proses kaunseling

35
PROSES KAUNSELING

Upload: sitisuzanie2971

Post on 27-Apr-2017

459 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Kaunseling

PROSES KAUNSELING

Page 2: Proses Kaunseling

OBJEKTIF

1. Mengetahui tahap-tahap yang ada dalam

proses kaunseling.

2. Mengenalpasti apakah tanggungjawab

kaunselor / helper pada setiap tahap.

3. Mengetahui bagaimana kaunselor boleh

mempengaruhi dalam proses kaunseling.

Page 3: Proses Kaunseling

PROSES KAUNSELING

TAHAP 1 - Menyedia Prasesi

TAHAP 2 - Membina Hubungan

TAHAP 3 - Penstrukturan

TAHAP 4 - Penerokaan

TAHAP 5 - Mengenalpasti Masalah / Bina Matlamat

TAHAP 6 - Memilih Alternatif

TAHAP 7 - Mengambil Tindakan

TAHAP 8 - Susulan

TAHAP 9 - Penamatan

Page 4: Proses Kaunseling

TAHAP PROSES KAUNSELING

1. Mesti dilalui mengikut setiap urutan.

2. Walaupun berlaku secara sistematik, kadang-kala berlaku pertindanan – berpatah balik ke tahap sebelumnya.

3. Setiap tahap mempunyai matlamat sendiri serta mempunyai peranan masing-masing antara kaunselor dan klien.

4. Kaunselor tidak boleh bersikap rigid dan hendaklah memastikan keberkesanan proses kaunseling.

Page 5: Proses Kaunseling

Aktiviti 1

1. Rakan sekerja anda ingin berjumpa anda bagi

menceritakan masalah peribadinya. Nyatakan

apakah contoh persediaan awal yang perlu anda

lakukan untuk membantu rakan anda yang sedang

menghadapi masalah?

1._________________________________

2._________________________________

3._________________________________

4._________________________________

Page 6: Proses Kaunseling

TAHAP 1 – Menyedia Prasesi

1. Tahap permulaan bagi kaunselor.

2. Bagi klien yang datang & membuat temu

janji, kaunselor perlu bersedia utk

mengetahui serba sedikit tentang profil

klien, demi memudahkan kaunselor

membentuk hubungan serta memberikan

pertolongan.

Page 7: Proses Kaunseling

Aktiviti 2

1. Bincangkan apakah yg perlu dilakukan oleh anda /

kaunselor pada peringkat awal pertemuan bagi

membina hubungan yang baik dgn rakan sekerja

anda yg sedang menghadapi masalah / kliennya?

_________________________________________

_________________________________________

_________________________________________

_________________________________________

_________________________________________

Page 8: Proses Kaunseling

TAHAP 2- Membina Hubungan

1. Tahap ini akan tercapai apabila klien merasa selesa & selamat bersama kaunselor.

2. Tanggungjawab kaunselor – mewujudkan satu suasana terapiutik di mana klien berasa dirinya diterima & dihormati.

3. Pamerkan kemesraan dan penerimaan tanpa syarat serta ikhlas utk menolong.

4. Meningkatkan kepercayaan dan seterusnya kesediaan klien utk berkongsi.

Page 9: Proses Kaunseling

Aktiviti 3

1a. Apakah tindakan anda jika rakan anda bersikap

reluctant untuk berkongsi masalah dengan anda?

___________________________________________

___________________________________________

___________________________________________

1b. Apakah tindakan anda jika rakan anda bersikap

resistance untuk berkongsi masalah dengan anda?

___________________________________________

___________________________________________

___________________________________________

Page 10: Proses Kaunseling

To avoid ethical violations, Schultz (1994) suggest

implementation of “Three Rs of Counseling” :

i) Rapport with the client.

ii) Reasonable behavior.

iii) Rights & duties of informed consent(Structure stage):

- All techniques and counseling procedures to

be used, including rationale and purpose.

- The counselor’s role and professional

qualifications.

- Discomforts or risks reasonably to be

expected during counseling.

Basic rights of client

Page 11: Proses Kaunseling

- Benefits the client can expect from counseling

- Alternatives to counseling treatment, along with an

explanation of their risks and benefits.

- Assurance that the client can stop counseling and

withdraw consent for counseling at any time.

(Schultz, 1994)

Cntd…Basic rights of client

Page 12: Proses Kaunseling

TAHAP 3 – Penstrukturan

Kebiasaannya, dilakukan selepas tahap membina

hubungan. Penstrukturan melibatkan :

Peranan kaunselor dan klien

Jangka masa ( 40 – 60 minit ) – Usia klien

Etika Kerahsiaan :

Membahayakan diri klien / orang lain.

Bilangan sesi – bukan hanya sekali

Tiada paksaan – hak klien

Maksud kaunseling – bukan penyelesaian

masalah

Page 13: Proses Kaunseling

TAHAP 4 - Penerokaan

1. Penerokaan dilakukan setelah hubungan baik sudah terjalin.

2. Penerokaan merujuk kpd aktiviti memberi penerangan oleh klien tentang situasi yang dihadapi.

3. Matlamat – supaya klien boleh bercerita atau menjelaskan apa yang berlaku pada dirinya. Akan membantu pemahaman kaunselor tentang klien serta beri kesedaran kpd klien apa yg sebenarnya berlaku.

4. Tanggungjawab kaunselor – membimbing klien meneroka situasinya & dirinya, terutama apabila klien menjadi keliru & buntu serta kerapkali dipengaruhi oleh emosi negatif & berfikiran negatif.

5. Pentingnya sokongan & bantuan kaunselor dalam membantu klien.

Page 14: Proses Kaunseling

Samb…Penerokaan

1. Kaunselor perlu memahami masalah & keadaan diri klien serta tidak cepat membuat tanggapan awal.

2. Tahap yang penting di mana kaunselor perlu bersabar utk mendengar serta memperuntukkan masa yg lebih utk tahap ini.

3. Penggunaan kemahiran kaunseling dalam membimbing klien.

4. Penerokaan adalah kpd aspek isi (pengalaman) & aspek perasaan klien.

Page 15: Proses Kaunseling

Samb…Penerokaan

Apakah yg menjadi masalah klien ?

Pemikirannya?

– Klien memahami dunia dengan pemikiran tidak rasional.

Perasaannya?

– Perasaan klien yg tidak selaras.

Perlakuannya?

– Klien mempelajari atau mengamalkan tingkah laku yg tidak

sesuai.

Pengalamannya?

– Klien mempunyai pengalaman lama yg pahit serta

mengganggu hingga kini.

Page 16: Proses Kaunseling

TAHAP 5 – Mengenalpasti masalah

1. Matlamat tahap ini tercapai apabila kedua-dua kaunselor & klien bersetuju apakah masalah sebenar yg dihadapi oleh klien (pendefinisian masalah).

2. Kedua-duanya memahami diri klien dan isu yang dibincangkan.

3. Pernyataan masalah biasanya dikemukakan oleh kaunselor dan dipersetujui oleh klien. Ada ketikanya klien yg diminta membuat pernyataan dan dipersetujui oleh kaunselor.

4. Apa yg penting ialah kaunselor tidak boleh sesekali mengandaikan apakah masalah klien tanpa memahami masalah sebenar klien.

Page 17: Proses Kaunseling

Samb... Mengenalpasti masalah

1. Klien juga perlu diberi peluang utk menentukan ketepatan andaian itu.

2. Pada tahap ini, perbincangan juga berkisar kpd punca masalah & menentukan matlamat kaunseling.

3. Secara umumnya, masalah timbul drpd dua sumber iaitu dalaman (diri sendiri) dan luaran (orang lain atau persekitaran).

Page 18: Proses Kaunseling

Aktiviti 4

1. Senaraikan 4 contoh masalah yang berpunca dari sumber dalaman (diri sendiri) & 4 contoh masalah yang berpunca daripada sumber luaran (orang lain / persekitaran) yang sering dihadapi oleh pekerja?

Sumber dalaman : Sumber luaran

a) a)

b) b)

c) c)

d) d)

Page 19: Proses Kaunseling

Contoh : Definisi masalah

Masalah klien diperincikan secara lebih mendalam & jelas. Cth : Masalah umum - ”masalah dgn. rakan sekerja”

Setelah penerokaan, definisi masalah adalah lebih jelas iaitu :

ii) Bertengkar & tidak bertegur-sapa dengan rakan

sekerja kerana timbul salah faham berkaitan perlaksanaan projek. **

Page 20: Proses Kaunseling

Samb... Mengenalpasti masalah

1. Setelah punca masalah dikenalpasti, barulah kaunselor membantu klien menetapkan MATLAMAT KAUNSELING – perlu jelas kerana ia akan menentukan strategi atau tindakan yang akan diambil.

Page 21: Proses Kaunseling

TAHAP 6 – Memilih alternatif

1. Tahap ini tercapai apabila klien dapat membuat pilihan dari beberapa alternatif yang dibincang bersama kaunselor bagi mencapai matlamat kaunselingnya.

2. Kaunselor perlu membimbing klien mencari seberapa banyak alternatif tentang bagaimana mencapai matlamat berkenaan.

3. Menggalakkan klien berfikir apakah alternatif yang terbuka baginya serta menyumbang senarai alternatif agar klien dapat merasa kaunselor ingin membantunya.

2 jenis keadaan klien pada tahap ini :

i) Boleh memikirkan alternatif penyelesaian masalahnya sendiri.

ii) ‘Stuck’ dan tidak boleh memikirkan alternatif penyelesaian masalahnya sendiri.

Page 22: Proses Kaunseling

Samb...Memilih alternatif

Peranan kaunselor :

i) Meneroka kemungkinan-kemungkinan &

bantu klien mengenalpasti alternatif-

alternatif yang sesuai dengan diri klien.

ii) Mengkonfrantasi dan menerokai

ketidakselarasan klien.

Setelah klien dan kaunselor berpuas hati dgn senarai

alternatif yang dibina bersama, proses seterusnya

ialah klien meletakkan keutamaan pada setiap

alternatif dalam senarai.

Page 23: Proses Kaunseling

Samb...Memilih alternatif

Perbincangan mendalam setiap alternatif dilakukan bersama dengan menyenaraikan KEKUATAN DAN KELEMAHAN ALTERNATIF yg dipilih serta kesesuaiannya dgn klien.

Kesesuaian bagi diri klien bermaksud samada klien boleh dan bersedia untuk mengambil tindakan seperti mana dikehendaki oleh alternatif tersebut. Jika klien tidak bersedia, maka alternatif itu tidak sesuai bagi dirinya walaupun kaunselor merasakan ia merupakan alternatif terbaik.

Page 24: Proses Kaunseling

: Contoh alternatif-alternatif klien :

MATLAMAT

ALTERNATIF 1 ALTERNATIF 2 ALTERNATIF 3

Pro

Kontra

Pro

Kontra

Pro

Kontra

Ingin berbaik semula dengan rakan

sekerja dalam tempoh 3 minggu

Aktiviti 5

Page 25: Proses Kaunseling

TAHAP 7 – Mengambil tindakan

1. Perbincangan terperinci mesti dibuat tentang apa dan bagaimana tindakan hendak dilakukan oleh klien.

2. Kaunselor berperanan menyokong dan meyakinkan klien untuk bertindak. Kaunselor kemungkinan akan berperanan mengajar klien tingkah laku baru di mana klien akan melakukan tingkah laku berkenaan di luar sesi nanti – main peranan.

3. Terdapat klien yg boleh melakukan perubahan & laksana tindakan tetapi ada yg tidak yakin utk melakukan tindakan di luar sesi kerana halangan peribadi. Ada klien yang takut jika situasi semakin buruk. Malahan, ada klien yg tidak berbuat apa-apa langsung walaupun memahami punca masalahnya.

Page 26: Proses Kaunseling

Perubahan tidak boleh berlaku secara mudah, terutama pemikiran, perasaan & tingkah laku yang telah lama sebati” (Ivey, 1986)

Antara kaedah boleh digunakan : i) Role-playing ii) Imagery iii) Homework iv) Behavioral charting & progress notes v) Family or group counseling vi) Follow-up & support

Page 27: Proses Kaunseling

Kesimpulan - Mengambil tindakan

pilihan atau alternatif yg telah dipilih perlu disusuli dgn tindakan.

huraikan alternatif yg dipilih.

bincangkan langkah yg perlu diambil.

tentukan masa & langkah yg akan diambil.

minta klien nyatakan semula keputusan yg telah dipersetujui.

beri peluang klien mendapatkan sokongan utk rujukan & pertemuan berikutnya.

Samb…Mengambil tindakan

Page 28: Proses Kaunseling

TAHAP 8 – Susulan

1. Proses mengambil tindakan mesti sebenarnya berlaku di luar sesi kaunseling. Kerapkali berlaku tindakan yang dilaksana oleh klien tidak selancar seperti yang dirancangkan.

2. Klien akan hilang keyakinan bila berada di luar sesi kaunseling. Malah, ada yang gagal dan situasi menjadi lebih serius.

3. Oleh itu, hubungan kaunseling tidak boleh berakhir dgn klien bersetuju mengambil tindakan. Mesti ada proses susulan iaitu kaunselor & klien berjumpa kembali untuk menilai tindakan yg telah dilakukan oleh klien.

Page 29: Proses Kaunseling

Samb…Susulan

1. Klien diminta berjumpa kaunselor untuk menceritakan hasil tindakannya. Selain dari membincangkan apakah tindakan yg telah diambil, perbincangan berkisar tentang apakah perasaan, fikiran & tingkah laku yg mengiringi tindakan berkenaan.

2. Corak perbincangan bergantung kpd. klien di mana terdapat 3 kemungkinan senario yg dibawa oleh klien:

a) Klien gagal mengambil /laksana tindakan

b) Klien perolehi kesan negatif dari tindakannya

c) Klien perolehi kesan positif dari tindakannya

Page 30: Proses Kaunseling

Aktiviti 6 (TUTORIAL)

1. Berdasarkan 3 senario di bawah, cuba bincangkan

apakah yang boleh dilakukan oleh kaunselor ?

Tulis 3 tindakan kaunselor bagi setiap senario.

a) Klien yang gagal mengambil / melaksana

tindakan (tidak buat langsung).

b) Klien yang perolehi kesan negatif hasil daripada

tindakan yang diambil.

c) Klien yang perolehi kesan positif hasil daripada

tindakan yang diambil.

Page 31: Proses Kaunseling

TAHAP 9 – Penamatan

1. Tahap penamatan berlaku dalam proses sesi kaunseling & hubungan kaunseling.

a) Penamatan sesi kaunseling

Sesi perlu ditamatkan bila sudah cukup waktu seperti mana yg dijanjikan dgn klien. Bila membuat penamatan sesi, ada beberapa perkara yg perlu diberi perhatian oleh kaunselor :

a) sesi tidak dihentikan tergesa-gesa

b) rumusan tentang apa yang telah dibincangkan mesti dilakukan oleh kaunselor. Jika sesuai, kaunselor boleh juga minta klien buat rumusan berkenaan.

Page 32: Proses Kaunseling

Samb…Penamatan

c) klien mesti diingatkan tentang apa2 persetujuan yg telah dicapai bersama dlm sesi.

d) klien mesti diingatkan apakah tindakan yang mesti klien buat (jika ada) sebelum sesi akan datang bermula.

e) temujanji yang khusus mesti dibuat dan pastikan klien menyatakan kesediaan untuk datang balik.

Page 33: Proses Kaunseling

Samb…Penamatan

b) Penamatan hubungan kaunseling

Hubungan kaunseling boleh ditamatkan jika matlamat kaunseling klien telah dicapai. Perkara yg perlu diberi perhatian berkaitan penamatan perhubungan kaunseling :

a) penamatan tidak dibuat tergesa-gesa. Klien mesti dimaklumkan tentang kemungkinan hubungan kaunseling akan berakhir pada satu atau dua sesi sebelum sesi terakhir.

b) kaunselor mesti memastikan matlamat kaunseling klien telah tercapai dan klien selesa dgn perubahan dirinya.

Page 34: Proses Kaunseling

Samb…Penamatan

c) persetujuan klien untuk menamatkan hubungan kaunseling mesti tercapai.

d) klien hendaklah dimaklumkan bahawa pintu bilik kaunselor masih ‘terbuka’ baginya jika dirasakan khidmat kaunseling dalam perkara lain diperlukan.

Namun klien mesti diyakinkan bahawa dia sendiri sebenarnya mampu menguruskan masalahnya sendiri.

Page 35: Proses Kaunseling

KESIMPULAN

Proses kaunseling yang dilakukan

mengikut tahap demi tahap akan

membantu meningkatkan

keberkesanan kaunseling