proposal kaunseling

41
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej. Kajian ini merangkumi dua aspek iaitu melihat persepsi pelajar terhadap 7 perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu Perkhidmatan Memberi Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok, Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Penempatan, Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan dan Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa dan persepsi pelajar dari aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi aspek keselesaan dan kemudahan fizikal bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, personaliti kaunselor sekolah, keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan permasalahan pelajar dan keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Instrumen kajian ialah satu set soal selidik yang mengandungi 3 bahagian merangkumi aspek demografi, persepsi terhadap 7 perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta persepsi terhadap 4 aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Data dianalisis berdasarkan objektif kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16. Pengiraan taburan skor min digunakan untuk mendapatkan data berkaitan persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kajian ini dilakukan ke atas 130 orang responden yang dipilih secara rawak mudah.

Upload: acikmieza

Post on 21-Nov-2015

256 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

kepentingan kaunseling

TRANSCRIPT

BAB 1

PAGE 25

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej. Kajian ini merangkumi dua aspek iaitu melihat persepsi pelajar terhadap 7 perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu Perkhidmatan Memberi Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok, Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Penempatan, Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan dan Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa dan persepsi pelajar dari aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi aspek keselesaan dan kemudahan fizikal bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, personaliti kaunselor sekolah, keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan permasalahan pelajar dan keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Instrumen kajian ialah satu set soal selidik yang mengandungi 3 bahagian merangkumi aspek demografi, persepsi terhadap 7 perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta persepsi terhadap 4 aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Data dianalisis berdasarkan objektif kajian menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16. Pengiraan taburan skor min digunakan untuk mendapatkan data berkaitan persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kajian ini dilakukan ke atas 130 orang responden yang dipilih secara rawak mudah.

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

1.1 PENDAHULUANBab ini akan membincangkan tentang perkara-perkara asas yang berkaitan dengan kajian yang meliputi latar belakang kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, definisi konsep dan operasional, batasan kajian dan rumusan. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej.1.2 LATAR BELAKANG KAJIANApabila disoroti sejarah perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk sekolah-sekolah di negara kita, usianya sudah melebihi setengah abad. Apabila dibandingkan dengan umur manusia, usia ini dianggap sebagai usia yang matang dan banyak pengetahuan, kemahiran serta pengalaman. Perkembangan bimbingan dan kaunseling di Malaysia telah melalui liku-liku yang mencabar. Bimbingan dan kaunseling melalui permulaan yang agak lembap pada awal abad ke-20 dan beransur-ansur pesat dan konsisten di pertengahan hinggalah ke penghujung abad ke-20. Dewasa ini, bidang bimbingan dan kaunseling semakin diiktiraf hampir dalam semua bidang pekerjaan di Malaysia. Usaha dan peranan yang tidak henti-henti dalam kalangan pelopor dan pendukung kaunseling memungkinkan kejayaan yang dilihat pada hari ini (Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taqiuddin Abd Mukti, 2011).Menurut Ee Ah Meng (1997), perkhidmatan bimbingan mula diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah pada tahun 1963, iaitu berikutan dengan Perakuan Suruhanjaya UNESCO melalui Russel K. Mackenzie, seorang pakar Rancangan Colombo. Pada tahun 1962 hingga tahun 1963, beliau telah melatih beberapa orang pengelola dari jabatan-jabatan pendidikan negeri dalam beberapa aspek bimbingan. Hasil daripada latihan itu, senaskhah buku Perkhidmatan Panduan di Sekolah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan diedarkan kepada sekolah-sekolah pada tahun 1966.

Pada tahun 1968, Kementerian Pendidikan telah mengendalikan satu seminar bimbingan tiga hari di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Pada tahun yang sama, Surat Pekeliling KP 5209/30/ (13) bertarikh 1 September 1968 telah dihantar kepada ketua jabatan pendidikan di setiap negeri untuk mengarahkan Guru Besar menyediakan kemudahan asas kepada guru-guru tentang panduan dan kerjaya dengan tujuan melicinkan perkhidmatan tersebut.

Mastika Jaafar (2009) menyatakan dalam kajiannya bahawa kesan daripada pengedaran surat pekeliling tersebut, guru-guru telah dihantar untuk mengikuti kursus dalam bidang bimbingan dan kaunseling selama seminggu. Guru-guru yang mengikuti kursus ini telah dikurangkan waktu mengajar kepada 12 waktu seminggu bagi membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas bimbingan. Walaubagaimanapun, menurut Aminah Hj Hashim (1984) dalam Mastika Jaafar (2009), sistem ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Ringkasnya, pengedaran surat pekeliling tersebut adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang memfokuskan kepada kaunseling kerjaya di sekolah-sekolah menengah. Seterusnya pada tahun 1974, satu penyelidikan telah dibuat berkenaan guru-guru bimbingan di Semenanjung Malaysia. Ekoran daripada itu, sebanyak enam puluh enam peratus telah mengikuti latihan selama seminggu di bawah anjuran KPM dan bukti-bukti selepas itu menunjukkan bahawa peratusan ini mungkin telah menurun sehingga kurang daripada empat puluh peratus (Aminah Hj Hashim, 1984 dalam Mastika Jaafar, 2009). Laporan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling, KPM bagi tahun 1984 telah menunjukkan terdapat satu arah perkembangan yang menggalakkan dalam perkhidmatan ini. Jika sebelum ini, perkhidmatan bimbingan banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memberi nasihat mengenai kerjaya tetapi dengan bertambahnya guru yang terlatih, maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk pelajar turut bertambah. Ternyata bahawa dengan bertambahnya bilangan guru kaunseling, tugas mereka bukan hanya tertumpu kepada kerjaya semata-mata sebaliknya berlaku pertambahan dalam bidang tugas lain (Mastika Jaafar, 2009). Kenyataan ini disokong oleh Aminah Hj Hashim dan Arthur P. Llyod (1992) dalam buku Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia yang menyatakan bahawa pada peringkat awal, tugas kaunselor adalah yang berkaitan dengan bimbingan dan kerjaya sahaja, tetapi surat pekeliling tersebut telah menambah tugas mereka supaya meliputi kaunseling individu serta perhubungan dengan ibubapa dan selepas itu pula tanggungjawab kaunselor ditambah lagi dengan tugas-tugas pendidikan moral dan sosial termasuklah juga pendidikan tentang dadah.Menurut Malek Muhamat Said (2007), frasa bimbingan dan kaunseling kerap kali digabungkan secara berkembar sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Peranannya pula kelihatan seolah-olah bertindan antara satu sama lain. Sebahagian besar pendidik malah guru bimbingan ataupun guru kaunseling sendiri, masih kurang arif berkaitan perbezaan di antara dua istilah bimbingan dan kaunseling. Hakikatnya, memang terdapat perbezaan di antara kedua-dua istilah itu. Persoalannya, apakah kayu pengukur yang mereka gunakan bagi menentukan garis pemisah di antara kedua-dua istilah itu daripada segi konsep, pendekatan teori dan amalannya? Berdasarkan kepada 10 jenis perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah iaitu Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod, Perkhidmatan Memberi Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok, Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Penempatan, Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan, Perkhidmatan Penyelarasan Sumber, Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa dan Perkhidmatan Penilaian, terdapat 3 perkhidmatan yang boleh dikategorikan sebagai perkhidmatan kaunseling iaitu Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan dan Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa manakala 7 lagi perkhidmatan dikategorikan sebagai perkhidmatan bimbingan iaitu Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod, Perkhidmatan Memberi Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok, Perkhidmatan Penempatan, Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah, Perkhidmatan Penyelarasan Sumber dan Perkhidmatan Penilaian.

Mastika Jaafar (2009) mendapati bahawa daripada segi pengimplimentasian sebenar, masih banyak persoalan mengenai keberkesanan perkhidmatan ini di sekolah. Walaubagaimanapun, terdapat pentadbir yang masih lagi sangsi akan keperluan perkhidmatan ini dan manfaat yang sekolah akan peroleh dengan adanya perkhidmatan ini (Suradi Salim, 2004 dalam Mastika Jaafar, 2009). Perkhidmatan ini masih lagi kurang mendapat sambutan daripada warga sekolah walaupun KPM telah melakukan beberapa pertambahan tugas dan pengubahsuaian bagi meningkatkan mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Penerimaan daripada warga sekolah juga masih lagi kurang memuaskan selain daripada andaian bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tidak begitu penting untuk dilaksanakan di sekolah. Para pelajar juga masih tidak nampak lagi kepentingan bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi mereka. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima di sekolah.1.3 PENYATAAN MASALAHMenurut Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abdul Mukti (2011), perkembangan bidang kaunseling pada hari ini ialah hasil peningkatan permintaan masyarakat yang seolah-olah hilang haluan akibat daripada arus pembangunan dan modenisasi yang begitu cepat dan rakus sehingga menyebabkan manusia semakin hari semakin hilang kesejahteraan diri. Ekoran daripada itu, muncullah pelbagai bentuk masalah sosial seperti keruntuhan institusi keluarga, pembuangan bayi, bunuh diri dan penculikan. Untuk menangani masalah seumpama ini, bidang kaunseling secara beransur-ansur mula mengkhusus dalam bidang-bidang tertentu, antaranya Kaunseling Perkhidmatan Sosial, Kaunseling Dalam Industri, Kaunseling Komuniti, Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan, Kaunseling Dadah dan Kaunseling Kesihatan (Abdul Halim Othman, 1999 dalam Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan dan Taquddin Abdul Mukti, 2011).

Di sekolah-sekolah di Malaysia, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dibahagikan kepada 10 jenis perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod, Perkhidmatan Memberi Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok, Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Penempatan, Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan, Perkhidmatan Penyelarasan Sumber, Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa dan Perkhidmatan Penilaian. Namun, berdasarkan skop tugas bagi setiap perkhidmatan yang disenaraikan didapati bahawa terdapat tiga perkhidmatan yang tidak melibatkan hubungan secara langsung antara kaunselor dengan pelajar iaitu Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod, Perkhidmatan Penyelarasan Sumber dan Perkhidmatan Penilaian. Oleh itu, perkhidmatan-perkhidmatan ini telah dikecualikan daripada aspek kajian ini kerana kajian ini hanya melibatkan pelajar sahaja. Berdasarkan beberapa kajian lepas, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah pada hari ini masih berada pada tahap sederhana. Contohnya, dalam kajian yang dijalankan oleh Nur Idura Mohd Zain (2009) terhadap pelajar Tingkatan Empat di Semenanjung Malaysia, pengkaji ini mendapati bahawa persepsi pelajar masih berada pada tahap sederhana terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan 7 aspek yang dikaji iaitu infrastruktur bilik kaunseling sekolah menengah, personaliti yang dimiliki kaunselor sekolah menengah, keupayaan kaunselor sekolah dalam menyelesaikan konflik, memberikan khidmat bimbingan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik, memberikan khidmat bimbingan dan pendedahan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT), khidmat bimbingan dalam pemilihan kerjaya pelajar di sekolah menengah dan keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, hanya 2 aspek sahaja yang berada pada tahap tinggi iaitu aspek infrastruktur bilik kaunseling dan keupayaan kaunselor sekolah dalam menyelesaikan konflik. Hasil yang sama turut diperolehi oleh Hasliza Hassan (2009) yang mendapati bahawa keperluan dan penerimaan pelajar sekolah menengah masih berada pada tahap sederhana pada ketujuh-tujuh aspek bidang tugas yang dikaji iaitu akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri pelajar, pendidikan dan pencegahan dadah dan kaunseling HIV/AIDS.

Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh persepsi pelajar sendiri terhadap kaunseling. Alkesah Bidin (1990) dalam kajiannya mendapati bahawa penglibatan pelajar adalah bertentangan dengan persepsi mereka terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Walaupun rata-rata pelajar menunjukkan respon yang positif terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, namun rekod kehadiran pelajar ke bilik kaunseling sangat kurang dan penglibatan dalam program kaunseling juga masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Menurutnya lagi, mungkin terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam perkhidmatan seperti:

Tidak memahami tujuan dan peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Salah tanggapan kerana menganggap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling hanya untuk mengenali minat kerjaya.

Personaliti guru bimbingan dan kaunseling itu sendiri.

Selain itu, guru-guru juga masih belum memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menyokong perkhidmatan ini. Kenyataan ini disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Aminah Hj Hashim (1993) yang mendapati bahawa terdapatnya penentangan daripada guru-guru kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam bentuk tidak mahu bekerjasama, guru enggan memberi maklumat latar belakang berkenaan, guru menuduh guru kaunseling bersubahat dengan pelajar apabila guru kaunseling enggan menceritakan masalah sebenar pelajar dan guru lebih suka guru kaunseling mendisiplinkan pelajar secara kekerasan dan bukannya secara lembut. Hal ini menyukarkan dan memberi cabaran kepada guru kaunseling untuk melaksanakan amanah yang dipikul. Sikap dan pandangan yang negatif daripada guru-guru terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sedikit sebanyak telah menghalang keberkesanan dan kemajuan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling itu sendiri. Masih ramai guru yang menganggap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Terdapat juga guru yang menganggap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menyusahkan lagi tugas mereka. Sebagai contoh, program Mentor-Mentee yang dianggap beban kepada sesetengah guru yang tidak mementingkan hubungan baik dengan pelajar mereka. Peranan yang dimainkan oleh guru-guru juga penting dalam membantu meningkatkan mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling selain memperbetulkan persepsi yang salah terhadap perkhidmatan ini.Amaluddin Ab Rahman dan Noralina Omar (2008) telah menyatakan beberapa tanggapan negatif terhadap kaunseling yang menjadikan perkhidmatan kaunseling semakin tidak diterima di sekolah-sekolah. Antaranya ialah: -

Kaunseling khusus untuk orang bermasalah

Kaunseling adalah sama dengan nasihat

Kaunseling sama dengan psikoterapi

Kaunseling boleh memulihkan semua masalah tingkah laku

Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja

Kaunseling untuk mahasiswa sahaja

Kaunseling bertentangan dengan agama Islam

Kaunseling boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja

Tanggapan-tanggapan inilah yang mempengaruhi pelajar mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah mereka. Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan ini mungkin bermula dari salah tanggapan mereka terhadapnya. Menurut Nur Idura Mohd Zain (2009) dalam kajiannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sering dipersepsikan secara negatif oleh pelajar-pelajar sebagai suatu sesi yang dijalankan untuk menganalisis dan mengkritik kesalahan pelajar, menentukan punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang tersendiri berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pelajar pada hari ini tidak mahu ke bilik kaunseling kerana mereka menganggap pelajar yang pergi ke bilik kaunseling merupakan pelajar bermasalah. Mereka akan diejek sekiranya sering ke bilik kaunseling malah rapat dengan kaunselor sekalipun pasti akan menjadi isu dalam kalangan pelajar pada hari ini. Keadaan ini juga boleh mempengaruhi kunjungan mereka ke bilik kaunseling untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini sedikit sebanyak membantutkan perkembangan perkhidmatan ini.Melihat kepada kajian-kajian lepas, kebanyakannya lebih berfokuskan kepada kajian di sekolah-sekolah menengah dan sekolah harian di seluruh negeri. Sebagai contoh, Noor Muslieah Mustafa Kamal (2004) telah menjalankan kajian mengenai perbandingan persepsi antara guru dan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah Menengah Pasir Gudang 1, Johor Bahru. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes. Sakinah (2004) pula telah menjalankan kajian ke atas 60 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun, Kedah untuk melihat persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Selain itu, kajian mengenai persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling turut dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Slim River, Perak oleh Ana Afzan (2005) terhadap 100 orang pelajar yang berada di tingkatan empat sahaja. Menyingkap kepada perkembangan pendidikan di Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaiktaraf kesemua 79 buah Sekoleh Menengah Vokasional (SMV) sedia ada di seluruh negara kepada Kolej Vokasional mulai tahun hadapan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dalam Akhbar Harian Metro bertarikh 14 September 2012 berkata, sebagai permulaan, program perintis membabitkan 15 Sekolah Menengah Vokasional dinaikkan taraf bagi melihat keberkesanan kursus selama empat tahun dengan kelulusan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Pelajar di Kolej Vokasional akan mengikuti pengajian selama empat tahun, meliputi 70 peratus kemahiran dan 30 peratus akademik. Pelajar kolej vokasional ini akan melalui pembelajaran seperti pelajar universiti di mana pembelajaran adalah selama 4 tahun dan menggunakan sistem semester dan akan memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tanpa perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Transformasi ini menarik minat pengkaji untuk menjalankan kajian di Kolej Vokasional kerana pelaksanaannya masih baru dan masih tiada lagi kajian mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan di Kolej Vokasional. Dengan perubahan gaya pembelajaran yang bakal diterima, pengkaji ingin melihat persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej mereka.

Kajian ini diharapkan dapat memberikan sedikit maklumat mengenai perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Kolej Vokasional dan membantu merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan generasi muda yang berkemahiran1.4 TUJUAN KAJIANDalam membuat sesebuah kajian, tujuan kajian amat penting. Terdapat dua jenis tujuan kajian iaitu tujuan umum dan tujuan khusus. Berikut adalah tujuan umum dan tujuan khusus kajian ini.1.4.1 TUJUAN UMUMKajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional terhadap jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional dari aspek luaran perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.1.4.2 TUJUAN KHUSUSBerdasarkan tujuan umum di atas, maka tujuan khusus kajian ini adalah untuk melihat:1. Persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

2. Persepsi pelajar Tingkatan 4 Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima dari aspek:a) perkhidmatan memberi maklumat.

b) perkhidmatan bimbingan kelompok.c) perkhidmatan kaunseling.d) perkhidmatan penempatan.e) perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah.f) perkhidmatan perundingan dan rujukan.g) perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa.

3. Persepsi pelajar Tingkatan Empat Kolej Vokasional dari aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merangkumi aspek:a) keselesaan dan kemudahan fizikal bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.b) personaliti kaunselor.c) keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan permasalahan pelajar.d) keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.1.5 OBJEKTIF KAJIANBerdasarkan tujuan di atas, maka objektif kajian ini adalah untuk mengukur:1. Skor min persepsi pelajar Tingkatan Empat Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

2. Skor min persepsi pelajar Tingkatan Empat Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima dari aspek:a) perkhidmatan memberi maklumat.b) perkhidmatan bimbingan kelompok.c) perkhidmatan kaunseling.d) perkhidmatan penempatan.e) perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah.f) perkhidmatan perundingan dan rujukan.g) perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa.3. Skor min persepsi pelajar Tingkatan Empat Kolej Vokasional dari aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merangkumi aspek:a) keselesaan dan kemudahan fizikal bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

b) personaliti kaunselor.c) keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan permasalahan pelajar.d) keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

1.6 PERSOALAN KAJIANBerdasarkan tujuan dan objektif di atas, maka kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian berikut:1. Apakah skor min persepsi pelajar Tingkatan Empat Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling?

2. Apakah skor min persepsi pelajar Tingkatan Empat Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima dari aspek:a) perkhidmatan memberi maklumat?b) perkhidmatan bimbingan kelompok?c) perkhidmatan kaunseling?d) perkhidmatan penempatan?e) perkhidmatan mencegah penyalahgunaan dadah?f) perkhidmatan perundingan dan rujukan?g) perkhidmatan perbincangan dengan ibu bapa?3. Apakah skor min persepsi pelajar Tingkatan Empat Kolej Vokasional dari aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merangkumi aspek:a) keselesaan dan kemudahan fizikal bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling?b) personaliti kaunselor?c) keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan permasalahan pelajar?d) keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling?1.7 KEPENTINGAN KAJIANPelbagai persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling daripada pelajar dapat dilihat hasil daripada kajian lepas. Hasil daripada kajian lepas mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap perkhidmatan ini mempunyai dua dimensi iaitu positif dan negatif. Arapan (1982; dalam Nur Idura Mohd Zain, 2009) telah membuat satu kajian tentang sikap pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar menganggap unit kaunseling sebagai tidak membawa faedah dan tidak dapat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Kajian yang ditadbir menggunakan soal selidik ini juga menunjukkan pelajar perempuan bersifat lebih positif daripada pelajar lelaki. Walaubagaimanapun, kedua-dua kumpulan ini memperlihatkan sikap yang negatif terhadap perkhidmatan ini. Berbeza pula dengan dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian Wan Azurani Wan Ahmad (2003) di Kuantan berkaitan persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hasil kajiannya menunjukkan kesemua pelajar telah memberikan sokongan yang positif terhadap perkhidmatan ini kerana tidak ada seorangpun yang menunjukkan persepsi yang rendah terhadap perkhidmatan ini. Dengan ini, kita dapat melihat bahawa persepsi positif daripada pelajar menunjukkan petanda yang baik kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Namun begitu, perkara yang ingin dikenalpasti adalah pandangan negatif pelajar terhadap perkhidmatan ini. Justeru itu, kajian ini penting untuk mengetahui sejauh mana persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej vokasional. Kajian ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima di kolej mereka sekaligus meningkatkan lagi kefungsian Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu kaunselor mencari alternatif dan menyediakan program-program yang mampu membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di kolej-kolej vokasional.

Kesimpulannya, kajian ini penting untuk membantu kaunselor terutamanya dalam meningkatkan kualiti kerja sebagai seorang kaunselor. Kajian ini juga diharapkan dapat membawa perubahan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang masih berada pada tahap sederhana. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh merancang sebuah program atau aktiviti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ini. Kajian ini juga diharapkan dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan ke arah melahirkan generasi yang berkemahiran kerana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berperanan membantu pelajar menentukan halatuju selepas menamatkan pengajian.1.8 DEFINISI KONSEP DAN OPERASIONALBahagian ini membincangkan tentang definisi konsep dan operasional dalam konteks kajian ini. Definisi konsep ialah menjelaskan sesuatu definisi secara konsep iaitu diambil melalui pendapat pakar atau teori dalam sesuatu bidang atau beberapa sumber lain seperti kamus. Definisi operasional pula ialah rumusan daripada definisi konsep dioperasionalkan dalam konteks kajian.1.8.1 PersepsiNoraini Ahmad (2003) telah mengatakan bahawa persepsi ialah bagaimana seseorang itu melihat serta mentafsir sesuatu perkara berdasarkan pengalaman dan kepercayaan serta pegangan nilai. Persepsi mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan kaunseling. Berjaya atau gagalnya sesuatu kaunseling itu bergantung juga pada tahap kawalan persepsi tenaga profesional yang mengendalikan sesi tersebut iaitu kaunselor.Dalam kajian ini, persepsi dikaitkan dengan bagaimana pandangan pelajar Kolej Vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terdapat di kolej masing-masing dari segi perkhidmatan yang diterima dan aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.1.8.2 Perkhidmatan Bimbingan dan kaunselingMenurut Shertzer dan Stone (1974), bimbingan ialah suatu proses yang menolong individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup.George dan Cristiani (1995) pula menjelaskan bimbingan sebagai kegiatan memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi pelajar seperti maklumat pendidikan, sosial atau vokasional. Tujuan bimbingan lebih menekankan pencegahan daripada rawatan masalah psikologi.Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.McLeod (2007) pula menjelaskan kaunseling sebagai satu aktiviti yang mana seseorang yang bermasalah menjemput dan membenarkan seorang individu lain membina hubungan istimewa dengannya. Ini bertujuan untuk membolehkannya meluahkan masalah, meneroka, mempelajari serta mencari penyelesaian dan menikmati kehidupan yang bermakna.Menurut Arthur P. Lloyd dan Aminah Hj Hashim (1992), dalam konteks pendidikan di Malaysia, bimbingan lebih merupakan suatu perkhidmatan yang mengambil bentuk proses, yakni seseorang yang mengkehendaki bimbingan akan dibimbing ke arah kestabilan. Seseorang itu memerlukan bimbingan kerana dia merasakan bahawa dia berada dalam keadaan yang tidak seimbang. Ada sesuatu yang tidak kena dalam dirinya yang perlu diperbetulkan.Menurut Suradi Salim (1993) yang merujuk kepada buku panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan pada tahun 1984 telah mencadangkan sebelas perkhidmatan yang sesuai untuk dimasukkan dalam program bimbingan dan kaunseling di sekolah. Perkhidmatan-perkhidmatan ini ialah :- Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod

Perkhidmatan Sebaran Maklumat

Perkhidmatan Bimbingan Kelompok dan Pengajaran

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok Perkhidmatan Penempatan Akademik

Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan Pakar

Perkhidmatan Penyelarasan Sumber

Perkhidmatan Rekod dan Dokumentasi

Perkhidmatan Khidmat Masyarakat

Perkhidmatan Kegiatan Ko-kurikulum Perkhidmatan Kajian, Penilaian dan AkauntabilitiManakala menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui surat pekeliling ikhtisas bil. 3/1996 telah menyenaraikan tujuh bidang tugas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan diri pelajar, pendidikan pencegahan dadah, keibubapaan dan kaunseling HIV/AIDS.Menurut Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2011) terdapat 10 jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang harus disediakan di sekolah iaitu :-

Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod

Perkhidmatan Memberi Maklumat

Perkhidmatan Bimbingan Kelompok

Perkhidmatan Kaunseling

Perkhidmatan Penempatan

Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah

Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan

Perkhidmatan Penyelarasan Sumber

Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa

Perkhidmatan Penilaian. Secara operasionalnya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kajian ini dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima dan aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Bagi aspek yang pertama iaitu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima diambil berdasarkan 10 jenis perkhidmatan yang dinyatakan di atas namun pengkaji telah memilih tujuh sahaja daripadanya sebagai aspek kajian yang dikaji iaitu perkhidmatan yang melibatkan hubungan secara langsung dengan pelajar iaitu Perkhidmatan Memberi Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok, Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Penempatan, Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan dan Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa. Kedua, untuk aspek luaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pengkaji akan menilainya dari aspek keselesaan dan kemudahan fizikal bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, personaliti kaunselor sekolah, keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan permasalahan pelajar dan keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

1.8.3 PelajarMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), pelajar diertikan sebagai orang yang belajar seperti murid sekolah, penuntut maktab, penuntut universiti dan sebagainya. Pelajar juga ditakrifkan sebagai orang yang menyelidik ilmu.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) pula telah mentakrifkan pelajar sebagai orang atau anak yang sedang belajar atau berguru atau penuntut.Secara operasionalnya, kajian ini melibatkan pelajar kolej vokasional Tingkatan Empat sahaja di salah sebuah kolej vokasional di Perak.1.9 Batasan KajianSetiap kajian pasti ada limitasinya yang tersendiri. Limitasi kajian ini adalah berdasarkan kepada responden kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari sebuah Kolej Vokasional sahaja. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan yang terhasil daripada kajian ini hanyalah daripada analisa bilangan pelajar Kolej Vokasional. Responden juga dipilih secara rawak oleh guru kaunseling sekolah terbabit. Selain itu, kawasan kajian juga terhad kepada satu kawasan sahaja dan tidak merangkumi keseluruhan negeri di Malaysia. Kita hanya melihat di kawasan tersebut sahaja dan membuat generalisasi berdasarkan kawasan kajian sahaja. Kajian secara tinjauan juga dijalankan hanya sekali sahaja dalam tempoh tertentu menggunakan soal selidik bagi mendapatkan data-data kajian. Dapatan kajian ini juga sangat bergantung kepada kejujuran responden kajian dalam menjawab soal selidik yang diberikan.1.10 RumusanBab ini memberikan pengetahuan tentang perkara-perkara asas tentang kajian yang ingin dilaksanakan. Bab ini amat penting kerana jika terdapat kesalahan dalam pembinaan tujuan, maka ia akan memberi kesan kepada perkara yang seterusnya iaitu, objektif, persoalan kajian dan hipotesis kajian. Oleh itu, sebelum pembinaan tujuan, ia perlu diteliti terlebih dahulu. Bab ini juga penting kerana memberikan gambaran tentang kajian yang ingin dilaksanakan. Dengan terbinanya keseluruhan aspek kajian ini, maka kajian tersebut boleh diteruskan.

BAB 2

PENDEKATAN TEORI DAN SOROTAN KAJIAN

2.1 PENDAHULUANBab ini membincangkan pendekatan teori dan sorotan kajian. Dalam menjalankan sesebuah kajian, teori diperlukan sebagai bukti kepada apa yang dihujahkan. Teori dijadikan asas dalam mengemukakan sebarang pendapat. Selain itu, sorotan kajian atau kajian-kajian lepas juga sangat penting kerana kajian-kajian lepas akan memberikan idea dan hala tuju tentang kajian yang ingin dilaksanakan. Kajian-kajian lepas ini boleh memberi idea dan maklumat tambahan supaya pengkaji mempunyai hala tuju yang jelas semasa menjalankan kajian. Ia juga dapat dijadikan rujukan bagaimana sesebuah kajian itu dilaksanakan.2.2 PENDEKATAN TEORI2.2.1 Teori Persepsi DiriMenurut Azizi Yahya et. al (2005), teori persepsi diri diperkenalkan oleh Daryl Bern pada tahun 1967 sebagai usaha memberikan penjelasan alternatif kepada kajian-kajian percanggahan kognitif. Beliau mencadangkan bahawa, manusia kebiasaannya akan membuat kesimpulan berkaitan kepercayaan berdasarkan kelakuannya. Beliau menyatakan, Seseorang akan memerhati kelakuan dirinya sebagaimana dia memerhati kelakuan orang lain yang sama dan berdasarkan pemerhatian itu, dia membuat kesimpulan berkaitan kepercayaannya (Arkes & Garske, 1982 dalam Azizi Yahaya et.al, 2005). Beliau mempunyai pandangan yang berbeza daripada teori percanggahan kognitif. Malah, beliau menolak berlakunya kepada percanggahan kognitif dan dorongan daripada keadaan itu. Melalui banyak eksperimen dan contoh yang nyata, beliau percaya kelakuan sebenarnya mempengaruhi sikap dan bukan sebaliknya. Sebagai contoh, individu yang memerhati dirinya menulis satu esei yang menentang kepercayaannya, mendapat kesimpulan iaitu pandangan berlainan juga tidak kurang baiknya dan seterusnya mengubah sikapnya (Beck, 1983 dalam Azizi Yahaya et.al, 2005).Teori persepsi diri adalah salah satu daripada teori atribusi. Pengalaman dan situasi dianggap lebih penting daripada pemikiran kognitif. Ini kerana, pengalaman dan situasi itu membentuk persepsi diri individu melalui interaksinya dengan pengalaman dan situasi itu. Maka, pengalaman positif sentiasa membawa kepada sikap positif individu dan sebaliknya (Beck,1983 dalam Azizi Yahaya et.al, 2005). Menurut teori persepsi diri, pelajar akan membentuk kepercayaan dirinya berdasarkan kelakuannya dan pengalamannya. Ini bermaksud pengalaman positif sentiasa membawa kepada kepercayaan positif dan sebaliknya. Kaunselor perlu membantu pelajar membina persepsi diri yang positif dengan cara yang sewajarnya.Teori ini bertepatan dengan skop kajian yang ingin dikaji. Berdasarkan teori ini kita dapat melihat bahawa pengalaman pelajar terhadap sesuatu akan membentuk persepsi atau kepercayaan dirinya. Sekiranya pelajar itu pernah menjalani perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej mereka dan perkhidmatan itu dilaksanakan dengan baik oleh kaunselor, maka pelajar akan membentuk persepsi yang positif terhadap perkhidmatan ini. Sekiranya pelajar tidak pernah menjalani perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej mereka atau pernah menjalani tetapi perkhidmatannya kurang memuaskan, maka pelajar akan membentuk persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan ini. Dari sini kita dapat melihat aspek yang manakah yang membentuk persepsi diri pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej vokasional. Oleh itu, teori persepsi diri ini adalah teori yang sesuai digunakan dalam kajian ini.2.2.2 Model for Evidence - Based Elementary School Counseling.Hasliza Hassan (2009) dalam kajiannya menyatakan bahawa Model for Evidence-Based Elementary School Counseling telah dibina pada tahun 2004 oleh Shlonsky dan Gibbs. Model ini merangkumi 3 peringkat iaitu pertama, menggunakan data untuk mengenalpasti dan menerangkan masalah yang sebenarnya ( menghuraikan masalah ). Kedua, mencari intervensi atau latihan untuk meningkatkan atau menyelesaikan masalah yang ditunjukkan daripada hasil penyelidikan atau kajian. Ketiga, menentukan sama ada pelaksanaan latihan atau intervensi berkesan (penilaian intervensi).

Melalui model ini, kaunselor mengetuai kumpulan dalam mengenalpasti masalah dan membuat keputusan ke atas intervensi yang ingin digunakan. Model ini memfokuskan kepada penggunaan data untuk mengenalpasti masalah, meletakkan matlamat dan mensasarkan intervensi. Intervensi berasaskan kajian dikenalpasti melalui rumusan hasil kajian lepas yang relevan dan keputusan intervensi sama ada boleh dilaksanakan di sekolah atau tidak. Penilaian pula adalah untuk melengkapkan maklumat sama ada program atau intervensi berhasil atau tidak. Penilaian juga digunakan untuk melengkapkan keberkesanan dokumentasi program kaunseling sekolah kepada pihak-pihak tertentu seperti pihak sekolah atau pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Walaupun intervensi ini disokong oleh hasil penyelidikan, tidak semestinya intervensi ini mampu memberikan kesan yang sama kepada semua seting dan itulah perlunya untuk menilai kesesuaiannya dalam seting kaunseling di sekolah. Penilaian terhadap tujuan akauntabiliti dan peningkatan program menyediakan maklumat sama ada program itu cukup berkesan atau tidak untuk diteruskan dan mendokumenkan hasil intervensi kaunseling sekolah.Di dalam kajian ini, penggunaan model ini adalah pada peringkat pertama sahaja di mana kajian dilaksanakan untuk mengenalpasti persepsi pelajar Tingkatan Empat kolej vokasional terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Daripada hasil kajian ini kita dapat melihat sejauhmana persepsi pelajar Tingkatan Empat terhadap tujuh perkhidmatan bimbingan kaunseling iaitu Perkhidmatan Memberi Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok, Perkhidmatan Kaunseling, Perkhidmatan Penempatan, Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan dan Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu Bapa dan empat aspek luaran iaitu aspek keselesaan dan kemudahan fizikal bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, personaliti kaunselor sekolah, keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan permasalahan pelajar dan keyakinan pelajar terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Daripada hasil kajian ini, kita dapat melihat sejauhmana keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang dilaksanakan di kolej vokasional dan perkhidmatan manakah yang paling berkesan dan yang mana kurang berkesan berdasarkan skor min yang diperoleh. Kemudian, daripada hasil kajian ini diharapkan dapat membantu kaunselor kolej vokasional atau pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk meneruskan ke peringkat kedua dan ketiga iaitu mencari intervensi dan melaksanakannya serta menilai keberkesanan intervensi yg akan dijalankan.

Kesimpulannya, penggunaan model ini hanyalah untuk mencari isu atau masalah yang sering berlaku dan menilai tahap persepsi pelajar masa kini terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej vokasional dengan harapan dapat meningkatkan lagi tahap dan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di kolej vokasional.2.3 SOROTAN KAJIAN

2.3.1 Sorotan Kajian Dalam NegaraMastika Jaafar (2009) telah menjalankan kajian tinjauan tentang penilaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling daripada konteks guru-guru kaunseling, guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah bantuan penuh kerajaan di daerah Hilir Perak termasuklah sekolah menengah kebangsaan dan sekolah berasrama penuh. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah menengah di Daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru kaunseling, 90 orang guru dan 150 orang pelajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik berbentuk senarai semak yang dibina oleh Suradi Salim mengenai Penilaian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah-sekolah Menengah. Berdasarkan sebelas perkhidmatan yang terdapat dalam bimbingan dan kaunseling yang dinyatakan oleh Suradi Salim (1993) iaitu Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod, Perkhidmatan Sebaran Maklumat, Perkhidmatan Bimbingan Kelompok dan Pengajaran, Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok, Perkhidmatan Penempatan Akademik, Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan Pakar, Perkhidmatan Penyelarasan Sumber, Perkhidmatan Rekod dan Dokumentasi, Perkhidmatan Khidmat Masyarakat, Perkhidmatan Kegiatan Ko-kurikulum dan Perkhidmatan Kajian, Penilaian dan Akauntabiliti, terdapat tiga perkhidmatan yang telah dijalankan dengan baik bagi pandangan guru kaunseling di sekolah iaitu perkhidmatan penempatan akademik, perkhidmatan sebaran maklumat dan perkhidmatan rekod dan dokumentasi. Berbeza pula dengan pandangan guru yang menyatakan bahawa hanya perkhidmatan rekod dan dokumentasi sahaja yang dijalankan dengan baik di sekolah mereka. Pelajar pula menyatakan perkhidmatan Khidmat Masyarakat dan perkhidmatan Kegiatan Kokurikulum telah dijalankan dengan baik oleh kaunselor sekolah mereka. Secara keseluruhannya, para pelajar kebanyakannya tidak pernah menjalani perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah mereka dan lebih banyak memberikan penilaian yang negatif berbanding guru-guru dan guru kaunseling. Walaubagaimanapun, hampir kesemua perkhidmatan dalam bimbingan dan kaunseling telah dilaksanakan dengan memuaskan di sekolah-sekolah menengah di Daerah Hilir Perak, Perak. Kajian ini menunjukkan masih ada lagi perkhidmatan yang masih diketepikan oleh sesetengah kaunselor di sekolah dan para pelajar khususnya masih lagi belum didedahkan sepenuhnya dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah mereka.

Dapatan ini berbeza pula dengan dapatan oleh Nur Idura Mohd Zain (2009) yang telah menjalankan kajian secara tinjauan tentang persepsi pelajar-pelajar Tingkatan Empat di Semenanjung Malaysia terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah. Secara keseluruhannya, hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia membuat persepsi pada tahap sederhana terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pada kesemua aspek yang dikaji kecuali aspek infrastruktur bilik kaunseling dan keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan masalah yang berada pada tahap tinggi. Tujuh aspek yang dikaji dalam kajian ini merangkumi aspek infrastruktur bilik kaunseling, personaliti kaunselor, keupayaan kaunselor dalam menyelesaikan masalah serta khidmat bimbingan untuk meningkatkan tahap akademik pelajar. Selain itu, aspek kajian ini turut memberikan khidmat bimbingan ke IPT, khidmat bimbingan dalam pemilihan kerjaya serta aspek keyakinan pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat tiga aspek yang menunjukkan perbezaan persepsi antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan iaitu merangkumi aspek memberikan khidmat bimbingan ke IPT, khidmat bimbingan dalam pemilihan kerjaya serta aspek keyakinan pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Rofiah bt Abdul Raof (2009) telah menjalankan kajian yang sedikit berbeza daripada kajian Nur Idura Mohd Zain (2009) di mana pengkaji ini mengkaji tentang persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan hubungannya dengan pencapaian akademik di sekolah. Sekolah yang dikaji ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda Musa, Kuala Kangsar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong, Kuala Kangsar. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan pencapaian akademik. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji yang mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat Diri), Bahagian B (Persepsi Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling) dan Bahagian C (Keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling). Bilangan responden adalah seramai 100 orang. Responden terdiri daripada pelajar aliran sains dan sastera. Pemilihan sampel adalah secara rawak. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan pencapaian akademik pelajar dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara perbezaan persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Ini bermakna pencapaian akademik pelajar sekolah tidak dipengaruhi oleh kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Walaubagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan antara kemudahan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Apa yang kita boleh katakan mengenai penyataan ini ialah sekiranya kemudahan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mencukupi dan lengkap di sesebuah sekolah menjamin keberkesanan perkhidmatan kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan ini kerana pelajar telah memberikan persepsi yang positif dengan melihat suasana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling itu sendiri. Secara keseluruhannya, hasil kajian yang diperolehi menunjukkan pelajar-pelajar di Semenanjung Malaysia membuat persepsi pada tahap sederhana terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.Dapatan yang sama dengan Nur Idura Mohd Zain (2009) telah dinyatakan dalam kajian oleh Hasliza Hassan (2009) yang menunjukkan bahawa tahap penerimaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah masih berada pada tahap yang sederhana. Kajian Hasliza Hassan (2009) ini melihat kepada keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari konteks pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan. Sebanyak 8 buah sekolah menengah telah dipilih dalam kajian ini. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan jantina dari tiga aspek iaitu jenis masalah yang dialami oleh pelajar, jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang diterima dan tahap keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kalangan pelajar. Seramai 400 orang responden telah terlibat dalam kajian ini. Alat ukuran yang digunakan oleh pengkaji merupakan satu set senarai semak yang dibina sendiri oleh pengkaji dengan merujuk kepada tujuan kajian yang meliputi faktor demografi dan persoalan mengenai skop kajian. Set senarai semak ini dibuat dengan merujuk kepada bidang tugas kaunselor dan senarai tugas guru kaunseling yang dikeluarkan oleh KPM dalam surat pekeliling ikhtisas bil. 3/1996 yang meliputi tujuh bidang tugas guru kaunseling iaitu akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri pelajar, pendidikan dan pencegahan dadah dan kaunseling HIV/AIDS. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 14.0. Data kajian dianalisis menggunakan nilai peratusan, kekerapan dan perbandingan melalui jadual Crosstabulation serta Pearson Chi-Square bagi melihat perbezaan dari aspek demografi dan jenis masalah pelajar. Hasil kajian menunjukkan tahap keperluan dan penerimaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah sederhana pada ketujuh-tujuk aspek bidang tugas yang dijalankan oleh guru kaunseling. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina terhadap penerimaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang melibatkan aspek akademik, kerjaya dan pembangunan diri. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar lelaki mempunyai tahap penerimaan yang tinggi terhadap aspek pembangunan diri, namun keperluan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah sama antara jantina.Berdasarkan kajian-kajian lepas, kebanyakan dapatan kajian menunjukkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah masih berada pada tahap sederhana. Masih ramai lagi pelajar yang tidak mengetahui tentang kewujudan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Pelajar tidak diberikan pendedahan tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan di sekolah yang memungkinkan mereka memberikan tanggapan yang negatif terhadap perkhidmatan ini.

2.3.2 Sorotan Kajian Luar NegaraSebuah kajian telah dijalankan oleh Angela R. Holman (2010) dari East Carolina University tentang persepsi pelajar kolej tentang kaunseling. Kajian ini diberi tajuk Reaching-out: Colleague Student Perceptions of Counseling. Kajian ini meninjau persepsi pelajar kolej mengenai faedah kaunseling, kesanggupan mereka untuk mendapatkan kaunseling dan khususnya kepada kaunseling bagi mengatasi masalah perhubungan. Data telah dinilai dan dianalisis dari aspek peringkat pengajian, bangsa / etnik, dan jantina. Sampel kajian adalah seramai 288 orang yang terdiri daripada 159 mahasiswa yang masih menuntut dan 29 orang pascasiswazah yang mendaftarkan diri di universiti terbesar di Tenggara. Kajian ini menggunakan satu set soal-selidik yang mengandungi 59 item yang telah diluluskan oleh barisan panel dari universiti antarabangsa. Item di dalam soal selidik ini menggunakan Skala Likert iaitu dari skor 1 (sangat setuju) kepada skor 5 (sangat tidak setuju). Data dianalisis menggunakan kaedah Chi-square dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan pelajar siswazah dan pelajar pascasiswazah lebih cenderung untuk mendapatkan kaunseling, terlibat dalam kaunseling bagi mengatasi masalah perhubungan dan untuk membincangkan mengenai masalah emosi dan perasaan. Dalam kaunseling perhubungan, responden perempuan dan dari golongan Amerika-Eropah lebih cenderung untuk mengambil bahagian berbanding responden lelaki dan responden daripada kalangan bangsa minoriti. Implikasi yang berkaitan dengan penemuan disediakan. Dapatan kajian membuktikan terdapatnya perbezaan antara faktor demografi responden dengan persepsi mereka mengenai faedah kaunseling, kesediaan untuk terlibat dengan sesi kaunseling dan persepsi tentang kaunseling yang melibatkan masalah perhubungan. Kajian ini melibatkan faktor demografi yang pelbagai dan berbeza dengan kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji yang hanya menggunakan satu faktor demografi sahaja iaitu pelajar Tingkatan Empat.

Sebuah kajian lain pula telah dijalankan di Zimbabwe pada tahun 2011 oleh Regis Chireshe bagi melihat persepsi kaunselor sekolah dan pelajar terhadap faedah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah dan kajian ini melibatkan pelajar di sekolah menengah di Zimbabwe dan bukannya pelajar kolej seperti kajian di atas. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana persepsi kaunselor sekolah dan pelajar terhadap perkhidmatan ini di sekolah. Kajian ini adalah antara kajian yang terbesar di Zimbabwe yang mengkaji tentang perkhidmatan ini. Kajian ini adalah merupakan kajian tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan dua set soal selidik yang mana satu set untuk kaunselor sekolah dan satu lagi untuk pelajar sekolah. Soal selidik ini hanya mengandungi soalan tertutup. Sampel kajian terdiri daripada 950 orang responden yang mana 340 orang adalah kaunselor sekolah (165 lelaki dan 149 perempuan) dan 636 adalah pelajar sekolah ( 314 lelaki dan 322 perempuan). Data dianalisis menggunakan SAS/SAT statistical package versi 9.1 dan merangkumi tabulasi dan komputasi ujian Chi-square, kekerapan, peratus dan nisbah. Hasil kajian menunjukkan kaunselor sekolah dan pelajar percaya bahawa perkhidmatan yang melibatkan sosial, kerjaya dan vokasional adalah yang paling berfaedah. Secara keseluruhannya, kedua-dua golongan ini memberikan penilaian yang lebih kurang sama terhadap perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Zimbabwe. Kajian ini menunjukkan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di luar negara turut berada pada tahap sederhana dan penilaian bagi setiap perkhidmatan berbeza-beza.Fulya dalam Mastika Jaafar (2009) telah menjalankan kajian mengenai penilaian perkhidmatan psikologikal bimbingan dan kaunseling berdasarkan pandangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Kajian ini melibatkan 204 orang guru. School Guidance Service Sale dan Teacher Personal Information Form telah digunakan bagi mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Pengiraan peratus dan pelbagai analisis regrasi telah digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru telah menyenaraikan perkhidmatan bimbingan yang telah dijalankan seperti konsultasi, kaunseling, pengumpulan dan penyebaran maklumat, penilaian, orientasi, penempatan, kajian dan penilaian secara umum dan perhubungan dengan ahli keluarga serta membuat tindakan susulan bagi perkhidmatan yang telah dijalankan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa dalam anggaran empat puluh enam peratus daripada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah ditawarkan, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah adalah lebih baik berbanding perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Malah kaunselor di sekolah menengah juga turut memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mencukupi berbanding kaunselor di sekolah rendah. Keadaan ini disebabkan oleh kurangnya latihan yang diberikan kepada kaunselor di sekolah rendah selain kemudahan yang tidak mencukupi untuk melaksanakan perkhidmatan ini. Secara keseluruhannya, kajian di luar negara juga menunjukkan perkhidmatan ini masih berada pada tahap yang sederhana. Walaupun aspek yang dikaji berbeza-beza antara satu sama lain namun ia masih merangkumi aspek perkhidmatan bimbingan dan kaunseling itu sendiri.2.4 RumusanBab ini telah menerangkan beberapa kajian lepas berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dari segi persepsi, keperluan dan tahapnya. Walaupun terdapat pelbagai jenis kajian yang berlainan tajuk dan jenis, namun secara keseluruhannya kita dapat lihat sememangnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah pada masa kini masih lagi berada pada tahap sederhana. Pelajar kurang diberikan pendedahan terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan di sekolah. Kenyataan ini disokong oleh teori persepsi diri oleh Daryl Bern yang menyatakan bahawa persepsi individu itu adalah berdasarkan pengalaman dan kelakuan seseorang. Pelajar yang tiada pengalaman dengan kaunselor atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah mereka cenderung untuk memberikan persepsi yang negatif terhadap perkhidmatan ini.

Keberkesanan/ Penilaian Intervensi

Intervensi / Latihan

Kenalpasti masalah

Model for Evidence-Based Elementary School Counseling

Rajah 2.2.2 (a)