tahap perkembangan motor kasar kanak...

1
TAHAP PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK PRASEKOLAH Teng Siew Lian (PhD), Mohd. Razali Luddin & Gananathan M. Nadarajah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan motor kasar kanak- kanak prasekolah IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur (IPGKIK). Peserta kajian terdiri daripada 13 orang kanak-kanak yang berumur M=6.3 tahun, SD=9.70 (6 lelaki: M=6.1 tahun, SD=9.23; 7 perempuan: M=6.4 tahun, SD=10.59). Instrumen yang digunakan dalam pengenalpastian perkembangan motor kasar peserta kajian ialah Test of Motor Development2, Ulrich (TGMD-2). Dapatan kajian ini telah menunjukkan kelewatan perkembangan motor kasar peserta berdasarkan data perkembangan kemahiran lokomotor dan kawalan objek pada min umur 5.6 tahun dan 5.3 tahun. Gross Motor Quotion (GMQ) yang diperoleh pula adalah M=87.50 (21 persentil) dan M=88.43 (21 persentil) untuk peserta lelaki dan perempuan. Kajian ini merumuskan bahawa kanak-kanak prasekolah IPGKIK telah memaparkan keupayaan motor kasar di bawah norma mengikut umur kronologi mereka. Implikasi dan cadangan kajian telah dibincang. Kata Kunci: motor kasar, TGMD-2, lokomotor, manipulasi objek, Gross Motor Quotion

Upload: vantuong

Post on 02-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK ...ipgkik.com/v2/wp-content/uploads/2015/05/artikel15_2013.pdfTAHAP PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK PRASEKOLAH Teng Siew Lian (PhD), Mohd

TAHAP PERKEMBANGAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Teng Siew Lian (PhD), Mohd. Razali Luddin & Gananathan M. Nadarajah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak prasekolah IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur (IPGKIK). Peserta kajian terdiri daripada 13 orang kanak-kanak yang berumur M=6.3 tahun, SD=9.70 (6 lelaki: M=6.1 tahun, SD=9.23; 7 perempuan: M=6.4 tahun, SD=10.59). Instrumen yang digunakan dalam pengenalpastian perkembangan motor kasar peserta kajian ialah Test of Motor Development–2, Ulrich (TGMD-2). Dapatan kajian ini telah menunjukkan kelewatan perkembangan motor kasar peserta berdasarkan data perkembangan kemahiran lokomotor dan kawalan objek pada min umur 5.6 tahun dan 5.3 tahun. Gross Motor Quotion (GMQ) yang diperoleh pula adalah M=87.50 (21 persentil) dan M=88.43 (21 persentil) untuk peserta lelaki dan perempuan. Kajian ini merumuskan bahawa kanak-kanak prasekolah IPGKIK telah memaparkan keupayaan motor kasar di bawah norma mengikut umur kronologi mereka. Implikasi dan cadangan kajian telah dibincang.

Kata Kunci: motor kasar, TGMD-2, lokomotor, manipulasi objek, Gross Motor Quotion