tahap sm modul a nama...contoh karangan jenis laporan persatuan bahasa malaysia di sekolah anda...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM5 Modul 9 A Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 26-Sep-2020

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM5

Modul 9A

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini
Page 3: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

Kertas 1 Karangan Jenis Bahan Rangsangan -Ilustrasi kartun Latihan: Ilustrasi kartun di bawah menunjukkan sebahagian daripada ciri lokasi perumahan yang strategik. Huraikan ciri-ciri lokasi perumahan yang menjadi pilihan orang ramai. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.. [30 markah]

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 1

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

Peta Minda/Rangka

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 2Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 5: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

Bahagian B : Karangan –Laporan Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini. Anda sebagai setiausaha persatuan itu dikehendaki menulis satu laporan lengkap tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu.

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada cuti penggal kedua yang lalu, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada hari Sabtu, 29 April 2009 disertai oleh sebanyak 40 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP, mengetahui cara-cara buku diterbitkan, dan untuk menimba pengetahuan selaras dengan konsep lawatan sambil belajar. Sebelum bertolak, guru penasihat kami mengingatkan para pelajar supaya menjaga disiplin dan nama baik sekolah semasa di sana. Selepas mendengar pesanan beliau, barulah rombongan kami bertolak dari sekolah.

Kami tiba di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat pukul 11.00 pagi. Rombongan kami disambut oleh Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau memberi penerangan tentang sejarah penubuhan DBP dan tujuan penubuhannya. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang bahagian-bahagian yang akan kami lawati. Sebelum itu, kami diberi satu naskhah majalah Pelita Bahasa keluaran DBP secara percuma.

Tempat pertama yang menjadi destinasi kami adalah ke bahagian pameran. Semasa berada di bahagian ini kami berpeluang melihat berbagai-bagai jenis buku yang dikeluarkan oleh DBP sama ada buku-buku lama atau buku-buku baru. Buku-buku tersebut ditulis dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang merangkumi buku-buku agama, politik, ekonomi, dan bahasa. Kami juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah seperti majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain. Kami juga diberi beberapa maklumat tentang buku-buku dan majalah-majalah tersebut terutamanya apabila timbul beberapa kemusykilan.

Selepas itu, kami dibawa ke bahagian pencetakan. Di sini, kami melihat dengan jelas cara-cara buku dan majalah dicetak. Kami memerhatikan buku-buku

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 3

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

tersebut dicetak dengan begitu pantas dengan menggunakan alat-alat yang canggih, teknik-teknik yang sistematik, yang diusahakan oleh pekerja-pekerja yang mahir dan cekap. Kami juga dapat melihat dengan jelas cara buku-buku itu dijilid, disusun, dan sebagainya.

Sebelum pulang, kami tidak melepaskan peluang untuk membeli beberapa buah buku bagi kegunaan kami. Hal ini dikatakan demikian kerana kami diberi potongan harga istimewa oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Kira-kira pukul 3.00 petang, selepas dihidangkan jamuan ringan, kami mula bertolak keluar dari perkarangan DBP. Lawatan tersebut telah menimbulkan banyak faedah kepada kami. Antara faedah-faedahnya ialah kami dapat mengenali buku-buku bermutu keluaran DBP. Buku-buku tersebut didapati telah menjadi bahan rujukan utama sama ada oleh para pelajar, mahasiswa, mahupun orang perseorangan.

Selain itu, lawatan tersebut dapat menyemai minat dan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Sekurang-kurangnya timbul keinsafan dan kesedaran di hati kami tentang betapa pentingnya membaca untuk menambah pelbagai maklumat dan pengetahuan. Lawatan sambil belajar yang kami anjurkan ini dianggap berkesan kerana kami dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan.

Walaupun lawatan seumpama ini pertama kali dianjurkan oleh persatuan kami, namun lawatan ini sangat berhasil. Harapan kami agar lebih banyak pelajar di sekolah ini menyertai lawatan sambil belajar pada masa depan. laporan disediakan oleh, 22 JULAI 2010. Amirul Hafiz ……………………………… (AMIRUL HAFIZ BIN ROSLI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 4

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

Sekolah anda telah mengadakan pelbagai program bersempena dengan sambutan Bulan kemerdekaan. Selaku Setiausaha persatuan sejarah sekolah, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang sambutan tersebut untuk dimuatkan dalam majalah terbitan sekolah.

Peta Minda

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 5Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Page 8: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

Peribahasa

*S

sakit menimpa, sesal terlambat Maksud: Perbuatan terlanjur yang tidak dapat diubah lagi. sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk Maksud: Sama-sama bertanggungjawab. sambil menyelam minum air Maksud: Sekali melakukan pekerjaan, beberapa maksud tercapai. sampah jangan ditendang sepak Maksud: Orang-orang yang miskin jangan dihina. sampan ada pengayuh tidak Maksud: Kekurangan syarat untuk melakukan sesuatu. santan dibalas dengan tuba Maksud: Kebaikan dibalas dengan kejahatan. santan di pasu, hampas pun ke tanah Maksud: Dibuang sesudah tidak berguna. sarang tebuan jangan dijolok Maksud: Jangan sengaja mencari bahaya. satu kata, satu perbuatan Maksud: Kata yang sesuai dengan amalnya. sauk air mandikan diri Maksud: Hidup dengan usaha sendiri atau berdikari.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 6

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

sayang anak sepanjang penggal, sayang orang tua sepanjang jalan Maksud: Sayang anak kepada ibu bapa terbatas, manakala sa yang ibu bapa kepada anak tiada batasan. sayap singkat terbang hendak tinggi Maksud: Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kemampuan. sebab berkelahi dengan perigi akhirnya mati dahaga Maksud: jangan menentang orang yang berkuasa kerana kita juga yang akan mendapat kesusahan. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga Maksud: Oleh sebab yang sedikit, rosak semuanya. sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merasa Maksud: Sebab keceloparan mulut, diri sendiri binasa. sebelum duduk sudah berlunjur Maksud: Kerja yang tidak mengikut peraturan akan menyusahkan diri sendiri. sebelum sampai ke api, bahangnya terasa dulu Maksud: Bahaya besar biasanya didahului dengan tanda dan alamatnya. sebesar-besar gajah di rimba, dapat juga ke tangan manusia Maksud: Muslihat dapat mengalahkan kekuatan, kekayaan, atau kemuliaan. seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit Maksud: Seorang yang membuat salah semuanya mendapat nama buruk. segan bertanya sesat jalan Maksud: Kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 7

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

segenggam digunungkan, setitik dilautkan Maksud: Menjadikan sesuatu itu bertambah berganda-ganda. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain Maksud: Usaha yang sedikit demi sedikit lama-lama akan berhasil juga. sekali air bah, sekali pasir berubah Maksud: Apabila berlaku peristiwa besar akan berubahlah sesuatu keadaan. selembap-lembap puntung di dapur, ditiup menyala juga Maksud: Sesuatu pekerjaan itu jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan berhasil juga. seorang makan cempedak, semua kena getahnya Maksud: Seorang yang bersalah, semua yang ada dikatakan bersalah juga. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga Maksud: Walau sepandai mana pun seseorang itu dalam pekerjaannya, ada kalanya dia akan membuat kesilapan atau kesalahan. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna Maksud: Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habis. sesal di hujung jalan balik ke pangkal jalan Maksud: Kalau berbuat salah, hendaklah disusul kembali kepada asalnya. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Maksud: Jika tidak mencapai persetujuan dalam sesuatu masalah hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya. setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga Maksud: Sejauh mana kita pergi akhirnya akan pulang juga ke negara asal.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 8

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

siapa makan lada, dialah yang berasa pedas Maksud: Orang yang bersalah akan berasa tersindir sebab kesalahannya. siapa makan nangka, dialah kena getahnya Maksud: Siapa yang berbuat salah, dialah akan menanggung hukumannya. si rabun memimpin si buta Maksud: Diri sendiri belum terurus, hendak menguruskan orang lain. sirih pulang ke gagangnya Maksud: Kembali ke tempatnya. sudah gaharu cendana pula Maksud: Pura-pura tidak tahu. sudah jatuh ditimpa tangga Maksud: Kesusahan yang datang secara berturut-turut. sudah panas berbaju pula Maksud: Sudah susah ditambah lagi dengan kesusahan. sudah terang lagi bersuluh Maksud: Perkara yang sudah terang dan nyata dijelaskan lagi, sudah tinggi dijulang pula Maksud: Sudah tinggi pangkat dimuliakan pula. sumbang di mata, binasa hati Maksud: Tingkah laku yang tidak baik menimbulkan anggapan jahat. suruh putih hitam datang Maksud: Kemuliaan yang diharap, yang kotor itu pula didapati.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM509A 9

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Tahap SM Modul A Nama...Contoh Karangan Jenis Laporan Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda telah mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur baru –baru ini

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my