tahap keyakinan dan sikap guru terhadap · pdf filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap...

33
TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI DAN NUSAJAYA, JOHOR WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongnguyet

Post on 07-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

ZON SKUDAI DAN NUSAJAYA, JOHOR

WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH ZON SKUDAI DAN

NUSAJAYA, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

_____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT PT286 JLN PASIR MAS SALOR, CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID

KG PDG CHENOK (KG BARU), Nama Penyelia

15100 KOTA BHARU,

KELANTAN DARUL NAIM.

Tarikh: ___ 11/ 05/ 2011_____ Tarikh: ___ 13/ 05 / 2011_______

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Cik Nur Husna Binti Abd Wahid

Tarikh : ........13/05/2011.......................

Page 4: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP PENGAJARAN

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH

ZON SKUDAI DAN NUSAJAYA, JOHOR

WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 5: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .......................................................

Nama Penulis : WAN NUR IZZATI BINTI WAN AB HAMID

Tarikh : ........11/05/2011............................

Page 6: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

iii

DEDIKASI

Secebis Bingkisan…

Khas untuk ABAH dan MAMA yang dikasihi…

Wan AB Hamid Mohamed dan Che Hasnah Che Engah

Terima kasih sentiasa melayan karenahku

Terima kasih sabar manjagaku

Terima kasih sudi mendengar bicaraku

Terima kasih setia menemaniku

Terima kasih atas pengorbananmu

Setiap doa mu mengiringi nafasku

Ku hargai setiap degup jantungku…

Khas untuk ADIK yang dimanjai

Wan Ahmad Amirul Izzat

Aku berterima kasih

Atas setiap bantuan dan semangatmu

Dalam apa jua keadaan sekalipun…

Khas untuk teman-teman perjuangan

Terima kasih atas pertolonganmu

Terima kasih atas doronganmu

Terima kasih atas tunjuk ajarmu

Terima kasih atas persahabatan kita…

Page 7: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

iv

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat

saya melaksanakan kajian dan menghasilkan penulisan ini. Terima kasih kepada

pihak yang telah memberikan kerjasama, bantuan dan dorongan sama ada secara

langsung dan tidak langsung di dalam menjalankan kajian ini.

Jutaan penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda ini iaitu yang

teristimewa Cik Nur Husna binti Abd Wahid, atas segala nasihat yang bermakna,

tunjuk ajar dan bimbingan yang membina sepanjang proses melaksanakan projek ini.

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima

kasih kepada Panel Projek Sarjana Muda ini iaitu Dr Safarin Nordin dan En. Kamalul

Ariffin Subari dan juga pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu memberi

nasihat, bimbingan dan semangat dalam menghasilkan kajian ini. Sekalung terima

kasih kepada pihak sekolah, JPN, KPM dan BPPP atas kerjasama yang diberikan.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar

mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah zon Skudai dan Nusajaya,

Johor kerana kerjasama dan kesudian mereka untuk menjayakan kajian ini.

Ribuan terima kasih kepada teman-teman perjuangan yang sentiasa memberi

sokongan dan nasihat sepanjang saya menghasilkan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap

guru terhadap pengajaran kemahiran hidup. Objektif khusus kajian adalah untuk

mengkaji tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali serta sikap guru

berdasarkan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup. Kajian ini telah

dijalankan ke atas 73 orang guru di sekolah menengah zon Skudai dan Nusajaya,

Johor. Kuantitatif kajian yang dijalankan adalah menggunakan kaedah tinjauan

berbentuk statistik deskriptif dan ujian-t. Instrumen kajian yang digunakan adalah

soal selidik yang mengandungi 49 item berdasarkan kepada skop kajian. Nilai Alpha

Cronbach bagi kebolehpercayaan soal selidik untuk tahap keyakinan (Bahagian B)

ialah 0.96 dan sikap guru (Bahagian C) ialah 0.90 terhadap pengajaran kemahiran

hidup serta kesahan item diperoleh menerusi perbincangan dengan pakar. Hasil

kajian mendapati tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali berada pada

tahap sederhana dan sikap guru berada pada tahap tinggi terhadap pengajaran

kemahiran hidup. Kajian juga mendapati bahawa tahap keyakinan dalam aspek teori

dan amali serta sikap guru opsyen lebih tinggi berbanding guru bukan opsyen

terhadap pengajaran kemahiran hidup. Oleh itu, tahap keyakinan dan sikap guru yang

mengajar kemahiran hidup amat penting bagi memastikan pelajar mendapat

pendidikan yang sewajarnya. Salah satu cadangan yang dikemukakan adalah

menggunakan sampel kajian yang lebih besar iaitu melibatkan guru kemahiran hidup

di sekolah menengah seluruh Malaysia

Page 9: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

vi

ABSTRACT

This study aims to identify the level of teacher’s confidence and their attitude

toward teaching of Living Skills. The specific objectives of this research were to

identify the level of teacher’s confidence in teaching theory and practical classes

while teacher’s attitude based on teacher’s option toward teaching living skills. This

study involves 73 respondents in the secondary school at Skudai and Nusajaya zone

in Johor and the approach being used is quantitative approach. Research design

adopted for this study was using analyzed statistic analysis and also t-test.

Questionnaire was used as the instrument for this study containing 49 items in two

part. The reliability value for the questionnaire were 0.96 (Part B) and 0.90 (Part C).

For validation of the questionnaire, discussion among the expert has been conducted.

From the study it is found that teacher’s confidence toward teaching living skills is at

moderate level both in theory and practical classes. It is also found that teacher’s

showed a highly positive attitude toward teaching living skills. However, it is found

that, teacher with Living Skills option should higher confidence and more positive

attitude toward teaching living skills compared to teacher with other option.

Therefore, the confidence and attitude of teachers who teaching living skills very

important to ensure that students receive appropriate education. One of the

recommendations made were using a larger sample which includes living skills

teachers in secondary schools throughout Malaysia.

Page 10: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK

PENGAKUAN DIRI ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii-ix

SENARAI JADUAL x-xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 7

1.3 Pernyataan Masalah 14

1.4 Objektif Kajian 15

1.5 Persoalan Kajian 15

1.6 Kepentingan Kajian 16

1.7 Skop dan Batasan kajian 19

1.8 Definisi istilah/operasional 20

1.8.1 Tahap 20

1.8.2 Keyakinan 20

1.8.3 Sikap 21

Page 11: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

viii

1.8.4 Guru Kemahiran Hidup 21

1.8.5 Kemahiran Hidup 22

1.8.6 Pengajaran 22

1.8.7 Pembelajaran 22

1.9 Penutup 23

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 24

2.2 Keyakinan 25

2.3 Keyakinan Guru 26

2.4 Sikap 30

2.5 Sikap Guru 31

2.6 Pengetahuan Isi Kandungan 35

2.7 Pengetahuan Pedagogikal Kandungan 37

2.8 Pengetahuan Pedagogi Umum 38

2.9 Pengajaran Kemahiran Hidup 39

2.10 Penutup 42

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 44

3.3 Populasi Kajian 45

3.4 Sampel Kajian 45

3.5 Instrumen Kajian 47

Bahagian A – Maklumat dan Latar Belakang Responden 48

Bahagian B – Tahap Keyakinan dalam Pengajaran

Kemahiran Hidup 49

Bahagian C – Sikap terhadap Pengajaran

Kemahiran Hidup 49

3.6 Kajian Rintis 51

3.7 Prosedur Kajian 52

3.8 Analisis Data 52

3.9 Penutup 55

Page 12: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

ix

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 56

4.2 Analisis Data Bahagian A 58

4.3 Analisis Data Bahagian B 62

4.4. Analisis Data Bahagian C 71

4.5 Min Keseluruhan Persoalan Kajian 75

4.6 Perbezaan Tahap Keyakinan Guru Berdasarkan

Opsyen Terhadap Pengajaran KH 76

4.7 Perbezaan Sikap Guru Berdasarkan

Opsyen Terhadap Pengajaran KH 77

4.9 Penutup 78

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Rumusan 80

5.3 Perbincangan 82

5.3.1 Persoalan Kajian 1 82

5.3.2 Persoalan Kajian 2 84

5.3.3 Persoalan Kajian 3 86

5.3.4 Persoalan Kajian 4 87

5.3.5 Persoalan Kajian 5 89

5.4 Kesimpulan 90

5.5 Cadangan 91

5.5.1 Guru Kemahiran Hidup 91

5.5.2 Pihak Sekolah 93

5.5.3 Pihak Jabatan Pelajaran Negeri 94

5.5.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 94

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 95

5.7 Penutup 96

RUJUKAN 97

LAMPIRAN A - I

Page 13: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Organisasi Kandungan Mata pelajaran

Kemahiran Hidup 7

3.1 Taburan Jumlah Populasi Guru Kemahiran

Hidup Mengikut Zon 45

3.2 Skala Likert 49

3.3 Skala Likert 50

3.4 Senarai Soalan dalam Soal Selidik Bahagian B

dan Bahagian C 50

3.5 Pekali Alpha Cronbach 51

3.6 Skor Min yang Menunjukkan Kedudukan

Tahap kecekapan 54

4.1 Aspek Teori dan Amali Kemahiran Hidup 57

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 58

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 59

4.4 Taburan Responden Mengikut Opsyen 60

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 60

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 61

4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

Kemahiran Hidup 62

4.8 Analisis Tahap Keyakinan Guru Terhadap

Pengajaran Kemahiran Hidup Dalam Aspek Teori 65

4.9 Analisis Tahap Keyakinan Guru Terhadap

Pengajaran Kemahiran Hidup Dalam Aspek Amali 69

4.10 Analisis Sikap Guru Terhadap Pengajaran Kemahiran

Hidup 73

Page 14: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

xi

4.11 Min Bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 76

4.12 Ujian-t Bagi Perbandingan Min Tahap Keyakinan

Guru Berdasarkan Opsyen Terhadap Pengajaran

Kemahiran Hidup 77

4.13 Ujian-t Bagi Perbandingan Min Sikap Guru

Berdasarkan Opsyen Terhadap Pengajaran

Kemahiran Hidup 78

Page 15: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

xii

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Model Umum Pengajaran 4

1.2 Kurikulum Pendidikan Guru 10

Page 16: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

KH Kemahiran Hidup

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PVC Polyvinyl Chloride

BG Besi Bergalvani

SPSS Statistical Package for Social Science

UTM Universiti Teknologi Malaysia

BPPP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan

SBP Sekolah Menengah Berasrama Penuh

MRSM Maktab Rendah Sains Mara

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMT Sekolah Menengah Teknik

Page 17: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Pengisian Borang Soal Selidik

B Pengesahan Borang Soal Selidik

C Borang Soal Selidik

D Senarai Sekolah Mengikut Zon

E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan

F Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat

G Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan oleh JPN

Johor (Rujukan Surat Fakulti Pendidikan UTM)

H Surat Kelulusan Menjalankan Kajian oleh Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

(BPPP), KPM

I Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan oleh JPN

Johor (Rujukan Surat BPPP, KPM)

Page 18: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sufean (2004) menyatakan pendidikan dari segi semantiknya adalah

merangkumi didikan latihan. Didikan adalah komponen akliah atau intelek dan

latihan merangkumi gerak laku perbuatan. Didikan lebih tertumpu kepada

pembentukan kemahiran motor atau gerakan seperti kemahiran melakukan kerja dan

aktiviti. Menurut Sufean (2004) juga menerangkan education (pendidikan) dari segi

etimologi adalah berasal dari perkataan Latin iaitu educere dan educare. Educere

memberi definisi to lead out atau menzahirkan keupayaan diri mengenai

pembelajaran untuk membina manusia supaya mencapai tahap sedar kendiri tentang

kewujudan diri dalam hubungan kewujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Yang

Maha Pencipta. Educare pula bermaksud to train mengenai keperluan seperti

keperluan hidup, keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya.

Pendidikan merupakan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembentukan dan

perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia (Mok, 2008).

Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) dalam bukunya bahawa dunia

pendidikan sering menjadi isu penting dalam kehidupan sama ada dari segi

pendidiknya, kaedah yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat malah isu-isu

semasa yang tidak pernah sunyi daripada melibatkan diri pendidik. Bahkan media

Page 19: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

2

massa khususnya media cetak setiap hari memuatkan berita tentang dunia pendidikan

sama ada dalam harian mahupun mingguan (Abu Bakar, 2004).

Mengikut Yaakub Isa (1996) menerangkan pendidikan sebagai pendedahan

kepada pelbagai pengalaman yang penting dalam perkembangan individu. Banks dan

Thompson (1995) berpendapat psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian

tingkah laku manusia dan pendidikan adalah satu profesion yang mengkaji dan

membina metodologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang

digunakan di sekolah. Psikologi pendidikan pula merupakan kajian mengenai murid,

pengajaran dan pembelajaran yang menumpukan kepada proses-proses pembelajaran

ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap melalui pengajaran dalam bilik darjah,

termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologinya dalam pengajarannya (Slavin, 1997).

Berdasarkan kepada penulisan Ralph (1991) menyatakan pendidikan ialah

satu proses perubahan dalam pola perlakuan dan tingkah laku manusia yang

merangkumi pengertian yang luas yang melibatkan pemikiran, perasaan dan

perbuatan nyata. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum

memerlukan pendidikan sebagai satu strategi kerajaan untuk menyatupadukan rakyat

dan untuk pembangunan negara. Negara ini mengutamakan sistem pendidikan yang

progresif untuk membentuk masyarakat Malaysia yang maju selain menjadi tunggak

cita-cita asal untuk menyatupadukan rakyat dan menyediakan tenaga manusia yang

sesuai dengan pembangunan negara (Kerajaan Malaysia, 1991a, 1991b).

Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam usaha mendidik anak bangsa.

KBSM (1990) menjelaskan profesion perguruan bukan semata-mata memegang satu

pekerjaan, namun berperanan untuk mencorakkan masa depan anak yang dididik,

menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang akan dijelmakan.

Abdull Sukor (2008) berpendapat guru kini diharapkan mempunyai pengetahuan

yang mendalam terhadap teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran,

penyelidikan, pengurusan bilik darjah, pengurusan bidang kurikulum dan juga dalam

penilaian prestasi pelajar.

Page 20: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

3

Menurut Awang Had (2000) menyatakan ramai guru tidak memikul

tanggungjawab sebagai pemotivasi atau motivator kecuali hanya kegiatan tertentu

sahaja seperti bidang sukan. Guru merupakan seorang pelajar yang perlu belajar

untuk memperluaskan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran yang dimiliki,

menambahkan mutu dan kualiti pengajaran serta mengembangkan prestasi kerjaya

dalam bidang pendidikan. Abdull Sukor (2008) menjelaskan guru juga sebagai agen

perubahan yang perlu sentiasa peka terhadap sebarang perubahan dalam dunia

pendidikan seperti keperluan perguruan, sekolah wawasan, sekolah bestari, sekolah

angkat, perubahan teknologi maklumat, perubahan sukatan pelajaran, perubahan

persijilan terbuka dan sebagainya.

Hasil penulisan Ee (2003) menerangkan guru yang beriltizam akan menjadi

role model kepada pelajar-pelajarnya. Guru perlulah mempunyai ilmu pengetahuan

dan menguasai segala ilmu terhadap mata pelajaran yang diajar merangkumi konsep-

konsep dasar, instrumen-instrumen untuk menguji dan struktur-struktur terhadap mata

pelajaran. Di samping itu, guru juga haruslah dapat menciptakan pengalaman-

pengalaman belajar yang dapat mewujudkan seluruh aspek pengajaran menjadi

bermakna kepada pelajarnya. Mok (2007) berpendapat guru yang profesional

hendaklah sentiasa mengamalkan pengajaran yang efektif yang melibatkan elemen

pengajaran dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran.

Demi masa depan yang mencabar, para guru perlu lebih berkualiti kerana

corak persiapan pelajar juga dipengaruhi pemikiran dan hala tuju guru terhadap masa

depan. Seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini supaya

menjadi pendidik yang efektif (Craft, 2002). Peranan guru dapat dibincangkan dalam

sebuah model umum untuk pengajaran seperti Rajah 1.1:

Page 21: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

4

Rajah 1.1: Model Umum Pengajaran (Abdull Sukor, 2008)

Rajah 1.1 menerangkan peranan para guru, iaitu untuk mencurahkan ilmu

pengetahuan kepada para pelajar supaya pelajar dapat mempraktikkan fakta dan

konsep yang dipelajarinya dengan mengukuhkan pengetahuan sedia ada. Hasilnya

akan muncullah konsep baru yang dipanggil pengetahuan. Jika pelajar mengaplikasi

pengetahuan, maka bermakna pelajar berjaya memperoleh ilmu (Abdull Sukor, 2008).

Mengikut Ragbir Kaur (2007) menjelaskan guru yang profesional adalah guru

yang dapat mengamalkan segala kemahiran profesional yang telah diterima semasa

menjalani latihan ikhtisas. Hal ini kerana guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam

bidang perguruan yang diperakauntabilitikan untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru

yang profesional hendaklah mempunyai mutu personal yang sesuai dengan tugas dan

status guru (Sufean, 2004). Mutu personal guru termasuklah sahsiah dan sikap, minat,

kreativiti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, keyakinan, sifat-sifat kepimpinan,

pengetahuan am yang luas, sikap positif dan pencapaian istimewa yang dapat

meningkatkan profesionalisme perguruan.

Menyampaikan

pengetahuan baru asasi

seperti fakta, kemahiran,

proses

Menaksirkan implikasi

konsep dalam situasi baru

yang dipelajari pelajar

Mengukuhkan pengetahuan

baru melalui

mempraktikkan dan

membuat renungan

Membina fakta kepada yang

baru dan digabungkan

dengan konsep yang sedia

ada pelajar

Page 22: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

5

Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang

dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi

di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 16 Januari 2007 mampu

menerapkan modal insan dalam kalangan guru mahupun pelajar pada masa depan.

Penghayatan konsep pendidikan sepanjang hayat amat penting dan kejayaannya

bergantung kepada kesediaan organisasi terbabit dalam pembelajaran dan bersedia

mengamalkan budaya pembelajaran ke arah organisasi pembelajaran (Marinah, Omar

dan Khuan, 2004). Sufean (2004) bersetuju guru memerlukan kesediaan untuk

memupuk semangat dan mempunyai keberanian melaksanakan tugas serta

kepercayaan pada diri sendiri. Guru perlu bersedia menjalankan peranan yang

diperlukan oleh pelajar, masyarakat dan institusi seperti pendidik, pengajar,

pembimbing, penasihat, perunding, perujuk, pengurus, pemimpin, penyelidik, penilai

dan pelatih untuk pembangunan masyarakat.

Sektor pendidikan diberikan tanggungjawab dalam membentuk generasi yang

mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang kehidupan. Mata

pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran pravokasional yang bertujuan

untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara teori dan juga

praktikal bagi menjalankan kehidupan seharian dengan lebih bersistematik. Pada

tahun 1991, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan mata pelajaran

Kemahiran Hidup dalam KBSM kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara

yang terdiri daripada bahagian Teras dan Elektif. Mata pelajaran ini mengandungi

tujuh komponen iaitu Perdagangan dan Keusahawanan, Pertanian, Pengurusan Diri,

Kerja Kayu, Kerja Paip, Elektrik dan Elektronik, dan Kesejahteraan Keluarga

(Shahril & Habib, 1999). Pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga diwajibkan

untuk mempelajari semua komponen di dalam bahagian Teras dan salah satu

komponen yang terdapat pada bahagian Elektif.

Matlamat mata pelajaran KH adalah untuk melahirkan insan yang berdikari,

kenal faham teknologi, kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat dan sikap yakin

Page 23: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

6

diri, kreatif, inovatif, inisiatif dan produktif dan boleh berinteraksi dengan baik.

Objektif mata pelajaran tersebut adalah untuk membolehkan pelajar:

(a) Memperoleh pengetahuan dan mempertingkat kemahiran asas yang

berasaskan kenal faham teknologi untuk berfungsi secara berkesan dalam

urusan di rumah dan tempat tinggal;

(b) Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyelenggara dan membaik pulih mudah

dan menyedari potensi ke arah menjadi usahawan;

(c) Mempertingkatkan kemahiran mengendalikan urusan diri dan keluarga secara

teratur, kemas dan bertanggungjawab selaras dengan nilai dan tatasusila

masyarakat;

(d) Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan

keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau

pengeluar sejajar dengan nilai dan etika perniagaan;

(e) Mempengaruhi bidang kerjaya berkaitan dengan sektor pertanian,

perindustrian dan perkhidmatan;

(f) Mengumpul dan memproses maklumat secara sistematik dan membuat

keputusan yang bijaksana;

(g) Bertindak dengan bijak dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan

teknologi dan dunia yang sentiasa berubah;

(h) Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan

mengamalkan cara kerja yang sistematik, tabiat kerja yang selamat, sihat dan

bertanggungjawab;

(i) Mengamalkan sikap dan tabiat yang baik dan jujur terhadap sebarang kerjaya

serta menghormati dan menghargai kerjaya kolar biru; dan

(j) Menceburi diri dalam kegiatan rekreasi yang sihat dan membuat kebajikan

kepada masyarakat.

Page 24: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

7

Organisasi kandungan mata pelajaran KH terbahagi kepada dua bahagian iaitu

Teras dan Elektif. Organisasi kandungan adalah seperti Jadual 1.1:

Jadual 1.1: Organisasi Kandungan Mata pelajaran Kemahiran Hidup

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Wan Zah (2000) mendapati guru perlu mempunyai kepakaran dari

pelbagai aspek ilmu pengajaran seperti penguasaaan terhadap bidang pelajaran yang

diajar, menguasai kaedah pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar supaya proses

pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Guru memerlukan

kemahiran dan kepakaran dalam penguasaan pengajaran seperti guru mempunyai

kreativiti untuk menarik minat pelajar terhadap pengajaran, guru mahir dalam

T

E

R

A

S

Tingkatan I Tingkatan II Tingkatan III

Kemahiran Manipulatif

Perdagangan dan Keusahawanan

Kekeluargaan

E

L

E

K

T

I

F

Tingkatan I Tingkatan II Tingkatan III

Kemahiran Manipulatif Tambahan

Ekonomi Rumah Tangga

Pertanian

Page 25: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

8

menguasai isi pelajaran dan guru berupaya untuk mengawal pelajar yang terlibat

dengan masalah disiplin di sekolah.

Guru hendaklah mempunyai ilmu khususnya dalam bidang mata pelajarannya

(Esah, 2004). Guru yang berilmu didapati melalui amalannya yang banyak membaca

buku, melakukan penyelidikan, menyumbangkan idea bernas dalam sebarang

perbincangan dan mempunyai sikap berfikiran terbuka. Di samping itu, guru juga

memiliki sikap positif seperti berpandangan luas dan berfikiran terbuka kerana

sesuatu pandangan yang dikemukakan tidak ditolak sahaja malah difikirkan

kewajarannya. Mengikut Parkay (1990) dalam Esah (2004) sebagai seorang guru

perlu mempunyai sikap suka mengajar atau a love for teaching, iaitu sayangkan

pelajar, sayang mata pelajaran yang diajar malah meyakininya, sayangkan kehidupan

sebagai guru dan sukakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat banyak rungutan daripada guru-guru di dalam media massa

mengenai objektif mata pelajaran KH dalam KBSM pada permulaan pelancaran mata

pelajaran ini. Pendedahan pengajaran daripada guru yang mempunyai pelbagai

opsyen sudah tentu memberi kesan yang berbeza kepada pelajar dan turut memberi

kesan yang kurang baik terhadap sistem pendidikan negara (Ramlah, 1992). Di

samping itu, guru juga menghadapi masalah tidak mempunyai keyakinan untuk

mengajar KH dan terdapat guru yang mempunyai sikap yang sukar untuk

menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sistem pendidikan.

Berdasarkan kepada kajian Azizi (2007) menunjukkan tahap keyakinan guru

yang mengajar KH berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam sukatan memperoleh

tahap keyakinan tinggi, sederhana dan rendah. Dapatan menunjukkan guru

mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam pengurusan diri, kekeluargaan,

kemahiran pertanian, perkebunan, dan perdagangan dan juga keusahawanan kerana

guru mempunyai kemahiran untuk mengajar topik-topik tersebut dan seterusnya

mempunyai keyakinan terhadap topik yang diajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap

keyakinan yang sederhana dalam pengajaran adalah rekacipta, kerja kayu, enjin dan

Page 26: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

9

lukisan teknik. Kajian oleh Azizi (2007) juga mendapati guru mempunyai tahap

keyakinan yang rendah dalam pengajaran elektronik dan kerja asas paip. Hal ini

kerana kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran untuk mengajar mengikut

topik-topik yang terdapat dalam sukatan KH dan juga terdiri daripada guru yang

bukan bidang Teknik dan Vokasional.

Sufean (2004) berpendapat program pendidikan guru yang bermutu hendaklah

mampu menghasilkan guru yang bermutu dan berkualiti, iaitu guru profesional dari

segi kemahiran, ilmu pengetahuan dan sikap. Program pendidikan guru dilaksanakan

selari dengan objektif komponen ikhtisas iaitu membina kemahiran, sikap dan

pengetahuan asas perguruan meliputi aspek teori dan amali seperti yang terdapat

dalam Rajah 1.2:

Page 27: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

10

Rajah 1.2: Kurikulum Pendidikan Guru (Sufean, 2004)

Kurikulum Perguruan

Komponen Ikhtisas

Komponen Akademik

Komponen

Perkembangan

Diri Teori

Kursus

Kaedah

Aktiviti Kokurikulum

Rekreasi

dan

Kesenian

Kursus

Pilihan

Amali

Sikap

- Psikologi - Sosiologi

- Falsafah

Pendidikan - Bahasa

- Teknologi

-Pendidikan di Malaysia

- Pengajaran

Mikro

- Latihan Mengajar

- Seminar

- Bengkel

- Pelbagai mata

pelajaran

utama dalam

kurikulum sekolah

termasuk

Agama Islam dan

mata

pelajaran vokasional

- Pelbagai kursus

pilihan

termasuk mata

pelajaran

Sivik, Pendidikan

Moral dan

Pendidikan

Jasmani

- Pendidikan

Seni - Kegiatan

Luar

- Muzik

- Kegiatan

- Persatuan

Uniform -Bukan

Beruniform

dan Sukan

Objektif

Membina

kemahiran, sikap

dan pengetahuan asas perguruan

meliputi aspek teori

dan amali

Objektif

Membina pengetahuan

mendalam „subject matter‟

untuk membolehkan guru berkeyakinan dalam

pengajian sesuatu mata

pelajaran

Objektif

Membina kemahiran

mengendalikan

kegiatan sukan dan kokurikulum serta

kemahiran bersosial

Page 28: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

11

Pelbagai kajian yang diusahakan untuk mengenal pasti unsur-unsur bagi

mewujudkan pengajaran efektif. Tumpuan dan fokus kajian berpusat pada sifat-sifat

diri guru, kelakuan guru dan sikap guru ataupun melalui penilaian daripada

penyelidik, pelajar, pentadbir sekolah, ibu bapa, guru unggul (master teacher), guru

pelatih dan guru itu sendiri tentang proses pengajaran, kesan semerta pembelajaran

atau prestasi pelajar dalam peperiksaan. Menurut Tuan (2006) menjelaskan guru yang

cemerlang adalah guru yang mempunyai sikap positif terhadap pengajaran dan

memahami mata pelajaran pengkhususan yang menjadi subek teras yang diajar serta

mempunyai keyakinan diri dalam pengajarannya. Sebaliknya guru yang tidak

mempunyai pengetahuan yang luas dan memiliki kemahiran yang rendah dalam

pengajaran akan menyebabkan guru itu bersikap negatif dan mempunyai keyakinan

yang rendah terhadap pengajarannya.

Guru-guru perlu membaiki dan meningkatkan teknik pengajaran, penggunaan

alat bantuan mengajar dan pendekatan pengajaran dalam pengajaran dan

pembelajaran (Shahril & Habib, 1999). Di samping itu, guru hendaklah mempunyai

sikap yang positif dalam pengamalan pengajaran supaya dapat menyampaikan ilmu

pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar bagi mewujudkan keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Guru mestilah mengetahui kandungan

kurikulum setiap mata pelajaran yang disediakan oleh pihak kementerian (Tuan,

2006). Penguasaan kurikulum dan tema-tema yang dipilih perlu dikuasai oleh setiap

guru secara mendalam dan menyeluruh supaya dapat menjamin keberkesanan dalam

pengajaran semasa di dalam kelas.

Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) guru perlu bersedia dalam

memahami lebih jelas mengenai konsep bersepadu dan objektif mata pelajaran supaya

dapat mewujudkan pengajaran yang berkesan. Guru perlu menguasai teknologi yang

sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan meningkatkan ilmu pengetahuan bagi

menangani masalah perubahan dalam inovasi. Abu Bakar (2004) menyatakan tugas

guru adalah sentiasa meningkatkan wawasan ilmu pengetahuan, meningkatkan kualiti

Page 29: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

12

pendidikannya supaya pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan kemajuan

zaman.

Menurut Abdull Sukor (1998) menyatakan institusi pendidikan banyak

membuat kajian untuk mengukur penguasaan kemahiran asas yang dimiliki oleh guru

dan melibatkan tingkah laku pengajaran yang berkesan. Namun, masih tidak terdapat

ujian khusus atau melibatkan kaedah penilaian guru yang boleh dipercayai dan

mempunyai kesahan untuk mengukur kepercayaan guru. Abdull Sukor (2008) juga

mempersoal dalam penulisannya sama ada guru-guru yang mempunyai pengetahuan

yang lebih terhadap subjek yang diajar mempunyai kesan yang positif terhadap

pelajar mereka.

Namun dapatan tentang pengetahuan guru dari segi fakta dan konsep,

hubungan antara kedua-duanya tidak begitu jelas. Walaupun seseorang guru

mempunyai pengetahuan lebih banyak mengenai fakta dan konsep tentang subjek

mereka tetapi tidak semestinya pelajar akan mempunyai pengetahuan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, guru yang mempunyai pengetahuan yang lebih banyak akan

dapat menjelaskan sesuatu perkara dengan lebih baik. Fang (1996) menerangkan

kepercayaan atau falsafah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dapat memberi

impak yang besar dan juga mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran.

Pegangan kepercayaan ini juga bukan sahaja mempengaruhi cara dan

tindakan guru semasa mengajar pelajar malah bagaimana pembentukkan tafsiran

mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran. Solomon, Battistich dan Hom (1996)

membuktikan kenyataan Fang adalah benar kerana mengikut kajian yang telah

dilakukan terhadap persepsi dan strategi pengajaran guru ke atas perbezaan latar

belakang ekonomi dalam kalangan pelajar. Mengikut Shouse (1996) menyatakan

rumusan berdasarkan kajian yang dilakukan adalah kepercayaan atau keyakinan yang

dipegang oleh seseorang guru memberi kesan yang mendalam kepada pembentukkan

sikap guru tersebut.

Page 30: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

13

“The impact of a teacher‟s attitude toward teaching, toward students, and

toward learning is profoundly more significant than any degree learned or

subjected mastered.”(Witham, 1993)

Kepercayaan individu mengikut kelas jangkaannya mempengaruhi dalam

mengelaskan keberkesanan diri dengan tingkah laku manusia (Coladarci, 1992).

Jangkaan kelas pertama adalah jangkaan hasil. Jangkaan ini menunjukkan individu itu

akan menjangkakan tingkah laku yang diberikan menghasilkan keputusan tertentu.

Jangkaan kelas kedua pula adalah memberikan keyakinan bahawa boleh berjaya

dengan pelaksanaan tingkah laku yang diingini untuk menghasilkan sesuatu

keputusan (outcome). Oleh itu, keberkesanan diri guru merujuk kepada keyakinan diri

yang dipamerkan oleh guru bahawa beliau dapat menguasai mata pelajaran diajar dan

berkebolehan mengajar dengan baik.

Abdull Sukor (2008) menjelaskan guru perlu sentiasa bersedia berhadapan

dengan tekanan untuk menguasai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang

akan mereka ajar. Hal ini kerana guru pada masa kini memerlukan seseorang yang

mempunyai maklumat yang banyak dan perlu bertindak balas terhadap perubahan

yang berlaku terutama terhadap matlamat pendidikan yang semakin luas di samping

jangkaan masyarakat yang semakin tinggi terhadap peranan sekolah. Guru ini lebih

cenderung untuk mempercayai bahawa pengajaran dapat dijalankan dengan baik

apabila mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk dipraktikkan semasa mengajar.

Menurut kajian Woofolk, Rosoff dan Hoy (1990) mengenai keberkesanan diri

guru mendapati keberkesanan diri guru mempunyai hubungan yang erat dengan sikap

dan kelakuan mengawal kelas. Guru yang mempunyai tahap keberkesanan diri yang

tinggi mempunyai sifat lebih yakin terhadap mata pelajaran yang diajar dan

mempunyai penguasaan kelas yang baik. Seterusnya, keadaan dalam kelas lebih

tenang dan wujud hubungan mesra antara guru dan pelajar. Oleh itu, sikap dan

keyakinan guru terhadap pengajaran amat penting untuk diberi perhatian kerana

Page 31: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

14

anjakan kepercayaan secara paradigmatik akan merubah gaya pengajaran guru (Wan

Zah, 2000).

1.3 Pernyataan Masalah

Guru yang mempunyai sikap sambil lewa dan tidak menguasai pengajaran

akan membawa masalah dalam sistem pendidikan negara (Samsudin, 2004). Guru

perlulah mengamalkan sikap yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran kepada

pelajar. Menurut Tuan (2006) menyatakan guru mestilah menguasai isi-isi pelajaran

dan yakin supaya pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik dan

sempurna. Banyak kajian dilakukan tentang konsepsi guru terhadap pengajaran dan

pembelajaran (Martin & Balla, 1991; Dall’ Alba, 1990; Pratt, 1992; Samuelowicz &

Bain, 1992 dan Bruce & Gerber, 1995).

Berdasarkan kenyataan Robiah (1998) bahawa sistem pendidikan negara

memerlukan pendidik yang mempunyai keyakinan pada pengajaran, memiliki

kekuatan untuk menghadapi cabaran dan pembaharuan dalam sistem pendidikan dan

menjalankan tugas dengan baik dengan menerapkan sikap yang produktif untuk

memperkembang potensi diri. Oleh yang demikian, pengkaji menjalankan kajian ini

adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran

kemahiran hidup di sekolah menengah zon Skudai dan Nusajaya, Johor. Dengan

adanya kajian ini diharapkan dapat dilakukan perkara-perkara yang membantu

meningkatkan pencapaian bidang pendidikan.

Page 32: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

15

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru

yang terhadap pengajaran kemahiran hidup bagi tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

Secara khususnya objektif kajian ini ialah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup

dalam aspek teori.

1.4.2 Mengenalpasti tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup

dalam aspek amali.

1.4.3 Mengenalpasti sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup.

1.4.4 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam tahap keyakinan di antara

guru opsyen dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup.

1.4.5 Mengenalpasti perbezaan yang signifikan dalam sikap di antara guru opsyen

dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup.

1.5 Persoalan Kajian

Menurut Azizi (2007), persoalan kajian adalah saranan sementara yang

menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah.

Berdasarkan objektif kajian, terdapat beberapa persoalan utama yang ditekankan

untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran

hidup.

Page 33: TAHAP KEYAKINAN DAN SIKAP GURU TERHADAP · PDF filetahap keyakinan dan sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup di sekolah menengah zon skudai dan nusajaya, johor wan nur izzati

16

Antaranya seperti berikut :

1.5.1 Apakah tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup

dalam aspek teori?

1.5.2. Apakah tahap keyakinan guru terhadap pengajaran kemahiran hidup

dalam aspek amali?

1.5.3 Apakah sikap guru terhadap pengajaran kemahiran hidup?

1.5.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap keyakinan di antara

guru opsyen dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam sikap di antara guru opsyen

dan guru bukan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup?