satu kajian kes tahap kesedaran terhadap · pdf filekemahiran generik dalam usaha melahirkan...

26
SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) ERDIANA BINTI TIMMONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lynga

Post on 05-Mar-2018

255 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN

KEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN

CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

ERDIANA BINTI TIMMONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa
Page 3: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa
Page 4: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

i

KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP KEPENTINGAN

KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

ERDIANA BINTI TIMMONG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa
Page 6: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

iii

Ku abadikan halaman ini istimewa buat

Suami tercinta Muhamad Shah Bin Lahame

Segala pengorbanan, Semangat dan keihklasan yang dikau berikan Amat berharga buat diriku,

Ku amat menyayangimu kerana dikau sungguh memahamiku....

.....Buat Ibunda tersayang Fatimah sham Lapodang Kasih dan sayangmu mengiringi setiap detik perjuanganku

Ku doakan semoga bonda sentiasa sihat sejahtera dan dipanjangkan umur oleh-Nya....

.....Buat Ayahanda tercinta Rojain Jalalin Jasa dan baktimu serta pengorbananmu hanya demi anakmu yang tercinta

Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan Ku doakan agar dikau sentiasa diberkati oleh-Nya dan diberikan hidayah....

....Putera-puteraku yang tersayang

Muhammad Abdul Rahman dan Muhammad Abdul Rahim Kehadiran kalian sentiasa menceriakan hidupku, tangis dan tawa kalian sentiasa

memberikanku semangat untuk meneruskan perjuangan Wahai Anak-anakku, Mama sentiasa menyayangi kalian berdua hingga akhirnya....

......Serta Tidak dilupa ahli keluarga yang disayangi

Dengan iringan doa, dorongan serta pengorbanan tulus ikhlas kalian Sentiasa mengiringi setiap langkah perjuanganku menuju mercu kejayaan...

....Juga buat teman-teman seperjuangan yang dihormati Memori indah bersama kalian tidak mungkin terlupakan

dari sudut ingatanku yang paling dalam.....

.....Selamat menempuh hidup yang penuh cabaran Dan semoga kalian sentiasa diiringi dengan kesabaran dan tawakkal kepadaNya....

Page 7: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t diatas limpah kurnia-Nya maka

saya dapat menyempurnakan penyelidikan ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah penyelia saya, Puan Adibah Binti

Abdul Latif yang tidak pernah jemu membantu dan memberi nasihat dalam membantu

saya serta memberi tunjuk ajar. Bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh

penyelidikan tesis ini tidak akan saya lupakan.

Buat suami yang tercinta Muhamad Shah Bin Lahame terima kasih atas segala

dorongan dan sokongan yang diberikan serta terima kasih kerana sentiasa memahami

kesibukkanku. Dan buat putera-puteraku yang tercinta Muhammad Abdul Rahman dan

Muhammad abdul Rahim kehadiran kalian disisiku sentiasa memberikan mama semangat

untuk teruskan perjuangan.

Tidak dilupa kepada kedua ayahanda dan bonda, En. Rojain dan Puan Hajah

FatimahSham,serta keluarga. Terima kasih atas semangat yang diberikan. Begitu juga

kepada rakan-rakan yang sentiasa ada disisi dan sentiasa memahami.

Penghargaan sekalung budi juga ditujukan kepada semua yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek

penyelidikan ini.

Page 8: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesedaran terhadap kepentingan

kemahiran generik di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan. Kajian ini

memfokuskan kepada lapan jenis kemahiran generik yang digariskan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan

teknologi dan kemahiran menyelesaikan masalah. 100 orang (N=100) pelajar tahun akhir

dari lima bidang kursus iaitu Matematik, Sains, Kimia, Fizik dan Kemahiran Hidup

dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Satu set soal selidik digunakan untuk

mengumpul data kajian dan dianalisis dengan bantuan Statistical Packages For Social

Sciences (SPSS versi 10.0 untuk Window). Item-item soal selidik yang telah dibina telah

disemak oleh seorang pakar di Fakulti Pendidikan berdasarkan prinsip kesahan gagasan.

Kajian rintis turut dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan soal selidik

dan dapatan nilai yang diperolehi adalah 0.914. Statistik deskriptif digunakan untuk

menganalisis data. Hasil analisis deskriptif mendapati tahap kesedaran responden

terhadap kelapan-lapan jenis kemahiran generik tersebut berada pada tahap rendah.

Dalam kajian ini pengkaji ada menyatakan beberapa cadangan yang boleh digunakan

untuk kajian yang akan datang.

Page 9: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to examine the levels of awareness towards

Importance of generic skills among final year students of Faculty of Education. The

generic skills was stated from Ministry Of Education (KPM) that emphasized eight types

of generic skills such as communication skill, using technology skill and problem solving

skill. One-hundred (N=100) final year students from five courses are Mathematic,

Science, Chemistry, Physic and Life Skill. A set of questionnaire was used to gather all

data related to the study and Statistical Packages for Social Sciences (SPSS version 10.0

for Windows) was used to analyze the data. All items in the questionnaire were verified

by an expert in the Faculty of Education based on the principle of construct validity. The

pilot study was carried out to determine the reliability of the items and analysis indicated

the degree of reliability was 0.914. Descriptive statistics were used to analyze the

gathered data. Based on the descriptive analyses, results showed that the respondents’

levels of preparation were at low levels for all type of those generic skills. In this

research, the researcher stated some recommendations that can be used for further

research.

Page 10: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMRIRAN xiv

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan / Skop Kajian 9

1.8 Kerangka Konsep 10

Page 11: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

viii

1.9 Definisi Istilah 11

1.10 Penutup 16

BAB II SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Kepentingan Kemahiran Generik 18

2.3 Kemahiran-kemahiran Generik yang Penting 20

2.4 Penutup 33

BAB III METODOLOGI 34

3.1 Pendahuluan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Sampel Kajian 36

3.4 Instrumen Kajian 36

3.5 Kajian Rintis 38

3.6 Prosuder kajian 39

3.7 Analisis Data 40

3.8 Kesimpulan 40

Page 12: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

ix

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 41

4.1 Pendahuluan 41

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 43

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 43

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Kaum 43

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bidang

Kursus 44

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Mula

Menyedari Tentang Kemahiran Generik 44

4.3 Penganalisaan Data Menurut Persoalan Kajian 45

4.3.1 Persoalan 1: Bagaimanakah tahap

kesedaran pelajar Fakulti

Pendidikan, UTM tentang

kepentingan kemahiran

generik 46

4.3.2 Persoalan 2: Apakah bentuk

kemahiran-kemahiran generik

yang diamalkan di kalangan

pelajar Fakulti Pendidikan,

UTM 49

4.3.3 Persoalan 3: Adakah tenaga pengajar

di Fakulti Pendidikan, UTM

menerapkan kemahiran-kemahiran

generik kepada pelajar melalui

mata pelajaran yang diajar 55

4.4 Analisis Keseluruhan dan Kesimpulan 60

4.5 Penutup 61

Page 13: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 62

5.1 Pendahuluan 62

5.2 Perbincangan 62

5.2.1 Persoalan 1: Bagaimanakah tahap

kesedaran pelajar Fakulti

Pendidikan, UTM tentang

kepentingan kemahiran

generik 63

5.2.2 Persoalan 2: Apakah bentuk

kemahiran-kemahiran generik

yang diamalkan di kalangan

pelajar Fakulti Pendidikan,

UTM 64

5.2.3 Persoalan 3: Adakah tenaga pengajar

di Fakulti Pendidikan, UTM

menerapkan kemahiran-kemahiran

generik kepada pelajar melalui

mata pelajaran yang diajar 65

5.3 Rumusan 66

5.4 Cadangan 68

5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 70

5.6 Penutup 71

RUJUKAN 72

Page 14: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala likert 37

3.2 Taburan item bagi persoalan kajian mengikut 38

aspek yang dikaji

3.3 Pekali Alpha Cronbach. 39

4.1 Pemeringkatan skala lima mata 42

4.2 Taburan responden mengikut jantina 43

4.3 Taburan responden mengikut kaum 43

4.4 Taburan responden mengikut bidang kursus 44

4.4 Taburan responden mengikut mula menyedari

tentang kemahiran generik 44

4.5 Julat skor min 45

4.7 Analisis Kajian Deskriptif Tahap Kesedaran Pelajar 46

Fakulti Pendidikan, UTM Tentang Kemahiran

Generik.

4.8 Analisis Kajian Deskriptif BentukKemahiran-Kemahiran

Generik Yang Sentiasa Diamalkan Di Kalangan

Pelajar fakulti Pnedidikan, UTM. 49

4.9 Analisis Kajian Deskriptif Kemahiran-kemahiran

Generik Yang Diterapkan Kepada Pelajar Oleh Tenaga

Pengajar Di Fakulti Pendidkan, UTM. 55

4.10 Nilai Purata Min bagi setiap Kemahiran Generik

Yang Sentiasa Di Amalkan oleh Pelajar Tahun

Akhir Fakulti Pendidikan,UTM. 60

Page 15: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

1.1 Kerangka Konsep Bidang Kajian 10

Page 16: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

xiii

SENARAI SINGKATAN

ICT Teknologi Komunikasi Maklumat

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Surat pengesahan pakar bidang 75

B Contoh set soal selidik 76

.

Page 18: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di dalam zaman moden ini, semua negara di seluruh dunia sedang berusaha

untuk mencapai kemajuan negara melalui sektor ekonomi, sosial dan politik. Usaha ini

seiring dengan usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan terutama sekali diperingkat

pengajian tinggi awan dan swasta ( IPTA dan IPTS) yang berperanan melahirkan para

graduan yang bakal memimpin dan menerajui negara pada masa akan datang.

Sehubungan dengan itu negara memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kepakaran

dan kemahiran yang tinggi tidak kira dalam bidang apa sekalipun, sama ada bidang

pendidikan, perindustrian, perkilangan dan sebagainya. Sebagai graduan yang dianggap

sebagai bakal pemimpin negara, adalah tidak cukup lengkap dengan segulung ijazah

untuk menawarkan diri ke alam pekerjaan. Ini kerana, pelbagai kriteria kini

dititikberatkan oleh pelbagai agensi pekerjaan dalam menawarkan jawatan-jawatan

tertentu disamping kebanyakan pekerjaan yang bukan sahaja memerlukan pengetahuan

semata-mata bahkan pengalaman serta kemahiran yang tinggi.

Page 19: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

2

Menurut Mustafa (2005), seramai 80,000 graduan didapati menganggur sehingga

September lepas. Menurut beliau, antara punca masalah ini ialah keengganan para

graduan untuk mengubah sikap mereka yang hanya inginkan pekerjaan setaraf dengan

ijazah masing-masing disamping pertambahan bilangan graduan disamping terhadnya

peluang pekerjaan, menyebabkan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan amat sulit.

Peluang pekerjaan yang terhad bukannya penghalang untuk para graduan dan

bakal graduan untuk melangkahkan kaki ke alam pekerjaan. Ini adalah satu pendorong

untuk bakal-bakal graduan khususnya untuk mempertingkatkan lagi kualiti diri mereka

dari segi pengalaman dan kemahiran. Ini kerana kebanyakan agensi-agensi pekerjaan

kini, beraggapan bahawa para graduan yang telah tamat pengajian hanyalah dilengkapi

dengan ilmu pengetahuan semata-mata, dan mereka lebih berminat untuk mengambil

pekerja-pekerja yang telah mempunyai pengalaman dan kemahiran walaupun tidak

berpendidikan tinggi bagi memudahkan proses kerja.

Oleh sebab itulah, pentingnya latihan praktikal yang diberikan kepada bakal-

bakal graduan sebelum menamatkan pengajian, agar mereka dapat memperolehi

pengalaman serta kemahiran sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

Contohnya seperti pelajar yang mengambil kursus pendidikan, sebelum menamatkan

pengajian dan menjadi guru yang sebenar, mereka telah dihantar untuk melakukan

latihan mengajar sebanyak dua kali di sekolah-sekolah yang terpilih, ini adalah bertujuan

untuk memberikan mereka sedikit pengalaman dan kemahiran sebelum memasuki alam

pekerjaan yang sebenar sebagai seorang pendidik.

Walau bagaimana, kesedaran terhadap kepentingan pengalaman dan kemahiran

perlu dipupuk dikalangan pelajar dan perlu diamalkan sebelum mereka menjadi graduan

dan memasuki alam pekerjaan. Di sini dapat kita lihat bahawa, proses pengajaran yang

berkesan itu sendiri adalah pengajaran yang dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dan

kemahiran. Ini kerana, untuk menjadi seorang graduan yang dikatakan cemerlang

perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta sedikit pengalaman.

Page 20: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

3

Kemahiran adalah salah satu aspek terpenting bukan sahaja terhadap pelajar

universiti bahkan pelajar-pelajar sekolah umumnya. Ini kerana kemahiran bukan sahaja

dapat menunjukkan ciri-ciri kebolehan kita bahkan ia amat berguna dalam membantu

kita dalam proses pembelajaran yang berkesan. Bagi bakal graduan kemahiran yang

mereka miliki akan menunjukkan keprofesionalan mereka dalam bidang yang mereka

ceburi.

Terdapat banyak sekali kemahiran yang boleh kita perolehi, sama ada secara

langsung mahupun tidak langsung. Sekurang-kurangnya sebagai bakal graduan

lepasan universiti, kita haruslah memiliki kemahiran-kemahiran yang lebih dikenali

sebagai "kemahiran generik", iaitu kemahiran yang bersifat fungsional dan adaptif untuk

menjadi seorang pekerja yang cekap dan produktif tidak kira apa bidang sekalipun yang

kita ceburi. Kemahiran generik adalah kemahiran utama yang perlu ada pada para pelajar

dalam melaksanakan tugas dengan lebih sempurna. Ia merupakan persediaan bagi

membolehkan bakal graduan umumnya menyesuaikan diri dan berjaya melaksanakan

tugas di dunia pekerjaan yang di ceburinya kelak.

Dalam dunia pendidikan di Malaysia, antara kemahiran generik yang

dikenalpasti perlu untuk pelajar ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat,

kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik, kemahiran memahami budaya,

kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan dan kemahiran menggunakan

teknologi. Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi kemahiran generik yang boleh kita

terapkan dalam diri kita. Kemahiran-kemahiran generik yang disebutkan di atas adalah

bersesuaian dengan usaha kerajaan untuk melahirkan bakal garaduan yang cemerlang

bukan sahaja dari segi akademik bahkan kurikulum.

Page 21: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

4

1.2 Latar Belakang Kajian

Memandangkan Malaysia kini memasuki abad ke-21, pembangunan sumber

manusia akan terus menjadi strategi utama bagi memastikan semua rakyat yang

berkongsi kemakmuran negara dan membangunkan tenaga buruh yang dinamik dan

mampu bersaing di peringkat dunia. Pembangunan negara yang berasaskan

pengetahuan disertai dengan kemunculan teknologi baru dan globalisasi akan

mempengaruhi arah aliran pertumbuhan permintaan terhadap kemahiran dan kepakaran

yang dapat membawa kepada peningkatan pendapatan semua rakyat.

Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad (2001) menekankan bahawa, bagi menghadapi

cabaran globalisasi, rakyat malaysia perlu dilengkapkan dengan asas pendidikan dan

latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan

berkomunikasi dan menguasai bahasa. Berikutan dengan itu, satu isu telah dibangkitkan

dimana beliau mengatakan bahawa bukanlah mudah untuk kita berdepan dengan dunia

pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks keperluannya. Dengan memiliki

segulung sijil diploma ataupun ijazah belum pasti seseorang itu dapat meraih pekerjaan.

Di samping kelayakan akademik, sesorang itu perlu memiliki ketrampilan yang baik,

mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman (Esa, 2000).

Esa (2000) berpendapat, antara kemahiran yang perlu dimantapkan sejak zaman

ramaja ialah kemahiran berbahasa. Beliau mengatakan siswazah yang ingin meraih

pekerjaan perlu mahir dalam pelbagai bahasa bukan sekadar fasih dan mahir dalam

Bahasa Melayu, malah fasih dan mahir dalam Bahasa Inggeris dan satu bahasa ketiga

seperti Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan Bahasa Prancis.

Isu yang timbul pada masa kini ialah kurangnya ketrampilan berkomunikasi di

kalangan sesetengah siswazah. Esa (2000) mengatakan, selain menguasai kemahiran

bahasa, remaja juga perlu menguasai kemahiran berkomunikasi. Komunikasi ialah seni

Page 22: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

5

memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang seperti

yang dijelaskan oleh Dr. Sulaiman Masri, di dalam buku yang berjudul Komunikasi

Berkesan (1997). Kemahiran Berkomunikasi adalah antara prasyarat penting dalam

dunia pekerjaan dan hal ini biasanya akan diuji ketika temuduga. Kemahiran yang perlu

dikuasai oleh seseorang ialah kemahiran kepimpinan, kemahiran membuat keputusan,

kemahiran pengurusan masa, kemahiran matematik yang asas dan kemahiran berfikir

secara kreatif dan kritis. Ini adalah antara beberapa kemahiran asas yang penting yang

perlu dikuasai oleh seseorang sebelum melangkah ke dunia kerjaya yang serba

mencabar.

Satu kajian telah dibuat oleh Conference Board oF Canada dan didapati bahawa

majikan-majikan di Canada amat menitikberatkan tentang kemahiran-kemahiran asas

yang dikenali sebagai kemahiran generik di kalangan pekerja-pekerjanya. Sesebuah

sektor pekerjaan tidak kiralah kecil, sederhana atau besar, ia memerlukan kemahiran

yang sepatutnya. Kemahiran generik dalam sesuatu pekerjaan dirasakan perlu kerana

kemahiran itu merupakan kemahiran umum yang sepatutnya ada dalam diri seseorang

(Kamus Dewan, 2000). Antara kemahiran generik yang ada ialah kemahiran

berkomunikasi, kemahiran menggunakan komputer, kemahiran bekerja dengan orang

lain dalam kumpulan, kemahiran menggunakan nombor, kemahiran memahami budaya,

kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran

kepimpinan, tabiat kerja yang baik dan mempunyai nilai etika dan moral serta hormat-

menghormati.

Tidak semua orang mahir dalam kemahiran generik yang dinyatakan di atas,

bagi mendapatkannya ia perlulah diterapkan semasa seseorang itu masih di sekolah lagi.

Dalam konteks ini pengkaji hanya mengkaji tahap kesedaran pelajar Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap kepentingan kemahiran

generik untuk menjadi bakal graduan yang cemerlang agar dapat memperlengkapkan

diri di alam pekerjaan setelah tamat pengajian.

Page 23: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

6

Pada masa kini pihak kerajaan sedang berusaha dengan lebih giat untuk

memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada seluruh rakyat terutama sekali kepada

para remaja yang mana mereka amat diperlukan untuk menjayakan rancangan negara

bagi mencapai wawasan 2020. Oleh yang demikian, banyak pusat latihan telah

ditubuhkan oleh pihak kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi memenuhi hasrat

tersebut. Hal ini disokong oleh pendapat YB Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad (April

2002), di mana pada masa hadapan, Malaysia amat memerlukan tenaga mahir kerana

'trend' pekerjaan pada masa hadapan lebih berorientasikan kemahiran, tidak kira apa

bentuk sekalipun pekerjaan tersebut, sama ada bidang pendidikan, perindustrian,

perkilangan dan sebagainya. Beliau turut menyatakan bahawa tenaga kerja perlu

mempunyai kemahiran, inovatif, kreatif serta berketrampilan. Jelas beliau lagi, kerajaan

sedar dan maklum bahawa aset yang paling berharga yang dimiliki oleh sesebuah negara

ialah muda-mudi dan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran yang pelbagai (multi-

skills).

Oleh itu, kajian ini dirasakan dapat membantu pelajar yang merupakan bakal

graduan untuk mengenalpasti kemahiran generik yang perlu ada dalam diri mereka bagi

memenuhi kehendak bidang pekerjaan yang akan mereka ceburi kelak. Pengkaji juga

ingin mengenalpasti tahap kesedaran para pelajar Fakulti Pendidikan UTM mengenai

kepentingan kemahiran generik dan menenalpasti kemahiran-kemahiran generik yang

selalu diamalkan di kalangan bakal graduan. Pengkaji juga ingin mengetahui cara

pensyarah atau tenaga pengajar menerapkan kemahiran generik serta langkah-langkah

yang diambil untuk memantapkan lagi kemahiran generik dalam diri bakal graduan

umumnya.

Page 24: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

7

1.3 Pernyataan Masalah

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menekankan bahawa bagi

menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia perlu dilengkapkan dengan asas

pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum

termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap

kesedaran pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

terhadap kepentingan kemahiran generik, apakah jenis kemahiran generik yang

selalu mereka amalkan dan adakah tenaga pengajar di Fakulti Pendidikan

menerapkan kemahiran tersebut dalam pengajarannya.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif. Antara objektif yang

dimaksudkan adalah seperti yang berikut:

1.4.1 Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar Fakulti Pendidikan, UTM tentang

kepentingan kemahiran generik.

1.4.2 Mengenal pasti kemahiran-kemahiran generik yang diamalkan di

kalangan pelajar Fakulti Pendidikan, UTM.

1.4.3 Mengenal pasti kemahiran-kemahiran generik yang diterapkan oleh

tenaga pengajar di Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 25: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

8

1.5 Persoalan Kajian

Untuk memastikan pengkaji mendapat jawapan pernyataan masalah yang

disebutkan tadi. Terdapat beberapa persoalan yang wujud dalam kajian ini antaranya :

1.5.1 Bagaimanakah tahap kesedaran pelajar Fakulti Pendidikan, UTM tentang

kepentingan kemahiran generik?

1.5.2 Apakah bentuk kemahiran-kemahiran generik yang diamalkan di

kalangan pelajar fakulti pendidikan, UTM?

1.5.3 Adakah tenaga pengajar di Fakulti Pendidikan, UTM menerapkan

kemahiran-kemahiran generik kepada pelajar melalui mata pelajaran yang

diajar?

1.6 Kepentingan Kajian

Pengkaji merasakan kajian seumpama ini penting dan perlu dilakukan, kegunaan

khasnya kepada bakal-bakal graduan lepasan IPTA dan IPTS dalam mempersiapkan diri

mereka di alam pekerjaan kelak, agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan

tesebut.Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran sebenar tentang

kepentingan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar universiti khususnya, yang

akan diperlukan apabila mereka tamat pengajian kelak dan memudahkan mereka untuk

melangkahkan kaki ke alam pekerjaan.

Page 26: SATU KAJIAN KES TAHAP KESEDARAN TERHADAP · PDF fileKEMAHIRAN GENERIK DALAM USAHA MELAHIRKAN GRADUAN CEMERLANG DI KALANGAN PELAJAR FAKULTI ... Wahai Anak-anakku, ... Serta Tidak dilupa

9

Justeru itu, kajian ini dirasakan wajar untuk dijalankan supaya hasilnya boleh

membantu bakal-bakal graduan yang akan keluar kelak dilengkapi dengan bukan sahaja

ilmu pengetahuan bahkan kemahiran-kemahiran yang seharusnya. Kemahiran generik ini

boleh digunakan untuk pelajar-pelajar bukan sahaja untuk tujuan mencari pekerjaan

apabila telah menjadi graduan, tetapi ia juga boleh dijadikan amalan kepada para pelajar

di peringkat universiti ataupun sekolah untuk tujuan meningkatkan lagi proses

pembelajaran.

1.7 Batasan / Skop Kajian

Kajian ini akan menfokuskan kepada pelajar tahun akhir pengajian yang terdiri

daripada kursus Matematik, Sains, Kimia, Fizik dan Kemahiran Hidup di Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini meliputi 100 orang responden

yang dipilih secara persampelan rawak berstrata Dalam kajian ini pengkaji hanya

mengkaji lapan jenis kemahiran generik anataranya kemahiran berkomunikasi,

kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran

memimpin. Aspek yang dikaji adalah mengenai tahap kesedaran terhadap kepentingan

kemahiran generik di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan. Selain itu, pengkaji juga ingin

mengetahui apakah jenis-jenis kemahiran generik yang sentiasa diamalkan oleh pelajar

dan adakah tenaga pengajar di Fakulti Pendidkan menerapkan kemahiran-kemahiran

generk tersebut dalam pengajarannya.