tajuk 1 definisi dan disiplin

44
Malaysia Negara Kita SJH 3163E : TAJUK SATU DEFINISI DAN BIDANG SEJARAH.

Upload: sangeetha-maniam

Post on 12-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Tajuk 1 Definisi Dan Disiplin

TRANSCRIPT

Malaysia negara kita

Malaysia Negara KitaSJH 3163E : TAJUK SATUDefinisi dan bidang sejarah.

TAJUK 1 PENGENALAN SEJARAH

Sinopsis Pendedahan mengenai pelbagai pengertian sejarah oleh sejarawan luar dan tempatan. disiplin-disiplin sejarah, pemikiran sejarah dan juga sumber sejarah

Hasil Pembelajaran:

Menjelaskan pengertian sejarah mengikut pelbagai pandangan ahli akademik

Menjelaskan disiplin-disiplin sejarah

Membuat perbandingan ciri-ciri sumber-sumber sejarah

Pengertian Sejarah Menurut Pandangan Tokoh

Tafsiran KendiriSejarawan bebas memilih peristiwa, bidang kajian, menganalisis serta mentafsir sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan sumber-sumber ataubahan-bahan bukti mahupun fakta-fakta yang diterima.

Sejarawan bebas memberi tafsirannya sendiri terhadap sesuatu peristiwa asalkan tafsirannya mempunyai sumber-sumber kajian yang mencukupi bagi mengukuh dan membenarkan pentafsirannya. Jika ada yang tidak mempersetujuinya, maka satu kajian lain perlu dilakukan berdasarkan sumber-sumber yang boleh membenarkan pandangannya pula.

Oleh itu, kebenaran sejarah sesuatu yang bersifat objektif dan subjektif.

Ini adalah kerana fakta sejarah itu bersifat objektif sedangkan pentafsirannya bersifat subjektif.

DISIPLIN SEJARAH :Sejarah Politik

Tema politik menarik perhatian kerana naluri manusia sendiri yang gemarkan kuasa, pangkat, harta, dan wanita.

Sifat manusia yang tamak kuasalah menyebabkan segala sesuatu dilihat dan dinilai dari sudut pandangan ini.

Melihat seolah-olah kuasa politiklah yang sebenarnya menjadi faktor utama pengerak yang mengubah perjalanan sejarah manusia selama ini. Terbahagi kepada dua iaitu politik tinggi, dan politik rendah. Sejarah politik tinggi menyentuh tentang

(i) kegiatan golongan elit yang memerintah, (ii) dasar-dasar pentadbiran dan perlaksanaannya, dan (iii) urusan diplomatik dan strategik.

Sejarah politik rendah tertumpu kepada kegiatan masyarakat dan orang-orang awam.

Sebagai contoh gerakan politik di kampung-kampung, atau sikap para pengundi atau para penyokong parti tertentu.

Walaupun masih menyentuh sejarah politik namun kesannya tidak sampai kepada peringkat negara.

Sejarah SosialMuncul akibat kritikan terhadap sejarah politik yang dianggap sempit dan terbatas kepada golongan elit atau pihak yang berkuasa sahaja.

Mengetepikan politik dan lebih tertumpu kepada sejarah orang kebanyakan.

Aspek kajian ialah kebudayaan, kesenian, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, perundangan, pemikiran, keluarga, wanita, etnik dan sebagainya. Ciri utama yang menjadi tumpuan ialah aspek kualitatif berbanding aspek kuantitatif.

Aspek kualitatif -sistem nilai atau sikap golongan yang dikaji Aspek kuantitatif lebih banyak menggunakan perangkaan atau rajah dalam kajiannya.

Sejarah Ekonomi Dua jenis. 1. Tematik - menekankan tema-tema ekonomi dalam sejarah.2. Paradigmatik, iaitu faktor ekonomi sebagai skema mental atau asas falsafah dalam menganalisis setiap kejadian sejarah. SE berkembang menjadi dua aliran lagi iaituAliran Tradisional dan aliran New Economic History (cliometrics). 1. Aliran tradisional agak menyeluruh dan luas hingga termasuk kegiatan sosial. 2. Aliran New Economic History (cliometrics) terlalu khusus dan menjurus kepada persoalan ekonomi semata-mata dengan menggunakan kaedah-kaedah matematik, ekonometrik dan kuantitatif. Kedua-dua aliran saling melengkapi dalam pendekatan masing-masing.

ciri-ciri SE (i) kemampuan membuat generalisasi, (ii) kemampuan menyusun data secara kuantitatif, (iii) kemampuan membuat kajian perbandingan, dan (iv) mengindentifikasikan pola atau kecenderungan. Generalisasi walaupun bersifat abstrak merupakan suatu konstruksi berdasarkan kuantifikasi dan perbandingan secara empirik untuk menghasilkan suatu hukum.

Sejarah AgamaTidak popular sebagai suatu bidang kajian dalam disiplin sejarah.

Ini kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada pengajian agama. Dalam pengajian agama ini, biasanya dikaji tentang

(i) perbandingan agama, iaitu kajian tentang sejarah dan perbandingan agama-agama yang pernah wujud di dunia, dan

(ii) kajian tentang agama Kristian.Sejarah KebudayaanSama seperti SE, Pada asalnya sebahagian sejarah sosial tetapi telah berkembang menjadi satu subdisiplin sejarah sendiri. Secara umumnya kebudayaan mencakupi keseluruhan cara hidup manusia termasuk unsur-unsur kebudayaan sejagatseperti sistem sosial, sistem ekonomi, sistem politik, sistem agama, moral, adat istiadat, undang-undang, kesenian, bahasa, ilmu pengetahuan dan sebagainya.Secara khususnya kebudayaan terbahagi kepada dua jenis iaitu (i) kebudayaan tinggi atau elit, dan (ii) kebudayaan popular atau massa. Kebudayaan popular lebih diminati dalam kajian budaya kerana lebih berfokus kepada sumber yang diperolehi melalui kajian lapangan menggunakan kaedah :pemerhatian, temuduga atau penyertaan oleh pengkaji sendiri di dalam masyarakat atau budaya yang dikajinya.Sejarah Tempatan (Local History)

Memberi tumpuan kepada unit kawasan kecil seperti daerah, kampung, komuniti atau kelompok masyarakat tertentu.

Lahirnya kajian sejarah tempatan ialah kecintaan kepada kisah ataupengalaman yang paling hampir dengan diri sendiri. Sejarah tempatan lebih menarik kerana

(i) tiada hubungan emosi dengan pengalaman seseorang, dan(ii) bersifat elitis.

Sejarah tempatan juga bersifat interdisiplin, lantaran tema dan kaedah penyelidikannya luas dan menyeluruhSumber-sumber sejarah tempatan juga banyak seperti buku, peta, tinggalan arkeologi, arkib, bangunan, gambar, dan manusia.Konsep Ruang dan Masa dalam SejarahNirmal Yadav - ruang merujuk kepada lokasi, arah dan jarak

Konsep ruang penting bagi membolehkan individu memahami perhubungan di antara tempat dengan fenomena bersejarah.Masa merujuk kepada perhubungan di antara pelbagai peristiwa. Lokasi, jarak dan tempoh merupakan tiga elemen yang membentuk hubungan masa.Penguasaan konsep masa penting bagi memahami urutan peristiwa dalam masyarakat. Urutan masa (timelines) merupakan satu siri peristiwa yang berlaku mengikut kronologi.Himpunan masa (time convention) melibatkan tarikh dan peristiwa.

Memahami kronologi iaitu kemahiran melihat masa lalu, kini dan akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku.contoh murid-murid dididik dengan kemahiran memahami :Konsep masa mengikut kemajuan sesuatu tamadun Memahami konversi masa iaitu melabelkan sesuatu peristiwa mengikut zaman seperti Zaman Darurat, Zaman Meleset dan Zaman Penjajahan tanpa menyatakan tahunnya.

Konsep Masa Dalam SejarahSatu dekad 10 tahunSatu abad atau kurun 100 tahunKurun ke-19 tahun 1800 hingga 1899Kurun ke-20 tahun 1900 hingga 1999Satu alaf 1000 tahunZaman jangka masa tertentu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang berkaitan dengan masa tersebut. Contohnya, Zaman Batu dan Zaman Logam.Masihi tahun atau kurun yang dikira berasaskan tarikh kelahiran Nabi Isa.Hijrah tahun mengikut kalendar Islam yang berasaskan peristiwa perpindahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah.Kronologi urutan peristiwa mengikut masa kejadian

Kesinambungan dan PerubahanApa yang dikatakan berubah, dan apa yang dikatakan kekal? Kesinambungan dan perubahan merupakan asas untuk mengorganisasi masa lampau yang kompleks. Kesinambungan dan perubahan sering dikaitkan dengan kemajuan dan kemerosotan mengikut masa tetapi perubahan tidak bermakna kemajuan.Penilaian kesinambungan dan perubahan boleh dibuat melalui perbandingan di antara masa lampau dan masa kini atau antara dua peringkat masa lampau (contohnya sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua). Nilai Keperihalan Abd. Rahim Abd. Rashid (1999) sejarah pada umumnya dapat mempengaruhi :-pembentukan budaya bangsa dan negara, -membentuk nilai-nilai kewarganegaraan,-mencorakkan ideologi tertentu dalam pembinaan negara bangsa, dan-sumber inspirasi kepada pembinaan wawasan masa depan Malaysia. Sehubungan dengan itu, pengetahuan sejarah amat penting kerana ia dapat menyemai nilai-nilai yang diperlukan dalam proses perkembangan dan pembangunan individu. Nilai-nilai kemanusiaaan dan kemoralan seperti nilai kewarganegaraan;nilai etika dan moral; nilai sosial; nilai budaya dan estetika;

nilai sosialisasi politik; nilai tradisi; nilai universal; nilai perpaduan dan persefahaman;

nilai patriotisme; dan sebagainya dapat disebar dan disuburkan melalui sejarah.Nilai-nilai dalam sejarah boleh dijadikan teladan, panduan dan pedoman hidup untuk menggalakkan seseorang berfikir dan mengambil iktibar daripada sejarah lampau.

Nilai-nilai ini selaras dengan aspirasi dan wawasan pembinaan bangsa Malaysia yang akan mencurahkan segala taat setia kepada negara.

Abd. Rahim Abd Rashid nilai ialah:

Kesetiaan (loyalty)Kebanggaan (sense of proudness)Kesedaran kebangsaan (national awareness)Nasionaliti (nationality)KewibawaanSedia berkorbanPerpaduan nasionalPenghayataan nilai perjuanganKeyakinan diriPembinaan diri bangsaMemahami sejarah orang lain

Sebab dan AkibatBagaimana dan kenapa keadaan dan tindakan tertentu memberi kesan kepada yang lain.

Sebab dan Akibat Punca kepada konsep sebab dan akibat

ialah peranan manusia (sama ada secara individu atau kumpulan) dalam menggalakkan, membentuk dan menghalang perubahan dalam sejarah. Konsep sebab ada kaitan dengan motivasi (niat) sesuatu kumpulan atau individu yang dipengaruhi oleh ideologi, institusi dan keadaan.Jadi sejarah tidak setakat penceritaan secara naratif sahaja, bahkan juga penjelasan dan analisis tentang sebab-musabah atau punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu.Tidak selalunya penjelasan sejarah melibatkan kajian sebab-musabab (mengapa) tetapi bagaimana (proses atau selok-belok) sesuatu kejadian itu berlaku.

Selain itu, ada juga pihak yang kelihatan semacam mengambil mudah sahaja terhadap persoalan ini, dengan cara mengaitkan pertanyaan tentang sebab-musababnya dengan kebetulan (chance atau accident) sahaja tanpa memerlukan penelitian yang serius terhadapnya.Dua aliran besar tentang masalah penyebaban dalam sejarah, iaitu aliran sekular dan aliran teologi.

Dalam aliran sekular wujud (i) konflik atau pertentangan pendapat tentang hierarki sebab-musababnya (hierarchy of causes), dan (ii) kecenderungan untuk menonjolkan faktor tertentu sahaja sebagai faktornya yang asasi dan terpenting (linear causation). Penyebaban yang bercorak sekular ini menjelaskan sebab-sebab yang dengan alam tabii dan manusia yang menentukan perjalanan sejarah. Di antara ahli sejarah yang menekankan peranan besar iklim atau geografi sebagai penentu nasib manusia ialah Alexander von Humboldt, Henry T. Buckle, Richard Green, Friedrich Ratzel, Frederick J. Turner, dan Brooke Adams.

Dalam erti kata yang lain, terdapat kuasa atau tenaga impersonal yang memainkan peranan yang menentukan terhadap arah dan perjalanan sejarah manusia. Kuasa atau tenaga alam ini berlaku secara tabii (natural), bukannya ditentukan oleh sebarang kuasa lain seperti yang diyakini oleh orang-orang agama.dikaitkan Bagi aliran yang menekankan kuasa personal, ia mementingkan peranan individu. Aliran individu dikenali sebagai Teori Manusia Agung (Great Man Theory) - menekankan peranan dan ketokohan seseorang yang tertentu sebagai faktor utama yang membawa perubahan besar dalam sejarah. Menurut Leopold von Ranke (1795-1886) seseorang manusia agung dapat mempengaruhi masyarakat kalau (i) kena pada ketikanya (timing), dan (ii)sealiran dengan arus semangat zamannya (zeitgeist) atau semangat tempatnya (ortgeist).Bagi aliran idealis ( George Hegel, Benedetto Croce, dan R. G. Collingwood) semua sejarah ialah sejarah pemikiran.Ia merupakan suatu proses yang rasional dan logik, yakni sejarah didasari oleh akal fikiran manusia bukannya kebetulan (accidental) sahaja. Kalau sekiranya aliran idealis melihat dominasi pemikiran terhadap dunia, dan dengan itu mempengaruhi perjalanan sejarah, Sebaliknya aliran materialis lebih menekankan asas kebendaan sebagai pengerak asasi kejadian-kejadian sejarah.Sebagai ditegaskan sebelumnya, penjelasan tentang penyebaban yang menekankan faktor tertentu sahaja sebagai yang terpenting itu disebut sebagai linear causation. Nampaknya penjelasan yang menjurus itu mulai dipertikaikan oleh sejarawan, terutama pada masa kini. Sebagai suatu masalah yang kompleks, kejadian-kejadian dalam sejarah tidaklah tercetus kerana faktor tertentu sahaja, tetapi kerana berbagai-bagai sebab (multiple causation). Contohnya, di samping adanya faktor luaran, ada pula faktor dalaman, faktor jangka panjang, faktor jangka pendek atau segera, di samping faktor-faktor politik, sosial, ekonomi, agama dan sebagainya.

Jika ciri utama aliran sekular ialah konflik yang berterusan tentang sebab-sebabnya yang utama atau sebenar,

Sebaliknya ciri asasi aliran teologi ialah kepastian tentang sebabnya yang sebenar, iaitu Tuhan.Tuhanlah yang merupakan sebab pertama (first cause) dan utama, Kemudian baru terdapat sebab-sebab sampingan (secondary causes) yang lain. Sebenarnya sebab-sebab yang ditonjolkan oleh aliran sekular tidaklah ditolak oleh aliran teologi. Namun semuanya itu hanya merupakan sebab-sebab sampingan belaka, sedang yang menjadi sebab utamanya ialah Tuhan. Pendeknya, penjelasan sejarah menurut aliran teologi adalah bersifat absolute, Berbanding dengan aliran sekular yang bersifat relatif atau berbeza dan berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Generalisasi dalam Sejarah

Suhartono W. Pranotogeneralisasi adalah

Usaha membuat kesimpulan dengan mengumpulkan yang khusus untuk memperoleh yang umum.

Ishak Saat (2010) merupakan suatu kesimpulan umum berdasarkan sesuatu kejadian atau peristiwa.

Generalisasi memperhatikan hal yang khusus untuk kenyataan kebenaran secara umum.

Generalisasi dalam sejarah bertujuan- meningkatkan data sejarah yang begitu luas kepada satu bentuk yang mudah difahami.

Generalisasi adalah penting - kerana generalisasi akan menunjukkan sama ada seseorang sejarawan itu mampu atau tidak untuk menyimpulkan fakta-faktanya agar menjadi suatu penyeluruhan yang konkrit serta dapat diterima oleh pembaca.

Penggunaan generalisasi menurut Gilbert J. Garraghan (1949) :

(i) Diterapkan secara khusus mengikut kehendak individu hanya akan berlaku secara moral (ii) Empat kaedah biasanya digunakan untuk membuat generalisasi iaitu perbezaan, persamaan, variasi dan residu (bekas dan sisa).(iii) untuk menginterpretasi kejadian masa lalu.

Walau bagaimanapun generalisasi boleh juga memberi gambaran tentang kejadian akan datang.

(iv)Tidak perlu mencari keseragaman dan peraturan generalisasi dalam sejarah. Ini kerana melalui generalisasi sejarah, hasil proses sejarah dan peristiwa dapat dijelaskan secara sistematik.(v)Fakta individu sebagai asas generalisasi mesti diuji untuk mencari kebenaran sebagaimana yang sebenarnya.(vi)Cetusan kesimpulan generalisasi diambil daripada kemungkinan peristiwa semasa yang sama dan peristiwa semasa yang berbeza.(vii)Penghapusan generalisasi dalam sejarah adalah berdasarkan sumber yang terbatas atau kurang.

Generalisasi -Louis Gottschalk mengkategorikan The school of unique. Sejarah dilihat sebagai peristiwa yang tidak berulang dengan merujuk kepada tempat, masa dan individu yang terlibat.

School generalization basic of trend. Perbincangan sejarah dilihat dari arah yang berlainan aspek interpretasi dan masa.

School limited of generalization. Melihat sejarah dengan cara menggambarkannya. (iv)School of organization of camparison. Mengkaji sejarah dengan membuat perbandingan. Sebagai contoh, membandingkan penulisan karya sejarah seorang penulis dengan penulisan karya sejarah seorang penulis yang lain.(v)Generalisasi untuk tujuan kawalan.(vi)The school of cosmic generalization. Sejarah dilihat daripada aspek kejadian alam berasal daripada idea Marxisme Aktiviti:Bincangkan sumber-sumber sejarah. Anda catatkan nota anda dalam peta pokok (i-Think).