kapital is me

23
PIM 3123 KAPITALISME DAN LIBERALISME DI SEDIAKAN OLEH: FATIMAH MARDHIAH BT HJ MOHD NOR NOR WAHIDAH BT MOHD KAHAR NUR HIDAYAH BINTI ROSLI NUR FARIZA HANIM BT HASHIM SOLEHAH BT AHMAD

Upload: puterictfairuz

Post on 14-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kkkk

TRANSCRIPT

Apa Itu Kapitalisme??...

PIM 3123KAPITALISME DAN LIBERALISME

DI SEDIAKAN OLEH:FATIMAH MARDHIAH BT HJ MOHD NORNOR WAHIDAH BT MOHD KAHARNUR HIDAYAH BINTI ROSLINUR FARIZA HANIM BT HASHIMSOLEHAH BT AHMAD

KAPITALISME

Apa Itu Kapitalisme??...Kapitalisme adalah sebuah ideologi ekonomi yang kuat tertanam di dalam minda masyarakat barat.Kapitalisme menjadi aqidah ataupun pegangan oleh bangsa barat. Negara-negara diseluruh dunia, banyak mengamalkan kapitalisme dalam sistem ekonomi mereka.

Kapitalismeberasal daripada perkataan capital yang bermaksud modal.Kapitalisme merupakan sistem ekonomi berasaskan kepentingan peribadi yang bermatlamatkan memperolehi keuntungan yang banyak.Sistem kapitalisme sama sekali tidak mengindahkan kesejahteraan sosial dan juga kepentingan bersama.

Sebab-sebab Perkembangan Sistem Kapitalisme1)Penubuhan Negara-negara Bangsa :Pesat padaabadke-16 dan ke-17, Raja menggalakkan perkembangan kapitalisme.Mengamalkan dasar ekonomi merkantilisme.Negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan.Pelayaran, penerokaan dan penjelajahan ke kawasan baru digalakkan.

Kerajaan Negara bangsa mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang berkesan.Duti import yang tinggi dikenakan.Memastikan perdagangan memihak kepada Negara bangsa bagi memenuhi objektif dasar ekonomi merkantilisme

2)Dasar Ekonomi Merkantilisme :Abad ke-16 dan ke-17 revolusi perdangangan iaitu Dasar merkantilisme sistem yang menekankan kekayaan, kekuasan dan kebajikan.Pertambahan kekayaan dalam NegaraSektor pertanian dan perindustrian majuPasaran luar yang luasAkta Perintis dan Akta Perkapalan diperkenalkan untuk melindungi pelabur dan pedagang tempatan.

3) Aliran agama Calvanisme :Aliran ini muncul di negara-negara Protestan.Dibawa olehJohn CalvinFahaman Calvanisme menghalalkan amalan riba

4) Revolusi Pertanian :Bermulanya sistem pemagaranTanah berpagar menggantikan tanah lapangPengenalan tanaman baruCiptaan jentera baruTeknik penanaman baru

Disebabkan kefahaman mereka ialah persaingan, pesaing mereka adalah musuh. Oleh itu, musuh-musuh ini perlu dikekang atau diatasi dari melawan kedudukan mereka. Ini mengakibatkan, orang miskin semakin miskin dan yang kaya bertambah kaya.Kesan KapitalismeWujud Jurang Perbezaan Antara Masyarakat

Hilang sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Apa yang ada dalam jiwa golongan kapitalis adalah orang lain adalah musuh@pesaing yang boleh menggugat kedudukan mereka.Mereka perlu mempertahankan status quo yang dimiliki. Mengabaikan Sifat Kemanusiaan

Oleh kerana perbezaan yang tinggi dan banyak peluang-peluang untuk bersaing dinafikan oleh golongan yang memegang status quo maka, gagalis dalam dunia persaingan ini telah mengambil jalan kekerasan bagi merampas material yang selama ini sudah lama dipegang oleh golongan kapitalis lama. Kes Jenayah Meningkat

LIBERALISME

PengenalanFalsafah liberal yang difahami sebagai satu bentuk pembebasan atau kemerdekaan bakal memungkinkan manusia mencapai tahap kejayaan.Liberalisme dihubungkaitkan dengan kejayaan kerana berkait rapat dengan sifat manusia itu sendiri.Manusia memerlukan kebebasan, kerana melalui kebebasan itulah manusia menjadi lebih kreatif, termasuk mereka cipta sesuatu tanpa adanya sebarangan kekangan, terutamanya kekangan berfikir.

Sejarah Konsep liberal sebenarnya muncul semasa meletusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789. Perjuangan kaum pekerja menerusi slogan kebebasan (liberte), kesamaan (egalite) dan persaudaraan (fratenite) telah menjadi prinsip bagi penyingkiran kekuasaan. Menurut H.Gruber, prinsip liberalism yang paling asas ialah contrary to the natural, and inalienable right and liberty and dignity of man, to subject himself to an authority, the root,rule,measure, and sanction of which is not in himself.

Falsafah liberalisme kemudiannya dikembangkan oleh beberapa pemikir, antaranya John Locke, Hume, Rousseau, Diderot, Lessing dan Immanuel Kant. Sebelumnya fahaman ini menjadi bahan motivasi penting kepada falsafah eksistensialisme atau nihilisme yang dikembangkan oleh Nietzche. Istilah liberalisme adalah berasal dari bahasa Latin, iaitu liber yang membawa makna bebas atau merdeka.

Maksud LiberalismeMenurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, liberal bermaksud bebas atau terbuka. Manakala, penambahan 'isme' pula membawa maksud kepada fahaman atau idealogi pemikiran. Secara mudahny mendefinisikan perkataan Liberal sebagai:1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas.2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran. pemikiran dan sebagainya).

Dari segi agama, fahaman liberalisme ini dianggap amat merbahaya, terutamanya bagi Islam. Konsep liberal berhubung kait dengan kebebasan untuk memilih agama dan mengamalkan apa yang dipercayainya selaras dengan prinsip rasional seseorang. Agama dilihat sebagai hak peribadi, dan orang lain tidak boleh menentukannya. Konsep baik dan buruk dinilai berdasarkan perspektif individu, perspektif kemasyarakatan tidak menjadi teras pegangan. Prinsip untung rugi menjadi sandaran, dan kerana itulah sesuatu tindakan akan dibuat berdasarkan prinsip tersebut.

Ciri-ciri Ideologia) Bidang ekonomi Perekonomian diserahkan kepada kepentingan perorangan sehingga menimbulkan pertentangan dan ketimpangan kerana yang kaya makin kaya dan yang miskin makin bertambah miskin. Ekonomi liberal-kapitalisme memberikan kemerdekaan dan kekayaan kepada sekelompok kecil masyarakat saja, tidak kepada rakyat yang banyak.

b. Bidang politik menonjolkanindividuertinya orang menuntut sesuatu kepada negara atas dasar prinsip liberal. Keadaan itu menjadikan kehidupan politik menjadi labil sehingga pemerintahan sering berganti. Selain itu didukung serta adanya partai oposisi (partai yang kalah dalam pemilu) yang tugasnya mengawasi dan mengevaluasi pemerintah (partai yang berkuasa).

c. Bidang sosial budaya, anggota masyarakatnya bersifatindividualdan sangat mementingkan prestasi pribadi.Bidang agama Mengenal fahaman sekuler, artinya negara tidak ikut campur atau mencampuradukkan dalam urusan agama sebab agama adalah urusan masing-masing pribadi dan lembaga keagamaannya