tajdid dan me persamaan dan perbezaan

25
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAJDID DAN MODENISME ISI KANDUNGAN HALAMAN PENDAHULUAN 2 PENGENALAN TAJDID 3 DEFINISI TAJDID 3-6 FUNGSI TAJDID 6 LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAJDID 7 CIRI-CIRI DAN SIFAT MUJADID 7-8 DEFINISI MODENISASI 8-9 SEJARAH MODENISASI 9-12 MODENISASI MENURUT ISLAM 13-14 TUJUAN MODENISME 14 KESIMPULAN 15 BIBLIOGRAFI 16 1

Upload: shamzah24

Post on 04-Jul-2015

357 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAJDID DAN MODENISME

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PENDAHULUAN 2

PENGENALAN TAJDID 3

DEFINISI TAJDID 3-6

FUNGSI TAJDID 6

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAJDID 7

CIRI-CIRI DAN SIFAT MUJADID 7-8

DEFINISI MODENISASI 8-9

SEJARAH MODENISASI 9-12

MODENISASI MENURUT ISLAM 13-14 TUJUAN MODENISME 14

KESIMPULAN 15

BIBLIOGRAFI 16

1

Page 2: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

PENDAHULUAN

Tajdid dan modenisme adalah dua istilah yang besar dan mempunyai pengertian yang berbeza dalam sejarah jatuh bangun tamadun umat Islam. Cabaran sentiasa muncul mengikut tahap-tahap perkembangan dan perubahan. Perubahan berlaku samaada dalam bentu vertical atau pun horizontal. Akhir-akhir ini muncul persoalan mengenai tajdid di dunia Islam. Di seluruh dunia memang banyak istilah yang dipakai dalam pengertian ini yang semuanya membawa erti yang lebih kurang sama dan berkaitan. Ada yang mengatakan membawa maksud pembaharuan, modenisasi, pemurnian dan banyak lagi pengertian lain. Hal ini akan membawa satu salah faham terhadap pengertian tajdid dan modernisme yang sebenar dan akhirnya akan membawa satu kepincangan dikalangan umat Islam khususnya.

Buat masa ini punca masalah kemunduran umat Islam telah di kenal pasti oleh tokoh-tokoh pemikir Islam semasa pada asasnya adalah krisis pemikiran. Mungkin inilah yang diisyaratkan lebih awal oleh firman Allah:

ا م� ي�غ�ي�ر� ال� الل�ه� إ�ن� الل�ه� ر� م�أ� م�ن� ظ�ون�ه� ف� ي�ح� ه� ل�ف� خ� و�م�ن� ي�د�ي�ه� ب�ي�ن� م�ن� ب�ات� ع�ق� م� ل�ه�

ن� م� م� ل�ه� ا و�م� ل�ه� د� ر� م� ال� ف� وء(ا س� و�م, ب�ق� الل�ه� اد� ر�أ� إ�ذ�ا و� م� ه� س� ن�ف�

ب�أ� ا م� وا ي�غ�ي�ر� ت�ى ح� و�م, ب�ق�و�ال, ) م�ن� (11د�ون�ه�

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Surah al-Ra’d: 11

Oleh itu, dis ini akan menjelaskan maksud sebenar penggunaan Istilah tajdid dan modernisme secara mendalam dan konsep yang dibawa oleh keduanya mengikut pandangan beberapa ulama’ dan pandangan umum. Demikian akan memberi kepahaman secara jelas dan terang mengenai perbezaan dan persamaan ‘tajdid dan modenisme’

2

Page 3: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

PENGENALAN TAJDID

Tajdid ialah suatu proses pembaharuan dalam umat Islam, yang mengeluarkan umat Islam dari kepincangan kepada kondisi yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep tajdid ini merupakan senjata kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman, di mana, setiap kali umat Islam mengalami kemunduran, maka Allah s.w.t. akan melahirkan individu atau golongan dalam umat Islam, yang sanggup menggadaikan hidup mereka demi membaik pulih umat Islam dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam.

Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:

دينها لها يجدد من سنة راسمائة على األمة لهذا يبعث الله ان

"Allah s.w.t. akan mengutuskan bagi umat ini (umat Islam), setiap seratus tahun orang yang akan memperbahrui (tajdid) agamanya (agama umat Islam."

(Hadis riwayat Abu Daud, Al-Hakim, Al-Baihaqi, Al-Hasan bin Sufian, Al-Bazzar, At-Tabrani, Abu Nu’aim dan sebagainya)1.

DEFINISI TAJDID

Tajdid menurut Kamus Dewan membawa maksud ‘Menghidupkan kembali ajaran Rasulullah s.a.w. yang semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah’. Dalam bahasa Arab pula, ia bermaksud ‘Mengembalikan semula sesuatu kepada bentuk asalnya setelah ia rosak atau hilang bentuk keaslian tanpa mengurangkan apa-apa darinya atau menggantikannya dengan yang lain’.2

Selain itu, pendapat yang agak tegas ialah yang mengatakan tajdid dengan maksud yang sebenar ialah “ memurnikan Islam dari noda-noda jahiliayah kemudian berjuang memperbetulkan dengan ikhlas untuk menghidupkan Islam.

Kalimah tajdid adalah istilah Islam. Ia diambil dari kalimah Bahasa Arab kerana Islam dibangkitkan dikalangan masyarakat Arab. Rasulullah saw juga berbangsa Arab, selain itu al-Quran dan Sunnah yang menjadi sumber utama umat Islam juga dalam Bahasa Arab. Berdasarkan penyataan itu adalah wajar perbahasan mengenai definisi tajdid dirujuk kepada Bahasa Arab. Penggunaannya di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw.

1 ‘Abul Ala Al Maududi. (1988) Gerakan Tajdid Islami. Kuala Lumpur. Pustaka Ihkwan. Hlmn: 39

2 Teuku Iskandar (1991). Kamus dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn:

267

3

Page 4: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Dari sudut bahasa kalimah ‘jaddada (جدد) bermaksud “ membaharukan sesuatu hingga ia menjadi baru”, berasaskan ini tajdid dari sudut asal pengertian Bahasa Arab ialah sesuatu yang diperbaharui itu semestinya melalui tiga peringkat.3

1. Sesuatu yang diperbaharui itu mestilah sedia wujud, hidup, dan manusia yang hidup dengannya.

2. Ia rosak dan tercemar setelah berlalunya masa. 3. Sesuatu yang telah kotor itu diperbaharui iaitu dimurnikan semula.

Manakala dari sudut menggunaannya di dalam al-Quran pula, tidak terdapat ayat al-Quran yang menggunakan lafaz jaddada atau tajdid. Walaubagaimanapun terdapat ayat-ayat al-Quran yang menggunakan lafaz ‘jadid (جديد), kebanyakkan ayat-ayat ini merujuk kepada proses kehidupan yang dilalui oleh manusia iaitu penciptaan yang hidup di dunia, kemudian menghadapi kematian dan dikebumikan di dalam tanah ini, jika tajdid dirujuk kepada penggunaan lafaz jadid dalam al-Quran, maka ia memberi erti peringkat yang dilalui oleh proses pembaharuan iaitu penciptaan, mati dan ahkirnya dibangkitkan dan dihidupkan kembali.

Dari sudut penggunaan dalam hadith pula, terdapat hadith-hadis yang menggunakan ungkapan tajdid seperti dalam hadis berikut:

يجدد أن تعالى الله فأسألوا الثوب بخلق كما أجدكم فىجوف األيمان ن اقلوبكم في األيمان

Maksudnya : sesungguhnya iman yang terdapat dalam diri seseorang itu seperti sehelai pakaian yang digunakan, maka mintalah kepada Allah ta’ala untuk diperbaharui iman dalam hati kamu

الله : رسول قال قال عنه الله رضى هريرة أبي عن حنبل بن أحمد عن روي؟ ايماننا وكيفتجدد الله رسول يا قيل ايمانكم صردوا وسلم عليه الله صلى

الله اال اله ال قول من اكثروا قال

Maksudnya : ‘ diriwayatkan oleh Ahmad bin Hambal dari Abu hurairah katanya bahawa Rasulullah saw besabda: “ perbaharuilah iman kamu” para sahabat bertanya, “ bagaimana untuk memperbaharui iman kami?” jawab rasulullah katanya “ perbanyakkanlah menyebut “ tiada tuhan disembah melainkan Allah”

Dalam dua hadith diatas memperlihatkan dua pengertian yang berkaitan istilah tajdid. Di peringkat awal iman yang terdapat dalam diri seseorang insan mengikat tindakan dan perbuatan seseorang selari dengan tuntutan dan nilai iman. Walaubagaimanapun dalam tempoh masa, hasil dari pengaruh luar dan dalaman manusia menyebabkan nilai iman dalam diri manusia menjadi luntur. Dalam perkembangan dan perubahan yang demikian , iman dalam diri perlu di perbaharui dan dalam hadith kedua rasulullah telah menjelaskan antara proses pembaharui iman iaitu melalui amalan zikrullah.

3 Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono. S.H ( 1994). Aliran Modern Dalam Islam. Jakarta.PT Rineka Cipta. Hlmn:7

4

Page 5: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Dari segi istilah terdapat beberapa definisi tajdid sama ada yang dikemukakan oleh golongan salaf maupun sarjana Islam kontemporari. Keterangan- keterangan mengenai tajdid yang dikemukakan oleh ulama’ salaf dalam dilihat dalam kitab-kitab hadith, syarah hadith serta kitab-kitab terajun (biografi tokoh).

Di samping itu juga terdapat rangkap-rangkap syair yang memuatkan nama-nama tokoh mujadid abad pertama, kedua dan ketiga. Antara pengertian tajdid yang dikemukakan oleh sumber-sumber berkenaan ialah kebangkitan dan pengembalian, penyebaran ilmu, ijtihad dan usaha membezakan antara sunnah dan bid’ah4

Pengertian tajdid sebagai kebangkitan dan pengembalian jelas daripada kenyataan Abu sahl al Sa’lakiy (w.387H) “ Allah mengembalikan agama ini setelah ia hilang iaitu ia menghadirkannya kembali bersama ahmad ibnu hambal (780-851H). abu hasan al-asyhari (878-935) dan Abu Mulaym astrabadhi (242-323H)

Tambahan lagi, kenyataan al- alqami dalam syarahannya sebagaimana dalam syarahan yang dimuatkan dalam Awn al-manbud yang mengertikan tajdid al-din sebagai usaha menghidupkan kembali praktik menurut al-Quran dan Sunnah tidak dilakukan lagi dan mengarah agar kedua sumber itu dituruti. Tajdid juga dterima sebagai usaha penyebaran ilmu yang diterima oleh kalangan salaf yang bersih daripada sebarang penyelewengan dari generasi ke generasi dapat di lihat daripada keyataan ibu khathir (701-774h)5

“ suatu kelompok ulama mengatakan bahawa yang besar mengenai hadith tersebut (hadith tentang tajdid ) adalah mencakupi semua individu daripada kalangan ulama pada masa kini yang jika dilakukan merupakan fardu kifayah dalam menyebarkan ilmu.Tambahan lagi tajdid dapat diertikan sebagai ijtihad ulama’ terhadap persoalan semasa. Selain itu ia juga usaha membezakan antara sunnah atau bid’ah seperti yang dikatakan oleh Awn al Ma’dud

Menurut ulama’ salaf tajdid dapat disimpulkan sebagai usaha untuk menghidupkan , mebangkitkan serta mengembalikan pahaman dan penghayatan utama terhadap agama sejajar dengan masa salaf terdahulu. Keperluannya adalah agar ketentuan sesuatu hukum agama dapat dilaksanakan dan mendominasi setiap aspek kehidupan serta penghayatan terhadap praktik-praktik dalam agama terus di semaikan. Disamping itu tajdid juga usaha ijtihad bagi menangani setiap persoalan yang membangkitkan pada setiap masa. Melalui makanisma ijtihad segala ketentuan hukum dapat dijelaskan dan sekaligus memperlihatkan luasnya dimensi agama sebagai penyelesai masalah umat. Tajdid juga adalah usaha membezakan apa yang berasal daripada agama dan yang berkaitan dengannya, membersihkan agama daripada penyelewengan dan bid’ah meluas kerana faktor dalaman dan luaran6

Menurut K.H Ahmad Sidiq bahawa tajdid lebih banyak mengandungi pengertian ‘memulihkan’ sesuatu kepada keadaan semula( ketika masih baru sebelum terkena karat) bukan bererti menggantikan sesuatu yang lain dengan sesuatu yang baru. Oleh itu tajdid

4 Noor Amali bin Mohd daud. ( 1999). Tajdid Fikri: analisis pemikiran Syeikh Muhammad Al-ghazali. Kuala Lumpur. Akedemi pengajian Islam, Universiti Malaya. Hlmn: 145 Ibid. Hlmn: 156 Ibid. hlmn: 17

5

Page 6: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

tidak boleh diertikan sebagai sesuatu yang baru tetapi pembaharuan atau pemulihan, manakala mujadid adalah pembaru atau pemulih.7

Al-Qardawi menjelaskan tentang tajdid yang mana menurutnya tajdid dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk material dan maknawi. Dari segi bentuk material ialah memperbaharui binaan bangunan, rumah, masjid dan sebagainya, ia tidak bermakna meruntuhkan tetapi membina semula dengan binaan yang lebih elok dan kukuh. Manakala dari segi bentuk maknawi ialah tajdid agama yang mencakupi pemahanan dan penghayatan terhadap agama yang diistilahkan sebagai tajdid fikri.8

Daripada kenyataan-kenyataan dan mengertian jelas tajdid terangkum di dalamnya unsur-unsur tajdidd iaitu usaha memperbaharui sesuatu, membangkitkan kembali, mengembalikan asalnya, menjernihkan serta memisahkan kembali antara sunnah dan bukan sunnah, memulihkan sesuatu yang rosak, justeru itu tajdid adalah istilah mudahnya pembaharuan pemikiran, pemgembalian kembali terhadap agama yang berlandaskan ajaran yang utama al-Quran dan Sunnah.

Secara amnya kita semua bersetuju maksud tajdid itu ialah memperbaharui semula aqidah, amalan dan semangat agama yang mana-mana telah luntur agar segar kembali berdasarkan aqidah, amalan dan semangat agama yang ada pada zaman Rasulullah SAW dan salaf as-soleh.

FUNGSI TAJDID1. Al-I’aadah iaitu pemulihan kembali ajaran-ajaran Islam dari pemcemaran

budaya yang mengotorkan kebenaran, kesempurnaan dan kemurnian Islam.2. Al- Ibaanah iaitu membezakan dan memisahkan ajaran dan nilai-nilaiIslam dari

segala macam ajaran dan nilai-nilai yang menyimpang dan menggangu Islam3. Al-Ihya’ iaitu pendinamisasian hidup dan semangat islam hingga mampu

memahami dan memberi jawapan yang tepat, dalam menghadapi perubahan dan perkembangan masyarakat dan kemajuan ilmu pengetahuan seta teknologi

Tajdid juga merupakan sistem pembetulan terhadap penyusupan ajaran dan nilai yang mengamcam kesucian Islam, seperti intervenci pemikiran (al-ghazwul fikri) dari luar Islam mahupun deviasi ( penyimpangan) yang timbul dari dalam Islam sendiri

Dengan fungsi tersebut tajdid akan akan berhasil menjadiakan agama Islam selalu kembali bersih , bersih jernih dan lurus. Setiap kali terjadi kekeruhan dan penyimpangan. Denagn kembali kepada jalan yang benar Islam dapat menghadapi perkembangn zaman yang selalu berubah.

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN TAJDID

7 Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono. S.H ( 1994). Op.cit. hlmn: 88 Yusuf al-qardawi. (1991). Awlawiyah al-Harakah al-islamiyyah, maktab Wahbah. Kahirah . hlmn: 102

6

Page 7: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Sejarah tajdid pada peringkat awal kehidupan umat Islam iaitu semenjak kewafatan rasulullah s.a.w ( m. 121/ 632M) ialah kemunculan semula unsur jahiliyah. Umpamanya, respons spotan umat Islam yang sukar mempercayai Rasulullah s.a.w benar-bebar wafat. Malah merasakan Rasulullah diangkat ke langit. Maka disini wujudnya perkara yang bertentang dengan agama.Selain itu, sejarah menunjukkan krisis paling awal yang menimpa umat Islam adalah krisis pemilihan pemimpin. Krisis ini meskipun Berjaya dilalui denagn baik namun ia telah melahirkan ‘bibit’ yang akhirnya membelah bahagian umat Islam kepada sunni dan syiah. Tetapi dengan kebijaksanaan para khulafa’ rasyidin Abu bakar m. 13H, ‘Umar (m.23H), Uthman (m 35H), dan Ali perpecahan ini terbendung juga. Perpaduan umat Islam masih boleh dikekalkan meskipun berlaku peperangan al-jamal (36H) dan perang Siffin (T,H 38).

Peperangan ini membawa kontradiksi dalaman di antara unsur jahiliyah menentang semangat al-Quran, tetapi ia masih boleh diatasi disebabkan masih ada lagi jiwa al-quran dam dunia Islam. Jiwa al-Quran seterusnay masih wujud lagi kuat dalam diri tokoh-tokoh seperti ‘Umar Ibn Aziz ( m 101H) , Imam Malik (m 93H) dan banyak lagi tokoh ketomporari muncul. Mereka telah berjuang menghidupkan kembali roh al-quran.9

Begitulah respon yang serupa terjadi pada setiap kali unsur-unsur jahiliah muncul beberapa tokohi laApatah lagi diera moden idalam krisis politik, akidah, ilmu. Sosial, budaya dan apa sahaja akan berlaku pada pembaharuan, pembaikan dan perawatan. Itulah sebenarnya maksud tajdid.

ANTARA CIRI-CIRI DAN SIFAT MUJAHID

Mujadid adalah seseorang yang memperjuangkan agama yang telah menlakukan suatu tajdidd. Oleh ia harus mempuyai sifat-sifat dan keperibadian seperti rasul yang di anggap sebagai mujadid. Oleh yang demikian mereka haruslah mempuyai ciri-ciri khusus yang melayakkan mereka digelar mujadid.10

i. Hatinya bersihii. Berpandangan jauh kehadapan

iii. Berfikiran luas, tidak jumudiv. Berkemampuan luar biasa untuk mengambil jalan tengah antara berlebih-lebihan

atau mengabaikan serta memelihara keseimbangan antar keduanya.v. Memiliki daya pemikiran yang kuat, tidak terpengaruh oleh kekuatan yang sedang

berkuasa, tidak fanatik terhadap sesuatu golongan yang dahulunya pernah bertapak beberapa abad lamanya.

vi. Tabah dan tahan dalam menghadapi tentangan zaman yang setiap saat mengalami perubahan

9 Malik ibn Nabi. (1970), wijhah al-Alam al-Islami, cet.il, Dar al-Fikr, Beirut lihat sama Ismail Ahmad (terj). Islam dalam sejarah dan masyarakat hlmn:5210 ‘Abul Ala Al Maududi. (1988) .op.cit. Hlmn: 42

7

Page 8: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

vii. Berbakat sebagai pemimpin dan pembimbing serta sanggup menrima suatu kepimpinan

viii. Berkemampuan melakukan ijtihad dan menghasilkan kerja dalam lapangan pembangunan

ix. yakin dan memahami sepenuhnya terhadap ajaaran Islamx. Pandangan, kefahman dan perasaanya mencerminkan sebagai seorang muslim

hakiki.xi. Mampu membezakan antara kebenaran ( Islam ) dan kepalsuan (jahiliayah)

hingga perkara-perkara dalaman.xii. Inilah ciri-ciri yang harus ada pada para mujadid sebagaimana yang dimiliki oleh

para Rasul dan utusan Allah.

MODENISME

Definisi

Menurut kamus dewan istilah Modenisai membawa maksud perihal menjadi atau menjadikan sesuatu moden , melakukan pemodenan.Manakala maksud perkataan memodenkan dan mempermodenkan ialah menjadikan moden, membuat supaya jadi moden atau memperbaharui11

Oleh kerana perkataan moden ini berasal dari perkataan Bahasa Inggeris oleh itu merujuk kepada kamus Inggeris. Perkataan modenisasi ini membawa maksud suatu pandangan atau kaedah moden12

Definisi modenisasi berasal daripada perkataan moden : dalam bahasa belanda moden membawa erti,

a) Hedendaagschb) Nieuwerthschc) Nerv. Gods dienst demoderne leer. cintogenover stelling van deleedeer

orthodexen ( van dale is grootwoorden bock)Dalam bahasa inggeris moden disebut sebagai modern yang bermaksud

a) Pertaining to recent or present timeb) A person or thing of modern time .

Disamping itu terdapat maksud lain yang menerangkan keadaan modenisasi iaitu modenisme bermaksud sebagai suatu pandangan hidup kedunian yang bukan sahaja memuja bahkan mempertuhankan kemodenan. Dengan sifatnya yang antitradisi dan adakalanya kontra tradisi, kadangkala bersikap natural namun selalunya menentang agama. Bagi seorang modenis , tradisi dan agama adalah satu lambang kekolotan dan

kemunduran. Sedangkan kemodenan adalah lambang kemajuan dan ketamadunan. Perbahasan mengenai modenisme ini akan meninjau sejarah pertumbuhan dan

11 Kamus dewan , edisi baru. (1992). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn: 83212 Kamus dwi bahasa edisi kedua.( 2002). Kuala Lumpur.Dewan bahasa dan Pustaka. Hlmn: 778

8

Page 9: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

perkembangannya di Eropah, iaitu setelah tamatnya Zaman pertengahan dan timbul zaman moden.13

SEJARAH MODENISME

Modenisme adalah aliran yang terhasil daripda gerakan-gerakan kebudayaan tempatan di Amerika latin yang memperjuanagkan emansipasi atau kebebasan atau autonomi budaya baru bagi melepaskan diri dari cengkaman hegemoni kebudayayn sepanyol. Ia baru muncul sebagi istilah kebudayaan yang mahukan perkara baru yang berbeza . ia juga adalah kata kunci bagi menjelaskan kelahiran cahaya baru dalam kehidupan dan kebudayaan social masyarakat.

Daripada sudut sejarah, semangat dan jiwa modenisme sebenarnya bermula semenja era modenisme abad ke 16 Masihi dan pemcerahan pada abad ke 18 masihi. Ia adalah titik awal kedewasaan dan kematangan manusia mulai berani menguasai alam dan melepaskan diri daripada dogma-dogma institusi agama. Dengan keberanian itu manusia mulai memasuki era baru, era pasca Abad Pertengahan, iaitu era moden. Modenisme pada awalnya bermula dengan keyakinan pada rasional dan berani menghadapi kehidupan secara nyata sehingga lahirnya pemberontakan kreatif dalam dunia seni. Pihak gereja (kristian ) juga bertanggungjawab sebab munculnya modernism ini, dimana gereja berpecah kepada dua bahagian katholik dan protestan,berlakunya penolakkan terhadap agama dan sikap tidak puas hati terhadap kongkongan gereja.

Kemudian tahap kedua bermula dengan Revolusi perancis dan kekacauan sosial, politik dan ekonomi yang sering dikaitkan dengan momentum gelombang Revolusi Besar 1790. Senario ini mencetuska kelenturan ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan tradisional dan agama serta pesatnya perkembangan sosial, mendorong mumculnya pelbagai masalah.

Pada tahap ketiga, modenisme bermula semasa terjadi proses modenisasi global dan pembentukan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga muncul kekacauan sosial dan politik serta ancaman pada keamanan dunia sejagat.

Modenisme kemudian berkembang sebagai kondisi budaya masyarakat moden. Ia juga mempunyai maksud tersirat melalui anjakan paradigma yang diperolehi denganjalan pintas, daripada bentuk lama kepada bentuk baru. Ia memperkenalkan budaya hidup alaf baru dengan menekankan kebebasan mutlak manusia dalam mencari kebahagiaan dan keseronokkan yang beralaskan rasioanal manusia. Dengan kata lain, modenisme memutuska hubungan secra tegas pda nilai-nilai tradisisonal, berkembangnya sistem ekonomi kapitaliss progresif, rasional serta perbezaan sosial dan budaya.14

13 Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Pemikiran Islam Masa kini : Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn: 3914 Mardzelah Makhsin. (2007). Sains pemikiran dan etika. Kuala Lumpur. PTS publications & distribution Sdn. Bhd. Hlmn:78

9

Page 10: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Secara umumnya, modenisme dilihat sebagai paradigma kebudayaan, khususnya seni, sebaliknya, modenisme menjadi radikal pada proses penghapusan yang bersifat tradisional terutamanya yang melibatkan agama. Denga kata lain modenisme adalah gagasan yeng mempersoalankan pemisahan bidang-bidang nilai dalam kehidupan terdapat empat unsur dalam modenisme:15

1. Subjektif dan relatif: pengakuan pada kekuatan-kekuatan rasional dalam menyelesaikan masalah kehidupan

2. Subjektif, kritis ataupun kreatif : kemampuan menyingkirkan ikatan-ikatan kepercayaan dan memebebaskan diri daripada tradisi dan sejarah.

3. Kesedaran sejarah yang di munculkan oleh subjek : walau berlangsung secara linear, unik, tidak berulang denga masa kini sebagai sumber sejarah. Oleh itu, modenisme memiliki kata-kata kunci seperti revolusi, evolusi, tranfomasi serta progresif, dengan kata-kata lain, aliran modenisme mengandungi prinsip rasional, kemajuan dan pembaharuan.

4. Universal : elemen-elemen moden yang bersifat normatif bagi masyarakat yang melangsungkan proses pembaharuan.

Modenisme di Dunia Islam

Kemunculan Modenisme Islam adalah akibat dari pertemuan yang tidak seimbang daripada dua dunia: Islam dan Barat. Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun terhadap umat Islam sedikit sebanyak menyebabkan sikap rendah diri atau inferiority-complex apabila berhadapan dengan peradaban yang canggih dan hebat. Perlu diingatkan di sini bahawa modenisme Islam bukanlah aliran pemikiran yang tunggal dan jelas, tetapi ia mencakupi beberapa aliran pemikiran sesuai dengan istilah modenisme itu sendiri yang kabur. Gerakan modenisme telah mengalami banyak perubahan setelah kemunculan Fazlur Rahman (1919-1988) yang telah merangka framework pemikiran neomodenisme pada awal 80an16. Usaha beliau walaubagaimanapun telah ‘dimanfaatkan’ oleh orang-orang yang berkepentingan, untuk menjustifikasikan lahirnya pemikiran yang lebih radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam Liberal.

Modenisme Islam mengambil semangat pembaharuan dan reformasi. Dengan melihat model pembaharuan (modenisasi) yang telah berjaya merubah masyarakat di Barat. Modenisme di Barat telah menghasilkan apa yang dinamakan enlightenment, revolusi industri dan akhirnya telah meletakkan Barat sebagai negara yang maju dan pemimpin dunia. Menyedari kemunduran dan keterbelakangan Umat Islam, dan setelah mereka mengkaji faktor kemajuan Barat maka golongan modenis mengambil kesimpulan bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap tamadun Barat untuk menguasai sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan. Sikap keterbukaan ini didasari oleh pendirian bahawa ilmu itu bersifat bebas nilai atau neutral tidak diwarnai oleh ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut untuk

15 Ibid. hlmn: 7916 Abdul Saeed.(2007). Islamis thought: An Introduction. Usa dan Canada. Routledge.hlmn: 139

10

Page 11: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

dapat digunakan sesuai kehendaknya. Apabila terbukti bahawa sains yang sama telah berjaya memberi kemajuan kepada masyarakat Barat, maka tentunya apabila digunakan oleh Umat Islam ianya juga akan dapat menjanjikan kemajuan.

Perkembangan modenisme di dunia Islam di bawa melalui penjajahan Barat

Aliran modenisme bermula dengan pengaruh perindustrian yang berasal dari Britain dan Perancis.

Perkembangan aliran modenisme menyebabkan masyarakat Eropah membentuk nilai sosial baru yang jauh daripada budaya dan agama Kristian. Pada ketika itu ramai manusia mengejar kemewahan sehingga mengenepikan nilai moral dan budaya. Sehingga wujudnya jurang antara strata masyarakat seperti miskin dan kaya serta kulit hitam dan putih. Disamping itu berlakunya penindaasan yang berleluasa terhadap golongan lemah. Hal ini disebabkan oleh budaya berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan di kalangan masyarakat. Dan akhirnya tersebar sifat individualistik menguasai nilai sosial barat.

Aliran pemikiran modenisme

Munculnya aliran pemikiran seperti berikut, liberalisme, pluralisme, sekularisme, pragmatisme dan isme-isme ynag lain. Yang mana ideology pemikiran-pemikiran ini semuanya menolak agama. menolak kepentingan agama dan budaya dalam segala aspek pembangunan kemajuan manusia. Di samping itu Pemikiran modenisme memberi kesan kepada dunia Islam seperti :

1. mengenepikan kepetingan agama terhadap kemajuan pelbagai ilmu pengetahuan.

2. menganggap agama dan budaya menghalang kemajuan dan pembangunan.

3. Berlakuny konflik nilai antara pendokong agama dan pendukung kemajuan.

4. lahir pascamodenisme yang bertentangan dengan modenisme.

Kesan modenisme barat ini ke atas umat Islam.

1. Kemerosotan penghayatan agama dan budaya.

2. masyarakat Islam lebih cenderung untuk menghayati kemajuan hiburan yang dibawa barat berbanding pengahayatan kemajuan ilmu pengetahuan.

3. Menyebabkan budaya penghijrahan dari kampung ke bandar.

Sejarah. Kurun ke 19 merupakan kebangakitan barat dan kejatuhan Islam. Kejatuhan tersebut bukan kerana barat itu kuat tetapi atas kelemahan umat Islam itu sendiri. Banyak wilayah-wilayah Islam yang dijajah dan diperkenalkan sistem pendidikan

11

Page 12: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

sekular untuk menyaingi sistem pendidikan tradisi yang bercorak pondok. Pengenalan sistem pendidikan sekular ini merupakan permulaan pembentukan pemikiran dualisme di kalangan umat Islam yang kononya ingin melihat unat Islam maju seperti barat, lalu mereka mengesa masyarakat agar tunduk dan mengikut setiap jejak langkah barat.

Umat Islam yang berfikir seperti ini adalah kalangan umat Islam yang terpengaruh oleh rasa kekaguman terhadap tamadun barat dan cuba untuk menselarikan agama Islam dengan tamadun barat melalui membuat penilaian dan takwilan baru seperti apa yang telah dilakukan terhadap agama Kristian dan Yahudi dan Eropah. Mereka merasakan segala pendekatan masyarakat Barat wajar digunakan secara total. Oleh itu, gerakan dalam Islam di namakan sebagai pemodenan Islam.17

Namun begitu dapat difahami bahawa , di sebalik gerakan pemodenan Islam dan patuh kepada Barat bahawa ia merupakan rencana yang dirancangkan oleh Barat itu sendiri untuk mengekalkan penguasaan mereka terhadap umat Islam, Cuma pengusaan tersebut bukan di dalam bentuk pengusaan fizikal secara keseluruahan tetapi dalam bentuk pengusaan pemikirn, gerakkan ini bermula apabila mereka-mereka yang terdedah dengan sistem pendidikan barat dan terpengaruh dengan pemikiran mereka dibawa ke dalam masyarakat dan bebas menjalankan aktiviti mereka. Untuk mendapat sokongan oleh semua pihak, terutamanya umat Islam, mereka telah menyamakan gerakan pemodenan mereka dengan gerakkan tajdid.

Pemodenan agama: adalah jalan yang dirasakan sesuai oleh sesuatu agama dalam menghadapi pengaruh tamadun barat agar agama mereka tidak mati. Akan tetapi pemodenan agama tetap menyalahi kaedah Islam.Pemodenan agama merupakan seuatu pandangan dari pemimpin agama yang melihat bahawa agama hendaklah dibina berasaskan keyakinan bahawa pengajaran agama klasik perlu dibuat penilaian semula agar selari dengan falsafah, kemajuan akademik dan kebudayaan semasa.Selain itu,Pemodenan agama mula berkembang diakhir abad ke 19 dan awal abad ke 20 di kalangan agama yahudi, khantolik dan protestan di Barat yang kemudiannya mempengaruhi sebahagian umat Islam.

Idologi dan kaedah modenisasi islam

MODENISASI MENURUT ISLAM

17 Prof Dr. yusof al-qardawi (1990) al-Thaqafah al-Arabiah Baina al-Asabh wa al- ma’asirah.(terj) Hj

Ahmad nuryadi Asmawi (1999) wawasan Islam: Antara keaslian dan kemodenan. Selangor . Thingker’s

library sdn.bhd. Selangor . Thingker’s library sdn.bhd.

12

Page 13: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Suatu masa dahulu, Islam menolak konsep modenisasi kerana ia dipenuhi dengan unsur-unsur sekularisme. Sebagai contoh, golongan orientalis yang membuka institusi pengajian untuk penuntut-penuntut Islam, telah mencadangkan kepada pelajar Islam, agar meninggalkan ajaran Islam jika benar-benar ingin maju dan moden. Kedudukan inilah yang menyebabkan Islam menolak modenisasi, jika paksi ambilannya adalah sekular. Namun dalam masa yang sama, Islam menolak konsep ortodoks dan tradisional yang tidaks selari dengan naluri manusia untuk mengecapi makna modenisasi. Inilah yang dijelaskan bahawa, Islam sebagai agama yang bersifat realiti iaitu: menolak modenisasi yang meminggirkan rohani dan mengiktiraf modenisasi yang meraikan naluri selagi mana ia berlegar di atas paksi u‘budiah. Di antara dasar-dasar penting yang perlu diketahui dalam falsafah modenisasi Islam ialah :18

i) Pembangunan berteraskan konsep Tawazun; seimbang di antara material dan spiritual dengan mengutamakan spiritual terlebih dahulu. Firman Allah s.w.t :“Dan carilah dengan apa yang diberikan Allah kepada kamu (keselamatan) kampung akhirat, dan janganlah kamu lupakan bahagian kamu di dunia ini”.

ii) Pembangunan, pemodenan dan kemajuan di dalam Islam mempunyai falsafahnya tersendiri yang jelas berbeza dengan falsafah modenisasi Barat. Falsafah modenisasi dalam Islam mestilah mencakupi asas-asas berikut :

a. Tauhid – asas yang meletakkan peraturan tentang hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia, dan manusia dengan sumber alam.

b. Rububiah – puncak dalam sistem piramid modenisasi Islam. Segala niat dan amalan kemajuan hendaklah berada dalam lingkungan kalimah Rububiah, supaya tidak melencong kepada asas pragmatik-materialisme.

c. Khalifah – segala perusahaan sumber dan asas modal adalah wasilah atau alat menggerakkan pemodenan, Dari sinilah terbitnya konsep Islam iaitu manusia dianggap sebagai pemegang amanah Allah dalam lapangan akhlak, politik, ekonomi dan prinsip-prinsip masyarakat.

d. Tazkiah – Pemodenan adalah lambang penyucian manusia dalam semua hubungan, sama ada hubungan dengan Allah, manusia, alam sekitar, masyarakat dan negara. Pemodenan tanpa konsep tazkiah adalah bukan pemodenan yang berbaur keimanan sebaliknya dari ajaran Barat

iii) Modenisasi hanya dapat dicapai melalui pembangunan. Pembangunan pula tercerna dari ilmu pengetahuan. Islam tidak pernah menolak ketiga-tiga unsur tersebut ( pengetahuan – pembangunan – modenisasi ). Dalam ajaran Islam, semua yang berubah disebut baharu. Manakala yang baharu pula diistilahkan sebagai bida’h mengikut istilah

18 www.utusan.my

13

Page 14: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Fuqahak. Bida’h dalam urusan dunia dalam soal pembangunan dan modenisasi adalah Bida’h Hasanah yang dituntut dalan ajaran Islam. Sabda Nabi s.a.w :“Sesiapa yang menunjukkan teladan dalam Islam dengan Sunnah Hasanah, maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikutinya”.

iv) Pembaharuan dan modenisasi mestilah membawa Al-Khair (kebaikan) dan Al-Falah (kejayaan).

Mohd Nasir bin Omar (Dewan Bahasa & Pustaka) menjelaskan bahawa, modenisasi dan perubahan yang dibawa oleh pemodenan Islam mestilah bersifat kuantitatif (Al-Roqamiah) dan kualitatif (Al-Nailah). Al-Roqamiah dalam perubahan-perubahan modenisasi Islam mencakupi lapangan kehidupan manusia dari segi sosial, politik hinggalah ekonomi. Al-Nailah pula mengawal individu Muslim agar tidak lari dari konsep tawazun, dunia dan akhirat.

Tujaan Modenisasi IslamBeberapa tujuan modenisasi dalam Islam boleh dilihat dari perkara berikut :

a) Pembangunan peribadi dan keupayaan manusiab) Mengembangkan pengeluaran yang bergunac) Peningkatan dalam kualiti kehidupan dari sederhana kepada majud) Pembangunan yang seimbange) Kewujudan teknologi baruf) Mengurangkan pergantungan kepada dunia luar dan intergrasi yang lebih di kalangan umat Islamg) Mengelakkan Al-Lagha (sia-sia) dan Al-Khusran (rugi)

Kesemua tujuan yang terangkum dalam perkara di atas adalah terlalu penting demi mengelakkan pergantungan yang terlampau kepada negara Barat yang sering menekan ekonomi umat Islam. Integrasi yang lebih di kalangan negara umat Islam perlu digerakkan semaksimum mungkin, supaya dasar ketamadunan dan modenisasi berlaku serentak di kalangan negara Islam. Perkara tersebut boleh dilihat dari kesan-kesan sejarah umat Islam yang lampau, bermula dari pembentukkan negara Islam Madinah sehinggalah kepada runtuhnya Empayar Islam pada tahun 1945. Ianya berpunca daripada dasar-dasar sekular yang diadaptasikan dari Barat yang dipelopori oleh Mustafa Kamal At-Tartuk.

14

Page 15: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Kesimpulan

Pada dasar umumnya modenisme dan tajdid memang berbeza dari konsep yang nyata. Namun dari istilah tajdid merupakan modenisme dalam bahasa Inggeris. Oleh itu yang membezakan keduanya adalah konsep perlaksanaannya dan perjuangannya. Islam sama sekali tidak pernah menolak modenisasi. Tetapi apa yang tidak menepati ajaran Islam ialah mengenai konsep modenisme yang dipengaruhi oleh isme-isme yang ada di dalamnya sehingga menyebabkan berlakunya penolakan terhadap konsep agama dan kepercayaan tauhid sebagaimana yang dibawa oleh modenisme Barat. Selagi mana aliran modenisasi membawa pembaharuan dan kemajuan terhadap agama dan umat Islam, maka selagi itulah Islam menerima konsep tersebut. Umat Islam juga ingin hidup maju untuk bersaing dengan agama dan bangsa lain dalam konsep survival di mana konsep pemodenan tersebut disesuaikan dengan ajaran Islam. Modenisme tunduk di bawah Islam dan bukannya Islam yang menurut atau tunduk di bawah kawalan modenisme. Jelasnya umat Islam perlu mempunyai suatu fikrah yang terangkum di dalam kata-kata :

“kita bukanlah orang yang hanyut dibawa arus ataupun berusaha meminggirkan arus, sebaliknya berusaha untuk memimpin arus tersebut”. dan “Kita tidak akan faham bila tidak diberitahu, dan tidak akan tahu jika tidak mengambil tahu”.

Sekiranya kedua-dua perkara di atas dihayati dan diteliti dengan makna yang mendalam, sudah pasti modenisasi yang dihayati dan diimpikan akan mampu terlaksana. Kekuatan inilah yang perlu dimanipulasi sepenuhnya dalam ruang lingkup pemikiran masyarakat Muslim. Mudah-mudahan sumbangan kecil ini mampu membuka dimensi baru dalam menyusun takhtit yang terancang untuk menatijahkan dunia modenisasi Islam yang sebenarnya.

15

Page 16: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

Biblografi

‘Abul Ala Al Maududi. (1988) Gerakan Tajdid Islami. Kuala Lumpur. Pustaka Ihkwan

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Pemikiran Islam Masa kini : Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdul Saeed.(2007). Islamis thought: An Introduction. Usa dan Canada. Routledge.

Kamus dwi bahasa edisi kedua (2002). Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Pustaka.

Malik ibn. Nabi. (1970), wijhah al-Alam al-Islami, cet.il, Dar al-Fikr, Beirut lihat sama Ismail Ahmad (terj). Islam dalam sejarah dan masyarakat

Mardzelah Makhsin. (2007). Sains pemikiran dan etika. Kuala Lumpur. PTS publications & distribution Sdn. Bhd.

Prof Dr. Yusof al-Qardawi (1990) al-Thaqafah al-Arabiah Baina al-Asabh wa al- ma’asirah.(terj) Hj Ahmad nuryadi Asmawi (1999) wawasan Islam: Antara keaslian dan kemodenan. Selangor . Thingker’s library sdn.bhd. Selangor . Thingker’s library sdn.bhd.

Teuku Iskandar (1991). Kamus dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Www.utusan.my

16

Page 17: Tajdid Dan me Persamaan Dan Perbezaan

GERAKKAN TAJDID DAN ISLAH

) ISEU 3306(

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA

TAJDID DAN MODENISME

DI SEDIAKAN OLEH :

SITI ZALEHA BINTI HAMZAH

( IEJ060106 )

DISEMAK OLEH :

DR MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR

JABATAN SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI MALAYA

17