persepsi pelajar-pelajar tingkatan empat · pdf fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya...

22

Click here to load reader

Upload: vunhi

Post on 07-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP

PERKHIDMATAN BIMBINGAN KERJAYA DI SEKOLAH

MENENGAH TIKNIK SEKITAR NEGERI SEMBILAN

TAN PEI KHUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP PERKHIDMATAN BIMBINGAN KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKITAR NEGERI SEMBILAN.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya TAN PEI KHUN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD √

Disahkan oleh

______________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

51, JALAN SYED ALI, 71600 KUALA KLAWANG, DR. TAN SOO YIN JELEBU, NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia

Tarikh: 12 MAC 2004 Tarikh : 12 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam).”

Tandatangan : ________________________

Nama Penyelia : _____Dr. Tan Soo Yin_____

Tarikh : ______10 MAC 2004______

Page 4: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP

PERKHIDMATAN BIMBINGAN KERJAYA DI SEKOLAH

MENENGAH TIKNIK SEKITAR NEGERI SEMBILAN

TAN PEI KHUN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2003

Page 5: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : Tan Pei Khun

Tarikh : .………………………...

Page 6: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

iii

DEDIKASI

Untuk

ayah yang disanjungi

Tan Peck Ling

dan ibu yang tersayang

Che Ah Tho

Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu

yang telah bersusah payah mendidikku dan memeliharaku

agar menjadi seorang manusia yang berguna

serta

kakak dan adik yang dikasihi

Bee Fong, Bee Er, Wei Tee, Chuey Chuan, Full Chang dan Bee Chin

Segala kerinduan, kesabaran, dan doa kalian yang diberikan

amat dihargai serta besar ertinya.

Kejayaan ini adalah milik bersama.

Terima Kasih

Page 7: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Tan Soo Yin, atas bimbingan, dorongan,

perbincangan serta nasihat pakar yang beliau berikan tanpa berasa jemu sejak dari awal

kajian ini dirancang sehinggalah projek ini dapat disempurnakan.

Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan

Pendidikan Negeri, atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga penulis rakamkan untuk semua

Pengetua, Penolong Kanan Kurikulum, guru-guru bimbingan dan kaunseling dan

pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik atas kerjasama yang telah diberikan.

Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis menjayakan

projek penyelidikan ini.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar terhadap perkhidmatan

bimbingan kerjaya dari segi tahap sambutan pelajar, tahap kepuasan dan persepsi

pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan

mereka. Enam buah Sekolah Menengah Teknik di sekitar Negeri Sembilan telah

terlibat dengan responden terdiri daripada 318 orang pelajar Tingkatan Empat. Bagi

tujuan mengumpul data, soal selidik berdasarkan Skala Likert ditadbirkan dan data yang

diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik dengan perisian SPSS versi 11.0.

Analisis deskriptif dilakukan dengan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk

melihat tahap persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya. Statistik inferensi

digunakan untuk mencari perbezaan persepsi nerdasarkan faktor jantian, pekerjaan dan

pendidikan bapa. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian

ini mempunyai tahap sambutan dan tahap kepuasan yang tinggi tetapi menganggap

perkhidmatan bimbingan kerjaya yang dilaksanakan kurang membantu dan

membimbing mereka dalam meningkatkan pengetahuan mereka. Kajian ini juga

menunjukkan terdapat perbezaaan kepuasan hati berdasarkan faktor jantina serta

perbezaaan persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan

pengetahuan berdasarkan faktor jantinan dan pekerjaan bapa. Implikasi kajian dan

cadangan tindakan serta kajian lanjutan turut dibincangkan.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

vi

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine students’ perceptions of the

vocational guidance services in term of their participation, satisfaction and the level of

students’ perception about vocational guidance in increasing their knowledge. Three

hundred and eighteen Form Fours’ students from six technical schools in Negeri

Sembilan were involved in this research . The questionnaire was in Likert Scale and

data gathered was analyzed by using statistical method specifically SPSS 11.0 Version.

Frequency, percentage, mean and standard deviantion were used to determine the

levels of students’ perception to the vocational guiding programme. Inferency statistic

was also conducted in order to determine the differences in perceptions based on

gender, fathers’ occupation and academic attainment. The findings showed that

students had high perception about vocationanl guidance. For the level of vocational

guidance help to increase their vocational knowledge, the result showed moderate.

Implications of the research and suggestions for actions to be taken and suggestions for

future research were also indicated.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 8

1.9.1 Persepsi 9

1.9.2 Pelajar 9

1.9.3 Bimbingan 10

1.9.4 Kerjaya 10

Page 11: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

viii

1.9.5 Bimbingan Kerjaya 10

1.9.6 Guru kaunseling 11

1.10 Kesimpulan 11

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kajian-kajian Lepas Tempatan 12

2.3 Kajian-kajian Lepas Luar Negara 16

2.4 Kerangka Teori Kaunseling Kerjaya 17

2.4.1 Teori Perkembangan Donald Super 17

2.4.2 Perhubunagn Latar Belakang Keluarga

Dengan Pemilihan Kerjaya 20

2.5 Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya di Sekolah 21

2.5.1 Penilaian Diri 21

2.5.2 Maklumat Kerjaya 22

2.5.3 Peranan Guru Kaunseling Kerjaya 23

2.6 Kesimpulan 24

BAB III METODOLOGI 25 3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.5 Kajian Rintis 27

3.6 Instrumen Kajian 28

Page 12: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

ix

3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian 30

3.8 Analisis Data 30

3.8.1 Statistik Deskriptif 31

3.8.2 Statistik Inferensi 32

3.9 Kesimpulan 33

BAB IV PENGANALISAAN DATA KAJIAN 34 4.1 Pengenalan 34

2.2 Analisis Taburan Responden Berdasarkan Ciri-ciri

Domegrafi 34

4.3 Analisis Deskriptif Tahap Persepsi Responden

Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya 36

4.3.1 Persoalan 1 36

4.3.2 Persoalan 2 37

4.3.3 Persoalan 3 38

4.4 Analisis Inferensi 39

4.4.1 Pengujian Hipotesisi 1 39

4.4.2 Pengujian Hipotesisi 2 40

4.4.3 Pengujian Hipotesisi 3 40

4.4.4 Pengujian Hipotesisi 4 41

4.4.5 Pengujian Hipotesisi 5 42

4.4.6 Pengujian Hipotesisi 6 43

4.4.7 Pengujian Hipotesisi 7 44

4.4.8 Pengujian Hipotesisi 8 45

4.4.9 Pengujian Hipotesisi 9 46

4.5 Penutup 46

Page 13: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 48 5.1 Pengenalan 48

5.2 Profile Responden Mengikut Ciri-ciri Demografi 48

5.3 Perbincangan Tahap Persepsi Responden 49

5.4 Perbincangan Hasil Hipotesis 50

5.5 Rumusan Dapatan kajian 52

5.6 Implikasi Kajian 53

5.7 Cadangan Tindakan 54

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 56

5.9 Kesimpulan 57

RUJUKAN 58 LAMPIRAN A - D 64- 74

Page 14: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Tugas-tugas perkembangan kerjaya Super 19 3.1 Bilangan item mengikut dimensi persepsi pelajar terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya 29 3.2 Cara pemberian skor item 30 3.3 Pengelasan tahap skor 32 4.1 Taburan responden mengikut jantina 35 4.2 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa 35 4.3 Taburan responden mengikut pendidikan bapa 36 4.4 Analisis tahap sambutan responden terhadap perkhidmatan

bimbingan kerjaya 37 4.5 Analisis tahap kepuasan hati responden terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya 37 4.6 Analisis tahap persepsi responden terhadap perkhidmatan

bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka 38

4.7 Analisis Ujian-t bagi perbandingan sambutan

berdasarkan faktor jantina 39 4.8 Analisis Ujian-t bagi perbandingan kepuasan hati

berdasarkan faktor jantina 40

Page 15: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

xii

4.9 Analisis Ujian-t bagi perbandingan persepsi responden terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka berdasarkan faktor jantina 41

4.10 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan sambutan

berdasarkan faktor pekerjaan bapa 42 4.11 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan sambutan

berdasarkan faktor pendidikan bapa 43 4.12 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan kepuasan

hati berdasarkan faktor pekerjaan bapa 43 4.13 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan kepuasan

hati berdasarkan faktor pendidikan bapa 44 4.14 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan persepsi

responden terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetauan mereka berdasarkan faktor pekerjaan bapa 45

4.15 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan persepsi

responden terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka berdasarkan faktor pendidikan bapa 46

Page 16: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Set Soal Selidik 64 B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 70 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan

Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus 72 D Carta Krejcie dan Morgan 74

Page 17: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu bidang yang telah lama wujud dalam

kehidupan manusia. Ia merupakan perkhidmatan yang menyeluruh dengan meliputi

semua aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan untuk membuat dan melaksanakan

perancangan yang mencukupi serta mencapai penyelesuaian yang memuaskan dalam

semua aspek kehidupan harian (Suradi Sulim, 1996).

Dalam konteks pendidikan moden hari ini, bimbingan dan kaunseling

merupakan suatu bahagian yang terpenting dalam usaha memberikan perkhidmatan

kepada pelajar-pelajar baik di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat

pengajian tinggi (Amir Awang, 1984).

Pelaksanaan bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan dapat diamalkan

dalam tiga peringkat iaitu peringkat Sekolah Rendah, peringkat Sekolah Menengah dan

Institusi Pendidikan Tinggi. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diamalkan

di setiap peringkat pendidikan disebabkan keperluan dan kehendak pelajar adalah

berbeza di peringkat pendidikan yang berbeza (Zunker, 1994).

Page 18: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

2

Persekolahan dianggap mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan

kerjaya seseorang (Amla, 1992). Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah

bertanggungjawab untuk merekabentuk program dan aktiviti bimbingan kerjaya yang

dapat membimbing pelajar-pelajar dengan memberi maklumat dan pengetahuan tentang

kerjaya. Dalam melaksanakan program sedemikian, unit ini perlu mengambilkira

keperluan-keperluan pemilihan dan pembangunan kerjaya pelajar. Keselarasan antara

perkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

penting dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan bimbingan di sekolah dalam

membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai.

1.2 Latar Belakang Kajian

Dunia pekerjaan, satu fenomena yang sangat penting dalam kehidupan

seseorang individu dan pemilihan kerjaya juga merupakan perkara yang pasti akan

mereka lalui. Pekerjaan atau kerja adalah satu proses yang melibatkan satu jangka masa

yang panjang, seseorang individu itu akan membuat banyak pilihan sebelum mereka

tiba pada satu keputusan yang agak muktamad. Dalam jangka masa membuat

pemilihan kerjaya, ia banyak dipengaruhi persekitaran, potensi, bakat dan kebolehan

seseorang individu (Tolbert,1974).

Ahli-ahli psikologi juga berpendapat bahawa setiap manusia dilahirkan dengan

memiliki bakat dan potensi untuk berkembang, melalui perkhidmatan bimbingan yang

baik pelajar dapat mengembangkan bakat dan potensi mereka ke tahap maksimum

(Suradi Sulim, 1996).

Pada zaman persekolahan, pelajar-pelajar akan melalui satu peringkat percubaan

dan memasuki peringkat awal realistik. Di akhir peringkat tersebut, pelajar terpaksa

membuat keputusan dan perancangan kerjaya yang kemungkinan besar akan

mempengaruhi pemilihan kerjaya apabila dewasa (Hushim,1997). Maka, pelajar perlu

Page 19: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

3

dilengkapkan dengan pelbagai maklumat tentang pekerjaan, ia merangkumi aspek-aspek

tentang prospek pekerjaan itu, kelayakan, latihan, kemahiran dan kursus yang

diperlukan, tugas, tanggungjawab dan keadaan kerja serta maklumat lain yang berkaitan

supaya mereka dapat menilai diri mereka dan melihat kesesuaian diri mereka dengan

pekerjaan itu. Maklumat yang tepat dapat membantu mereka membuat pemilihan

kerjaya yang realistik (Suradi Sulim, 1996).

Selain itu, maklumat kerjaya juga dapat mengurangkan keraguan pelajar dan

membolehkan mereka maju dalam pelajaran dengan mengetahui wujudnya pekerjaan

yang sesuai dengan kebolehan mereka (Eh Ah Meng, 1996). Mereka perlu

mengambilkira faktor-faktor yang boleh membantu mereka memilih pekerjaan yang

sesuai dengan mendapatkan bimbingan dan bantuan daripada pihak unit bimbingan dan

kaunseling sekolah. Inilah adalah kerana perkhidmatan bimbingan kerjaya diperlukan

oleh para pelajar untuk membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat,

kebolehan, bakat dan ciri-ciri keperibadian mereka (Amir Awang, 1982).

Crites (1969) juga menyatakan bahawa dalam konteks membuat pemilihan

kerjaya, pengetahuan mengenai diri sendiri dan pekerjaan adalah tidak lengkap tanpa

proses atau aktiviti bimbingan dan kaunseling. Ketiga-tiga unsur tersebut perlu

digabungkan bagi memastikan keupayaan memilih kerjaya yang tepat. Pandangan ini

turut disokong oleh fakta berikut:

“ Knowledge of self + knowledge of work + counseling = ability to choose,

assign career information a central role.”

(Srebalus, 1982: 96)

Bimbingan kerjaya diperlukan bukan sahaja kerana ia dapat membantu

seseorang pelajar itu dengan keterangan-keterangan tentang kerja semata-mata, tetapi

juga menyedarkan seseorang pelajar itu dengan persiapan bagi menghadapi pekerjaan

itu. Dalam konteks bimbinagn kerjaya, pelajar dibimbing untuk menyakinkan diri

Page 20: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

4

sendiri dalam membuat pilihan yang tepat dan berkesan semasa memilih kerjaya mereka

(Mansur Abdullah, 1996).

Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), Kementerian Pendidikan Malaysia

ditubuhkan pada tahun 1964 dan dipertanggungjawabkan untuk memajukan pendidikan

teknik dan vokasional dalam negara. Penubuhan Sekolah Menengah Teknik berfungsi

untuk memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang

mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut dan mengekalkan kecenderungan

ini supaya membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di

institusi pengajian tinggi. Ia menawarkan program teknologi yang lebih rigorous bagi

membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa professional atau professional dalam

pebagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Secara keseluruhan, pendidikan di Sekolah Menengah Teknik memberi

persediaan yang komprehensif kepada pelajar-pelajar menengah atas dari segi

kemahiran yang spesifik dan pengetahuan yang luas berdasarkan jurusan yang diikuti

oleh mereka.

Di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, program-program bimbingan

kerjaya dapat memperkukuhkan lagi pilihan kerjaya pelajar-pelajar,

memperkembangkan lagi potensi-potensi pelajar, menilai semula minat kerjaya mereka

dan membantu mereka membuat persediaan untuk melangkah ke alam Institusi

Pengajian Tinggi serta dunia pekerjaan.

1.3 Penyataan Masalah

Setiap tahun beribu-ribu pelajar menamatkan alam pesekolahan dan memasuki

pasaran buruh dalam negara. Pada persoalannya, adakah mereka telah bersedia untuk

Page 21: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

5

memasuki sesuatu sektor pekerjaan sama ada dari segi mental, fizikal, pengetahuan,

kemahiran dan sebagainya? Sudahkah mereka mempunyai pilihan kerjaya yang seiras

dengan minat mereka? Adakah sektor kerjaya yang akan mereka ceburi memenuhi

kehendak mereka?

Sejauh mana para pelajar mempunyai pandangan yang positif ke atas

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mereka mendapatkan panduan dalam

menyelesaikan masalah penentuan kerjaya masih lagi kabur. Oleh itu, kajian ini akan

meninjau persepsi pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik terhadap perkhidmatan

bimbingan kerjaya di sekolah masing-masing.

1.4 Objektif Kajian Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

i. Untuk mengenal pasti tahap sambutan pelajar terhadap perkhidmatan

bimbingan kerjaya.

ii. Untuk mengenal pasti tahap kepuasan hati pelajar terhadap perkhidmatan

bimbingan kerjaya.

iii. Untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbing

kerjaya ke arah membantu meningkatkan pengetahuan mereka.

iv. Untuk membandingkan sambutan dan kepuasan hati pelajar terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka

berdasarkan faktor jantina.

v. Untuk membandingkan sambutan dan kepuasan hati pelajar terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka

berdasarkan faktor pekerjaan dan pendidikan bapa.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT  · PDF fileperkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah

6

1.5 Persoalan Kajian Soalan-soalan kajian yang akan diajukan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Apakah tahap sambutan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya?

ii. Apakah tahap kepuasan hati pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan

kerjaya?

iii. Apakah tahap persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke

arah membantu meningkatkan pengetahuan mereka?

iv. Adakah terdapat perbezaan antara sambutan dan kepuasan hati pelajar

terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka

berdasarkan faktor jantina?

v. Adakah terdapat perbezaan antara sambutan dan kepuasan hati pelajar

terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap

perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka

berdasarkan faktor pekerjaan dan pendidikan bapa?