tinjauan terhadap permasalahan dalam … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri...

21

Upload: dotuong

Post on 07-Apr-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala
Page 2: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala
Page 3: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM PENYENGGARAAN

BENGKEL KEMAHIRAN MANIPULATIF SEKOLAH-SEKOLAH

MENENGAH DI DAERAH PAPAR, SABAH.

JASRI ABDULLAH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2004

Page 4: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala
Page 5: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

DEDIKASI

Kepada,

Ayah dan ibu tercinta

Serta keluarga tersayang.

Terima kasih di atas segala pengorbanan dan sokongan

Kalian di dalam menyiapkan kajian ini.

Page 6: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

PENGHARGAAN

Sebagai pembuka bicara, rasa kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, Allah S.W.T.

kerana memberikan kesempatan kepada penulis menyiapkan penulisan ini seadanya.

Tidak dilupakan jua kepada Junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabatnya.

Sekalung budi juga dihulurkan kepada pensyarah pembimbing, Prof. Dr. Abu Bakar

Hj. Hashim kerana memberi kerjasama yang padu serta dorongan yang akan dijadikan

panduan untuk penulisan di masa hadapan. Segala ilmu dan kemahiran yang diberi akan

digunakan sebaik mungkin.

Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan

UTM serta semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi

memohon sepuluh jari memohon kemaafan dan ucapan terima kasih tidak terhingga.

Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat keberkatan dariNya.

Page 7: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan yang dihadapi oleh

guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di dalam penyenggaraan bengkel

Kemahiran Manipulatif (KM) di sekolah-sekolah menengah. Sampel kajian terdiri

daripada 40 orang guru Kemahiran Hidup di tujuh buah sekolah menengah sekitar

Daerah Papar, Sabah. Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan teknikal,

kemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik

digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala Likert sebagai alat

pengukuran. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science – Version 11.0 ( SPSS 11.0 ). Data dianalisis

dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min yang kemudian dikelaskan kepada 3

kategori tahap pencapaian. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru KHB

mempunyai permasalahan dalam melaksanakan penyenggaraan bengkel KM dari

aspek pengetahuan teknikal dan kemahiran penyenggaraan. Beberapa cadangan

juga disarankan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak berkewajipan.

Page 8: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

ABSTRACT

The aim of this study was to investigate the problem faced by Living

Skills teachers in the management and maintenance of the manipulative skills

workshop (Bengkel Kemahiran Manipulatif) in secondary schools. This study was

carried out in seven secondary schools in Papar district, Sabah. The study was

specifically focused on the following three areas, namely (i) technical knowledge,

(ii) maintenance skill and (iii) safety procedures. The respondents in this study were

all the Living Skills teachers in the seven schools in Papar district, Sabah. Data

obtained from the respondents were analysed using Statistical Package For Social

Sciences – Version 11.0 (SPSS 11.0). Descriptive statistics were used to interprate

the results of the data analysis. The results of the study show that Living Skills

teachers are facing difficulties in the areas of technical knowledge and maintenance

skills. Based on findings from this study relevant recommendations were put

forward.

Page 9: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak (Bahasa Malaysia) v

Abstract (Bahasa Inggeris) vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Lampiran xii

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 10: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

viii

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 14

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Bengkel Kemahiran Manipulatif 15

2.3 Penyenggaraan Bengkel 17

2.4 Pengetahuan Teknikal 19

2.5 Kemahiran Menyenggara 22

2.6 Amalan Ciri-ciri Keselamatan 24

2.7 Penutup 28

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Populasi 30

3.4 Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Kajian Rintis 36

3.8 Analisis Data 36

3.9 Penutup 38

Page 11: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

ix

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Profil Responden 40

4.3 Jawapan Persoalan Kajian 48

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 49

4.3.2 Analisis Persoalan kajian Kedua 52

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 54

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 57

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 59

4.3.6 Analisis Persoalan Kajian Keenam 61

4.4 Analisis Keseluruhan 64

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 67

5.2 Ringkasan Kajian 68

5.3 Perbincangan 68

5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 69

5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 70

5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 72

5.3.4 Persoalan Kajian Keempat 73

5.3.5 Persoalan Kajian Kelima 75

5.3.6 Persoalan Kajian Keenam 76

5.4 Rumusan 78

5.5 Cadangan 79

Page 12: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

x

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.7 Penutup 83

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 84

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A – G 88

Page 13: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan sample Mengikut Sekolah 31

3.2 Senarai Item Soalan 33

3.3 Skala Likert Lima Mata 34

3.4 Markat Skala Tiga Mata 34

3.5 Perubahan Markat Dan Skala 35

3.6 Skala Likert 5 Mata kepada Skala Likert 3 Pemeringkatan 37

4.1 Jantina Responden 40

4.2 Kelulusan Akademik 41

4.3 Bidang Pengkhususan 42

4.4 Pengalaman Mengajar 43

4.5 Bilangan Kursus Dihadiri 43

4.6 Pengalaman Mengajar Matapelajaran KHB 44

4.7 Jumlah Waktu Pengurusan Dan Penyenggaraan 45

4.8 Waktu Mengajar KHB Dalam Seminggu 46

4.9 Mengajar Mata Pelajaran Lain 47

4.10 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 49

4.11 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 52

4.12 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 54

4.13 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 57

4.14 Analisis Data Persoalan Kajian Kelima 59

4.15 Analisis Data Persoalan Kajian Keenam 61

4.16 Analisis Data Keseluruhan 64

Page 14: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A. Soal-selidik 89

B. Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Soal Selidik 96

C. Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 97

D. Surat Memohon Kebenaran kepada Jabatan

Pendidikan Negeri 98

E. Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 99

F. Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Daerah Papar 100

G. Surat Akaun Pelajar 101

Page 15: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah

negara maju menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut salah

satu strategi kita ialah menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh

mahir. Oleh itu berbagai usaha sedang dilakukan untuk mendidik masyarakat

berilmu berteraskan perindustrian. Kaedah ini seharusnya bersandar kepada sistem

pendidikan negara. Kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu

menyediakan rakyat yang cenderung ke arah kemahiran dan vokasional. Dengan itu

mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) diperkenalkan dalam

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sejak tahun 1989. Ia merupakan salah

satu mata pelajaran teras dalam KBSM.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), mata pelajaran ini

dirancang untuk meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan

masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis

tenaga kerja yang mengenali dan memahami teknologi dan ekonomi sejajar dengan

Page 16: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

2

dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini juga merupakan sebahagian usaha

pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menyemai semangat

keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan pelajar. Mata pelajaran KHB

bertujuan untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan

ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang

sentiasa berubah untuk kehidupan harian (Huraian Sukatan Pelajaran KHB, 2002).

Di samping itu mata pelajaran ini bertujuan untuk memupuk sikap positif terhadap

kerja, bersikap inovatif dan berdikari supaya dapat melaksanakan urusan harian

dengan penuh yakin. Peningkatan kemahiran ini tertumpu khas kepada kemahiran

asas menjalankan kerja buat sendiri yang mudah dan yang boleh digunakan dalam

berbagai situasi. Nilai-nilai murni diterapkan dari semasa ke semasa sewaktu pelajar

menjalankan aktiviti bagi menggalakkan perkembangan semangat bertimbang rasa

dan sedia membantu serta menggalakkan persefahaman dan semangat bersatupadu

di kalangan masyarakat. Tumpuan diberi kepada peningkatan kendiri, kesejahteraan

hidup berkeluarga, kerja amal masyarakat dan alam pekerjaan.

Mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras

dan bahagian pilihan. Bahagian teras wajib diambil oleh semua murid tingkatan

satu sehingga tingkatan tiga iaitu Reka Bentuk dan teknologi. Bahagian pilihan pula

mengandungi empat bidang iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,

Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Pelajar diwajibkan mengambil

hanya satu bidang sahaja dan ia akan dikekalkan dari tingkatan satu sehingga

tingkatan tiga

Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada 3 jenis bengkel iaitu bengkel

Kemahiran Manipulatif, bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga.

Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Manipulatif yang paling

banyak komponen dan yang paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai

pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di samping itu, bengkel Kemahiran Manipulatif

dipecahkan kepada empat jenis bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam,

bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan Elektronik dan bengkel Enjin.

Page 17: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran KHB telah mula dilaksanakan di semua sekolah menengah

di seluruh negara pada tahun 1991. Sebelum itu, pada tahun 1989, mata pelajaran

Kemahiran Hidup Program Peralihan diperkenalkan di sekolah menengah bagi

menggantikan mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah

Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Mata pelajaran KHB menurut

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990), adalah dirancang untuk meningkatkan

daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif

dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang mengenali dan

memahami teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Menurut Nasaruddin (1997), kemahiran asas ini hanya boleh diperolehi

melalui kerja amali yang dijalankan di dalam ruang khas yang dikenali sebagai

bengkel atau makmal. Bengkel adalah penting kerana segala aktiviti pengajaran dan

pembelajaran kerja-kerja amali dijalankan di dalamnya. Oleh itu bengkel perlulah

diurus dan disenggara dengan sempurna untuk memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. Bengkel yang berada di dalam

keadaan baik secara tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar dan selamat

untuk digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara lazimnya tugas mengurus dan menyenggara bengkel KHB

diserahkan kepada guru-guru KH yang terdiri daripada guru-guru yang berbeza

pengkhususannya iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga

dan Kemahiran Hidup. Sebelum mata pelajaran KHB diperkenalkan, guru-guru

yang berbeza pengkhususan mereka akan mengajar mata pelajaran elektif Seni

Perusahaan, Sains Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga mengikut pengkhususan

masing-masing. Kebanyakan dari guru yang ada sekarang menghadapi masalah

untuk mengurus dan menyenggara bengkel KM yang terdiri daripada Bengkel Kerja

Kayu dan Logam, Bengkel Elektrik dan Elektronik, Bengkel Kerja Paip dan

Page 18: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

4

Bengkel Enjin kecuali guru pengkhususan Seni Perusahaan. Menurut Yusaini

(1998), secara keseluruhannya aspek pengetahuan dan kemahiran guru berada pada

tahap sederhana dan manakala Mohd Pauzi (2000), menyatakan walaupun guru-

guru mempunyai minat terhadap kerja penyenggaraan, mereka tidak mempunyai

pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya.

Apabila pelajaran KHB diperkenalkan , Kementerian Pendidikan telah

mengadakan kursus jangka pendek atau dikenali sebagai Pukal Latihan KBSM

kepada semua guru yang mengajar KHB. Pukal Latihan KBSM ini merupakan

program gantian kepada Kursus Orientasi KBSM yang diberikan kepada guru-guru

di peringkat negeri. Kursus ini didapati berkesan untuk meningkatkan pengetahuan

terhadap isi kandungan mata pelajaran KHB tetapi tidak dalam aspek pengurusan

dan penyenggaraan bengkel KM. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1990),

pukal latihan KBSM ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para guru di

peringkat sekolah menengah tentang konsep, sukatan pelajaran, huraian sukatan

pelajaran, buku panduan guru, bahan dan kandungan pembelajaran serta teknik dan

strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan KBSM. Oleh sebab

itu, bengkel KM didapati tidak diurus dengan baik dan bersistematik.

Di samping itu, kelemahan dalam menguasai pengendalian dan

penyenggaraan alatan dan mesin di dalam bengkel Kemahiran Manipulatif juga

turut mengundang bahaya apabila melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel

Kemahiran Manipulatif. Oleh sebab itu amatlah penting pengetahuan dan

kemahiran dalam menguasai ilmu pengendalian alatan dan mesin bagi melindungi

keselamatan diri dan mengelakkan kemalangan. Ini adalah kerana kebanyakan

kerja-kerja amali Kemahiran Hidup dijalankan di dalam bengkel yang telah

dikhaskan. Berbagai-bagai peralatan dan bahan terdapat di dalam bengkel. Segala

peralatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam bengkel memerlukan

perlaksanaan bengkel dengan cekap dan bersistematik supaya proses pengajaran

dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

Page 19: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

5

Dalam bengkel Kemahiran Manipulatif, peralatan seperti tukul, gergaji,

pahat, pemutar skru, paku dan skru adalah di antara contoh alatan dan bahan yang

terdapat di dalamnya. Ada di antara alat tersebut, seperti gergaji dan pahat yang

tajam dan boleh mengakibatkan kecederaan. Terdapat juga bahan mudah terbakar

seperti thinner, spirit dan terpentine yang mana jika ianya tidak diurus dan

dikendalikan dengan selamat boleh menyebabkan kebakaran. Bahan ini

memerlukan tempat simpanan yang khusus dan penggunaan yang berhati-hati untuk

mengelakkan risiko kebakaran. Di samping itu alatan kecil seperti pena ujian (test

pen) begitu menarik perhatian pelajar dan risiko kehilangannya adalah tinggi.

1.3 Penyataan Masalah

Kerja-kerja amali Kemahiran Manipulatif akan dijalankan di dalam

bengkel yang telah dikhaskan. Kerja amali atau aktiviti ini dilakukan sama ada di

makmal, bilik khas atau ruang dan tempat kerja yang ditentukan oleh sekolah dan

menggunakan banyak alatan, bahan dan perkakas (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1998). Segala peralatan dan kelengkapan mestilah diurus dan disenggara dengan

baik dan bersistematik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan

dengan lebih berkesan.

Perlaksanaan penyenggaraan bengkel sangat diperlukan dalam proses

pembelajaran di dalam bengkel. Jika perlaksanaannya yang kurang atau tidak

cekap dilakukan maka ianya secara tidak langsung akan mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran amali di dalam bengkel. Guru dan pelajar tidak dapat

memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap kerja-kerja amali yang dilakukan.

Dengan ini usaha untuk membekalkan asas kemahiran vokasional kepada pelajar-

pelajar akan terganggu disebabkan sekatan-sekatan tersebut.

Page 20: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

6

Dari masalah yang dinyatakan, penyelidik merasa perlu melakukan

penyelidikan tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar

mata pelajaran KHB dalam menyenggara bengkel KM di sekolah menengah di

daerah Papar, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat tentang

permasalahan dalam penyenggaraan bengkel yang dihadapi oleh guru-guru KH di

sekolah menengah di daerah Papar, Sabah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah untuk :

1. Mengenalpasti pengetahuan teknikal guru KH dalam

penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif.

2. Mengenalpasti guru KH menyenggara bengkel Kemahiran

Manipulatif berdasarkan kepada pengetahuan teknikal yang

dimiliki.

3. Mengenalpasti kemahiran penyenggaraan guru KH dalam

menyenggara bengkel Kemahiran Manipulatif.

4. Mengenalpasti guru KH mengaplikasikan penyenggaraan dalam

menyenggara bengkel Kemahiran Manipulatif.

5. Mengenalpasti amalan ciri-ciri keselamatan bengkel guru KH

dalam penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif.

6. Mengenalpasti guru KH mengaplikasikan amalan ciri-ciri

keselamatan dalam penyenggaraan bengkel Kemahiran

Manipulatif.

Page 21: TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM … filekemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :

1. Apakah pengetahuan teknikal yang dimiliki oleh guru KH dalam

penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif?

2. Bagaimanakah guru KH menyenggara bengkel kemahiran

Manipulatif berdasarkan kepada pengetahuan teknikal yang

dimiliki?

3. Apakah kemahiran penyenggaraan guru KH dalam menyenggara

bengkel Kemahiran Manipulatif?

4. Bagaimanakah guru KH mengaplikasikan kemahiran

penyenggaraan dalam menyenggara bengkel Kemahiran

Manipulatif?

5. Apakah amalan ciri-ciri keselamatan bengkel guru KH dalam

penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif?

6. Bagaimanakah guru KH mengaplikasikan amalan ciri-ciri

keselamatan dalam penyenggaraan bengkel Kemahiran

Manipulatif?