kerja kursus bimbingan dan kaunseling

21
_____________________________________________________________ HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling Soalan Tugasan Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sasuatu kejadian atau sesuatu fenomena.Kepada Seseorang kaunseling, kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi memudahkan proses menyelesaikan masalah.Dalam erti kata lain teori dapat memberi maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang kaunseling (a) Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian, bincangkan kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling. (b) Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri.Berdasar pernyataan ini jelaskan komponen- komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme. (c) Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme,nyatakan OUM 1

Upload: mohd-zulkepli-zakaria

Post on 12-Jun-2015

4.249 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Soalan Tugasan

Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada

tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sasuatu kejadian atau sesuatu fenomena.Kepada

Seseorang kaunseling, kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi

memudahkan proses menyelesaikan masalah.Dalam erti kata lain teori dapat memberi

maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang kaunseling

(a) Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian, bincangkan

kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling.

(b) Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah

perkembangannya yang tersendiri.Berdasar pernyataan ini jelaskan komponen-

komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori kaunseling

behaviorisme.

(c) Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme,nyatakan

bagaimana sesuatu tingkah laku maladatif dipelajari ? Seterusnya terangkan

bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori

kaunseling behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah

laku maladatif ini.

OUM 1

Page 2: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Soalan Tugasan

Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan daripada

tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sasuatu kejadian atau sesuatu fenomena.Kepada

Seseorang kaunseling, kepentingan teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi

memudahkan proses menyelesaikan masalah.Dalam erti kata lain teori dapat memberi

maksud, keyakinan dan halatuju yang jelas kepada seseorang kaunseling

(a) Berdasarkan pendapat tokoh-tokoh dan contoh yang bersesuaian, bincangkan

kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling.

Pengenalan

Teori adalah suatu bentuk intelektualisme dalam idea dan konsep yang dimiliki oleh

seseorang individu menerusi asas pekerjaannya, pengalamannya, pembacaannya yang

berbentuk saintifik sifatnya, maka perlu diuji, diselidik dan diramalkan.

Kaunseling pula merupakan perhubungan menolong yang diberikan oleh individu yang

terlatih dalam bidang kaunseling dalam hubungan menolong ini kaunselor tidak

memberikan sebarang jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa

yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistimewaan khidmat

kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbangkan

kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam

menghasilkan perubahan diri. Nasihat juga tidak diberi kerana ingin memberikan peluang

dan ruang kepada klien bertanggungjawab dengan keputusan dan tindakan yang diambil.

Proses kaunseling mengelakkan unsur pergantungan klien kepada kaunselor. Kaunseling

juga menggalakkan peningkatan kemahiran dan kematangan diri klien. Unsur nasihat

tercetus dalam bentuk celikakal yang merupakan salah satu strategi yang dipilih.

1. Teori-teori Kaunseling

Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, banyak yang boleh digunakan untuk

memberi kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luas

OUM 2

Page 3: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahan

yang dihadapi oleh klien agar bidang masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi

dengan berkesan. Daripada banyaknya teori, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategori

yang utama iaitu: -

1. Teori Kaunseling Behaviorisme.

2. Teori Pemusatan Insan.

3. Teori Psikoanalisis.

4. Teori Kaunseling Kognitif.

1.1 Teori Kaunseling Behaviorisme.

B.F Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan Teori Kaunseling

Behaviorismeatau lebih dikenali sebagai pelaziman operan. Beliau dilahirkan di

Pensylvania, Amerika Syarikat. Kebanyakan teori yang dibentuk oleh Skinner berpunca

daripada kajian ke atas binatang, contohnya tikus. Skinner percaya pembelajaran

merupakan penentuan paling asas berhubung dengan tingkah laku manusia.

Ahli teori dengan menggunakan pendekatan tingkah laku memberikan tumpuan

kepada pelbagai bentuk tingkah laku klien. Ahli-ahli dalam pendekatan ini percaya

manusia mempunyai masalah disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah tingkah laku

sesuai dengan kehendak persekitaran. Kaunselor yang menggunakan kaedah tingkah laku

berusaha untuk menolong kliennya sama ada menpelajari sesuatu yang baru, bertingkah

laku secara diterima atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku yang

keterlaluan.

Pendekatan tingkah laku selalu digunakan ke atas individu yang mempunyai

masalah yang spesifik seperti kecelaruan makan, penyalahgunaan dadah, ketidakfungsian

seksual dan beberapa kecelaruan lain termasuklah masalah ketakutan, tekanan, assertif,

keibubapaan dan interaksi sosial.

Ahli kaunseling dengan pendekatan tingkah laku percaya bahawa semua tingkah

laku yang diperhatikan oleh individu sama ada yang sesuai atau tidak adalah dipelajari.

Peranan kaunselor dalam pendekatan tingkah laku adalah aktif sepanjang sesi kaunseling.

OUM 3

Page 4: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Klien akan belajar, kadang kala tidak belajar atau belajar semula tatacara yang khusus

untuk tingkah laku.

1.2 Teori Pemusatan Insan.

Teori kaunseling pemusatan-insan diperkenalkan oleh Carl Rogers yang dibesarkan

di Illinois, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian. Ahli dalam pendekatan ini

mempercayai bahawa manusia adalah untuk yang baik. Manusia mempunyai ciri-ciri

peribadi positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan, realistik dan boleh

dipercayai. Setiap insan sedar dan mempunyai daya gerakan untuk mencapai kendiri

idaman (ideal self). Pada pendapat Rogers, kendiri idaman merupakan arah motivasi yang

mengarahkan tingkahlaku manusia yang mempengaruhi dirinya sebagai manusia

keseluruhannya. Setiap insan mempunyai kecenderungan asas untuk berusaha mencapai

kendiri idaman yang sebenar. Ahli teori pemusatan-insan percaya setiap insan berupaya

untuk mencari makna peribadi diri dan tujuan kehidupan di muka bumi ini.

Peranan kaunselor dalam pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau

keseluruhan. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien merasai

bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya. Kaunseling dalam pendekatan ini

memberikan tumpuan kepada hubungan kaunselor dan klien. Kaunselor sentiasa berhati-

hati dan sedar dengan bahasa, perkataan dan gerakbalas klien.

Pendekatan pemusatan-insan ini berjaya untuk mengatasi pelbagai masalah upaya

umpamanya masalah kepimpinan. Penyesuaian psikologikal, masalah pembelajaran,

frustrasi dan berjaya menolong mengurangi sifat-sifat defensif.

1.3 Teori Psikoanalisis.

Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan Yahudi.

Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya

dalam amalan hipnotisa (hypnosis). Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai

minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalitiknya, Freud memberikan

penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda

tidak sedar yang dipunyai.

OUM 4

Page 5: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Pada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu terdapat

perpindahan atau transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan personaliti

manusia. Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh Freud terbukti secara saintifik kini.

Kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akan

menggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang dalam

ingatan, terutama sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di tahap kanak-

kanak. Melalui pendekatan ini kaunselor cuma membentuk persekitaran atau atmosfera di

mana klien akan merasai bebas untuk melahirkan isi hatinya.

Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Teori

psikoanalisis berjaya digunakan untuk mengatasi mereka yang mempunyai pelbagai

kecelaruan termasuklah gangguan histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif,

kecelaruan peribadi, ketakutan, phobia dan kecelaruan seksual.

1.4 Teori Kaunseling Kognitif .

Ahli kaunseling menggunakan pendekatan kognitif dengan memberikan tumpuan

kepada pemikiran manusia. Ahli teori kognitif percaya bahawa pemikiran mempengaruhi

perasaan dan tingkahlaku manusia. Jika individu mengubah cara berfikir, perasaan dan

tingkah lakunya juga akan mengalami perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Salah

satu pendekatan kognitif yang popular telah dikembangkan oleh Albert Ellis (1962) yang

dikenali sebagai Terapi Emotif-Rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy). Albert

membesar dalam keluarga Yahudi di Pittsburg, Amerika Syarikat.

Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah adalah

rasional dan tidak rasional, logikal dan gila. Albert Ellis juga percaya bahawa sifat duaan

(duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus dipunyai andainya tiada apa-apa

pembelajaran berlaku yang akan mengubah cara pemikiran baru pada individu. Ellis telah

menggariskan sebelas kepercayaan tidak rasional yang seringkali dipunyai oleh manusia

yang menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.

OUM 5

Page 6: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan terus.

Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan kognisi klien.

Albert Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu dipunyai oleh kaunselor

yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik, berpengetahuan luas, empathetik,

tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk menolong orang dan merupakan pengguna teknik

RET.

Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini

berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi masalah

kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian.

2. Kepentingan dan fungsi teori dalam kaunseling

Teori dalam kaunseling penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan halatuju

kepada seseorang kaunselor. Teori juga memberi fokus kepada kaunselor apa yang hendak

dilakukannya terhadap kliennyaMengkaji masalahnya dan berusah mencari jalan

penyelesaiannya. Teori juga boleh dijadikan panduan untuk membuat rancangan dan

persediaan sebelum menjalankan proses kaunseling.

Tiga fungsi teori adalah:-

(i) untuk menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa

Pemerhatian.

Contohnya, jika diambil satu teori yang mengatakan bahawa “setiap tingkah laku

yang mendapat peneguhan akan berulang”, kita boleh gunakan teori ini untuk memberi

penjelasan, menguasai keadaan dan membuat ramalan. Misalnya, untuk membuat

penjelasan mengapa seorang remaja itu suka membaca? Kita boleh menjelaskan bahawa

remaja itu mungkin telah mendapat pujian daripada ibu bapanya atau gurunya kerana suka

membaca (penjelasan).

(ii) untuk menguasai keadaan tertentu.

Sekiranya kita hendak gunakan teori ini, kita akan cuba memberi sebanyak

mungkin peneguhan kepada remaja yang menunjukkan keinginan membaca apa sahaja,

sama ada novel, majalah atau surat khabar (menguasai atau menggalak).

OUM 6

Page 7: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

(iii) untuk membuat sesuatu ramalan.

Seorang guru yang selalu memberi pujian atau komen positif terhadap muridnya

yang suka membaca selepas habis kerja kelas mengamalkan perlakuan yang baik. Kita

boleh membuat ramalan bahawa murid yang mendapat komen peneguhan yang positif dari

gurunya akan meneruskan tabiat suka membaca (ramalan).

(b) Pendekatan ketingkahlakuan dalam bidang kaunseling mempunyai sejarah

perkembangannya yang tersendiri.Berdasar pernyataan ini jelaskan

komponen-komponen utama yang telah membawa kepada kewujudan teori

kaunseling behaviorisme.

Pengenalan

Teori kaunseling behaviorisme merupakan teori pendekatan ketingkahlakuan atau “

behavioral approach”.Teori ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Teori behaviorisme

ini terbentuk dari tiga komponen yang utama.

1.1 Komponen Pertama

Komponen ini dipetik dari pelaziman klasikal ia juga dikenali sebagai pelaziman

responden yang diasaskan oleh Ivan P. Pavlov (1960) dan Hull( 1943) .Pavlov dalam

percubaanya telah menemui satu proses yang dikenali sebagai pengkondisian atau

pensyaratan klasik melalui percubaannya terhadap seekor anjing. Dimana peransang asli

dan neutral dipasangkan dengan stimulus bersyarat secara berulang-ulang sehingga

memunculkan reaksi yang diinginkan. Eksperimen-eksperimen yang dilakukan oleh Pavlov

sangat terpengaruh dengan pandangan behaviorisme di mana gejala-gejala kejiwaan

seseorang dapat dilihat dari perilakunya.

John B.Watson (1920) telah menggunakan prinsip pelaziman klasikal yang

diasaskan oleh Pavlov dalam eksperimennya. Dalam eksperimen tersebut Watson

menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng) yang digandingkan dengan

ransangan dilazimkan (tikus putih) ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat dan rasa

takut).Watson berpendapat tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur.beliau juga

OUM 7

Page 8: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

berpendapat tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur

dalaman. Eksperimen ini menjadi perkara asas kefahaman teori behaviorisme eksperimen

ini juga menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan prinsip

pembelajaran.Menurut pendekatan ini tingkah laku adalah satu gerak balas yang dipelajari

dengan wujudnya ransangan. Semua perkara inilah menjadi komponen pertama yang

mengembangkan pendekatan behaviorisme.

1.2 Komponen kedua.

Komponen kedua adalah pelaziman operan yang diasaskan oleh B.F.Skiner

(1953).Menurut kajian beliau peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu

tingkah laku itu diulang kerana ada unsur keselesaan atau rasa senang.Skiner menyatakan

peneguhan boleh dibahagikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan

negatif.Peneguhan positif merupakan ganjaran berbentuk wang atau pujian,manakala

peneguhan negatif pula ialah seperti menghilangkan ransangan yang negatif sebagai contoh

mengenakan kejutan elektrik.Menurut Skiner penggunaan prinsip pelaziman operan

sebagai satu teknik mengubah tingkah laku individu dinamakan teknik modifikasi tingkah

laku. Skiner menegaskan peneguhan adalah amat penting dalam proses pembelajaran.

Sekiranya peneguhan bagi sesuatu tingkah laku operan tidak diberikan dalam satu

jangka masa yang panjang, besar kemungkinan tingkah laku operan tidak akan berlaku.

Fenomena ini disebut sebagai penghapusan. Unsur ini merupakan elemen negatif yang

boleh menamatkan sesuatu tingkah laku operan. Oleh yang demikian dalam sesuatu proses

pembelajaran peneguhan perlu disampai dari masa ke semasa dan secara kekal untuk

menjamin berlakunya tingkah laku tersebut secara berterusan.Pendekatan ketingkahlakuan

yang dinyatakan oleh Skiner ini merupakan salah satu komponen yang menyumbang

kepada kewujudan teori kaunseling behaviorisme.

1.3 Komponen ketiga.

Komponen ketiga yang menyumbang kepada terbentuknya teori behaviorisme

adalah dikenali sebagai terapi tingkah laku kognitif “ Cognitive behavior therapy”.Terapi

ini merupakan gabungan dari dua aliran pemikiran berbeza, iaitu pendekatan yang

OUM 8

Page 9: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

berasaskan tingkah laku sahaja dan satu lagi berasaskan kognitif sahaja.Istilah kognitif ini

merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir,menaakul,menganalisis,membentuk

konsep,menyelesaikan masalah dan sebagainya.Menurut ahli psikologi dalam proses

pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam ingatannya.Mereka juga

berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk

mengelola,menyusun,menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang

disimpan untuk membolehkan ia menghubungkait pengalaman tersebut dengan masalah

yang dihadapinya.Semua perkara-perkara yang dinyatakan oleh ahli psikologi di atas

merupakan komponen-komponen yang memungkinkan wujudnya terapi behaviorisme.

(d) Berdasarkan prinsip-prinsip dalam teori kaunseling behaviorisme,nyatakan

bagaimana sesuatu tingkah laku maladatif dipelajari ? Seterusnya terangkan

bagaimana anda menggunakan strategi-strategi yang terdapat dalam teori

kaunseling behaviorisme bagi membantu klien yang menghadapi masalah tingkah

laku maladatif ini.

Pengenalan

Tingkah laku bermasalah atau maladatif ialah segala perbuatan yang menyekat

seseorang individu menyesuaikan diri dalam masyarakatnya dan dengan itu segala

pelakuannya tidak produktif bagi dirinya. Mengikut penjelasan teori kaunseling

behaviorisme, semua tingkah laku yang dianggap maladaptif atau tingkah laku masalah

adalah dipelajari, demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkan

kesakitan.

Ahli kaunseling behaviorisme percaya bahawa semua pembelajaran adalah melalui

pengalaman responden atau operasi. Tingkah laku maladatif ini dipelajari untuk

mendapatkan pengukuhan yang positif atau untuk mengurangkan perasaan kurang selesa.

Mengikut pembelajaran responden jika ransangan yang menyakitkan digabungkan dengan

ransangan yang neutral lama kelamaaan ransangan yang neutral ini akan menjadi maladatif.

Sebagai contoh, jika seseorang itu akan mendapat saki perut apabila minum secawan milo

OUM 9

Page 10: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

apabila ia berlaku beberapa kali individu tersebut akan merasa takut untuk minum milo

pada hal meminum milo itu hanyalah ransangan neutral. Begitu juga sebaliknya,apabila

seseorang rasa gembira apabila mencuri kerana memperolehi wang yang banyak sekiranya

ianya dilakukan berulang ulang kali individu tersebut akan merasa, sekiranya dia ingin

memperolehi wang yang banyak dia perlu mencuri. Keadaan-keadaan inilah yang

dimaksudkan dengan tingkah laku maladatif ini dipelajari dan bukanya hasil dorongan

tidak sedar.

Tingkah laku maladatif ini merupakan sesuatu tingkah laku yang dipelajari,apabila

ia dipelajari bermakna ia juga boleh diubah dan digantikan dengan tingkah laku yang

positif atau tingkah laku yang sesuai dengan kehendak masyarakat.Terdapat beberapa

strategi atau kaeadah-kaedah yang sesuai bagi membantu klien bagi membentuk tingkah

laku yang positif

1. Strategi main peranan atau “role-play”.

Kaedah ini sesuai bagi menyelesaikan masalah klien yang sukar untuk meluahkkan

perasaan atau klien yang pemalu.Kaunselor boleh memainkan peranan bagi orang lain

manakala klien akan meluahkan perasaan atau menyatakann sesuatu, Klien dan kaunselor

sebenarnya berlakon seolah-olah berada di keadaan atau di situasi yang sebenar. Kaedah

main peranan ini merupakan satu teknik yang baik untuk meluaskan kesedaran klien dan

menunjukkan bahawa ada banyak alternatif untuk melakukan tingkah laku lain yang

terdapat dalm diri klien.Walaubagaimana pun untuk menjayakan kaedah main peranan ini,

ia amat bergantung kepada kesungguhan kaunselor dan juga kesedian klien itu sendiri.

2. Strategi latihan asertif.

Ini juga boleh digunakan untuk membantu klien yang menghadapi masalah tingkah

laku maladatif ini. Teknik ini dapat memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan

tingkah laku pilihan yang dikehendaki, strategi ini juga dapat mengajar klien yang lemah

serta tidak bermotivasi supaya dapat bertindak dengan lebih produktif. Latihan asertif ini

merupakan satu teknik untuk menambah keyakinan diri berhadapan dengan orang yang

dianggap sebagai ancaman kepada dirinya. Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan

dalam kaedah asertif ini diantaranya dengan melalui penerokaan masalah, menaarif

masalah,melakonkan situasi-situasi pasif,agresif dan asetif yang biasa dihadapi oleh klien.

OUM 10

Page 11: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Bagi menjalankan latihan “role-revesal” iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien

tidak boleh melakukan tingkah laku asertif haruslah dilakukan sedikit demi sedikit.Apabila

klien sudah ada keyakinan dan sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara

baru ini, baarulah klien cuba melakukannya diluar bilik kaunselor iaitu pada keadaan

sebenar atau di alam dan bukan sekadar lakonan.

3. Kaedah token ekonomi atau pemberian hadiah.

Hadiah yang dimaksudkan merupakan token yang akan diberi kepada seseorang

sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang baik dan bersesuaian.Token yang diberi adalah

dalam bentuk benda seperti bintang,gelang,kad dan sebagainya.Semuanya ini boleh ditebus

dengan hadiah atau mendapat kemudahn-kemudahan tertentu.Kaedah ini didapati amat

berkesan dalam membantu klien yang menghadapi masalah perlakuan yang biasa atau

perlakuan yang kompleks dan amat sesuai untuk menghapuskan tingkah laku maladatif dan

menukarkannya kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian dengan kehendak

persekitaran dan masyarakat. Walaupun terdapat sedikit masalah turutamanya untuk

memastikan perlakuan positif ini berterusan dan berkekalan,ia masih boleh diteruskan

dengan cara kaunselor membuat perancangan rapi dan meminta bantuan dari orang

sekeliling klien untuk membuat pemerhatian seperti ibu bapa,guru,keluarga atau jiran klien.

4. Kaedah pengurusan kendiri,pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri.

Tatacara kaedah ini adalah klien memberi kerjasama sepenuhnya dan aktif dalam

kaunseling.Apa yang difikirkan oleh klien diambil kira oleh kaunselor dan diberi perhatian,

klien berusaha sendiri untuk mencapai perubahan yang dikehendaki, klien belajar cara

memberi peneguhan kendiri. Klien diminta membuat interpretasi data tingkah laku yang

telah mereka catitkan.Dalam kaedah ini kaaunselor hanya sebagai mentor atau pemudah

cara dan bukan sebagai seorang pakar.

Bagi memastikan kaedah kendiri ini berjalan dengan lancar dan mencapai beberapa

langkah perlaksanaanynya perlu dituruti.Langkah pertama adalah mengkonsepsi dan

mentakrif masalah dan memilih matlamat dalam bentuk behavioral,perkara yang perlu

diambil berat adalah memastikan matlamat mudah difahami,mempunyai nilai kepada klien,

OUM 11

Page 12: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

realistik dan boleh dicapai. Matlamat atau sasaran yang hendak dicapai itu harus ditulis

tarikh-tarikhnya supaya ia menjadi satu target atau mengukur tahap pencapaian sesuatu

perubahan tingkah laku.

Langkah seterusnya adalah mengurus dan memantau tingkah laku sasaran. Langkah

ini klien perlu mencatitkan tingkah laku dengan segera selepas ianya berlaku.Klien bebas

menggunakan sebarang alat yang sesuai sebagai contoh klien boleh menggunakan pita

rakaman,jam,kertas,komputer dan sebagainya. Klien perlu elakkan persekitaran dan situasi

yang pasti akan melakukan respon yang tidak dikehendaki atau perlakuan maladatf. Klien

juga perlu menjana peneguhan yang sesuai dan menentukan kesan yang bermakna serta

berkesan kepada klien. Perkara terakhir yang perlu dilakukan oleh klien adalah meneruskan

kejayaan dan mengira apa yang telah dicapai.

Kesimpulan

Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran kearah mencapai kesempurnaan

kendiri. Untuk mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan beberapa teori atau

kaedah yang bersesuaian dengan klien .Walaubagaimanapun, semua itu bergantung kepada

kesungguhan dan kesanggupan klien untuk melakukan perubahan dan keikhlasan kaunselor

dalam menjalankan tugasnya.

Rujukan

OUM 12

Page 13: kerja kursus bimbingan dan kaunseling

_____________________________________________________________HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling

Zainal Abidin Ahmad (2009) Bimbingan dan Kaunseling, Meteor Doc : Kuala Lumpur

http://hea.ump.edu.my/images/asdc/MODUL%203%203G.doc

http://www.csub.edu/extension/Theory_and_Practice_of_Coun.pdf

http://www.minddisorders.com/Py-Z/Rational-emotive-therapy.html

http://www.answers.com/topic/behavioral-therapy

http://webspace.ship.edu/tosato/therapy.htm

OUM 13