tahap amalan prinsip rekabentuk latihan …...tahap amalan prinsip rekabentuk latihan staf...

26
TAHAP AMALAN PRINSIP REKABENTUK LATIHAN STAF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MOHD RAZIF BIN BASRI Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA APRIL, 2009

Upload: others

Post on 02-Jan-2020

39 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TAHAP AMALAN PRINSIP REKABENTUK LATIHAN STAF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHD RAZIF BIN BASRI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2009

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...................................

Nama Penulis : Mohd Razif Bin Basri

Tarikh : 30 April 2009

iii

DEDIKASI

Khas untuk abah dan emak yang disayangi

Kasih sayang kalian takkan ku lupa

Buat pejuang-pejuang Islam sebenar yang dikagumi

Nantikanku selepas ini

Istimewa buat 5751

Terima kasih atas kesudian kamu menumpangkan ku kemana

saja

Keakraban kita sejak kecil takkan ku lupa

Buat semua staf yang terlibat

Terima kasih atas segalanya dan selamat berjaya

Buat muslimin muslimat sekalian

Bersatulah atas nama Islam

Allahukahbar

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah

memberikan kita ilmu yang bermanafaat dan atas kekuasaan serta keizinanNya dapat

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Juga, selawat serta salam kepada baginda

rasul Muhammad s.a.w yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui

jalan yang lurus.

Sekalung Terima Kasih Khas buat Dr. M. Al-Muz-Zammil bin Yasin selaku

penyelia Projek Sarjana Muda ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau berikan telah

banyak membantu saya dalam menjalankan dan menjayakan Projek Sarjana Muda

ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat semasa saya

menjalankan kajian ini. Kepada staf-staf UTM yang sudi untuk menjawab soal

selidik dan kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan kata-kata semangat dan

kasih sayang mereka.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Sumber

Manusia Universiti Teknologi Malaysia yang membenarkan saya menjalankan kajian

saya ini terhadap peserta kursus yang mereka kendalikan. Ribuan terima kasih juga

kepada rakan-rakan yang memberikan sokongan dan pertolongan sepanjang saya

menjalankan kajian ini.

Akhir kata, perbanyakkan saham akhirat dan dunia hanya sementara.

Letakkan sesuatu pada tempatnya yang sebenar dan kembalilah kepada Islam yang

sebenar.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji amalan prinsip rekabentuk

latihan yang diuruskan oleh Unit Latihan UTM. Sejumlah 41 orang responden

dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang mempunyai 28 item, yang dibina

berdasarkan prinsip rekabentuk latihan yang dibangunkan dan disarankan oleh

Ibrahim Mamat (2001). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen

yang dihasilkan ialah 0. 8245. Nilai pekali Alpha Cronbach bagi semua dimensi yang

dikaji adalah 0.7138 (struktur yang bersistematik), 0.5101 (sfesifikasi), 0.7352

(keterbukaan dan kefleksibelan), 0.7392 (penglibatan) dan 0.4022 (kaedah). Dapatan

kajian kursus Internet, e-mail dan Keselamatan IT menunjukkan tahap amalan

prinsip struktur yang bersistematik adalah pada tahap yang paling tinggi (nilai min:

4.46), diikuti oleh prinsip penglibatan (nilai min: 4.06), prinsip sfesifikasi (nilai min:

3.98), prinsip kaedah (nilai min: 3.95) dan prinsip keterbukaan dan kefleksibelan

(nilai min: 3.73). Dapatan kajian kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan

menunjukkan tahap amalan prinsip sfesifikasi adalah pada tahap yang paling tinggi

(nilai min: 4.25), diikuti oleh prinsip kaedah (nilai min: 4.22), prinsip struktur yang

bersistematik (nilai min: 4.20), prinsip penglibatan (nilai min: 4.17) dan prinsip

keterbukaan dan kefleksibelan (nilai min: 3.89). Dapatan kajian kedua-dua kursus

menunjukkan kesemua prinsip berada pada tahap yang tinggi. Adalah diharapkan

pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal

selidik yang telah dibangunkan.

vi

ABSTRACT

This research was carried out to investigate the practice of training design

principle of courses organized by the UTM Training Unit. A total of 41 respondents

were involved in answering a 28 item questionnaire which was constructed based on

Ibrahim Mamat (2001) conception of training design principles. The Alpha Cronbach

coefficient value for the instrument was 0.8245.The Alpha Cronbach coefficient

values for all dimension studied were 0.7138 (systematic design), 0.5101

(specification), 0.7352 (openness and flexibility), 0.7392 (involving) and 0.7392

(method principle). The results from this study in Internet, e-mail and IT safety

courses showed that the systematic design principle was practiced at the highest level

(mean values: 4.46), followed by involved principle (mean value: 4.06), specification

principle (mean value: 3.98), method principle (mean value: 3.95) and openness and

flexibility (mean value: 3.73). Meanwhile, the results from this study in Engineering

Workshop Management courses showed that the systematic design principle was

practiced at the highest level (mean values: 4.25), followed by method principle

(mean value: 4.22), systematic design principle (mean value: 4.20), involved

principle (mean value: 4.17) and openness and flexibility (mean value: 3.89). The

results for both of the courses showed that all the principle was practice at the highest

level. It is hoped that futures researchers will be able to conduct extended research to

improvise the questionnaire.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL і

PENGAKUAN іі

DEDIKASI ііі

PENGHARGAAN іv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan kajian 9

1.7 Batasan kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Penutup 13

viii

BAB II KAJIAN LITERATUR 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Latihan 15

2.3 Pembangunan 16

2.4 Latihan Dalam Pandangan Islam 17

2.5 Kepentingan Latihan 18

2.6 Jenis Latihan 19

2.7 Proses Latihan dan Pembangunan Organisasi 23

2.7.1 Analisis Keperluan Latihan 23

2.7.1.1 Analisis Organisasi 24

2.7.1.2 Analisis Tugas 24

2.7.1.3 Analisis Individu 25

2.7.2 Rekabentuk Program 25

2.7.2.1 Prinsip-prinsip rekabentuk latihan 26

2.7.3 Perlaksanaan Program Latihan 33

2.7.4 Penilaian Program Latihan 33

2.8 Halangan Latihan 35

2.9 Kajian Lepas 35

2.10 Kesimpulan 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Persampelan 39

3.4 Instrumen Kajian 40

3.4.1 Pembinaan Instrumen Kajian 41

3.5 Kajian Rintis 45

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 48

3.7 Perancangan Kerja Kajian 49

ix

3.8 Analisis Data 50

3.9 Penutup 51

BAB IV ANALISIS DATA 52

4.1 Pengenalan 52

4.2 Maklum Balas Soal Selidik 53

4.3 Analisis kebolehpercayaan Instrumen 53

4.4 Analisis Kursus Internet, E-Mail dan

Keselamatan IT. Kursus satu (K1) 54

4.4.1 Profil Demografi Responden (Bahagian A) 55

4.4.1.1 Jantina 55

4.4.1.2 Umur 56

4.4.1.3 Bangsa 56

4.4.1.4 Pengalaman Kerja 56

4.4.2 Maklumat Bahagian B (Soal Selidik) 57

4.4.2.1 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Struktur Yang

Bersistematik Di Kalangan staf

UTM yang menjalani kursus

Internet, E-Mail dan Keselamatan

IT di CICT UTM.

(Prinsip Pertama) 57

4.4.2.2 Tahap Amalan Prinsip rekabentuk

latihan, Spesifikasi Di Kalangan

staf UTM yang menjalani kursus

Internet, E-Mail dan Keselamatan

IT di CICT UTM. (Prinsip kedua) 59

x

4.4.2.3 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Keterbukaan dan

kefleksibelan Di Kalangan staf

UTM yang menjalani kursus

Internet, E-Mail dan Keselamatan

IT di CICT UTM. (Prinsip Ketiga) 61

4.4.2.4 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Penglibatan Di Kalangan

staf UTM yang menjalani kursus

Internet, E-Mail dan Keselamatan IT

di CICT UTM. (Prinsip Keempat) 63

4.4.2.5 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Kaedah latihan Di Kalangan

staf UTM yang menjalani kursus

Internet, E-Mail dan Keselamatan IT

di CICT UTM. (Prinsip Kelima) 64

4.4.3 Nilai Min Setiap Prinsip 66

4.5 Analisis Kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan.

Kursus Dua (K2) 66

4.5.1 Profil Demografi Responden (Bahagian A) 67

4.5.1.1 Jantina 67

4.5.2.2 Umur 67

4.5.2.3 Bangsa 68

4.5.2.4 Pengalaman kerja 68

4.5.2 Maklumat Bahagian B (Soal Selidik) 68

4.5.2.1 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Struktur Yang

Bersistematik Di Kalangan staf

UTM yang menjalani Pengurusan

Bengkel Kejuruteraan di Pusat

Latihan UTM. (Prinsip Pertama) 69

xi

4.5.2.2 Tahap Amalan Prinsip rekabentuk

latihan, Spesifikasi Di Kalangan

staf UTM yang menjalani kursus

Pengurusan Bengkel Kejuruteraan

di Pusat Latihan UTM.

(Prinsip kedua) 70

4.5.2.3 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Keterbukaan dan

kefleksibelan Di Kalangan staf

UTM yang menjalani kursus

Pengurusan Bengkel Kejuruteraan

di Pusat Latihan UTM

(Prinsip Ketiga) 72

4.5.2.4 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Penglibatan Di Kalangan

staf UTM yang menjalani kursus

Pengurusan Bengkel Kejuruteraan

di Pusat Latihan UTM.

(Prinsip Keempat) 74

4.5.2.5 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk

Latihan, Kaedah Di Kalangan

staf UTM yang menjalani kursus

Pengurusan Bengkel Kejuruteraan

di Pusat Latihan UTM.

(Prinsip Kelima) 76

4.5.3 Nilai Min Setiap Prinsip 77

4.6 Perbandingan Nilai Min Bagi Dua kursus,

Kursus Internet, E-Mail dan Keselamatan IT

Dengan Kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan 78

4.7 Kesimpulan 79

xii

BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

RUMUSAN 80

5.1 Pengenalan 80

5.2 Perbincangan 81

5.2.1 Tahap Amalan Prinsip Struktur Yang

Bersistematik 81

5.2.2 Tahap Amalan Prinsip Sfesifikasi 84

5.2.3 Tahap Amalan Prinsip Keterbukaan dan

Kefleksibelan 85

5.2.4 Tahap Amalan Prinsip Penglibatan 87

5.2.5 Tahap Amalan Prinsip Kaedah 88

5.2.6 Perbandingan diantara Kursus Internet,

E-Mail Dan Keselamatan IT dengan

Kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan 90

5.3 Rumusan 92

5.4 Cadangan 94

5.4.1 Cadangan Kepada Universiti Teknologi

Malaysia Bahagian Pembangunan Sumber

Manusia 94

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 95

RUJUKAN 97

LAMPIRAN 101

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Bilangan peserta kursus Internet, E-Mail Dan Keselamatan

IT dan Kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan 40

3.2 Maklumat Pembahagian Item Berdasarkan Sumber

Rujukan 42

3.3 Faktor-faktor Demografi 44

3.4 Jadual Skala Likert dan Skor 45

3.5 Jadual Nilai Pekali Kepercayaan Alpha Cronbach 46

3.6 Pembetulan Item Soal Selidik 47

3.7 Prosedur Kajian 49

3.8 Pengkelasan Skala Lima Markah Skor 50

3.9 Nilai Skor Min 51

4.1 Nilai Alpha Cronbach Keseluruhan 54

4.2 Nilai Alpha Cronbach Bagi Setiap Prinsip 54

4.3 Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian

Kursus Internet, E-Mail dan Keselamatan IT 55

xiv

4.4 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan,

Struktur Yang Bersistematik pada kursus Internet,

E-Mail dan Keselamatan IT Dalam Kalangan staf UTM.

(Prinsip Pertama) 57

4.5 Tahap Amalan Prinsip rekabentuk latihan,

Prinsip Spesifikasi pada kursus Internet, E-Mail dan

Keselamatan IT Dalam Kalangan staf UTM.

(Prinsip kedua) 60

4.6 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan,

Keterbukaan dan kefleksibelan pada kursus

Internet, E-Mail dan Keselamatan IT Dalam Kalangan

staf UTM. (Prinsip Ketiga) 61

4.7 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan,

Penglibatan pada kursus Internet, E-Mail dan

Keselamatan IT Dalam Kalangan staf UTM.

(Prinsip Keempat) 63

4.8 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan, Kaedah

Latihan pada kursus Internet, E-Mail dan Keselamatan IT

Dalam Kalangan staf UTM. (Prinsip Kelima) 64

4.9 Nilai Min Bagi Setiap Prinsip Kursus Internet, E-Mail

dan Keselamatan IT 66

4.10 Maklumat Latar Belakang Sampel Kajian

Kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan 67

4.11 Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan, struktur yang

bersistematik pada kursus Pengurusan Bengkel

Kejuruteraan Dalam Kalangan staf UTM.

(Prinsip pertama) 69

xv

4.12 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan, Sfesifikasi

pada kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan

Dalam Kalangan staf UTM. (Prinsip kedua) 71

4.13 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan, Keterbukaan

dan kefleksibelan pada kursus Pengurusan Bengkel

Kejuruteraan Dalam Kalangan staf UTM. (Prinsip Ketiga) 72

4.14 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan, Penglibatan

pada kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan

Dalam Kalangan staf UTM. (Prinsip Keempat) 74

4.15 Tahap Amalan Prinsip Rekabentuk Latihan, Kaedah pada

kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan Dalam

Kalangan staf UTM. (Prinsip Kelima) 76

4.16 Nilai Min Bagi Setiap Prinsip

Kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan 77

4.17 Perbandingan Nilai Min Bagi Dua Kursus 78

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses Program Latihan dan Pembangunan 23

xvii

SENARAI SIMBOL

PPSMI Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa

Inggeris

CICT Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Universiti Teknologi

Malaysia

(K1) Kursus Internet, E-Mail dan Keselamatan IT. Kursus satu

(K1) Kursus Pengurusan Bengkel Kejuruteraan. Kursus Dua

SPSS The Statistical Package for the Social Sciences

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

UTM Universiti Teknologi Malaysia

JPS Jabatan Pelajaran Sabah

ATS Amat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

TP Tidak Pasti

AS Amat Setuju

S Setuju

% Peratus

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat pengesahan daripada Timbalan

Pendaftar Fakulti Pendidikan UTM 101

B Set Soal Selidik 102

C Keputusan Kajian Rintis 105

D Keputusan kursus Internet, e-mail dan

Keselamatan IT 108

E Keputusan kursus Pengurusan Bengkel

Kejuruteraan 120

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Rekabentuk latihan merupakan satu cadangan untuk melaksanakan program

latihan. Perlaksanaan dan juga pengendalian program latihan boleh diperhatikan oleh

setiap orang namun merekabentuk latihan dilakukan oleh pakar dalam bidang

tersebut. Rekabentuk latihan yang baik direkabentuk dengan sistematik, teratur dan

mengikut panduan yang betul. Bagi Ibrahim (2001), program latihan yang baik

adalah latihan yang direkabentuk berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk latihan.

Merekabentuk latihan memerlukan seseorang pakar merancang bentuk latihan

tersebut dengan memastikan prinsip tersebut dipatuhi dan diikuti. Walaupun tidak

dapat dipatuhi sepenuhnya, seboleh mungkin sebahagian besar program latihan

tersebut direkabentuk berdasarkan prinsip rekabentuk latihan.

Dalam merekabentuk latihan, antara perkara yang perlu dipertimbangkan

menurut Wexley dan Latham (1994) adalah dengan mengambil kira tempoh latihan,

teknik latihan dan kaedah latihan yang digunakan. Ini juga turut dinyatakan oleh

Maimunah (2001), iaitu terdiri daripada enam faktor. Faktor tersebut terdiri daripada

belanjawan, jumlah peserta, kaedah-kaedah, tempat, fasilitator dan psikologi

pembelajaran.

2

Lihat pula kepada pengertian latihan dan pembangunan organisasi. Latihan

dalam organisasi merupakan satu proses yang disusun untuk merubah sikap,

memperkayakan pengetahuan dan kemahiran kakitangan agar prestasi kerja mereka

dapat dipertingkatkan. Kakitangan akan dilatih melakukan kerja-kerja di sesebuah

organisasi supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cekap dan efisyen (Ibrahim,

2001).

Menurut Wexley dan Latham (1994), latihan dan pembangunan merujuk

kepada usaha yang dirancang oleh sesebuah organisasi untuk memberi pembelajaran

kepada para pekerja mereka. Latihan ini memberi pengetahuan dan memudahkan

para pekerja memperbaiki segala perlakuan yang berkaitan dengan pekerjaan di

pihak pekerja. Ini memudahkan mereka kerana mereka memperolehi pengetahuan

tentang pekerjaan mereka melalui latihan yang disediakan oleh pihak organisasi yang

mereka berkhidmat.

Rasionalnya latihan itu dilakukan adalah untuk melatih pekerja mahupun

individu menjadi lebih cekap dan mahir dalam sesuatu bidang pekerjaan. Latihan

perlu dijalankan supaya para pekerja dapat mempelajari sesuatu ilmu baru

disebabkan wujudnya pengenalan teknologi baru dan juga akibat daripada perubahan

dalam sesuatu organisasi serta perubahan dalam pentadbiran. Selain itu, pekerja-

pekerja yang memerlukan latihan adalah pekerja yang baru diambil bekerja, pekerja

yang dinaikkan pangkat dan individu yang tidak berpuas hati dengan hasil dan kualiti

kerja mereka selama mereka bekerja (Maimunah, 2001).

Menurut Abdullah (1982), akhlak manusia tidak terus terjadi sejak manusia

itu lahir. Ia dipengaruhi oleh luaran, watak-watak sekeliling, pengalaman, pendidikan

dan pengajaran yang diperolehi dalam hidup manusia dan dalam konteks

perbincangan ini adalah kanak-kanak kecil. Latihan merupakan pembelajaran yang

berterusan kepada umat manusia dan merupakan satu kaedah dalam menuntut ilmu.

3

Oleh itu organisasi perlu menyediakan program latihan untuk mencungkil

potensi pekerja. Program tersebut perlu direkabentuk dengan baik mengikut

aturannya supaya ia dapat membangunkan kebolehan, kemampuan dan kemahiran

pekerja supaya sesuai dengan kerjanya. Pekerja merupakan aset untuk bersaing

dengan organisasi yang lain. Oleh itu pekerja tersebut perlu dilatih dengan baik,

teratur dan bersistem supaya mereka dapat mengaplikasikan latihan tersebut ke

dalam dunia pekerjaan sebenar mereka (Ishak, 2002).

1.2 Latar belakang kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada kepentingan rekabentuk latihan

pada ketika ini bagi sesebuah organisasi dalam membangunkan sumber manusia

yang mereka miliki. Dalam institusi pendidikan, latihan memberi satu dimensi baru

dalam pemantapan pembelajaran yang telah mereka pelajari. Namun, latihan yang

tidak dirangka dan dirancang dengan baik akan menyebabkan hasil yang dikehendaki

tidak seperti yang diharapkan. Wujud masalah dalam pemindahan latihan di tempat

kerja dan seterusnya merugikan pelaburan yang dibuat oleh sesebuah organisasi.

Latihan yang baik dan berkesan dijalankan dengan perancangan yang penuh

teliti. Bagi memastikan rancangan tersebut berjalan lancar, sesuatu latihan

memerlukan satu rekabentuk kajian sebagai panduan kepada perjalanan sesuatu

latihan. Reka bentuk program latihan yang baik bukan sahaja berteraskan teori

pembelajaran tetapi berpandukan beberapa prinsip tertentu. Dalam sesebuah latihan,

pihak yang bertanggungjawab perlu menjalankan latihan berdasarkan prinsip-prinsip

utama latihan (Ibrahim, 2001).

Kajian yang dilakukan oleh Mohd Zairi Bin Husain (2007) adalah untuk

mengenalpasti keperluan latihan bagi pengetua dan guru-guru penolong kanan 1

sekolah-sekolah menengah zon Pasir Gudang.

4

Hasil kajian mendapati responden memerlukan latihan kepimpinan yang lebih

berbanding dengan tugas pengurusan yang lain. Ini kerana kebanyakkan responden

mempunyai bidang tugas yang sentiasa rapat dengan pekerja bawahan bagi

memantau dan membimbing mereka. Manakala bidang perancangan paling kurang

diperlukan oleh responden.

Dapatan kajian juga mendapati, walaupun terdapat perbezaan latar belakang

di kalangan responden dari segi demografi namun dari pandangan mereka terhadap

latihan adalah sama dan menyatakan bahawa latihan amat perlu dan penting dalam

meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap. Kajian analisis keperluan latihan

ini menganalisis keperluan latihan yang diperlukan oleh responden. Latihan

seterusnya memerlukan perancangan rekabentuk latihan berdasarkan keperluan yang

diperlukan tersebut mengikut prinsip rekabentuk latihan.

Reka bentuk program yang baik mengandungi kandungan kursus yang sesuai

dengan keperluan pekerjaan pelatih dan dapat memberi bukti tentang tahap

kecekapan dan profesionalisme untuk program latihan yang dicadangkan. Dalam erti

kata lain, reka bentuk program latihan dapat memberi gambaran kepada umum akan

tahap keprofesionalan program tersebut. Menurut Zafir dan Fazilah (2003), prinsip-

prinsip rekabentuk latihan akan mempengaruhi program latihan dan pembangunan

yang dijalankan oleh organisasi.

Dalam sesuatu program latihan, kita akan dapat melihat penglibatan pelbagai

pihak daripada pelatih, jurulatih, penganjur, pihak organisasi mahupun firma yang

menjalankan latihan. Kecelaruan akan berlaku andai kata tiada penyatuan dan

penyelarasan yang dilakukan. Rekabentuk program latihan bertindak sebagai

dokumen dalam penyelarasan antara semua pihak yang terlibat. Ianya menjadi

panduan kepada pengendali latihan untuk menyelaras program latihan, panduan

untuk jurulatih menyelaras aktiviti latihan, membimbing pelajar belajar secara

sistematik dan kepada organsasi, ia bertindak sebagai dokumen untuk mentauliahkan

pelatih.

5

Di sini menunjukkan kepentingan rekabentuk kajian. Menurut Ibrahim

(2001), melalui rebentuk, para perancang berpeluang untuk menjadi lebih inovatif

dan kreatif dalam memberi idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

kakitangan dan organisasi. Kepakaran merekabentuk, kreativiti dan keberkesanan

program latihan akan bertambah sekiranya seseorang pakar latihan menggunakan

prinsip-prinsip tertentu dalam mereka bentuk sesuatu program latihan.

Kesan rekabentuk latihan yang tidak dirancang dengan baik dapat dilihat

melalui kajian yang dijalankan oleh Sailin (2007) ‘Penilaian Program Latihan Dan

Pembangunan Profesionalisma Dalam PPSMI Anjuran Jabatan Pelajaran Sabah Di

Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Keningau’. Kajian ini yang dijalankan ke atas 120

orang guru sekolah rendah di Daerah Keningau Sabah. Dapatan kajian mendapati

kandungan program PPSMI tidak dapat memenuhi kehendak guru yang terlibat

dengan PPSMI. Isi kandungan latihan adalah termasuk di dalam prinsip rekabentuk

latihan. Kajian juga mendapati nilai min yang sederhana iaitu 2.89 bagi tenaga

pengajar yang kurang berupaya untuk meningkatkan kemahiran mengajar dalam

PPSMI. Jurulatih dalam hal ini tidak berkemampuan. Pengkaji menyarankan supaya

setiap program latihan yang dianjurkan dinilai untuk mengkaji keberkesanannya.

Pengkaji juga mencadangkan agar latihan profesionalisma tersebut diperbanyakkan

lagi pada masa akan datang dan membina latihan yang mempunyai kesamaan dengan

latihan yang telah dilalui.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan ataupun pihak pentadbiran sesebuah

organisasi perlu membuat perancangan teliti supaya program latihan itu mencapai

matlamatnya. Menurut Ishak (2002), sesebuah organisasi tidak boleh terlalu

bergantung kepada sesuatu program latihan yang sudah lama terkenal dan sering

dilaksanakan oleh kebanyakan organisasi lain. Latihan dan pembangunan secara

ikut-ikutan menjadikan program latihan tersebut tidak berkesan dan membazir.

Program latihan yang berkesan memerlukan perancangan yang betul dan terperinci

dalam merekabentuk sesuatu program latihan. Prinsip-prinsip di dalam merekabentuk

program latihan perlu diterapkan di dalam perancangan tersebut bagi memastikan

perancangan tersebut teratur, bersistematik dan selari dengan dunia pekerjaan peserta

latihan.

6

1.3 Pernyataan masalah

Masalah yang timbul berkaitan dengan rekabentuk program latihan melalui

prinsip-prinsip utama latihan ialah organisasi mahupun badan yang menguruskan

latihan kurang mempraktikan prinsip-prinsip latihan di dalam merekabentuk program

latihan. Akibatnya, latihan yang diterima tidak dapat merubah tahap kecekapan,

kemahiran, ilmu dan tahap profesionalisma pelatih ataupun pekerja. Para pelatih

mendapat kemahiran melalui pengalaman sendiri dan juga pengalaman pekerja yang

lebih lama bekerja. Latihan yang diterima tidak dapat diaplikasikan kepada pekerjaan

kerana ianya tidak berkaitan dengan bidang pekerjaan pelatih. Ini disebabkan latihan

yang dijalankan tidak dirangka dan dikaji dengan betul. Kaedah latihan yang sukar

difahami pelatih hingga pengetahuan yang disampaikan hanya sekadar memberi

kefahaman kepada para jurulatih sahaja.

Masalah juga timbul dimana jurulatih sesama jurulatih tidak bersefahaman

antara mereka hingga berlakunya kecelaruan semasa menjalankan latihan dan

akibatnya pelatih tidak dapat menerima pengetahuan daripada pelbagai sumber yang

bertentangan diantara satu sama lain. Masalah ini dipercayai terjadi akibat tidak

menjalankan latihan dengan perancangan yang sempurna. Latihan tersebut tidak

dirangka dengan baik dan sistematik. Berlaku kecelaruan di dalam program latihan

yang dijalankan. Akhirnya latihan yang dijalankan hanya sekadar menghabiskan

peruntukan yang ada dan membazir waktu para pekerja.

Kajian ini bertujuan mengenalpasti sejauh mana latihan-latihan yang disertai

oleh staf UTM dirangka dan direkabentuk dengan mengamalkan prinsip-prinsip

utama latihan. Kajian ini melihat tahap amalan prinsip tersebut yang menjadi

panduan kepada perekabentuk latihan merancang dan merekabentuk sesebuah latihan

yang hendak dijalankan. Prinsip-prinsip tersebut adalah mengikut sepertimana

cadangan oleh Ibrahim Mamat di dalam bukunya Reka Bentuk dan Pengurusan

Latihan Konsep dan Amalan.

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan bertujuan melihat amalan prinsip rekabentuk latihan

pada kursus Internet, e-mail dan Keselamatan IT dan juga kursus Pengurusan

Bengkel Kejuruteraan yang disertai oleh staf UTM. Kursus tersebut dianjurkan oleh

bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia

1.4.1 Mengenalpasti tahap amalan lima prinsip rekabentuk latihan pada

kursus Internet, e-mail dan Keselamatan IT dan juga kursus

Pengurusan Bengkel Kejuruteraan yang disertai oleh staf UTM

1) Amalan prinsip struktur yang bersistematik dalam prinsip

rekabentuk latihan

2) Amalan prinsip spesifikasi dalam prinsip rekabentuk latihan

3) Amalan prinsip keterbukaan dan kefleksibelan dalam prinsip

rekabentuk latihan

4) Amalan prinsip penglibatan dalam prinsip rekabentuk latihan

5) Amalan prinsip kaedah dalam prinsip rekabentuk latihan

1.4.2 Perbandingan tahap amalan prinsip rekabentuk latihan kursus Internet,

e-mail dan Keselamatan IT dengan kursus Pengurusan Bengkel

Kejuruteraan

8

1.5 Persoalan kajian

Kajian yang dijalankan adalah bagi menjawab persoalan kajian seperti yang

berikut.

1.5.1 Apakah tahap amalan lima prinsip rekabentuk latihan pada pada

kursus Internet, e-mail dan Keselamatan IT dan kursus Pengurusan

Bengkel Kejuruteraan yang disertai oleh staf UTM.

1) Amalan prinsip struktur yang bersistematik dalam prinsip

rekabentuk latihan

2) Amalan prinsip spesifikasi dalam prinsip rekabentuk latihan

3) Amalan prinsip keterbukaan dan kefleksibelan dalam prinsip

rekabentuk latihan

4) Amalan prinsip penglibatan dalam prinsip rekabentuk latihan

5) Amalan prinsip kaedah dalam prinsip rekabentuk latihan

1.5.2 Apakah perbezaan tahap amalan prinsip rekabentuk latihan diantara

Kursus Internet, e-mail dan Keselamatan IT dengan Kursus

Pengurusan Bengkel Kejuruteraan yang disertai oleh staf UTM