kepentingan matapelajaran sejarah

Upload: hazwan-al-khawarizmi

Post on 03-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    1/40

    1

    PENGENALAN

    Kepentingan subjek Sejarah dalam pembentukan insan menyebabkan pihak kerajaan

    memandang serius akan subjek tersebut. Lantaran itu, subjek ini telah dijadikan sebagai mata

    pelajaran teras yang sememangnya wajib diambil oleh para murid dari Tingkatan 1 hingga

    Tingkatan 5.

    Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kemerosotan pencapaian murid dalam

    subjek Sejarah ini semakin meruncing. Kemerosotan ini amat jelas khususnya dalam kalangan

    pelajar-pelajar bukan Melayu.

    Keadaan ini telah mendorong pengkaji untuk menjalankan penyelidikan ini dan

    merungkai permasalahan ini dengan lebih mendalam.

    Kajian yang dijalankan ini merupakan satu bentuk kajian kes yang dijalankan terhadap

    murid-murid Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Kajian

    ini merupakan satu kajian kes yang akan melihat perhubungan antara aspek minat dengan

    sikap murid, guru, dan penglibatan ibu bapa dalam mempengaruhi pencapaian pelajar

    Tingkatan 6 dalam mata pelajaran sejarah.

    Skop kajian ini hanya akan meliputi sebuah sekolah menengah di daerah Alor Gajah,

    Melaka, iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    2/40

    2

    Definisi Konsep

    Sejarah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud menyiasat ( to inquire ).

    Perkataan sejarah telah digunakan dalam penulisan ahli sejarah Greek iaitu Herodotus.

    Perkataan inquiry yang digunakan oleh ahli-ahli sejarah Greek telah mengalami perubahan

    dan digantikan dengan istilah historie dan seterusnya digantikan pula dengan perkataan

    historia.

    Ringkasnya sejarah menurut para sarjana barat merupakan kajian terhadap peristiwa-

    peristiwa lampau.Sejarah mengkaji ketamadunan sesuatu masyarakat atau negara.Namun

    begitu, dalam kajian ini, sejarah merujuk kepada suatu mata pelajaran akademik yang diambil

    oleh para pelajar sebagai suatu mata pelajaran di peringkat STPM.

    Terdapat banyak karya dalam jurnal psikologi, sosiologi, pendidikan dan sains politik

    yang mengemukakan kajian-kajian yang berkisar pada topik sikap ( Edwards, 1957 ).

    Mengikut Smith dalam International Encyclopedia Of Social Science (1968), sikap ialah

    satu organisasi kepercayaan yang tekal secara relatif di sekitar sesuatu objek atau situasi yang

    membuatkan seseorang mudah terpengaruh dan member respon mengikut pemilihannya

    sendiri.Mengikut Kamus Dewan (1989), istilah minat dapat ditakrifkan sebagai keinginan,

    kesukaan, atau kecenderungan kepada sesuatu.

    Mengikut oleh Kamus Pelajar (1987) guru ialah orang yang kerjanya mengajar.Guru

    juga sinonim dengan istilah pengajar ataupun pendidik.

    Penglibatan ibu bapa merujuk kepada penglibatan dan penyertaan mereka dalam apa-

    apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau oleh mana-mana pihak yang terlibat

    dalam bidang pendidikan.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    3/40

    3

    Objektif Kajian

    Objektif khusus yang digariskan dalam kajian ini ialah :-

    a)

    melihat dan membandingkan tahap-tahap min skor yang mempengaruhi pencapaian

    akademik pelajar tingkatan enam dalam mata pelajaran sejarah

    b) melihat pertalian antara faktor seperti sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh guru, danpenglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah; dan

    c) melihat pertalian antara faktor demografi terpilih para responden iaitu aliranpersekolahan, jantina, ras, gred SPM, jam ulangkaji sejarah sehari dengan pencapaian

    akademik dalam mata pelajaran sejarah.

    Secara ringkasnya, kajian ini bertujuan untuk melihat pertalian antara pembolehubah bebas

    seperti sikap, minat, dan sebagainya dengan pembolehubah bersandar iaitu pencapaian

    akademik pelajar tingkatan enam dalam mata pelajaran sejarah.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    4/40

    4

    Persoalan Kajian

    Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat menjawab persoalan berhubung dengan faktor-

    faktor yang mempengaruhi pencapaian subjek Sejarah dalam peringkat Sijil Tinggi Pelajaran

    Malysia (STPM) seperti:-

    a) Apakah tahap-tahap skor dan perbandingannya bagi faktor sikap dan minat murid,pengaruh guru dan penglibatan ibu bapa dan perbandingan,

    b) Adakah terdapat perhubungan antara sikap dan minat murid, pengaruh guru danpenglibatan dengan pencapaian akademik dalam mata pelajaran sejarah, dan

    c) Adakah terdapat perhubungan antara faktor ras, jantina, aliran persekolahan, dan jambelajar sehari dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    5/40

    5

    Kepentingan Kajian

    Kajian yang menyeluruh tentang pemboleh ubah sikap dan minat murid, pengaruh

    guru dan penglibatan ibu bapa dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar-pelajar

    dalam mata pelajaran Sejarah adalah kurang. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat

    memperkayakan ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan bidang sejarah. Kajian

    ini juga akan dapat menjawab persoalan yang sering kali bermain di fikiran para pendidik

    tentang sebab di sebalik kelemahan pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

    Dapatan kajian ini akan merungkai kepentingan peranan guru dalam

    mempertingkatkan pencapaian para murid dalam subjek Sejarah. Dapatan kajian ini dapat

    digunakan oleh para guru dalam mempertingkatkan keberkesanan Pengajaran dan

    Pemelajaran (P & P)

    Kajian ini dapat digunakan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar betapa

    pentingnya untuk mengikis sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran

    Sejarah.

    Kajian ini dapat memberikan pendedahan kepada ibu bapa dalam mendorong mereka,

    memberi sokongan, dorongan dan panduan kepada para pelajar.Penyelidikan ini dapat

    membantu ibu bapa dalam meningkatkan prestasi murid di peringkat STPM.

    Kajian ini secara tidak langsung akan mendedahkan kepentingan penglibatan pelbagai

    pihak dalam menentukan pencapaian subjek Sejarah. Pencapaian akademik bukan hanya

    tergalas di bahu para murid tetapi juga merupakan tanggungjawab semua pihak termasuk,

    guru, ibu bapa dan masyarakat.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    6/40

    6

    Kajian ini juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada kajian-kajian yang lebih

    empirikal dilakukan dalam mengupas persoalan-persoalan secara lebih mendalam dan

    terperinci.

    Ruang Lingkup

    Walaupun pada pendapat pengkaji, kajian ini akan memberi sumbangan yang besar

    kepada perkembangan ilmu pengetahuan khususnya dalam mata pelajaran Sejarah, namun,

    kajian ini mempunyai batasan-batasan tertentu yang menyebabkan hasil kajian ini tidak boleh

    diaplikasikan kepada situasi dan keadaan sekolah yang berbeza.

    Antara batasan kajian ini:

    a) kajian ini hanya dilakukan terhadap murid Tingkatan 6 di Sekolah Menengah JenisKebangsaan Pulau Sebang di daerah Alor Gajah. Lantaran itu, penemuan yang bakal

    diperoleh tidak melambangkan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah bagi seluruh

    negeri Melaka, dan

    b)

    kajian ini hanya akan memberikan penekanan kepada empat pembolehubah iaitu sikap

    dan minat murid, guru dan penglibatan ibu bapa.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    7/40

    7

    SOROTAN KAJIAN

    Pendahuluan

    Pelbagai teori dan dapatan kajian telah dikemukakan untuk menjelaskan faktor yang

    mempengaruhi pencapaian subjek sejarah dalam kalangan pelajar sekolah

    menengah.Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa banyak faktor yang

    mempengaruhi hasil pembelajaran subjek Sejarah dalam kalangan pelajar tingkatan

    enam.Dalam kalangan ahli-ahli psikologi, aspek kognitif, sikap dan motivasi pelajar lebih

    dipentingkan.Ahli-ahli sosioekonomi pula mengaitkan peranan keluarga dalam pencapaian

    subjek Sejarah para pelajar. Dalam kalangan ahli psikologi sosial pula, mereka lebih

    cenderung untuk mengkaji proses mendidik anak.

    Tidak kurang juga dapatan pendapat yang mengaitkan faktor guru seperti

    kelulusan, kaedah pengajaran, pengalaman dan sikap; faktor pengurusan dan pentadbiran

    seperti kepimpinan pengetua, kemudahan dan insentif untuk guru; peranan masyarakat dan

    rakan sebaya serta pelbagai faktor lagi dalam mempengaruhi pencapaian subjek Sejarah

    pelajar.

    Faktor lain merujuk kepada proses pendidikan. Dalam konteks ini termasuk faktor-

    faktor seperti kaedah pengajaran, aktiviti pembelajaran, suasana bilik darjah, kemudahan di

    sekolah, jenis sekolah, jenis kurikulum dan personaliti guru.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    8/40

    8

    Kajian Terhadap Pencapaian Akademik Dalam Mata Pelajaran Sejarah

    Berbanding dengan kajian-kajian terhadap mata pelajaran seperti Matematik dan

    sains, tidak banyak kajian yang dilakukan oleh para pengkaji sama ada dari luar negara mahu

    pun dalam negeri tentang pencapaian subjek sejarah pelajar tingkatan enam dalam mata

    pelajaran Sejarah.

    Rohana Zubir (1981) dalam kajiannya menyatakan bahawa Sejarah di sekolah merupakan

    satu kaedah yang mungkin paling sukar diajar dengan berkesan.Menurut beliau, beberapa

    faktor luaran seperti kepesatan kurikulum dan keperluan peperiksaan, kekurangan bahan

    pengajaran dan sumber-sumber lain, keadaan persekitaran luar darjah dan di sekolah dan

    masalah disiplin murid-murid ditimbulkan sebagai penghalang kepada pengajaran Sejarah

    yang berkesan.Faktor yang dianggap sebagai penghalang oleh beliau ialah faktor dalaman

    iaitu kekurangan minat dan motivasi dalam kalangan pelajar-pelajar terhadap Sejarah.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    9/40

    9

    Hubungan Sikap Dengan Pencapaian Akademik

    Sikap pelajar ialah faktor efektif yang menentukan proses pembelajaran Sejarah berlaku

    dengan baik. Sikap yang afektif dan agresif akan meningkatkan kadar pembelajaran pelajar-

    pelajar dalam Sejarah jika dibandingkan dengan sikap pasif dan negatif. Apabila seseorang itu

    benar-benar didorong untuk maju, maka hampir semua pembelajaran akan mudah tercapai.

    Sikap pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan menentukan usaha dan

    komitmen terhadap kerja yang tinggi. Keadaan ini seterusnya akan mempengaruhi pencapaian

    pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Lantaran itu, sikap pelajar berkait rapat dengan tingkah

    laku, daya usaha dan pencapaiannya.

    Menurut Suradi Salim (1987) sikap pelajar terhadap guru, mata-mata pelajaran atau

    kursus-kursus yang diambil akan mempengaruhi minat dan usaha ke arah kejayaan akademik.

    Sikap negatif terhadap guru dan sekolah boleh melemahkan minat dan motivasi belajar dalam

    mata pelajaran yang diajar oleh guru itu.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    10/40

    10

    Hubungan Minat Dengan Pencapaian Akademik

    Foo Siet Chooi (1988) menyatakan dengan adanya minat, usaha dan semangat yang tinggi

    untuk belajar, pencapaian dalam Matematik pelajar akan bertambah. Oleh itu, didapati

    bahawa minat, semangat dan usaha untuk belajar adalah penting kerana pengajaran yang baik

    tidak semestinya akan menjamin pencapaian yang baik bagi seseorang pelajar. Foo

    berpendapat bahawa minat merupakan faktor yang lebih penting dalam menentukan

    pencapaian akademik pelajar berbanding dengan faktor pengajaran guru. Hal ini demikian

    kerana dengan adanya minat yang mendalam pada diri seseorang pelajar terhadap mata

    pelajaran tertentu, ia akan terdorong untuk berusaha gigih dan giat ke arah mencapai

    keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    11/40

    11

    Hubungan Pengaruh Guru Dengan Pencapaian Akademik

    Guru memainkan peranan yang penting dalam proses Pengajaran Dan Pemelajaran

    ( P&P ). Adalah tidak keterlaluan seandainya dikatakan bahawa guru berperanan penting dan

    menjadi faktor penentu dalam kejayaan atau kegagalan proses P&P di dalam bilik darjah.

    Guru juga menjadi penentu dalam kejayaan dan kegagalan seseorang pelajar dalam sesuatu

    mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Sejarah yang amat memerlukan penerangan yang

    teliti dan berkesan dari guru untuk pemahaman para pelajar terhadap fakta Sejarah.

    MenurutAbd.Rahim Abd.Rashid (1989) kelemahan pengajaran Sejarah di sekolah telah

    banyak diperkatakan.Pada umumnya menurut beliau, kritikan-kritikan mengenai kelemahan

    tersebut adalah berkait rapat dengan guru Sejarah itu sendiri. Pada umumnya, sekiranya kita

    menjalankan kajian yang mendalam, kita akan mendapati bahawa ciri-ciri guru seperti sikap

    dan sifatnya serta cara pengajaran guru mempengaruhi pembelajaran pelajar.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    12/40

    12

    Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Akademik

    Menurut Tajul Ariffin (1990) ibu bapa berperanan dalam mewujudkan suasana

    pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak di samping membimbing mereka agar

    mengamalkan proses belajar yang betul. Kedudukan dan peranan ibu bapa ialah soal yang

    paling utama dalam pendidikan kerana keluarga dan persekitaran rumah merupakan tempat di

    mana pendidikan asas bermula atau berlaku.Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk

    sikap yang positif dalam kalangan anak-anak mereka terhadap pendidikan.

    Kesimpulan

    Daripada kajian literatur yang dilakukan, didapati bahawa terdapat banyak faktor yang

    mempengaruhi pencapaian akademik para pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.Masing-

    masing penulis menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah ini amat sukar dipelajari jika

    pelajar bersifat pasif dan negatif.Lantaran itu, untuk membentuk sikap yang positif dalam

    kalangan anak-anak, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah diri

    anak-anak.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    13/40

    13

    METODOLOGI KAJIAN

    Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik. Borang soal

    selidik akan diberikan kepada para responden yang terpilih untuk mendapatkan data-data bagi

    melihat hubungan atau korelasi antara faktor minat pelajar, sikap pelajar, pengaruh guru, dan

    penglibatan ibu bapa dengan pencapaian mata pelajaran sejarah para pelajar di tingkatan enam

    atas.

    Kaedah tinjauan ini dipilih setelah mempertimbangkan permasalahan masa dan kos

    perbelanjaan. Penggunaan soal selidik juga didapati amat sesuai kerana ia lebih mudah

    diuruskan dan data yang diperoleh dapat dianalisis secara sistematik

    Prosedur Kajian

    Langkah awal yang ambil sebelum kajian ini dijalankan adalah dengan mendapatkan

    kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah SMJK Pulau Sebang kerana kajian ini melibatkan

    para pelajar tingkatan enam atas di sekolah ini.

    Selepas itu, instrumen soal selidik telah dirangka dalam Bahasa Melayu. Soalan-

    soalan soal selidik yang dibentuk berasaskan kajian-kajian yang lepas dan panduan serta

    nasihat daripada penyelia.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    14/40

    14

    Kajian Rintis

    Satu kajian rintis yang melibatkan beberapa orang murid telah dijalankan bagi tujuan

    menguji kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Ujian rintis ini juga

    penting bagi mengukur kefahaman responden terhadap arahan dan kehendak soalan yang

    dikemukakan.

    Berdasarkan kajian ini, penyelidik dapat mengubah suai soalan yang kurang sesuai

    digunakan dalam kajian ini.

    Tempat Kajian

    Kajian ini dijalankan di SMJK Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah,

    Melaka.Sekolah ini dipilih memandangkan ia menawarkan mata pelajaran sejarah pada

    peringkat tingkatan enam. Di samping itu, segala kerja-kerja penyelidikan dapat dipermudah

    memandangkan pengkaji merupakan pelajar sekolah ini

    Sampel Kajian

    Sampel kajian yang terlibat dalam penyelidikan ini meliputi semua murid tingkatan

    enam atas seramai 20 orang yang mengambil subjek sejarah. Pelajar terdiri daripada pelbagai

    latar belakang.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    15/40

    15

    Instrumen Kajian

    Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soalan soal selidik.

    Soalan soal selidik ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu latar belakang murid, minat

    pelajar, sikap pelajar, pengaruh guru, dan penglibatan ibu bapa. Satu siri soalan disediakan

    bagi setiap pemboleh ubah yang dikaji.

    Responden dikehendaki memberi maklum balas kepada empat faktor yang

    mempengaruhi pencapaian subjek sejarah berdasarkan skala likert berjulat 1 ( amat tidak

    setuju ) hingga 4 ( amat setuju ).

    Instrumen yang diguna pakai adalah daripada soalan-soalan yang didapati dalam

    kajian-kajian yang terdahulu.Soalan-soalan yang dipilih ini diubah suai dan disesuaikan

    dengan objektif dan kehendak kajian ini.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    16/40

    16

    ANALISIS DATA KAJIAN

    Bab ini akan mengupas, membincang dan merumuskan hasil kajian yang telah

    dijalankan berhubung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik dalam

    mata pelajaran Sejarah dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah

    Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, Melaka.

    Bab ini akan dibahagikan kepada dua aspek perbincangan iaitu latar belakang

    responden dan hasil keputusan kajian berdasarkan data-data yang diperoleh melalui kajian

    yang telah dijalankan.

    Latar Belakang Diri Pelajar

    Para responden yang dipilih secara rawak datang daripada latar belakang yang

    pelbagai dari segi aliran persekolahan, jantina dan ras.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    17/40

    17

    Aliran Persekolahan

    Hasil kajian menunjukkan bahawa daripada 20 responden yang dipilih, seramai 16 orang

    (80%) adalah dari aliran sastera. Bagi aliran Sains dan Prinsip Akaun masing-masing

    menunjukkan jumlah responden yang sama iaitu sebanyak 2 orang(10%).

    Taburan Responden Mengikut Aliran Persekolahan

    Aliran Kekerapan Peratusan

    Sains 2 10%

    Sastera 16 80%

    Prinsip Akaun 2 10%

    Ekonomi Asas 0 0%

    Perdagangan 0 0%

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    18/40

    18

    Jantina

    Data kajian menunjukkan bahawa seramai empat orang ( 20% ) daripada responden

    ialah pelajar lelaki manakala pelajar perempuan yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai

    16 orang (80. Keadaan ini dapat dilihat dengan lebih ketara melalui jadual di bawah.

    Taburan Responden Mengikut Jantina

    Jantina Kekerapan Peratusan

    Lelaki 4 20%

    Perempuan 16 80%

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    19/40

    19

    Ras

    Melalui hasil kajian, didapati bahawa pelajar hanya terdiri daripada tiga kumpulan

    kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Pelajar Cina merupakan kumpulan majoriti di

    sekolah tersebut dengan seramai sembilan orang ( 45% ). Responden daripada kaum Melayu

    pula seramai tujuh orang (35%) manakala responden India seramai empat orang (20%).

    Taburan Responden Mengikut Ras

    Ras pelajar Kekerapan Peratusan

    Melayu 7 35%

    Cina 9 45%

    India 4 20%

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    20/40

    20

    Cita-Cita Pelajar

    Kesemua responden yang dipilih mempunyai matlamat hidup yang khusus. Hal Ini

    dapat dibuktikan dengan kematangan mereka memilih pekerjaan secara tepat berdasarkan

    kemampuan masing-masing. Sebanyak tujuh jawatan yang disenaraikan oleh dua puluh orang

    responden yang dipilih. Daripada kajian yang dijalankan, majoriti responden iaitu seramai

    tujuh orang (35%) bercita-cita untuk menjadi peguam. Terdapat lima orang (25%) responden

    memilih untuk menjadi guru, tiga orang (15%) ingin menjadi seorang akauntan dan dua orang

    memilih untuk menjadi ahli perniagaan & perbankan. Selain itu, masing-masing seorang

    responden memilih untuk menjadi doktor, polis dan penterjemah.

    Cita-Cita Para Responden

    Cita -cita Kekerapan Peratusan

    Guru 5 25%

    Peguam 7 35%

    Akauntan 3 15%

    Doktor 1 5%

    Ahli Perniagaan & Perbankan 2 10%

    Polis 1 5%

    Penterjemah 1 5%

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    21/40

    21

    Keputusan Sejarah SPM

    Berdasarkan jadual di bawah, kita dapat merumuskan bahawa responden yang mempunyai

    pencapaian tahap gred A dalam mata pelajaran sejarah peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (

    SPM ) merupakan bilangan yang paling ramai daripada jumlah dua puluh orang responden.

    Daripada dua puluh orang responden, sebanyak 45% ( 9 orang ) mendapat gred A dalam

    peperiksaan SPM yang diduduki pada tahun 2009. Sebanyak 20% ( 4 orang ) mendapat gred

    B, manakala sebanyak 35% ( 7 orang ) mendapat gred C dalam mata pelajaran sejarah di

    peringkat SPM.

    Taburan Responden Mengikut Pencapaian SPM

    Gred Kekerapan Peratus ( % )

    A 9 45.0

    B 4 20.0

    C 7 35.0

    jumlah 20 100.0

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    22/40

    22

    Jumlah Jam Ulangkaji Sejarah Sehari

    Kebanyakan responden hanya menggunakan masa selama sejam sehari untuk

    mengulang kaji mata pelajaran Sejarah. Mereka terdiri daripada seramai 12 orang responden

    atau 60% daripada jumlah 20 orang responden. Selebihnya 8 orang atau 40% orang responden

    mengulangkaji mata pelajaran Sejarah selama 2 jam sehari. Keadaan ini dapat dilihat dengan

    lebih jelas melalui jadual di bawah.

    Taburan Jumlah Jam Ulangkaji Sejarah Sehari Di Kalangan Responden

    Jam sehari belajar Kekerapan Peratusan

    Sejam 12 60%

    Dua jam 8 40%

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    23/40

    23

    KEPUTUSAN KAJIAN

    Dalam bahagian ini, pengkaji akan mengemukakan keputusan kajian tentang sikap,

    pelajar, pengaruh guru dan penglibatan ibu bapa dalam pencapaian prestasi pelajar Tingkatan

    Enam Atas dalam mata pelajaran Sejarah. Bahagian ini juga akan menyentuh dapatan kajian

    berkaitan dengan perhubungan antara faktor-faktor yang dipilih dari aspek demografi

    responden seperti jantina, ras, cita-cita dan sebagainya dengan prestasi pencapaian pelajar

    dalam mata pelajaran Sejarah.

    Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Pencapaian Akademik Dalam

    Mata Pelajaran Sejarah

    Sebanyak empat faktor telah dipilih dalam kajian ini bagi melihat kaitannya dengan prestasi

    pencapaian pelajar tingkatan enam dalam mata pelajaran sejarah.Faktor-faktor terlibat ialah

    faktor sikap, minat pelajar, pengaruh guru, dan penglibatan ibu bapa.

    Dalam melihat perhubungan antara pembolehubah ini, skala likert 4 poin yang digunakan

    dalam borang soal selidik iaitu 1 = amat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = setuju, 4 = amat

    setuju telah dikompositkan dan direkodkan ke dalam 2 kategori atau tahap iaitu 1 = rendah

    (tidak setuju), 2 = tinggi (setuju).

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    24/40

    24

    Tahap-Tahap Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Sejarah

    Bahagian ini bertujuan untuk melihat objektif pertama dalam kajian iaitu melihat tahap dan

    perbandingan antara faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

    Tingkatan Enam Atas dalam mata pelajaran Sejarah.

    Hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 15 orang (76%) responden mempunyai

    tahap sikap yang tinggi dan 5 orang (24%) berada pada tahap rendah. Bagi faktor minat

    pelajar, sebanyak 18 orang ( 89% ) daripada responden berada pada tahap tinggi berbanding

    dengan 2 orang ( 11% ) yang berada pada tahap rendah. Bagi faktor pengaruh guru seramai 20

    orang (100%) responden berada pada tahap tinggi. Faktor penglibatan ibu bapa pula,

    memperlihatkan seramai 16 orang (82%) berada pada tahap tinggi manakala 4 orang (18%)

    berada pada tahap rendah.

    Tahap-Tahap Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Sejarah

    Faktor-Faktor Yang

    Mempengaruhi

    Rendah

    (peratus kekerapan)

    Tinggi

    (peratus kekerapan)

    Sikap pelajar 5 ( 24% ) 15 ( 76% )

    Minat pelajar 2 ( 11% ) 18 ( 89% )

    Pengaruh guru 0 ( 0% ) 20 ( 100% )

    Penglibatan ibu bapa 4 ( 18% ) 16 ( 82% )

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    25/40

    25

    Perbandingan Min Skor Faktor-Faktor

    Min Skor Bagai Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Sejarah

    Faktor-faktor Min Sisihan piawai

    Sikap pelajar 2.99 0.7937

    Minat pelajar 3.36 0.6711

    Pengaruh guru 3.87 0.3648

    Penglibatan ibu bapa 3.06 0.7723

    Jadual di atas menunjukkan bahawa faktor pengaruh guru mempunyai min skor yang paling

    tinggi berbanding dengan min skor bagi faktor-faktor lain seperti sikap pelajar, minat pelajar,

    dan penglibatan ibu bapa.Faktor pengaruh guru yang paling tinggi mempunyai min skor

    bernilai 3.87, diikuti oleh faktor minat pelajar yang bernilai 3.36, penglibatan ibu bapa

    bernilai 3.06, dan faktor sikap pelajar mempunyai min skor yang terendah denagan nilai 2.99.

    Pertalian Antara Faktor Sikap Pelajar, Minat Pelajar, Pengaruh guru, Dan

    Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Sejarah

    Bahagian ini dikupas untuk melihat objektif kedua kajian yang ingin mengkaji pertalian

    antara faktor sikap pelajar, minat pelajar, pengaruh guru dan penglibatan ibu bapa dengan

    pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

    Data-data yang telah dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi spearman

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    26/40

    26

    1. Sikap Pelajar Dan Pencapaian SejarahDapatan kajian ini dapat disokong oleh ujian korelasi spearman yang menunjukkan bahawa

    terdapatnya korelasi antara sikap pelajar dengan pencapaian mata pelajaran sejarah

    Korelasi Antara Sikap Pelajar Dengan Pencapaian Sejarah

    Pembolehubah bebas Korelasi

    Sikap pelajar 0.4611

    Merujuk jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud antara

    sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

    2. Minat Pelajar Dan Pencapaian SejarahDaripada jadual di bawah, kita dapat merumuskan bahawa terdapat pertalian di antara minat

    pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah.

    Korelasi Antara Minat Pelajar Dengan Pencapaian Sejarah

    Pembolehubah bebas Korelasi

    Minat pelajar 0.1269

    Menurut jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud antara

    sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    27/40

    27

    3. Pengaruh Guru Dan Pencapaian SejarahUjian korelasi ini menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan antara pengaruh guru dengan

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

    Korelasi Antara Pengaruh Guru Dengan Pencapaian Sejarah

    Pembolehubah bebas Korelasi

    Pengaruh guru 0.2491

    Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud

    antara sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah

    4. Penglibatan Ibu Bapa Dan Pencapaian SejarahJadual di bawah menunjukkan perhubungan antara faktor penglibatan ibu bapa dengan

    pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

    Korelasi Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian Sejarah

    Pembolehubah bebas Korelasi

    Penglibatan ibu bapa 0.2269

    Merujuk jadual di atas, didapati bahawa korelasi yang lemah atau rendah wujud antara

    sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    28/40

    28

    Kesimpulan

    Kajian yang menggunakan ujian korelasi spearman ini menunjukkan bahawa

    pemboleh ubah bebas iaitu sikap pelajar mempunyai hubungan korelasi yang paling tinggi

    jika dibandingkan dengan, minat pelajar, pengaruh guru, dan penglibatan ibu bapa.Faktor-

    faktor ini mempunyai hubungan dengan pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian akademik

    pelajar dalam mata pelajaran sejarah.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    29/40

    29

    DAPATAN KAJIAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

    Pendahuluan

    Sebagai penutup, bab ini akan menghuraikan serta merumuskan keseluruhan penyelidikan

    yang telah dijalankan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar

    tingkatan 6 atas dalam mata pelajaran Sejarah.

    Hasil Kajian

    Latar Belakang Responden

    Dariapda 49 orang pelajar tingkatan enam, seramai 20 orang dipilih sebagai responden dalam

    kajian ini. Responden bagi kajian ini agak tidak seimbang dari segi jantina iaitu lelaki

    sebanyak 4 orang ( 20% ) dan perempuan sebanyak 16 orang ( 80% ).

    Sikap Pelajar Dan Pencapaian Sejarah

    Penemuan dalam kajian ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sikap pelajar

    merupakan faktor berkesan yang menentukan proses pembelajaran sejarah sama ada berjalan

    lancar ataupun sebaliknya. Sikap yang afektif dan agresif akan mempertingkatkan kadar

    pembelajaran pelajar-pelajar dalam mata pelajaran sejarah jika dibandingkan dengan sikap

    pasif.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    30/40

    30

    Minat Pelajar Dan Pencapaian Sejarah

    Kebanyakan kajian yang dijalankan berhubung dengan pencapaian akademik pelajar

    memperlihatkan satu ciri persamaan iaitu mereka bersetuju bahawa minat pelajar mempunyai

    hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.Kajian ini

    juga menunjukkan bahawa pertalian minat mempunyai hubungan yang rapat dengan

    pencapaian dan kebolehan seseorang.

    Pengaruh Guru Dan Pencapaian Sejarah

    Guru memainkan peranan yang penting dalam aspek pendidikan. Seseorang guru yang

    berkesan mampu menimbulkan minat dalam kalangan pelajarnya terhadap pekara yang ingin

    disampaikannya. Peranan guru dapat dilihat melalui reaksi pelajar terhadap proses pengajaran

    dan pembelajaran seperti sama ada guru disukai oleh pelajar, guru berjaya menghidupkan

    suasana pembelajaran, pengajaran mudah difahami, pengajaran guru menarik minat pelajar,

    dan ciri-ciri personaliti guru serta perwatakan guru yang berjaya menarik perhatian.

    Penglibatan Ibu Bapa Dan Pencapaian Sejarah

    Kajian yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan bahawa tidak wujud hubungan yang

    signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian pelajar tingkatan enam dalam mata

    pelajaran sejarah. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam

    pelajaran anak-anak mereka tidak mempengaruhi tinggi atau rendahnya pencapaian seseorang

    pelajar.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    31/40

    31

    Faktor-Faktor Demografi Dan Pencapaian Sejarah

    Sebanyak lima faktor demografi yang dikaji untuk melihat perkaitannya dengan pencapaian

    pelajaran dalam mata pelajaran sejarah. Faktor-faktor tersebut ialah jantina, ras, aliran

    persekolahan, gred SPM, dan jam ulangkaji sejarah sehari.

    Cadangan

    Kajian ini hanya melibatkan seramai 20 orang responden pelajar tingkatan 6 atas dari

    Sekolah Menegah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Penemuan yang di

    dapati oleh pengkaji tidak boleh digunakan untuk rujukan kepada pencapaian pelajar dalam

    mata pelajaran sejarah di kawasan lain. Oleh sebab itu, pengkaji ingin mencadangkan kepada

    pengkaji yang akan datang supaya menjalankan satu kajian yang lebih menyeluruh terhadap

    responden dan sekolah yang lebih banyak serta skop kawasan yang lebih luas supaya hasil

    dapatannya lebih berkesan.

    Kajian yang seterusnya seharusnya mengambil sampel pelajar tingkatan enam atas

    yang mengambil mata pelajaran sejarah. Hal ini adalah untuk mendapatkan gambaran yang

    lebih jelas dan tepat memandangkan kumpulan pelajar ini sudah semestinya mempunyai

    persediaan yang lebih rapi dalam menghadapi peperiksaan STPM.

    Pengkaji juga mencadangkan, kajian haruslah merangkumi para responden yang

    dipilih daripada kalangan guru untuk mendapatkan gambaran dan senario yang menyeluruh

    tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran

    sejarah.

    Kajian ini juga boleh menggunakan kaedah tinjauan yang berbentuk pemerhatian

    ataupun menggunakan kaedah temuramah. Ini akan membantu untuk mengkaji persoalan

    dengan lebih mendalam dan lebih terperinci terhadap faktor yang mempengaruhi mereka.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    32/40

    32

    Pengkaji juga mencadangkan kepada pengkaji akan datang bahawa kajian ini juga

    boleh dilakukan ke atas subjek lain untuk mengkaji pertalian antara faktor-faktor yang

    mempengaruhi pencapaian subjek tersebut.

    Kesimpulan

    Kajian ini menunjukkan sememangnya wujud pertalian yang signifikan antara faktor sikap

    pelajar, minat pelajar, dan pengaruh guru terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

    sejarah.Namun begitu, faktor penglibatan ibu bapa memperlihatkan perhubungan yang

    songsang dengan pencapaian pelajar dalam sejarah. Oleh itu, pengkaji membuat kesimpulan

    bahawa penglibatan ibu bapa tidak mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    33/40

    33

    BIBLIOGRAFI

    1. Rohana Zubir. The History Teachers Dilemma Fact Or Fiction. Jurnal MasalahPendidikan. 9 ( 1980/81 ): 87-93

    2. Suradi Salim. Tinjauan Sikap Dan Tabiat Belajar Sekolah-Sekolah Menegah NegeriSembilan. Jurnal Pendidikan. 11 ( 1987 ): 77-90

    3. Foo Siet Chooi. Hubungan Antara Sikap, Jantina Dan Penguasaan Konsep AsasMatematik Dengan Pencapaian Dalam Matematik Moden Untuk Pelajar Jurusan Sastera.

    Thesis, UKM, 1998

    4. Abd. Rahim Abd. Rashid. ( 1989 ). Strategi Pengajaran Kbsm. Petaling Jaya: FajarBakti

    5. Tajul Ariffin N. ( 1990 ). Pendidikan: Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka

    6. Bong Chin Mei. Kajian Mengenai Faktor Jantina Ke Atas Pencapaian Dalam MatematikBagi Pelajar-Pelajar Tingkatan Empat Dan Enam Bawah. Latihan Ilmiah , UKM, 1990

    7.

    Halimah B. Z. Satu Kajian KesTentang Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Minat Membaca

    Para Pelajar Tingkatan Empat Di Salah Sebuah Sekolah Di Kajang. Junal Pembacaan.

    1 ( 1992 ): 12-26

    8. Ibrahim Saad. ( 1986 ). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa DanPustaka

    9. Kementerian Pendidikan Malaysia. ( 1989 ). Kamus Dewan. Kuala Lumpur. DewanBahasa Dan Pustaka

    10.Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 1993 ). Huraian Sukatan Mata Pelajaran SejarahMenengah Atas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    34/40

    34

    SOALAN SOAL SELIDIK

    BAHAGIAN A

    LATAR BELAKANG DIRI PELAJAR

    Tandakan ( ) sahaja atau tuliskan jawapan anda pada ruang yang berkaitan.Sila jawab semua

    soalan dengan tepat, jujur, dan terliti.

    (1A) Anda daripada aliran:

    1. Sains ( )2. Sastera ( )3. Prinsip Akaun ( )4. Ekonomi Asas ( )5. Perdagangan ( )

    (2A) Jantina anda:

    1. Lelaki ( )2. Perempuan ( )

    (3A) Apakah ras anda?

    1. Melayu ( )2. Cina ( )3. India ( )4. Lain-lain (nyatakan):_________________

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    35/40

    35

    (4A) Cita-cita anda selepas tamat persekolahan?

    1. Guru ( )2. Peguam ( )3. Akauntan ( )4. Doktor ( )5. Jurutera ( )6. Lain-lain (nyatakan):_________________

    (5A) Berapa jam sehari yang anda gunakan untuk mengulang kaji mata pelajaran Sejarah?

    1. Sejam ( )2. Dua jam ( )3. Tiga jam ( )4. Empat jam ( )5. Lima jam ( )6. Lebih daripada lima jam ( )

    (6A) Apakah keputusan mata pelajaran sejarah anda dalam SPM ?

    1. A ( )2. B ( )3. C ( )4. D ( )5. E ( )6. F ( )

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    36/40

    36

    BAHAGIAN B

    SIKAP PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH

    Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

    1 Amat Tidak Setuju

    2 Tidak Setuju

    3 Setuju

    4 Amat Setuju

    1B Saya selalu memberi tumpuan sepenuhnya kepada 1 2 3 4

    pengajaran guru Sejarah di kelas.

    2B Saya sering membaca buku-buku Sejarah pada masa 1 2 3 4

    lapang.

    3B Saya membuat latihan Sejarah walaupun tidak disuruh 1 2 3 4

    guru.

    4B Saya lebih mudah mengingati fakta-fakta sejarah 1 2 3 4

    berbanding mata pelajaran lain.

    5B Saya selalu membuat catatan dan nota ringkas semasa 1 2 3 4

    Mengulang kaji mata pelajaran Sejarah.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    37/40

    37

    BAHAGIAN C

    MINAT PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SEJARAH

    Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

    1 Amat Tidak Setuju

    2 Tidak Setuju

    3 Setuju

    4 Amat Setuju

    1C Walaupun saya gagal dalam mata pelajaran sejarah, saya 1 2 3 4

    tetap menyukai mata pelajaran ini.

    2C Saya sentiasa bertanya kepada guru apabila saya tidak 1 2 3 4

    faham dalam mata pelajaran Sejarah.

    3C Saya amat meminati peristiwa-peristiwa sejarah yang 1 2 3 4

    terdapat dalam buku Sejarah.

    4C Mata palajaran Sejarah harus dijadikan mata pelajaran 1 2 3 4

    wajib di peringkat SPM.

    5C Berbual-bual dengan orang lain tentang perkembangan 1 2 3 4

    terbaru Sejarah adalah menyeronokkan.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    38/40

    38

    BAHAGIAN D

    PENGARUH GURU DALAM PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH

    Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

    1 Amat Tidak Setuju

    2 Tidak Setuju

    3 Setuju

    4 Amat Setuju

    1D Guru Sejarah saya sentiasa menghulurkan bantuan kepada 1 2 3 4

    saya untuk memahami fakta-fakta Sejarah.

    2D Guru Sejarah saya memeriksa latihan saya dengan teliti. 1 2 3 4

    3D Guru Sejarah saya mahukan segala kerja yang diberikan 1 2 3 4

    disiapkan pada masa yang ditetapkan.

    4D Guru sejarah saya membuat persediaan yang awal dan rapi 1 2 3 4

    sebelum mengajar.

    5D Guru sejarah saya mendedahkan cara belajar dan teknik 1 2 3 4

    menjawab soalan Sejarah.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    39/40

    39

    BAHAGIAN E

    PENGLIBATAN IBU BAPA DAN PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH

    Bagi soalan 1-5, bulatkan berdasarkan skala di bawah:

    1 Amat Tidak Setuju

    2 Tidak Setuju

    3 Setuju

    4 Amat Setuju

    1E Ibu bapa saya menggalakkan saya belajar bersungguh- 1 2 3 4

    sungguh dalam mata pelajaran Sejarah.

    2E Ibu bapa saya selalu membelikan saya buku-buku yang 1 2 3 4

    berunsurkan peristiwa-peristiwa Sejarah.

    3E Ibu bapa saya menyediakan banyak kemudahan untuk 1 2 3 4

    saya belajar.

    4E Ibu bapa saya akan mendapatkan bantuan orang lain 1 2 3 4

    sekiranya tidak dapat mengatasi masalah pembelajaran

    saya.

    5E Ibu bapa saya sentiasa memastikan saya menggunakan 1 2 3 4

    masa untuk belajar dengan sebaik-baiknya.

  • 7/29/2019 KEPENTINGAN MATAPELAJARAN SEJARAH

    40/40

    PENGAKUAN

    Kami akui penulisan ilmiah ini ialah hasil kumpulan kami sendiri kecuali nukilan-nukilan

    dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

    .

    ( Muhammad Fauzan Bin Harun )

    ..

    ( Yong Chan Siong )

    ( Amirul Ariffin Bin Ramdan )

    ( Sarmala A/P Varsu )