contoh kertas kerja program perkhemahan rancangan integrasi murid untuk perpaduan

22
CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH, 72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RIMUP 2007 DISEDIAKAN OLEH: SETIAUSAHA RIMUP S.K PULAPAH

Upload: sir-attha-mohd-hatta

Post on 13-Feb-2015

87 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAPAH,

72120 BANDAR SERI JEMPOL,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RIMUP

2007

DISEDIAKAN OLEH:

SETIAUSAHA RIMUP

S.K PULAPAH

Page 2: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN RANCANGAN INTEGRASI

MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2007.

1. Pendahuluan

Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

(RIMUP) adalah satu program yang memupuk semangat perpaduan dikalangan

murid yang berbilang kaum. Program ini melibatkan badan-badan beruniform

sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri.

2. Tarikh

11, 12 & 13 Mei 2007

3. Hari

Jumaat, Sabtu dan Ahad

4. Tempat

Sekolah Kebangsaan Pulapah

5. Rasional

Perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila

sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secera bersama-

sama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah

hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan

Page 3: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

merupakan satu daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid

menjadi insan yang bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya.

6. Objektif

       Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk

menghadapinya.

       Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang

dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak

dan menguruskan diri.

       Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai.

       Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa.

       Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan,

undang-undang dan jadual yang telah ditetapkan.

7. Kumpulan Sasaran

20 orang peserta Tahun 6 dari sekolah ahli

8. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform

Penasihat : Tuan Haji Amir Sarifudin b. Haji Ahmad

(Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu)

Pengerusi : En. Abd. Rani b. Abu

( Guru Besar SK PULAPAH)

Naib Pengerusi : En. Othman B. Maamon

(Guru Besar SKSH2(F))

Page 4: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

En. Supramaniam a/l Periyanayagam

(Guru Besar SJKT LSH)

Setiausaha : En. Mohd. Norsani b. Mahat

Bendahari : Pn. Noraliza bt. Yahid

9. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007

Kem Komandan : En. Syed Zulkefli b. Syed Ismail

Keselamatan/Disiplin : Pn. Syaelbidiya Azizon

Hadiah/Cenderahati : Pn. Rosmayanty bt. Rosly

Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi

Quatermaster : Pn. Hjh. Sarina bt. Yahya

Pn. Seri Pawati bt. Kasrol

Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Buku Program : Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz

Sijil : En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi

Juru Acara : En. Mohd. Norsani b. Mahat

Tempat Ibadat : Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid

Page 5: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

Aktiviti : Bengkel Nyanyian Lagu-Lagu Rakyat :

Cik Nur Salhan Bibi bt. Ismail (SKP)

Pn. Noraliza bt. Yahid (SKP)

En. Zamri b. Yahya (SKSH2)

Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)

: Bengkel Tarian Asli 

Cik Zuraidah bt. Aluwi (SKP)

Pn. Idyuwati bt. Mohd. Poly (SKSH2)

Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

: Bengkel Selera Tradisional 

Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP)

Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2)

Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH)

: Bengkel Permainan Etnik 

En. Khairil Anuar b. Mohd. Razi (SKP)

En. Md. Zolman b. Che Man (SKP)

En. Zulkepli b. Zakaria (SKSH2)

Cik K. Vanitha (SJKT LSH)

Giliran Bertugas Malam : Jumaat 

Pn. Syaelbidiya Azizon bt. A. Aziz

Cik Zuraidah bt. Aluwi

En. Khairil Anuar

Pn. Rosmayanty

Cik Norhafizah

Page 6: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

: Sabtu 

Cik Salhan Bibi

En. Md. Zolman

En. Syed Zulkepli

10. Program Dan Aktiviti:

JUMAAT

0230tgh : Berkumpul Semua Guru En.Norsani/

: Pendaftaran En. Syed

: Taklimat

: Mendirikan khemah

0400ptg : Minum petang QM

: Solat

0500ptg : Bengkel Permainan Etnik En. Khairil

0700mlm : Pengurusan diri dan solat En. Norsani

: Makan malam QM

0900mlm : Bengkel Nyanyian Cik Salhan/Pn.Liza

0100pg : Tidur Guru bertugas

Page 7: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

SABTU

0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Syed

0700pg : senaman pagi En. Khairil/En. Zolman

0745pg : Sarapan QM

0800pg : Bengkel tarian tradisional 1 Cik. zuraidah

1230tgh : Makan tengahari QM

: Pengurusan diri dan solat

0200ptg : Latihan persembahan kumpulan semua guru/kumpulan

0400ptg : Minum petang QM

: Solat Asar

0500ptg : Permainan Etnik Malaysia En.Zolman/En.Khairil

0700mlm : Makan malam QM

: Pengurusan diri dan solat

0900mlm : Malam Kebudayaan Semua guru

1100mlm : Minum malam QM

: Tidur

Page 8: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

AHAD

0500pg : Pengurusan diri dan solat En. Norsani

0700pg : Senaman Pagi En.Khairil/En.Zolman

0745pg : Sarapan Pagi QM

0800pg : Bengkel Selera Tradisional Pn.Norijah

1000pg : Membuka khemah dan Semua guru

membersihkan kawasan

1100pg : Minum pagi QM

11.30pg : Perasmian Penutup oleh PPD JJ Semua guru

: Penyampaian Hadiah

: Jamuan Makan Tengahari Semua guru

: Bersurai

Page 9: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

11. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA KOS (RM) SEORANG

JUMAAT

Minum petang

Makan malam

1.20

4.00

SABTU

Sarapan

Minum pagi

Makan tengahari

Minum petang

Makan malam

2.00

1.20

4.00

1.20

4.00

AHAD

Sarapan

Minum pagi

2.00

1.20

JUMLAH 20.80

Page 10: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

Hadiah penyertaan RM 2.00 X 68 RM 136.00

Cenderamata perasmi RM 030.00

Jamuan penutup RM 4.00 X 30 RM 120.00

Backdrop RM 030.00

Runcit RM 050.00

JUMLAH RM 366.00

12. PENUTUP

Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam

mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan RIMUP 2007 amatlah

diharapkan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan

program perkhemahan pada tahun ini lebih cemerlang.

Page 11: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK

PERPADUAN (RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu

program atas kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di

Malaysia. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan

menyatupadukan semua kaum di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang

ditunjukkan dan persefahaman yang terjalin. Semua ini mampu membentuk

sekumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan memahami antara

satu sama lain.

Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik,

Sukan dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan

serta Program Khidmat Masyarakat.

Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH

dipertanggungjawabkan bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan

Silang Budaya RIMUP yang mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13

MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak

sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk

kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk

menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai,

menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan

mengenai teknik-teknik perkhemahan

Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli

yang mana melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan

Tunas Puteri. Jumlah semua murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah

seramai 60 orang yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau

tuan rumah.

Page 12: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang

dikelola oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah :

        Kem Komanden

        Keselamatan dan Disiplin

        Tempat Ibadat

        Hadiah dan Cenderahati

        Buku Program

        Sijil

        Juru Acara

        Quartermaster

        PA Sistem

Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan.

Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak

RM 386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi,

hadiah penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini

adalah Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel

Selera Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau

diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang

dipertanggungjawabkan.

Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti

sampingan yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti

tersebut adalah berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap

berani dan bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan

semua guru termasuk guru pengiring dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif

ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan

datang.

Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab

keatas semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan

rumah telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam.

Page 13: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti

perkhemahan berlangsung iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan

tapak perkhemahan adalah seperti disediakan dalam lampiran.

Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah

Jempul / Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada

jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh

SETIAUSAHA RIMUP

Page 14: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

REFLEKSI

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu

program yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di

Malaysia amnya dan di daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya

RIMUP ini menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya

berbilang kaum dan melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti

Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya.

Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah

kerana pada tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program

Perkhemahan Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu

melancarkan program ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini

yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting

Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK PULAPAH.

Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang

dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat

membantu menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan

memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi

sesame mereka dengan komunikasi yang baik.

Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui

aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran

mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah

sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari

akar umbi.

Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa

yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik.

Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan

murid-murid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan

pejabat bagi urusan-urusan tertentu.

Page 15: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua

murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah

bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional

dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola

oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau

aktiviti yang disusun.

Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti

yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola

sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik

dan berkesan.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai

kelemahan-kelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat

adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak

tuan rumah tidak mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan

peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan

Polis(PULAPOL).

Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk

perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk

kerja-kerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu

komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru.

Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan

semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu,

perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam

keadaan padang yang basah.

Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari

atau malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan

murid India mengamalkan menu ‘vegetarian’ dalam kehidupan mereka. Ini sedikit

menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan.

Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa

dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini

menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda

Page 16: Contoh Kertas Kerja Program Perkhemahan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada

hari tersebut.

Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan

penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program.

Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi

perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah.

Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer

dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat

dan berkualiti.

Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak

pentadbir atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3

khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada

waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu

dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti

murid. Semua peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh

perkhemahan ini berlangsung.

Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada

keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana

yang ceria dan bersemangat buat para peserta.

Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang

menyertai perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu

makanan mereka sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid

dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah

membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang

dikehendaki.

Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program

yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik

untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan

datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.