tahap keyakinan dan sikap guru terhadap · pdf filekemahiran hidup di sekolah menengah zon...
TRANSCRIPT
TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
ZON SKUDAI DAN NUSAJAYA, JOHOR
WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI DAN
NUSAJAYA, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
_____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT PT286 JLN PASIR MAS SALOR, CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID
KG PDG CHENOK (KG BARU), Nama Penyelia
15100 KOTA BHARU,
KELANTAN DARUL NAIM.
Tarikh: ___ 11/ 05/ 2011_____ Tarikh: ___ 13/ 05 / 2011_______
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : Cik Nur Husna Binti Abd Wahid
Tarikh : ........13/05/2011.......................
TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH
ZON SKUDAI DAN NUSAJAYA, JOHOR
WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .......................................................
Nama Penulis : WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID
Tarikh : ........11/05/2011............................
iii
DEDIKASI
Secebis Bingkisan…
Khas untuk ABAH dan MAMA yang dikasihi…
Wan AB Hamid Mohamed dan Che Hasnah Che Engah
Terima kasih sentiasa melayan karenahku
Terima kasih sabar manjagaku
Terima kasih sudi mendengar bicaraku
Terima kasih setia menemaniku
Terima kasih atas pengorbananmu
Setiap doa mu mengiringi nafasku
Ku hargai setiap degup jantungku…
Khas untuk ADIK yang dimanjai
Wan Ahmad Amirul Izzat
Aku berterima kasih
Atas setiap bantuan dan semangatmu
Dalam apa jua keadaan sekalipun…
Khas untuk teman-teman perjuangan
Terima kasih atas pertolonganmu
Terima kasih atas doronganmu
Terima kasih atas tunjuk ajarmu
Terima kasih atas persahabatan kita…
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat
saya melaksanakan kajian dan menghasilkan penulisan ini. Terima kasih kepada
pihak yang telah memberikan kerjasama, bantuan dan dorongan sama ada secara
langsung dan tidak langsung di dalam menjalankan kajian ini.
Jutaan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini iaitu yang
teristimewa Cik Nur Husna binti Abd Wahid, atas segala nasihat yang bermakna,
tunjuk ajar dan bimbingan yang membina sepanjang proses melaksanakan projek ini.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Panel Projek Sarjana Muda ini iaitu Dr Safarin Nordin dan En. Kamalul
Ariffin Subari dan juga pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu memberi
nasihat, bimbingan dan semangat dalam menghasilkan kajian ini. Sekalung terima
kasih kepada pihak sekolah, JPN, KPM dan BPPP atas kerjasama yang diberikan.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah zon Skudai dan Nusajaya,
Johor kerana kerjasama dan kesudian mereka untuk menjayakan kajian ini.
Ribuan terima kasih kepada teman-teman perjuangan yang sentiasa memberi
sokongan dan nasihat sepanjang saya menghasilkan kajian ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap
guru terhadap pengajaran kemahiran hidup. Objektif khusus kajian adalah untuk
mengkaji tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali serta sikap guru
berdasarkan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup. Kajian ini telah
dijalankan ke atas 73 orang guru di sekolah menengah zon Skudai dan Nusajaya,
Johor. Kuantitatif kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan
berbentuk statistik deskriptif dan ujian-t. Instrumen kajian yang digunakan adalah
soal selidik yang mengandungi 49 item berdasarkan kepada skop kajian. Nilai Alpha
Cronbach bagi kebolehpercayaan soal selidik untuk tahap keyakinan (Bahagian B)
ialah 0.96 dan sikap guru (Bahagian C) ialah 0.90 terhadap pengajaran kemahiran
hidup serta kesahan item diperoleh menerusi perbincangan dengan pakar. Hasil
kajian mendapati tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali berada pada
tahap sederhana dan sikap guru berada pada tahap tinggi terhadap pengajaran
kemahiran hidup. Kajian juga mendapati bahawa tahap keyakinan dalam aspek teori
dan amali serta sikap guru opsyen lebih tinggi berbanding guru bukan opsyen
terhadap pengajaran kemahiran hidup. Oleh itu, tahap keyakinan dan sikap guru yang
mengajar kemahiran hidup amat penting bagi memastikan pelajar mendapat
pendidikan yang sewajarnya. Salah satu cadangan yang dikemukakan adalah
menggunakan sampel kajian yang lebih besar iaitu melibatkan guru kemahiran hidup
di sekolah menengah seluruh Malaysia
vi
ABSTRACT
This study aims to identify the level of teacher’s confidence and their attitude
toward teaching of Living Skills. The specific objectives of this research were to
identify the level of teacher’s confidence in teaching theory and practical classes
while teacher’s attitude based on teacher’s option toward teaching living skills. This
study involves 73 respondents in the secondary school at Skudai and Nusajaya zone
in Johor and the approach being used is quantitative approach. Research design
adopted for this study was using analyzed statistic analysis and also t-test.
Questionnaire was used as the instrument for this study containing 49 items in two
part. The reliability value for the questionnaire were 0.96 (Part B) and 0.90 (Part C).
For validation of the questionnaire, discussion among the expert has been conducted.
From the study it is found that teacher’s confidence toward teaching living skills is at
moderate level both in theory and practical classes. It is also found that teacher’s
showed a highly positive attitude toward teaching living skills. However, it is found
that, teacher with Living Skills option should higher confidence and more positive
attitude toward teaching living skills compared to teacher with other option.
Therefore, the confidence and attitude of teachers who teaching living skills very
important to ensure that students receive appropriate education. One of the
recommendations made were using a larger sample which includes living skills
teachers in secondary schools throughout Malaysia.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK
PENGAKUAN DIRI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii-ix
SENARAI JADUAL x-xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 7
1.3 Pernyataan Masalah 14
1.4 Objektif Kajian 15
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.7 Skop dan Batasan kajian 19
1.8 Definisi istilah/operasional 20
1.8.1 Tahap 20
1.8.2 Keyakinan 20
1.8.3 Sikap 21
viii
1.8.4 Guru Kemahiran Hidup 21
1.8.5 Kemahiran Hidup 22
1.8.6 Pengajaran 22
1.8.7 Pembelajaran 22
1.9 Penutup 23
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 24
2.2 Keyakinan 25
2.3 Keyakinan Guru 26
2.4 Sikap 30
2.5 Sikap Guru 31
2.6 Pengetahuan Isi Kandungan 35
2.7 Pengetahuan Pedagogikal Kandungan 37
2.8 Pengetahuan Pedagogi Umum 38
2.9 Pengajaran Kemahiran Hidup 39
2.10 Penutup 42
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 44
3.3 Populasi Kajian 45
3.4 Sampel Kajian 45
3.5 Instrumen Kajian 47
Bahagian A – Maklumat dan Latar Belakang Responden 48
Bahagian B – Tahap Keyakinan dalam Pengajaran
Kemahiran Hidup 49
Bahagian C – Sikap terhadap Pengajaran
Kemahiran Hidup 49
3.6 Kajian Rintis 51
3.7 Prosedur Kajian 52
3.8 Analisis Data 52
3.9 Penutup 55
ix
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 56
4.2 Analisis Data Bahagian A 58
4.3 Analisis Data Bahagian B 62
4.4. Analisis Data Bahagian C 71
4.5 Min Keseluruhan Persoalan Kajian 75
4.6 Perbezaan Tahap Keyakinan Guru Berdasarkan
Opsyen Terhadap Pengajaran KH 76
4.7 Perbezaan Sikap Guru Berdasarkan
Opsyen Terhadap Pengajaran KH 77
4.9 Penutup 78
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Rumusan 80
5.3 Perbincangan 82
5.3.1 Persoalan Kajian 1 82
5.3.2 Persoalan Kajian 2 84
5.3.3 Persoalan Kajian 3 86
5.3.4 Persoalan Kajian 4 87
5.3.5 Persoalan Kajian 5 89
5.4 Kesimpulan 90
5.5 Cadangan 91
5.5.1 Guru Kemahiran Hidup 91
5.5.2 Pihak Sekolah 93
5.5.3 Pihak Jabatan Pelajaran Negeri 94
5.5.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 94
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 95
5.7 Penutup 96
RUJUKAN 97
LAMPIRAN A - I
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Organisasi Kandungan Mata pelajaran
Kemahiran Hidup 7
3.1 Taburan Jumlah Populasi Guru Kemahiran
Hidup Mengikut Zon 45
3.2 Skala Likert 49
3.3 Skala Likert 50
3.4 Senarai Soalan dalam Soal Selidik Bahagian B
dan Bahagian C 50
3.5 Pekali Alpha Cronbach 51
3.6 Skor Min yang Menunjukkan Kedudukan
Tahap kecekapan 54
4.1 Aspek Teori dan Amali Kemahiran Hidup 57
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 58
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 59
4.4 Taburan Responden Mengikut Opsyen 60
4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 60
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 61
4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
Kemahiran Hidup 62
4.8 Analisis Tahap Keyakinan Guru Terhadap
Pengajaran Kemahiran Hidup Dalam Aspek Teori 65
4.9 Analisis Tahap Keyakinan Guru Terhadap
Pengajaran Kemahiran Hidup Dalam Aspek Amali 69
4.10 Analisis Sikap Guru Terhadap Pengajaran Kemahiran
Hidup 73
xi
4.11 Min Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 76
4.12 Ujian-t Bagi Perbandingan Min Tahap Keyakinan
Guru Berdasarkan Opsyen Terhadap Pengajaran
Kemahiran Hidup 77
4.13 Ujian-t Bagi Perbandingan Min Sikap Guru
Berdasarkan Opsyen Terhadap Pengajaran
Kemahiran Hidup 78
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Model Umum Pengajaran 4
1.2 Kurikulum Pendidikan Guru 10
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
KH Kemahiran Hidup
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
JPN Jabatan Pelajaran Negeri
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PVC Polyvinyl Chloride
BG Besi Bergalvani
SPSS Statistical Package for Social Science
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BPPP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan
SBP Sekolah Menengah Berasrama Penuh
MRSM Maktab Rendah Sains Mara
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMT Sekolah Menengah Teknik
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Surat Pengisian Borang Soal Selidik
B Pengesahan Borang Soal Selidik
C Borang Soal Selidik
D Senarai Sekolah Mengikut Zon
E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
F Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
G Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan oleh JPN
Johor (Rujukan Surat Fakulti Pendidikan UTM)
H Surat Kelulusan Menjalankan Kajian oleh Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
(BPPP), KPM
I Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan oleh JPN
Johor (Rujukan Surat BPPP, KPM)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sufean (2004) menyatakan pendidikan dari segi semantiknya adalah
merangkumi didikan latihan. Didikan adalah komponen akliah atau intelek dan
latihan merangkumi gerak laku perbuatan. Didikan lebih tertumpu kepada
pembentukan kemahiran motor atau gerakan seperti kemahiran melakukan kerja dan
aktiviti. Menurut Sufean (2004) juga menerangkan education (pendidikan) dari segi
etimologi adalah berasal dari perkataan Latin iaitu educere dan educare. Educere
memberi definisi to lead out atau menzahirkan keupayaan diri mengenai
pembelajaran untuk membina manusia supaya mencapai tahap sedar kendiri tentang
kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Yang
Maha Pencipta. Educare pula bermaksud to train mengenai keperluan seperti
keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya.
Pendidikan merupakan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembentukan dan
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia (Mok, 2008).
Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) dalam bukunya bahawa dunia
pendidikan sering menjadi isu penting dalam kehidupan sama ada dari segi
pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat malah isu-isu
semasa yang tidak pernah sunyi daripada melibatkan diri pendidik. Bahkan media
2
massa khususnya media cetak setiap hari memuatkan berita tentang dunia pendidikan
sama ada dalam harian mahupun mingguan (Abu Bakar, 2004).
Mengikut Yaakub Isa (1996) menerangkan pendidikan sebagai pendedahan
kepada pelbagai pengalaman yang penting dalam perkembangan individu. Banks dan
Thompson (1995) berpendapat psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian
tingkah laku manusia dan pendidikan adalah satu profesion yang mengkaji dan
membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
digunakan di sekolah. Psikologi pendidikan pula merupakan kajian mengenai murid,
pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada proses-proses pembelajaran
ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap melalui pengajaran dalam bilik darjah,
termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologinya dalam pengajarannya (Slavin, 1997).
Berdasarkan kepada penulisan Ralph (1991) menyatakan pendidikan ialah
satu proses perubahan dalam pola perlakuan dan tingkah laku manusia yang
merangkumi pengertian yang luas yang melibatkan pemikiran, perasaan dan
perbuatan nyata. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum
memerlukan pendidikan sebagai satu strategi kerajaan untuk menyatupadukan rakyat
dan untuk pembangunan negara. Negara ini mengutamakan sistem pendidikan yang
progresif untuk membentuk masyarakat Malaysia yang maju selain menjadi tunggak
cita-cita asal untuk menyatupadukan rakyat dan menyediakan tenaga manusia yang
sesuai dengan pembangunan negara (Kerajaan Malaysia, 1991a, 1991b).
Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam usaha mendidik anak bangsa.
KBSM (1990) menjelaskan profesion perguruan bukan semata-mata memegang satu
pekerjaan, namun berperanan untuk mencorakkan masa depan anak yang dididik,
menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang akan dijelmakan.
Abdull Sukor (2008) berpendapat guru kini diharapkan mempunyai pengetahuan
yang mendalam terhadap teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran,
penyelidikan, pengurusan bilik darjah, pengurusan bidang kurikulum dan juga dalam
penilaian prestasi pelajar.
3
Menurut Awang Had (2000) menyatakan ramai guru tidak memikul
tanggungjawab sebagai pemotivasi atau motivator kecuali hanya kegiatan tertentu
sahaja seperti bidang sukan. Guru merupakan seorang pelajar yang perlu belajar
untuk memperluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran yang dimiliki,
menambahkan mutu dan kualiti pengajaran serta mengembangkan prestasi kerjaya
dalam bidang pendidikan. Abdull Sukor (2008) menjelaskan guru juga sebagai agen
perubahan yang perlu sentiasa peka terhadap sebarang perubahan dalam dunia
pendidikan seperti keperluan perguruan, sekolah wawasan, sekolah bestari, sekolah
angkat, perubahan teknologi maklumat, perubahan sukatan pelajaran, perubahan
persijilan terbuka dan sebagainya.
Hasil penulisan Ee (2003) menerangkan guru yang beriltizam akan menjadi
role model kepada pelajar-pelajarnya. Guru perlulah mempunyai ilmu pengetahuan
dan menguasai segala ilmu terhadap mata pelajaran yang diajar merangkumi konsep-
konsep dasar, instrumen-instrumen untuk menguji dan struktur-struktur terhadap mata
pelajaran. Di samping itu, guru juga haruslah dapat menciptakan pengalaman-
pengalaman belajar yang dapat mewujudkan seluruh aspek pengajaran menjadi
bermakna kepada pelajarnya. Mok (2007) berpendapat guru yang profesional
hendaklah sentiasa mengamalkan pengajaran yang efektif yang melibatkan elemen
pengajaran dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran.
Demi masa depan yang mencabar, para guru perlu lebih berkualiti kerana
corak persiapan pelajar juga dipengaruhi pemikiran dan hala tuju guru terhadap masa
depan. Seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini supaya
menjadi pendidik yang efektif (Craft, 2002). Peranan guru dapat dibincangkan dalam
sebuah model umum untuk pengajaran seperti Rajah 1.1:
4
Rajah 1.1: Model Umum Pengajaran (Abdull Sukor, 2008)
Rajah 1.1 menerangkan peranan para guru, iaitu untuk mencurahkan ilmu
pengetahuan kepada para pelajar supaya pelajar dapat mempraktikkan fakta dan
konsep yang dipelajarinya dengan mengukuhkan pengetahuan sedia ada. Hasilnya
akan muncullah konsep baru yang dipanggil pengetahuan. Jika pelajar mengaplikasi
pengetahuan, maka bermakna pelajar berjaya memperoleh ilmu (Abdull Sukor, 2008).
Mengikut Ragbir Kaur (2007) menjelaskan guru yang profesional adalah guru
yang dapat mengamalkan segala kemahiran profesional yang telah diterima semasa
menjalani latihan ikhtisas. Hal ini kerana guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam
bidang perguruan yang diperakauntabilitikan untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru
yang profesional hendaklah mempunyai mutu personal yang sesuai dengan tugas dan
status guru (Sufean, 2004). Mutu personal guru termasuklah sahsiah dan sikap, minat,
kreativiti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, keyakinan, sifat-sifat kepimpinan,
pengetahuan am yang luas, sikap positif dan pencapaian istimewa yang dapat
meningkatkan profesionalisme perguruan.
Menyampaikan
pengetahuan baru asasi
seperti fakta, kemahiran,
proses
Menaksirkan implikasi
konsep dalam situasi baru
yang dipelajari pelajar
Mengukuhkan pengetahuan
baru melalui
mempraktikkan dan
membuat renungan
Membina fakta kepada yang
baru dan digabungkan
dengan konsep yang sedia
ada pelajar
5
Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang
dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Januari 2007 mampu
menerapkan modal insan dalam kalangan guru mahupun pelajar pada masa depan.
Penghayatan konsep pendidikan sepanjang hayat amat penting dan kejayaannya
bergantung kepada kesediaan organisasi terbabit dalam pembelajaran dan bersedia
mengamalkan budaya pembelajaran ke arah organisasi pembelajaran (Marinah, Omar
dan Khuan, 2004). Sufean (2004) bersetuju guru memerlukan kesediaan untuk
memupuk semangat dan mempunyai keberanian melaksanakan tugas serta
kepercayaan pada diri sendiri. Guru perlu bersedia menjalankan peranan yang
diperlukan oleh pelajar, masyarakat dan institusi seperti pendidik, pengajar,
pembimbing, penasihat, perunding, perujuk, pengurus, pemimpin, penyelidik, penilai
dan pelatih untuk pembangunan masyarakat.
Sektor pendidikan diberikan tanggungjawab dalam membentuk generasi yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang kehidupan. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran pravokasional yang bertujuan
untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara teori dan juga
praktikal bagi menjalankan kehidupan seharian dengan lebih bersistematik. Pada
tahun 1991, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan mata pelajaran
Kemahiran Hidup dalam KBSM kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara
yang terdiri daripada bahagian Teras dan Elektif. Mata pelajaran ini mengandungi
tujuh komponen iaitu Perdagangan dan Keusahawanan, Pertanian, Pengurusan Diri,
Kerja Kayu, Kerja Paip, Elektrik dan Elektronik, dan Kesejahteraan Keluarga
(Shahril & Habib, 1999). Pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga diwajibkan
untuk mempelajari semua komponen di dalam bahagian Teras dan salah satu
komponen yang terdapat pada bahagian Elektif.
Matlamat mata pelajaran KH adalah untuk melahirkan insan yang berdikari,
kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin
6
diri, kreatif, inovatif, inisiatif dan produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.
Objektif mata pelajaran tersebut adalah untuk membolehkan pelajar:
(a) Memperoleh pengetahuan dan mempertingkat kemahiran asas yang
berasaskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam
urusan di rumah dan tempat tinggal;
(b) Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyelenggara dan membaik pulih mudah
dan menyedari potensi ke arah menjadi usahawan;
(c) Mempertingkatkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga secara
teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila
masyarakat;
(d) Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau
pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan;
(e) Mempengaruhi bidang kerjaya berkaitan dengan sektor pertanian,
perindustrian dan perkhidmatan;
(f) Mengumpul dan memproses maklumat secara sistematik dan membuat
keputusan yang bijaksana;
(g) Bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
teknologi dan dunia yang sentiasa berubah;
(h) Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan
mengamalkan cara kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan
bertanggungjawab;
(i) Mengamalkan sikap dan tabiat yang baik dan jujur terhadap sebarang kerjaya
serta menghormati dan menghargai kerjaya kolar biru; dan
(j) Menceburi diri dalam kegiatan rekreasi yang sihat dan membuat kebajikan
kepada masyarakat.
7
Organisasi kandungan mata pelajaran KH terbahagi kepada dua bahagian iaitu
Teras dan Elektif. Organisasi kandungan adalah seperti Jadual 1.1:
Jadual 1.1: Organisasi Kandungan Mata pelajaran Kemahiran Hidup
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Wan Zah (2000) mendapati guru perlu mempunyai kepakaran dari
pelbagai aspek ilmu pengajaran seperti penguasaaan terhadap bidang pelajaran yang
diajar, menguasai kaedah pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Guru memerlukan
kemahiran dan kepakaran dalam penguasaan pengajaran seperti guru mempunyai
kreativiti untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran, guru mahir dalam
T
E
R
A
S
Tingkatan I Tingkatan II Tingkatan III
Kemahiran Manipulatif
Perdagangan dan Keusahawanan
Kekeluargaan
E
L
E
K
T
I
F
Tingkatan I Tingkatan II Tingkatan III
Kemahiran Manipulatif Tambahan
Ekonomi Rumah Tangga
Pertanian
8
menguasai isi pelajaran dan guru berupaya untuk mengawal pelajar yang terlibat
dengan masalah disiplin di sekolah.
Guru hendaklah mempunyai ilmu khususnya dalam bidang mata pelajarannya
(Esah, 2004). Guru yang berilmu didapati melalui amalannya yang banyak membaca
buku, melakukan penyelidikan, menyumbangkan idea bernas dalam sebarang
perbincangan dan mempunyai sikap berfikiran terbuka. Di samping itu, guru juga
memiliki sikap positif seperti berpandangan luas dan berfikiran terbuka kerana
sesuatu pandangan yang dikemukakan tidak ditolak sahaja malah difikirkan
kewajarannya. Mengikut Parkay (1990) dalam Esah (2004) sebagai seorang guru
perlu mempunyai sikap suka mengajar atau a love for teaching, iaitu sayangkan
pelajar, sayang mata pelajaran yang diajar malah meyakininya, sayangkan kehidupan
sebagai guru dan sukakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak rungutan daripada guru-guru di dalam media massa
mengenai objektif mata pelajaran KH dalam KBSM pada permulaan pelancaran mata
pelajaran ini. Pendedahan pengajaran daripada guru yang mempunyai pelbagai
opsyen sudah tentu memberi kesan yang berbeza kepada pelajar dan turut memberi
kesan yang kurang baik terhadap sistem pendidikan negara (Ramlah, 1992). Di
samping itu, guru juga menghadapi masalah tidak mempunyai keyakinan untuk
mengajar KH dan terdapat guru yang mempunyai sikap yang sukar untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sistem pendidikan.
Berdasarkan kepada kajian Azizi (2007) menunjukkan tahap keyakinan guru
yang mengajar KH berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam sukatan memperoleh
tahap keyakinan tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan menunjukkan guru
mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam pengurusan diri, kekeluargaan,
kemahiran pertanian, perkebunan, dan perdagangan dan juga keusahawanan kerana
guru mempunyai kemahiran untuk mengajar topik-topik tersebut dan seterusnya
mempunyai keyakinan terhadap topik yang diajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap
keyakinan yang sederhana dalam pengajaran adalah rekacipta, kerja kayu, enjin dan
9
lukisan teknik. Kajian oleh Azizi (2007) juga mendapati guru mempunyai tahap
keyakinan yang rendah dalam pengajaran elektronik dan kerja asas paip. Hal ini
kerana kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran untuk mengajar mengikut
topik-topik yang terdapat dalam sukatan KH dan juga terdiri daripada guru yang
bukan bidang Teknik dan Vokasional.
Sufean (2004) berpendapat program pendidikan guru yang bermutu hendaklah
mampu menghasilkan guru yang bermutu dan berkualiti, iaitu guru profesional dari
segi kemahiran, ilmu pengetahuan dan sikap. Program pendidikan guru dilaksanakan
selari dengan objektif komponen ikhtisas iaitu membina kemahiran, sikap dan
pengetahuan asas perguruan meliputi aspek teori dan amali seperti yang terdapat
dalam Rajah 1.2:
10
Rajah 1.2: Kurikulum Pendidikan Guru (Sufean, 2004)
Kurikulum Perguruan
Komponen Ikhtisas
Komponen Akademik
Komponen
Perkembangan
Diri Teori
Kursus
Kaedah
Aktiviti Kokurikulum
Rekreasi
dan
Kesenian
Kursus
Pilihan
Amali
Sikap
- Psikologi - Sosiologi
- Falsafah
Pendidikan - Bahasa
- Teknologi
-Pendidikan di Malaysia
- Pengajaran
Mikro
- Latihan Mengajar
- Seminar
- Bengkel
- Pelbagai mata
pelajaran
utama dalam
kurikulum sekolah
termasuk
Agama Islam dan
mata
pelajaran vokasional
- Pelbagai kursus
pilihan
termasuk mata
pelajaran
Sivik, Pendidikan
Moral dan
Pendidikan
Jasmani
- Pendidikan
Seni - Kegiatan
Luar
- Muzik
- Kegiatan
- Persatuan
Uniform -Bukan
Beruniform
dan Sukan
Objektif
Membina
kemahiran, sikap
dan pengetahuan asas perguruan
meliputi aspek teori
dan amali
Objektif
Membina pengetahuan
mendalam „subject matter‟
untuk membolehkan guru berkeyakinan dalam
pengajian sesuatu mata
pelajaran
Objektif
Membina kemahiran
mengendalikan
kegiatan sukan dan kokurikulum serta
kemahiran bersosial
11
Pelbagai kajian yang diusahakan untuk mengenal pasti unsur-unsur bagi
mewujudkan pengajaran efektif. Tumpuan dan fokus kajian berpusat pada sifat-sifat
diri guru, kelakuan guru dan sikap guru ataupun melalui penilaian daripada
penyelidik, pelajar, pentadbir sekolah, ibu bapa, guru unggul (master teacher), guru
pelatih dan guru itu sendiri tentang proses pengajaran, kesan semerta pembelajaran
atau prestasi pelajar dalam peperiksaan. Menurut Tuan (2006) menjelaskan guru yang
cemerlang adalah guru yang mempunyai sikap positif terhadap pengajaran dan
memahami mata pelajaran pengkhususan yang menjadi subek teras yang diajar serta
mempunyai keyakinan diri dalam pengajarannya. Sebaliknya guru yang tidak
mempunyai pengetahuan yang luas dan memiliki kemahiran yang rendah dalam
pengajaran akan menyebabkan guru itu bersikap negatif dan mempunyai keyakinan
yang rendah terhadap pengajarannya.
Guru-guru perlu membaiki dan meningkatkan teknik pengajaran, penggunaan
alat bantuan mengajar dan pendekatan pengajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran (Shahril & Habib, 1999). Di samping itu, guru hendaklah mempunyai
sikap yang positif dalam pengamalan pengajaran supaya dapat menyampaikan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar bagi mewujudkan keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Guru mestilah mengetahui kandungan
kurikulum setiap mata pelajaran yang disediakan oleh pihak kementerian (Tuan,
2006). Penguasaan kurikulum dan tema-tema yang dipilih perlu dikuasai oleh setiap
guru secara mendalam dan menyeluruh supaya dapat menjamin keberkesanan dalam
pengajaran semasa di dalam kelas.
Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) guru perlu bersedia dalam
memahami lebih jelas mengenai konsep bersepadu dan objektif mata pelajaran supaya
dapat mewujudkan pengajaran yang berkesan. Guru perlu menguasai teknologi yang
sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan meningkatkan ilmu pengetahuan bagi
menangani masalah perubahan dalam inovasi. Abu Bakar (2004) menyatakan tugas
guru adalah sentiasa meningkatkan wawasan ilmu pengetahuan, meningkatkan kualiti
12
pendidikannya supaya pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan kemajuan
zaman.
Menurut Abdull Sukor (1998) menyatakan institusi pendidikan banyak
membuat kajian untuk mengukur penguasaan kemahiran asas yang dimiliki oleh guru
dan melibatkan tingkah laku pengajaran yang berkesan. Namun, masih tidak terdapat
ujian khusus atau melibatkan kaedah penilaian guru yang boleh dipercayai dan
mempunyai kesahan untuk mengukur kepercayaan guru. Abdull Sukor (2008) juga
mempersoal dalam penulisannya sama ada guru-guru yang mempunyai pengetahuan
yang lebih terhadap subjek yang diajar mempunyai kesan yang positif terhadap
pelajar mereka.
Namun dapatan tentang pengetahuan guru dari segi fakta dan konsep,
hubungan antara kedua-duanya tidak begitu jelas. Walaupun seseorang guru
mempunyai pengetahuan lebih banyak mengenai fakta dan konsep tentang subjek
mereka tetapi tidak semestinya pelajar akan mempunyai pengetahuan yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, guru yang mempunyai pengetahuan yang lebih banyak akan
dapat menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih baik. Fang (1996) menerangkan
kepercayaan atau falsafah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dapat memberi
impak yang besar dan juga mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran.
Pegangan kepercayaan ini juga bukan sahaja mempengaruhi cara dan
tindakan guru semasa mengajar pelajar malah bagaimana pembentukkan tafsiran
mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran. Solomon, Battistich dan Hom (1996)
membuktikan kenyataan Fang adalah benar kerana mengikut kajian yang telah
dilakukan terhadap persepsi dan strategi pengajaran guru ke atas perbezaan latar
belakang ekonomi dalam kalangan pelajar. Mengikut Shouse (1996) menyatakan
rumusan berdasarkan kajian yang dilakukan adalah kepercayaan atau keyakinan yang
dipegang oleh seseorang guru memberi kesan yang mendalam kepada pembentukkan
sikap guru tersebut.
13
“The impact of a teacher‟s attitude toward teaching, toward students, and
toward learning is profoundly more significant than any degree learned or
subjected mastered.”(Witham, 1993)
Kepercayaan individu mengikut kelas jangkaannya mempengaruhi dalam
mengelaskan keberkesanan diri dengan tingkah laku manusia (Coladarci, 1992).
Jangkaan kelas pertama adalah jangkaan hasil. Jangkaan ini menunjukkan individu itu
akan menjangkakan tingkah laku yang diberikan menghasilkan keputusan tertentu.
Jangkaan kelas kedua pula adalah memberikan keyakinan bahawa boleh berjaya
dengan pelaksanaan tingkah laku yang diingini untuk menghasilkan sesuatu
keputusan (outcome). Oleh itu, keberkesanan diri guru merujuk kepada keyakinan diri
yang dipamerkan oleh guru bahawa beliau dapat menguasai mata pelajaran diajar dan
berkebolehan mengajar dengan baik.
Abdull Sukor (2008) menjelaskan guru perlu sentiasa bersedia berhadapan
dengan tekanan untuk menguasai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang
akan mereka ajar. Hal ini kerana guru pada masa kini memerlukan seseorang yang
mempunyai maklumat yang banyak dan perlu bertindak balas terhadap perubahan
yang berlaku terutama terhadap matlamat pendidikan yang semakin luas di samping
jangkaan masyarakat yang semakin tinggi terhadap peranan sekolah. Guru ini lebih
cenderung untuk mempercayai bahawa pengajaran dapat dijalankan dengan baik
apabila mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk dipraktikkan semasa mengajar.
Menurut kajian Woofolk, Rosoff dan Hoy (1990) mengenai keberkesanan diri
guru mendapati keberkesanan diri guru mempunyai hubungan yang erat dengan sikap
dan kelakuan mengawal kelas. Guru yang mempunyai tahap keberkesanan diri yang
tinggi mempunyai sifat lebih yakin terhadap mata pelajaran yang diajar dan
mempunyai penguasaan kelas yang baik. Seterusnya, keadaan dalam kelas lebih
tenang dan wujud hubungan mesra antara guru dan pelajar. Oleh itu, sikap dan
keyakinan guru terhadap pengajaran amat penting untuk diberi perhatian kerana
14
anjakan kepercayaan secara paradigmatik akan merubah gaya pengajaran guru (Wan
Zah, 2000).
1.3 Pernyataan Masalah
Guru yang mempunyai sikap sambil lewa dan tidak menguasai pengajaran
akan membawa masalah dalam sistem pendidikan negara (Samsudin, 2004). Guru
perlulah mengamalkan sikap yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran kepada
pelajar. Menurut Tuan (2006) menyatakan guru mestilah menguasai isi-isi pelajaran
dan yakin supaya pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik dan
sempurna. Banyak kajian dilakukan tentang konsepsi guru terhadap pengajaran dan
pembelajaran (Martin & Balla, 1991; Dall’ Alba, 1990; Pratt, 1992; Samuelowicz &
Bain, 1992 dan Bruce & Gerber, 1995).
Berdasarkan kenyataan Robiah (1998) bahawa sistem pendidikan negara
memerlukan pendidik yang mempunyai keyakinan pada pengajaran, memiliki
kekuatan untuk menghadapi cabaran dan pembaharuan dalam sistem pendidikan dan
menjalankan tugas dengan baik dengan menerapkan sikap yang produktif untuk
memperkembang potensi diri. Oleh yang demikian, pengkaji menjalankan kajian ini
adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran
kemahiran hidup di sekolah menengah zon Skudai dan Nusajaya, Johor. Dengan
adanya kajian ini diharapkan dapat dilakukan perkara-perkara yang membantu
meningkatkan pencapaian bidang pendidikan.
15
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru
yang terhadap pengajaran kemahiran hidup bagi tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
Secara khususnya objektif kajian ini ialah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup
dalam aspek teori.
1.4.2 Mengenalpasti tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup
dalam aspek amali.
1.4.3 Mengenalpasti sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup.
1.4.4 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam tahap keyakinan di antara
guru opsyen dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup.
1.4.5 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam sikap di antara guru opsyen
dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup.
1.5 Persoalan Kajian
Menurut Azizi (2007), persoalan kajian adalah saranan sementara yang
menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah.
Berdasarkan objektif kajian, terdapat beberapa persoalan utama yang ditekankan
untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran
hidup.
16
Antaranya seperti berikut :
1.5.1 Apakah tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup
dalam aspek teori?
1.5.2. Apakah tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup
dalam aspek amali?
1.5.3 Apakah sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup?
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap keyakinan di antara
guru opsyen dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup?
1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap di antara guru opsyen
dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup?