dokumen standard prestasi (dsp) bagi · pdf filekemahiran hidup bersepadu perdagangan dan...

Download DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI · PDF filekemahiran hidup bersepadu perdagangan dan keusahawanan 79 . dokumen standard prestasi (dsp) bagi pentaksiran sekolah. tingkatan 2

If you can't read please download the document

Upload: lamkien

Post on 07-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 79

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)

    BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

    L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  • Cetakan 2013

    Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • 0

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1 PENDAHULUAN 1

    2

    3

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

    2

    3

    4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

    5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

    6 TAFSIRAN 5

    7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

    8 PENYATAAN STANDARD 7

    9 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 8

    10 PEMETAAN EVIDENS 27

  • 1

    PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • 2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

    kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 3

    MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

    kayu, papan lapis dan bahan komposit.

    OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

    menghasilkan produk.

    OM3 Menterjemahkan idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

    OM4 Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

    OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

    OM6 Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

    OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

    OM8 Mengenal pasti kaedah menyimpan rekod secara sistematik.

    OM9 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

    keputusan rekaan dan penghasilan projek.

    OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 4

    OBJEKTIF PENTAKSIRAN

    Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

    dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

    OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

    OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

    OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

    OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

    OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

    OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

    (Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 5

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

    dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

    atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

    o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor. o Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

    bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain lagi.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

    o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh

    Lembaga Peperiksaan.

  • 6

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

    Tahu

    Faham Tahu

    Boleh Buat Faham Tahu

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    Faham

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab Mithali

    Faham

  • 7

    PENYATAAN STANDARD

    BAND PENYATAAN STANDARD

    6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Mithali) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

    5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Terpuji) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.

    4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.

    3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

    2 (Tahu dan Faham)

    Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

    1 (Tahu) Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

  • 8

    STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN

    KEUSAHAWANAN TINGKATAN 2

  • 9

    BAND 1

  • 10

    BAND STANDARD

    Penerangan generik tentang tahap perkembangan

    pembelajaran

    DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

    EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan APA

    murid tahu dan boleh buat

    1

    Tahu

    Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

    Murid boleh : B1D1 Mengetahui tentang reka bentuk dan penghasilan projek. B1D2 Mengetahui tentang asas elektronik. B1D3 Mengetahui tentang asas lukisan teknik.