersama-sama

4. Mengenal pasti tenaga pengajar/ pakar yang ada.

5. Cara melaksanakan aktiviti.

 Guru-Guru Besar, Pengetua, PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru-Guru dari Sekolah-sekolah yang terlibat

8 Penyeliaan aktiviti Semua Guru Besar dan Pengetua

9 Pemantauan aktiviti JPN, PPD, PPB

10

Post-mortem

 

 JPN, PPD, PPB, Guru Besar dan Pengetua

11

Menyediakan laporan program RIMUP

1. Penggal

2. Tahunan

3. Laporan Kewangan

 

 

Setiausaha

12

Menyampaikan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan kepada pihak-pihak yang berkenaan

Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari

Page 27: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

SUMBANGAN RIMUP UNTUK PERPADUAN

Page 28: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Pendekatan yang lebih segar sebagai salah satu langkah untuk membolehkan pelajar di sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja berinteraksi dan bergaul dengan pelajar pelbagai kaum dari sekolah lain.

Page 29: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Konsep pelaksanaan RIMUP telah diperkukuhkan lagi dengan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, pentadbiran sekolah, guru dan pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama.

Program RIMUP mempunyai tiga komponen utama iaitu akademik, kokurikulum dan sukan, serta e-integras

Page 30: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya

Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap.

Page 31: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.

Page 32: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Menerusi pelbagai pendekatan dari aspek kurikulum dan kokurikulum, Kementerian Pelajaran ingin menyatakan bahawa kita amat serius terhadap usaha membangunkan sebuah negara bangsa dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan kita sendiri seperti yang dihasratkan kerajaan menerusi Wawasan 2020

Page 33: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

Lahirnya generasi penerus yang patriotik, memiliki nilai penghayatan mendalam dengan sikap dan tindakan yang menjurus kepada membina dan memajukan negara, mengangkat martabat, mempertahan maruah, membina tamadun bangsa melalui keberanian meneroka alam keilmuan untuk menjadi bangsa Malaysia terbilang yang namanya berkumandang di seluruh pelosok alam.

Page 34: RAnCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

SEKIAN, TERIMA KASIH