kesan latihan bebanan terhadap peningkatan … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan...

21
KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN KEKUATAN OTOT KAKI PEMAIN-PEMAIN BOLA TAMPAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUCHING HIGH, KUCHING, SARAWAK. LIM YIAN PING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngodung

Post on 29-Mar-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN KEKUATAN

OTOT KAKI PEMAIN-PEMAIN BOLA TAMPAR SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN KUCHING HIGH, KUCHING, SARAWAK.

LIM YIAN PING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

PSZ 19:16 (Pin. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATANKEKUATAN OTOT KAKI PEMAIN-PEMAIN BOLA TAMPARSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUCHING HIGH

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya LIM YIAN PING

(HURUF BESAR)mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )

SULIT Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________ ________________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 82, EWE HAI STREET, TN.HJ.HAMID RAHABAH 93000 KUCHING, SARAWAK. Nama Penyelia

Tarikh: 9 MARCH 2004 Tarikh: 9 MARCH 2004

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

• Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tugasan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan: ……………………………………………………...

Nama Penyelia: Tn. Hj. Hamid Rahabah

Tarikh: 9 March 2004

Page 4: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

i

KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN KEKUATAN

OTOT KAKI PEMAIN-PEMAIN BOLA TAMPAR SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN KUCHING HIGH, KUCHING, SARAWAK.

LIM YIAN PING

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 5: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………………..

Nama Penulis : LIM YIAN PING

Tarikh : 9 March 2004

Page 6: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

iii

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu serta keluarga yang amat disayangi, kejayaan ini ditujukan

khas untuk anda semua. Segala jasa, sokongan dan pengorbanan masa dan kewangan

yang diberikan tidak akan saya lupakan selamanya. Dan teristimewa buat seseorang yang

disayangi, terima kasih segalanya. Khas buat,

LIM SOON LEE

CHONG SIEW GOH

LIM YIAN YIAN

LIM YU KIUN

Page 7: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Di sini saya bersyukur terhadap limpah dan kurnia Tuhan dapat

saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang telah

ditetapkan meskipun saya menghadapi kesulitan semasa menghasil dan menjayakan

projek ini.

Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga buat keluarga tersayang

terutamanya ibu bapa saya yang sentiasa memberi restu dan sokongan yang tidak ternilai

banyaknya buat saya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan khas saya

kepada penyelia projek, Tn. Hj. Hamid Rahabah yang banyak membantu dan memberi

tunjuk ajar yang berguna dalam menyempurnakan projek ini.

Penghargaan turut ditujukan kepada pensyarah Sains Sukan, En.Yunos, En.

Anizu, Encik Hafiz dan Encik Syarul di atas segala nasihat dan bimbingan yang diberikan

sepanjang saya menuntut di UTM.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Chai Poh Fatt

yang merupakan jurulatih bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High.

Terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan. Penghargaan turut

ditujukan kepada subjek-subjek kajian saya, Michael, Yu Kiun, Kwang Hui, Wee Tak,

Chun Siong, Kah Ho, Low Khen, Sing Chen, Pei Sze dan Chee Siong. Pertolongan dan

kerjasama yang diberikan tidak akan saya lupakan. Terima Kasih atas segala-galanya…

Page 8: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian eksperimental. Dalam kajian ini, subjek-subjek

dikehendaki menjalani latihan bebanan selama enam minggu dengan kekerapan latihan

tiga kali seminggu. Antara jenis latihan bebanan yang diberikan ialah squat, leg press, leg

curl dan leg extension. Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengukur

keberkesanan latihan bebanan ke atas peningkatan tahap kekuatan otot kaki pemain-

pemain lelaki bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High. Satu

pengujian, iaitu ujian lompat jauh berdiri akan dijalankan ke atas subjek sebelum dan

selepas latihan bebanan diberikan. Segala data yang dikumpul dianalisis dengan

menggunakan perisian SPSS “ Statistic Packages for Social Science” version 10.0.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara jarak

yang dicapai oleh subjek-subjek dalam ujian lompat jauh berdiri sebelum dan selepas

menjalani latihan bebanan. Ini telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap

kekuatan otot kaki pemain-pemain lelaki bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan

Kuching High. Dalam kajian ini juga akan membincangkan tentang masalah-masalah

yang dihadapi sepanjang penyelidikan ini dan cadangan penyelidik turut dikemukakan

bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan pada masa akan

datang.

Page 9: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

vi

ABSTRACT

This is an experimental research. Six weeks of weight training programme were

given by the researcher to the subjects with three repetitions per week. The training

routine given were squat, leg press, leg curl and leg extension. This experimental

research is to measure the effectiveness of weight training programme to leg muscles

among the volleyball players of the Kuching High School. The standing long jump test

were applied before and after the training programme. Statistic Packages for Social

Science, (SPSS) version 10.0 was used for an analysis of the data. Based on the result

obtained, there was a significant difference for the distance in the standing long jump test

before and after the weight training program. This shows that the weight training

programme is effective to increase the strength of leg muscles. In this research also,

discussion about problems faces by the researcher on the research and the researcher’s

suggestion were also given in order to correct and better the quality of the research for the

future.

Page 10: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

BORANG KELULUSAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN 1 – 3

1.1 PERNYATAAN MASALAH 4

1.2 OBJEKTIF KAJIAN 5

1.3 HIPOTESIS KAJIAN 5

Page 11: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

viii

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN 6

1.5 SKOP KAJIAN 6 – 7

1.6 DEFINISI TERMINOLOGI 7 – 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 PENGENALAN 10 – 11

2.1 KAJIAN BERKAITAN 11 – 19

2.2 RUMUSAN 19

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN 20 – 21

3.1 REKABENTUK KAJIAN 21

3.2 BENTUK LATIHAN 22

3.3 PERSAMPELAN 22

3.4 INSTRUMEN KAJIAN 23

3.4.1 PROSEDUR LATIHAN SQUAT 23

3.4.2 PROSEDUR LATIHAN LEG PRESS 23 – 24

3.4.3 PROSEDUR LATIHAN LEG CURL 24

3.4.4 PROSEDUR LATIHAN LEG EXTENSION 25

3.4.5 PROTOKOL LATIHAN 25 – 26

3.4.6 PENGUJIAN 27

3.4.6.1 UJIAN KEKUATAN OTOT 27 – 28

Page 12: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

ix

3.5 PEMBOLEHUBAH KAJIAN 28

3.5.1 KEADAAN CUACA 28

3.5.2 KEADAAN PERSEKITARAN 29

3.5.3 PEMAKANAN 29

3.5.4 KESUNGGUHAN 29

3.6 PENGUMPULAN DATA 30

3.7 PENGANALISISAN DATA 30

3.8 KAJIAN RINTIS 30 – 31

BAB 4 PENGANALISAAN DATA

4.1 PENGENALAN 32-33

4.2 ANALISIS DESKRIPTIF 33

4.2.1 ANALISIS BAHAGIAN I 34 –37

4.2.2 ANALISIS BAHAGIAN II 38-42

4.3 ANALISIS INFERENTIAL 43

4.3.1 ANALISIS UJIAN -T BAGI

UJIAN LOMPAT JAUH 43-44

4.3.2 ANALISIS PERATUSAN PERBEZAAN

MIN BACAAN TERBAIK DALAM UJIAN

LOMPAT JAUH BERDIRI 45-46

Page 13: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

x

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN 47-48

5.2 RINGKASAN KAJIAN 48-49

5.3 PERBINCANGAN 49-52

5.4 MASALAH – MASALAH YANG DIHADAPI 52

5.4.1 SUBJEK 52-53

5.4.2 PENGAMBILAN MAKANAN 53

5.4.3 KEADAAN PERSEKITARAN 54

5.4.4 STATISTICAL PACKAGES FOR

SOCIAL SCIENCE (SPSS) 54

5.5 RUMUSAN 54-55

5.6 CADANGAN 55

5.6.1 PERSAMPELAN KAJIAN 56

5.6.2 PENTADBIRAN KAJIAN 56

5.6.3 MASA 57

5.6.4 PELBAGAIKAN UJIAN 57

BIBLIOGRAFI 58-59

LAMPIRAN 60

Page 14: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT

1 FREKUENSI UMUR, TINGGI

DAN BERAT BADAN SUBJEK 34

2 BILANGAN DAN PERATUS

SUBJEK MENGIKUT KETINGGIAN 34

3 BILANGAN DAN PERATUS

SUBJEK MENGIKUT BERAT BADAN 35

4 ANALISIS NILAI MIN DAN SISIHAN

PIAWAI BAGI UJIAN LOMPAT JAUH

BERDIRI 38

5 ANALISIS UJIAN-T JARAK BAGI

UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI 43

6 SKOR MENTAH UJIAN LOMPAT

JAUH BERDIRI BAGI SETIAP SUBJEK 45

Page 15: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT

1 BILANGAN SUBJEK MENGIKUT

KETINGGIAN 36

2 BILANGAN SUBJEK MENGIKUT

BERAT BADAN 37

3 PERBANDINGAN SKOR MIN UJIAN

–PRA DAN UJIAN-POS BAGI UJIAN

LOMPAT JAUH BERDIRI 39

4 UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI

PRA EKSPERIMEN 40

5 UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI

POS EKSPERIMEN 41

6 UJIAN-PRA DAN UJIAN-POS

LOMPAT JAUH BERDIRI

SETIAP OBJEK 42

7 KAWASAN PENERIMAAN DAN

PENOLAKAN HIPOTESIS NULL

(Ho) UJIAN LOMPAT JAUH BERDIRI 44

Page 16: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A REKOD KESIHATAN DAN

KECERGASAN DIRI 60

B CLASSIFICATION OF

POTENTIAL EXERCISE TEST

SUBJECTS BY AGE AND HEALT

STATUS 61

C SURAT PERLANTIKAN SUBJEK 62

D SURAT PERJANJIAN 63

E JADUAL SESI LATIHAN BEBANAN

SUBJEK 64

F BORANG PENGUMPULAN DATA 65

G T-TEST 66

H FREKUENSI TINGGI 67

I FREKUENSI BERAT BADAN 68

J LATIHAN BEBANAN 69

Page 17: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Kecergasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti

harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu,

seseorang itu juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan

menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.

Definisi ini perlu mengambil kira kecergasan fizikal untuk kesihatan serta

kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan. Kecergasan fizikal untuk kesihatan

bertujuan untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit. Kecergasan fizikal untuk

kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan pula merujuk kepada, keupayaan

seseorang untuk bertanding dalam sukan dan permainan dengan mempunyai tenaga,

daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap

kecemerlangan.

Page 18: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

Prinsip-prinsip sains mula mendapat perhatian dan diaplikasikan ketika latihan

dan dalam sesuatu pertandingan. Peningkatan pengetahuan tentang sistem tenaga,

anatomi, fisiologi, biomekanik, tindak balas neuro-maskular, pemakanan dan pelbagai

lagi pengetahuan dan prinsip sains yang diterapkan ke dalam sukan telah terbukti dapat

meningkatkan pencapaian atlit.

Kejayaan yang dicapai dalam bidang sukan bergantung banyak lagi aspek-aspek

lain seperti penguasaan kemahiran yang tinggi, kecergasan fizikal, persediaan mental,

pengaruh sosial, persekitaran, motivasi dan pelbagai lagi faktor dalaman dan luaran.

Menurut Dietricth (1982), latihan sukan bermaksud menyediakan atlit ke arah

pencapaian tertinggi yang dapat dicapai. Dengan lebih khusus lagi menurutnya, latihan

sukan adalah persediaan dari segi fizikal, teknikal, intelektual, psikologi dan persiapan

moral atlit melalui proses sistematik yang terancang.

Laporan daripada Australian Sports & Medicine Federation (1987), menyebut

bahawa komponen-komponen kecergasan fizikal yang dianggap penting bagi seseorang

atlit ialah daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kepantasan, kekuatan otot,

kelenturan dan kuasa.

Kekuatan otot adalah kuasa yang maksimum yang dapat dihasilkan oleh otot

dalam satu penguncupan. Kekuatan merupakan komponen yang penting untuk mencapai

tahap kecergasan yang maksimum. Kekuatan otot meningkatkan aktiviti fizikal dan

Page 19: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

keupayaan fisiologi. Mengikut Mc Cloy & Young (1954), kekuatan, daya tahan otot dan

kecekapan jantung dan paru-paru adalah saling diperlukan antara satu sama lain.

Bagi setiap ahli sukan, penguasaan kemahiran tidak dapat menjamin prestasi

yang tinggi sebaliknya memerlukan kekuatan pada anggota badan tertentu mengikut

bidang yang diceburi. Terdapat pelbagai kaedah yang dapat kita aplikasikan ke atas atlit

bagi meningkatkan kekuatan otot mereka. Salah satu cara untuk meningkatkan kekuatan

otot atlit adalah dengan latihan bebanan.

Menurut Fox (1979), sesuatu latihan bebanan yang berkesan haruslah

mempertimbangkan empat prinsip, iaitu latihan bebanan halangan progresif, penumpuan

latihan dan juga pengkhususan latihan. Menurutnya lagi, untuk melakukan aktiviti

tersebut dengan berpandukan prinsip-prinsip adalah penting bagi atlit mengetahui

konsep tahap ambang latihan, yang melibatkan tiga faktor utama iaitu intensiti,

kekerapan dan juga tempoh latihan.

1.1 Pernyataan Masalah

Page 20: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Bola Tampar merupakan salah satu permainan yang

memerlukan daya tahan dan kekuatan otot kaki yang maksima.

Untuk meningkatkan kekuatan otot kaki terdapat pelbagai cara. Salah satu cara

untuk meningkatkan kekuatan otot kaki adalah dengan menjalani latihan bebanan,

contohnya squat, leg press, leg curl dan leg extension. Bagi mendapat kesan latihan

bebanan yang maksima, jurulatih dikehendaki untuk memahami prinsip dan kaedah

untuk melaksanakan latihan bebanan ke atas atlit-atlitnya.

Sejak kebelakangan ini, prestasi pemain-pemain lelaki bola tampar Sekolah Menengah

Kebangsaan Kuching High dikatakan merosot. Jurulatih mereka, Encik Chai Poh Fatt, telah mengenal

pasti bahawa tahap kekuatan otot kaki pemain-pemainnya masih tidak memuaskan. Oleh itu, beliau akan

menjalani latihan bebanan ke atas atlit-atlitnya selama enam minggu.

Kajian berbentuk eksperimental adalah penting untuk mengukur sejauh mana terdapat kesan

latihan bebanan terhadap peningkatan kekuatan otot kaki antara pemain-pemain bola tampar tersebut.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

a) Mengukur keberkesanan latihan bebanan terhadap peningkatan tahap kekuatan otot kaki pemain-

pemain bola tampar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High sebelum dan selepas

menjalani latihan bebanan yang telah dirancang.

Page 21: KESAN LATIHAN BEBANAN TERHADAP PENINGKATAN … · daya kuasa, daya tahan, ketangkasan, ketrampilan serta ketepatan untuk mencapai tahap kecemerlangan. Prinsip-prinsip sains mula mendapat

b) Memastikan bahawa kekuatan otot kaki subjek dapat ditingkatkan dengan program latihan yang

disusun khas.

c) Membuat perbandingan ke atas jarak lompatan ujian lompat jauh berdiri, sebelum dan selepas

menjalani latihan bebanan squat, leg press, leg curl dan leg extension.

1.3 Hipotesis Kajian

Ho 1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jarak ujian-pra dan

ujian-pos lompat jauh berdiri.

Ha 1 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jarak ujian-pra dan ujian-

pos lompat jauh berdiri.

Ho 2 = Tidak terdapat peningkatan kekuatan otot kaki antara pemain-pemain bola tampar

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuching High setelah menjalani program latihan

bebanan selama enam minggu.

Ha 2 = Terdapat peningkatan kekuatan otot kaki antara pemain-pemain bola tampar Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuching High setelah menjalani program latihan bebanan

selama enam minggu.