tahap penguasaan pelajar tingkatan enam bagi matapelajaran pengajian am dalam bahagian kenegaraan

8
TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN ENAM BAGI MATAPELAJARAN PENGAJIAN AM DALAM BAHAGIAN KENEGARAAN SHAZLINA BT SAHRIZAL 1.0 PENGENALAN Pengajian Am merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia ( STPM ). Pelajar lepasan STPM yang ingin memohon ke peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda juga perlu mendapatkan keputusan sekurang-kurangnya gred C atau mata Gred 2.00 untuk melayakkan mereka memohon ke Institut Pengajian Tinggi ( IPT ). Mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran yang penuh dengan pelbagai istilah dan fakta tetapi amat relevan dengan kehidupan seharian pelajar sebagai seorang warganegara Malaysia. Namun begitu, terdapat juga ramai pelajar yang menghadapi masalah dalam sebjek Pengajian Am ini terutamanya yang berkaitan dengan konsep dan bidang kuasa yang terdapat dalam Bahagian Kenegaraan. Penggunaan kaedah kuiz kenegaraan adalah salah satu cara untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Bahagian Kenegaraan. Walaupun kaedah ini adalah satu kaedah yang lama, namun ramai guru gagal melaksanakannya pada peringkat Tingkatan Enam Atas. Persepsi rata-rata guru tingkatan enam ialah pelajar tingkatan enam ini pandai dan sudah matang dan mereka boleh memahami apa jua yang diajar dalam sekelip mata. Namun, harus diingat bahawa walaupun mereka agak matang berbanding pelajar-pelajar lain tetapi mereka juga meminati kaedah-kaedah yang pernah dilalui oleh mereka ketika mereka di bangku sekolah rendah seperti kaedah kuiz kumpulan.

Upload: shazlina-sahrizal

Post on 25-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Kajian tindakan

TRANSCRIPT

TAHAP PENGUASAAN PELAJAR TINGKATAN ENAM BAGI MATAPELAJARAN PENGAJIAN AM DALAM BAHAGIAN KENEGARAAN SHAZLINA BT SAHRIZAL

1.0 PENGENALANPengajian Am merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar Tingkatan Enam yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia ( STPM ). Pelajar lepasan STPM yang ingin memohon ke peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda juga perlu mendapatkan keputusan sekurang-kurangnya gred C atau mata Gred 2.00 untuk melayakkan mereka memohon ke Institut Pengajian Tinggi ( IPT ). Mata pelajaran Pengajian Am merupakan satu mata pelajaran yang penuh dengan pelbagai istilah dan fakta tetapi amat relevan dengan kehidupan seharian pelajar sebagai seorang warganegara Malaysia. Namun begitu, terdapat juga ramai pelajar yang menghadapi masalah dalam sebjek Pengajian Am ini terutamanya yang berkaitan dengan konsep dan bidang kuasa yang terdapat dalam Bahagian Kenegaraan. Penggunaan kaedah kuiz kenegaraan adalah salah satu cara untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam Bahagian Kenegaraan. Walaupun kaedah ini adalah satu kaedah yang lama, namun ramai guru gagal melaksanakannya pada peringkat Tingkatan Enam Atas. Persepsi rata-rata guru tingkatan enam ialah pelajar tingkatan enam ini pandai dan sudah matang dan mereka boleh memahami apa jua yang diajar dalam sekelip mata. Namun, harus diingat bahawa walaupun mereka agak matang berbanding pelajar-pelajar lain tetapi mereka juga meminati kaedah-kaedah yang pernah dilalui oleh mereka ketika mereka di bangku sekolah rendah seperti kaedah kuiz kumpulan.

2.0 PERNYATAAN MASALAHDalam pembelajaran Pengajian Am, kebanyakan pelajar masih lagi menghadapi masalah dalam menguasai bahagian kenegaraan terutamanya subtopik kehakiman dimana, pelajar sukar untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan isu semasa tentang Kenegaraan. Pelajar kerapkali menghadapi masalah pemahaman konsep dan bidang tugas sesuatu pihak atau agensi. Pelajar sering keliru dengan bidang-bidang tugas pelbagai hierarki dalam Kerajaan Persekutuan. Pelajar sering keliru dan tidak dapat menghuraikan istilah dan bidang tugas yang dikehendaki, walaupun jawapan yang diperlukan adalah jawapan yang pendek dan padat. Pelajar kebiasaannya akan menjawab mengikut logik mereka sendiri dan tidak dapat mengaitkan konsep dan fakta yang telah dipelajari.Bagi pernyataan masalah, pengkaji telah mengenal pasti beberapa sebab mengapa keadaan ini berlaku. Antaranya ialah pelajar tidak faham dengan jelas topik yang dipelajari. Malah mereka kurang atau tidak mengulangkaji langsung topik yang telah dipelajari di rumah. Mereka juga tidak mahu bertanya topik yang tidak difahami kepada guru atau rakan yang tahu kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat langsung latihan secara kendiri. Kebanyakanya hanya membuat latihan yang diberi oleh guru sebagai kerja rumah sahaja. Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Ada antaranya mengabaikan kerja rumah yang diberi. Masalah lain yang dihadapai ialah kepada guru itu sendiri dimana, terdapat guru yang tiada pengalaman untuk mengajar mata pelajaran Pengajian Am menyebabkan mereka kurang pendedahan dan pengetahuan dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, bahan bantu mengajar yang biasa digunakan kurang membantu para pelajar untuk memahami bahagian kenegaraan dengan baik dan berkesan. Oleh itu, kaedah pedagogi yang menarik diperlukan agar dapat menarik minat pelajar supaya lebih cepat memahami mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bahagian Kenegaraan.

3.0 PERSOALAN KAJIANBerdasarkan pernyataan masalah, beberapa persoalan berikut dikemukakan :i. Sejauhmanakah keberkesanan penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada pelajar dalam tajuk Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am?ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk kenegaraan?iii. Apakah teknik dan strategi yang sesuai dan berkesan yang diambil oleh guru dalam penyampaian P&P untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahagian Kenegaraan?

4.0 OBJEKTIF KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan pelajar Tingkatan Enam dalam bahagian Kenegaraan bagi subjek Pengajian Am. Objektif kajian adalah seperti berikut:i. Melihat keberkesanan penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kepada pelajar dalam tajuk Kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am?ii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk kenegaraan.iii. Mengenalpasti teknik dan strategi yang sesuai dan berkesan yang perlu diambil oleh guru dalam penyampaian P&P untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahagian Kenegaraan.

5.0 KEPENTINGAN KAJIANKajian ini dibuat adalah kerana penguasaan pelajar tingkatan 6 kurang memuaskan dalam mata pelajaran Pengajian Am terutamanya dalam bahagian Kenegaraan. Mata pelajaran pengajian Am merupakan subjek penting kerana apabila pelajar gagal dalam subjek ini, pelajar tersebut tidak dapat meneruskan pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi. Masalah yang dihadapi juga adalah berkaitan dengan guru yang kurang berpengalaman dan kepakaran dalam bidang kenegaraan menyebabkan kajian ini dijalankan bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru tersebut.

6.0 SKOP KAJIANKajian yang akan dijalankan adalah tertumpu kepada pelajar Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian P&P kepada pelajar dalam tajuk kenegaraan bagi mata pelajaran Pengajian Am. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar untuk menguasai tajuk berkenaan. Selain itu untuk meningkatkan keberkesanan teknik pengajaran dan strategi yang diambil oleh guru dalam penyampaian P&P untuk bahagian kenegaraan.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 REKA BENTUK KAJIANKajian ini akan dijalankan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut :Peringkat pertama : Mengenal pasti isu dan masalah yang dikajiMengenalpasti isu dan masalah yang hendak dikaji iaitu, kajian tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan Enam dalam meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran Pengajian Am terutamanya bagi bahagian kenegaraan. Kajian juga melihat kepada strategi dan kaedah penyampaian P&P yang digunakan oleh guru Pengajian Am dalam usaha mereka membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Peringkat kedua : Merancang dan pelaksanaan tindakanBorang soal selidik akan diedarkan kepada seramai pelajar Tingkatan Enam untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru-guru untuk mata pelajaran berkenaan. Kaedah pemerhatian di dalam kelas juga akan dijalankan untuk memantau proses pembelajaran pelajar. Melalui pemerhatian di dalam kelas akan dapat mengenalpasti dan melihat sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses temubual akan dijalankan terhadap sesetengah pelajar Tingkatan Enam dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am untuk mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru-guru. Kaedah pemerhatian ke atas pelajar Tingkatan Enam tersebut akan turut dijalankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dimulai dengan mengedarkan borang selidik yang dibuat. Peringkat ketiga : Pemerhatian dan menganalisis dataDalam kajian ini, data akan dianalisis berdasarkan jawapan daripada soal selidik pelajar dan guru. Ia akan dianalisis dalam bentuk jadual dan carta supaya dapat mengenal pasti masalah dengan mudah.Peringkat keempat : Refleksi dan penilaianSetelah data-data kajian dianalisis, satu refleksi akan dibuat untuk menilai keberkesanan kajian yang dijalankan. Hal ini juga bertujuan untuk melihat sama ada objektif kajian yang telah ditetapkan berjaya dicapai atau tidak.

7.2 POPULASI KAJIANSampel untuk kajian ini ialah guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am seramai dan sampel pelajar diambil daripada satu kelas Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara bagi mewakili populasi pelajar Tingkatan Enam di sekolah tersebut.

7.3INSTRUMEN KAJIANKaedah yang akan digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah dengan menggunakan kaedah temubual, soal selidik dan pemerhatian. Kaedah temubual akan dijalankan dengan menemubual seramai lima orang pelajar daripada pelajar Tingkatan Enam di sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam menjalankan kajian ini. Soalan temubual lebih kepada pertanyaan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk meningkatkan pemahaman tentang bahagian kenegaraan. Temubual juga dibuat keatas guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Am bagi mendapatkan gambaran tentang kaedah penyampaian yang digunakan ketika proses pembelajaran dijalankan.

Dalam kaedah soal selidik, borang soal selidik akan diagihkan kepada pelajar di dalam kelas tersebut untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka. Soalan yang diajukan merangkumi persoalan tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar, pencapaian semasa, cadangan dan kaedah yang perlu digunakan oleh guru untuk membantu pelajar meningkatkan pemahaman mereka.

Kaedah pemerhatian juga akan dijalankan dengan melihat sendiri proses penyampaian P&P bagi mata pelajaran Pengajian Am yang dijalankan di sekolah berkenaan. Pemerhatian ini menekankan kepada kaedah yang digunakan oleh guru dalam penyampaian dan juga alat bantu mengajar yang digunakan ketika di dalam kelas. Pada masa yang sama, pemerhatian terhadap pelajar juga diambil kira untuk melihat reaksi dan penumpuan mereka ketika proses pembelajaran berlangsung.

7.4PROSEDUR PENGUMPULAN DATAProses pengumpulan data adalah melalui borang soal selidik yang berkaitan dengan permasalahan pelajar Tingkatan Enam dan kaedah serta teknik yang digunakan untuk pengajaran guru di dalam kelas

7.5PROSEDUR ANALISIS DATAData mentah utama dalam kajian ini adalah melalui set soal selidik yang dikutip kembali selepas pelajar menjawab item-item yang dikemukan. Data mentah ini seterusnya akan diproses melalui perisian Microsoft Excel.

8.0 PENUTUPSecara keseluruhannya, kertas cadangan ini telah menerangkan mengenai objektif yang ingin dicapai daripada kajian tindakan yang akan dijalankan berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dikenalpasti. Kajian tindakan ini akan dijalankan untuk mencapai objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan dan beberapa rumusa