tahap kepuasan kerja dan keperluan perkhidmatan kaunseling ... · pdf fileperkhidmatan...

7
Muka surat 1/7 TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN AGAMA JOHOR Mohd Zaini B. Mohd Salleh Mejar (B) Kamarul Azman Jamaluddin Meriam Yusoff Puspa A/P Suppiah Zubaidah Begam Binti Mohd Zakaria Universiti Teknologi Malaysia Subtema Seminar : Pengurusan Pendidikan Guru ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor. Empat faktor demografi responden yang dikaji bagi menentukan wujud perbezaan dalam kepuasan kerja ialah jantina, umur, taraf perkahwinan dan kategori jawatan. Manakala faktor-faktor kepuasan kerja pula ialah pentadbiran, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran tempat kerja. Responden terdiri daripada 35 orang kakitangan yang bertugas di Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor. Soal selidik kepuasan kerja (SSKK) telah digunakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan instrumen Counseling Needs Assessement (CNA) digunakan untuk mengukur sejauhmana keperluan pekerja terhadap perkhidmatan kaunseling di tempat kerja. Data telah dianalisis menggunakan perisian The Statistical Package For The Social Sciences For Windows (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa kakitangan berpuashati terhadap hubungannya dengan pentadbiran, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran tempat kerja serta amat memerlukan perkhidmatan kaunseling bagi menambahkan lagi mutu perkhidmatan mereka ditempat kerja. Kajian menunjukkan terdapat kepuasan kerja yang tinggi dan permintaan perkhidmatan kaunseling yang tinggi di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor. ABSTRACT The main objective of this study was to identify the level of job satisfaction among staff at Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama, Johor. Four demographic factors were studied to identify significant differences in job satisfaction. These factors were sex, age, marital status and position. Job satisfaction factors such as present state of relationship with the administrators, relationship with their colleagues and relation to the work environment were also studied. The study samples consisted for 35 respondents from Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga. Job satisfaction questionnaire (SSKK) and Counseling Needs Assessment (CNS) were used to identify job satisfaction and the needs for employee counseling services. The Statistical Package For The Social Science (SPSS For Windows) was employed to analyze the data. The findings of the study showed that the staff were satisfied with their present state of relationship with the administrators, relationship with their colleagues and in relation to the work environment. The findings indicated there was a high level of job satisfaction and high need to counseling services at Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Jabatan Agama, Johor.

Upload: dokhanh

Post on 06-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ... · PDF fileperkhidmatan kaunseling di tempat kerja. ... Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan

Muka surat 1/7

TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN AGAMA JOHOR

Mohd Zaini B. Mohd Salleh

Mejar (B) Kamarul Azman Jamaluddin Meriam Yusoff

Puspa A/P Suppiah Zubaidah Begam Binti Mohd Zakaria

Universiti Teknologi Malaysia

Subtema Seminar : Pengurusan Pendidikan Guru ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja di kalangan kakitangan di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor. Empat faktor demografi responden yang dikaji bagi menentukan wujud perbezaan dalam kepuasan kerja ialah jantina, umur, taraf perkahwinan dan kategori jawatan. Manakala faktor-faktor kepuasan kerja pula ialah pentadbiran, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran tempat kerja. Responden terdiri daripada 35 orang kakitangan yang bertugas di Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor. Soal selidik kepuasan kerja (SSKK) telah digunakan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan instrumen Counseling Needs Assessement (CNA) digunakan untuk mengukur sejauhmana keperluan pekerja terhadap perkhidmatan kaunseling di tempat kerja. Data telah dianalisis menggunakan perisian The Statistical Package For The Social Sciences For Windows (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa kakitangan berpuashati terhadap hubungannya dengan pentadbiran, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran tempat kerja serta amat memerlukan perkhidmatan kaunseling bagi menambahkan lagi mutu perkhidmatan mereka ditempat kerja. Kajian menunjukkan terdapat kepuasan kerja yang tinggi dan permintaan perkhidmatan kaunseling yang tinggi di Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Johor.

ABSTRACT

The main objective of this study was to identify the level of job satisfaction among staff at Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama, Johor. Four demographic factors were studied to identify significant differences in job satisfaction. These factors were sex, age, marital status and position. Job satisfaction factors such as present state of relationship with the administrators, relationship with their colleagues and relation to the work environment were also studied. The study samples consisted for 35 respondents from Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga. Job satisfaction questionnaire (SSKK) and Counseling Needs Assessment (CNS) were used to identify job satisfaction and the needs for employee counseling services. The Statistical Package For The Social Science (SPSS For Windows) was employed to analyze the data. The findings of the study showed that the staff were satisfied with their present state of relationship with the administrators, relationship with their colleagues and in relation to the work environment. The findings indicated there was a high level of job satisfaction and high need to counseling services at Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Jabatan Agama, Johor.

Page 2: TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ... · PDF fileperkhidmatan kaunseling di tempat kerja. ... Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan

Muka surat 2/7

PENGENALAN Dalam sesebuah organisasi dan industri, peranan sumber manusia

merupakan antara aspek terpenting. Penggalak ekonomi dalam sebuah perkhidmatan organisasi menjelaskan bahawa sumber manusia dan modal bukan manusia perlu diselaraskan. Sumber modal berbentuk sumber manusia menyediakan pekerja yang akan memanipulasikan perkhidmatan dalam sesebuah organisasi dan industri (Leonard, 1981). Keupayaan berperanan penting di dalam organisasi bergantung pada tahap kepuassn kerja yang mereka alami. Keupayaan tidak hanya bergantung kepada kemahiran dan kebolehan sahaja tetapi kepuasan kerja juga akan mempengaruhi prestasi dan seterusnya dikaitkan dengan kecemerlangan produktiviti. Herzberg (1966) menekankan bahawa kepuasan kerja yang optimum di kalangan pekerja boleh dicapai sekiranya pihak majikan dapat memenuhi keinginan pekerja. Tetapi sebagai manusia mereka tidak pernah merasa puas dengan apa yang diperolehinya. Ini jelas menunjukkan pelaburan dalam sumber manusia. Mendedahkan sesebuah organisasi kepada berbagai risiko masalah seperti masalah pendapatan pekerja, masalah mentadbir sumber-sumber tenaga manusia, latihan dan kemahiran, penempatan pekerja dan masalah personal pekerja. LATAR BELAKANG KAJIAN Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan oleh program kaunseling di berbagai agensi di negara barat, maka kemungkinan di negara kita, Malaysia, kajian tentang keperluan dan aplikasi program seperti ini dalam situasi dan keperluan tempatan adalah wajar dijalankan. Oleh yang demikian, satu usaha kajian akan cuba dijalankan bagi mengenalpasti kepuasan kerja dan hubungannya dengan keperluan perkhidmatan kaunseling di kalangan pekerja di organisasi tersebut sebagai satu alternatif yang dirasakan perlu untuk sesebuah organisasi dalam mengurus sumber manusia secara profesional ke arah meningkatkan kecemerlangan dalam perkhidmatan. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui hubungkait antara kepuasan kerja para pekerja terhadap keperluan perkhidmatan kaunseling ke atas pekerja di sebuah bahagian sektor perkhidmatan awam di Jabatan Agama Johor. Tujuan kajian ini secara khususnya adalah seperti berikut:

1. untuk melihat tahap kepuasan kerja di kalangan pekerja di Jabatan Agama, Johor.

2. untuk melihat perbezaan di antara aspek kepuasan kerja (hubungan dengan pentadbir, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran) dengan tahap kepuasan kerja.

3. untuk melihat keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di organisasi. PERSOALAN KAJIAN Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut :

1. apakah tahap kepuasan kerja di kalangan pekerja-pekerja di bahagian sektor perkhidmatan awam di Jabatan Agama, Johor?

Page 3: TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ... · PDF fileperkhidmatan kaunseling di tempat kerja. ... Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan

Muka surat 3/7

2. apakah terdapat perbezaan di antara 4 aspek kepuasan kerja (hubungan dengan pentadbir, rakan sejawat, ganjaran dan persekitaran) dengan tahap

kepuasan kerja? 3. apakah terdapat keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di dalam

sektor perkhidmatan awam di Jabatan Agama Johor? METODOLOGI KAJIAN Tempat kajian Jabatan Agama Johor (JAJ) yang beralamat di kompleks Islam Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Jphpr Bahru, Johor telah dipilih oleh pengkaji sebagai tempat untuk menjalankan kajian kerana ianya merupakan tempat bekerja dan sangat rapat dengan pengkaji. Faktor ‘kenal dan tahu’ mengenai JAJ ini akan dapat membantu pengkaji memahami lebih mendalam dan juga dapat mengurangkan banyak masalah-masalah pentadbiran dan pengurusan semasa kajian dijalnkan seperti karenah birokrasi, kos, tenaga dan masa. Di Jabatan Agama Johor, terdapat sebanyak 9 bahagian yang beroperasi yang mana kesemua bahagian tersebut ditadbir di bawah satu pengarah. Untuk menentukan tempat kajian secara khusus pengkaji telah memilih satu daripada 9 bahagian yang terdapat di Jabatan Agama Johor iaitu Bahagian Pentadbiran Undang-undang keluarga. Antara aktiviti yang dilaksanakan di bahagian ini ialah perkhidmatan khidmat nasiahat dan runding cara (bimbingan dan kaunseling), program-program seperti kekeluargaan seperti ceramah, forum, seminar, kursus, muzakarah dan sebagainya. Di bahagian ini terdapat seorang ketua penolong pengarah yang bertindak sebagai ketua pengurusan dan seramai 35 orang dari pelbagai skim perkhidmatan di bawah pentadbirannya. Terdapat 3 unit diwujudkan di bawah bahagian ini iaitu Unit Pembangunan Keluarga, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan unit Perkhidmatan Sosial. Ketiga-tiga unit ini ditadbir oleh 3 Penolong Pengarah yang bertanggungjawab terhadap ketua Penolong Pengarah dan Pengarah Jabtan Agama Johor. Populasi Kajian Populasi penyelidikan ini terdiri daripada staf dan kakitangan di bahgian pentadbiran undang-undang keluarga, JabatanAgama Johor. Mereka terdiri daripada 35 orang staf dan kakitangan pelbagai kategori jantina, umur, taraf perkahwinan dan kategori jawatan. Populasi adalah berasaskan senarai yang didapati dari bahagian berkenaan. Prosedur pemilihan sampel yang digunakan ialah pemilihan seratus peratus iaitu seluruh populasi. Rekabentuk Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal beberapa persoalan dan hipotesis yang telah dikemukakan yang telah dikemukakan. Stastistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan masalah-masalah yang terdapat dalam tempat yang dikaji. Untuk menjawab persoalan kajian ini statistik deskriptif jenis tinjauan (Isaac & Michael, 1984) digunakan di mana ianya menggunakan kaedah peratusan dan min dalam menghuraikan dapatan kajian. Bagi menjawab hipotesis kajian yang dikemukakan rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk ex post facto dan jenis rekabentuk korelasional. Dalam kontek ini pengkaji akan mengukur hubungan kepuasan kerja dengan kperluan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, korelasi di antara pembolehubah akan ditentukan melalui penganalisisan statistikal. Data-data dikumpul

Page 4: TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ... · PDF fileperkhidmatan kaunseling di tempat kerja. ... Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan

Muka surat 4/7

melalui alat ukur iaitu soal selidik kepuasan kerja dan keperluan perkhidmatan kaunseling yang akan diedarkan kepada semua subjek. Data-data seterusnya

dianalisis dengan menggunakan perisian The Statistical Package For The Social Science (SPSS for Windows). Alat Kajian Alat kajian yang digunakan ialah Soal Selidik Kepuasan Kerja (SSKK). SSKK membantu individu melahirkan kepuasan kerja secara peribadi dengan melihat kepada bahagian kategori kepuasan kerja. Alat ukur kepuasan kerja dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian A ialah mengenai diri responden seperti jantina, umur, taraf perkahwinan dan bahagian B ialah 30 item pendek daripada 4 aspek kepuasan kerja pekerja. 30 item dipecahkan kepada 11 item yang menerangkan kepuasan dari aspek hubungan dan pentadbiran. 5 item untuk kepuasan kerja aspek hubungan rakan sejawat, 5 item menerangkan kepuasan kerja aspek ganjaran dan 9 item menerangkan aspek persekitaran. Rumusan empat aspek :

1. aspek kepuasan kerja hubungan dengan pentadbiran. 2. aspek kepuasan kerja hubungan dengan rakan sejawat. 3. aspek kepuasan kerja hubungan dengan ganjaran. 4. aspek kepuasan kerja hubungan dengan persekitaran.

Kepuasan kerja memerlukan responden menandakan skala Likert seperti berikut :

a. Sangat tidak setuju = 1 b. Tidak setuju = 2 c. Tidak pasti = 3 d. Setuju = 4 e. Sangat setuju = 5

Diperhatikan pernyataan positif lebih banyak dari pernyataan negatif. Sekaligus, kajian memperlihatkan nilai positif skala tinggi. Analisis Kajian Hasil analisis kajian soalan (SPSS Windows) dipersembahkan dalam bentuk bilangan dan pengukuran. Penghuraian ialah dalah bentuk statistik deskriptif. Nilai pekali menunjukkan keteguhan hubungan antara dua pembolehubah. Hubungan dua pembolehubah sangat teguh apabila nilai pekali menghampiri satu. Pengumpulan Data Borang-borang data diberi keutamaan. Pengkaji mengedarkan sendiri dan memberi sendiri penerangan kepada responden. Tempoh masa dikehendaki menjawab dan pungutan semula borang soal selidik ialah seminggu. DAPATAN KAJIAN Daripada 33 responden yang diberi, 100% respon telah dipungut dan diserah semula.

Page 5: TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ... · PDF fileperkhidmatan kaunseling di tempat kerja. ... Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan

Muka surat 5/7

Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina

Jantina Bilangan Peratus Lelaki 16 45.7 Perempuan 19 54.3 Jumlah 35 100.0

Taburan bilangan dan peratusan Responden mengikut taraf perkahwinan

Taraf perkahwinan Bilangan Peratus Bujang 13 37.1 Berkahwin 22 62.9 Duda - - Janda - - Jumlah 35 100.0

Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kategori jawatan

Kategori Jawatan Bilangan Peratus Pengurusan dan Profesional 13 37.1 Sokongan 22 62.9 Jumlah 35 100.0

Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut umur

Umur Bilangan Peratus Bawah 20 tahun 2 5.7 21 – 30 tahun 23 65.7 31 – 40 tahun 7 20.0 41 – 50 tahun 1 2.9 51 tahun ke atas 2 5.7 Jumlah 35 100.0

Page 6: TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ... · PDF fileperkhidmatan kaunseling di tempat kerja. ... Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan

Muka surat 6/7

Tahap setiap faktor kepuasan kerja Tahap Jumlah Faktor Kepuasan Kerja

Rendah Sederhana Tinggi - 11 24 35 Hubungan dengan pentadbiran - 31.4 68.6 100% - 7 28 35 Hubungan dengan rakan sejawat - 20.0 80 100% - 22 13 35 Ganjaran - 62.9 37.1 100% 1 20 14 35 Persekitaran 2.9 57.1 40.0 100% - 19 16 35 Kepuasan kerja keseluruhan - 54.3 45.7 100%

Jadual menunjukkan senarai 69% dan 80% responden mempunyai tahap

kepuasan kerja yang tinggi di dalam paras 1. 63% - 57% dalam tahap kesederhanaan. Keseluruhannya 54% responden mempunyai tahap kepuasan kerja sederhana dan 46% tahap tinggi. Pendekatan kaunseling menunjukkan keperluan perkhidmatan kaunseling yang tinggi.

IMPLIKASI DAN CADANGAN POLISI Trend pengurusan di Malaysia masa kini menekankan keperluan perkhidmatan

Kaunseling untuk pekerja-pekerja di tempat kerja bagi mencapai keberkesanan kerja dan untuk meningkatkan mutu dan produktiviti kerja. Trend ini mengikuti prinsip pembahagian kerja (division of labour) dan pengurusan berkualiti sempurna (total quality management).

Hasil kajian menunjukkan responden seramai 35 orang yang dikaji di bahagian PentadbiranUndang-undang keluarga,Jabatan Agama Johor mempamirkan tahap kepuasan kerja yang tinggi menerusi tingkah laku dan kerja-kerja yang dipertanggungjawab. Pergaulan kakitangan bahagian tersebut dengan pegawai yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat telah memberikan impak yang baik. Pegawai rundingcara dan khidmat nasihat banyak membantu kakitangan yang menghadapi masalah.

Cadangan polisi yang wajar ialah aspek kepuasan kerja perlu dibuat dengan

lebih menyeluruh di peringkat negeri atau negara untuk melihat secara mendalam tentang aspek kepuasan kerja yang perlu diambil perhatian orang. Ia disebabkan penentuan pekerja amat penting sebagai agen yang membantu menggerakkan jentera pentadbiran organisasi. Hasil kajian menunjukkan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada daerah atau negara lain. Dengan bertambahnya bilangan responden, keputusan yang diperolehi adalah lebih baik dan meyakinkan.

Setiap hari kita berhubung dengan manusia yang memiliki perasaan dan

pemikiran yang terbentuk mengikut pengalaman dan latar belakang yang berbeza. Tahap kepuasan kerja di bahagian Pentadbiran Undang-undang keluarga,Jabatan Agama Johor perlu ditingkatkan dengan mengambil kira faktor-faktor lain yang tidak

Page 7: TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING ... · PDF fileperkhidmatan kaunseling di tempat kerja. ... Berasaskan kepada kejayaan dan keberkesanan yang ditunjukkan

Muka surat 7/7

berkait dengan persekitaran kerja seperti faktor sosial, hubungan kekeluargaan, pandangan masyarakat, faktor peribadi dan penghargaan oleh ketua jabatan.

Metodologi kajian hendaklah dipelbagaikan. Pengumpulan data boleh dibuat melalui soal selidik, pemerhatian dan juga temubual dengan responden kajian. Dalam Soal Selidik Kepuasan kerja (SSKK), responden tidak diberi ruang untuk menyatakan masalah yang dialami.Oleh itu, pengkajian yang akan meneruskan kajian mengenainya adalah amat baik jika disediakan peluang untuk responden menyatakan masalah yang dialaminya.

PENUTUP

Pekerja merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Sekiranya pekerja tersebut memiliki tahap kepuasan yang tinggi,organisasi akan mempunyai tahap kecemerlangan yang baik. Tetapi sekiranya pekerja yang berada dalam sesebuah organisasi tidak mempunyai kepuasan dalam pekerjaan maka keupayaan organisasi akan menjadi sukar untuk dimajukan. Keberkesanan dalam kerja selain dari faktor pekerjaan itu sendiri faktor sumber dan kepimpinan yang baik memainkan peranan penting terhadap kepuasan kerja seseorang. Diharapkan dengan adanya perkhidmatan kaunseling di tempat kerja akan mendatangkan manfaat kepada semua pihak yang berada di sekelilingnya. RUJUKAN

1. Alderfer, C.P (1969). An Empirical Test of a New Theory of human Needs Organizational and Human Performance.

2. Forggionne. G.A and V.E Peters (1982). Differences in Job Motivation and

Satisfaction Among Female and Male Maanagers. Human Relations. 35(2): 101-118.

3. Herzberg, F.B Mausner and B. Synderman (1959). The Motivation to Work.

New York: John Wiley and Son Inc.

4. Karmann A.K (1971). Industrial and Organisational Psychology. Homewood Illinois: The Dorsey Press.

5. Mahmood Nazar Mohamed (1995). Hubungan Manusia dalam Organisasi. K.L:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

6. Ostroff, C. (1992). The Relationship Between Satisfaction, Attitudes and Performance: An Organizational Level Analysis. Journal of Applied Psychology. 77(6): 963-974.

7. Othman. G. (1979). An Investigation of the Sources of Job Satisfaction of

Malaysia School Teachers. Ph.D Dissertation, University of California, Los Angeles.