t6 takrif melayu dalam perlembagaan

14
•Takrif Melayu terkandung seperti terkandung dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seorang Melayu adalah beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Upload: carolinerong

Post on 14-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

T6 Takrif Melayu Dalam Perlembagaan

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Takrif Melayu terkandung seperti terkandung dalam Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seorang Melayu adalah beragama Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Maka, jika seorang Melayu meninggalkan Islam, bermakna dia tidak lagi dianggap sebagai MelayuArtikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa MelayuTakrifan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

MenurutPerkara 160(2), Melayu bermaksud seseorang yang

a. Menganut agama Islam

b. Lazim bercakap bahasa Melayu

c. Mengamalkan adat istiadat Melayu

Orang itu juga perlu memenuhi satu daripada syarat-syarat berikut:

a. dia dilahirkan di Persekutuan atau Singapura sebelum Hari Merdeka, atau ibu bapanya telah dilahirkna di Persekutuan atau Singapura, atau pada Hari Merdeka itu, dia bermastautin di Persekutuan atau Singapura.

b. Dia berketurunan seorang yang memenuhi syarat (a) di atas.

1. Sekurang-kurangnya jawatan perkhidmatan awam diperuntukkan kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

2. Lesen-lesen perdagangan tertentu diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153)3. Kuota peluang pendidikan ke Tingkatan Enam, Kursusu Matrikulasi, dan peringkat universiti juga disediakan untuk orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

4. Pemberian biasiswa kepada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Setakat kemampuan kerajaan.

5. Yang di-Pertuan agong bertanggungjwab untuk melindungi hak-hak istimewa bumiputera dan hak-hak sah bagi rakyat bukan bumiputera.

1. Menurut Perkara 89(6), tanah rizab orang Melayu ertinya tanah yang dikhaskan untuk diberi milik kepada orang-orang Melayu atau kepada bumiputera bagi negeri tempat letaknya tanah itu.

2. Tanah rizab orang Melayu tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu

Tanah Rizab Orang Melayu (Perkara 89)3. Kerajaan Negeri boleh mengikut undang-undang yang ada mengisytiharkan mana-mana tanah sebagi rizab orang Melayu jika:

a. Tanah itu diambil oleh Kerajaan Negeri melalui perjanjian dengan tuan punya tanah untuk dijadikan tanah rizab orang Melayu.

b. Tuan punya tanah dan setiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan terhadap tanah itu membuat permohonan untuk menjadikan tanah itu tanah rizab orang Melayu.

4. Jika mana-mana tanah terhenti draipada menjadi tanah rizab orang Melayu, Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan mana-mana tanah lain ang serupa jenisnya dengan tanah itu dan seluas tidak melebihi luas tanah itu sebagai tanah rizab orang Melayu untuk mengganti tanah rizab yang terhenti itu.Bahasa Kebangsaan (Perkara 152)Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu yang dimaksudkan boleh dalam bentuk huruf Jawi atau rumi.Bahasa Melayu mesti digunakan dalam segala urusan rasmi kerajaan samada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri

Perkara 152(1)(a): Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain (bagi apa-apa maksud selain maksud rasmi)Bahasa Inggeris digunakan dalam;

a) Hubungan dengan negara asing

b) Latihan-latihan yang dianjurkan oleh pakar-pakar luar negara

c) Pengajaran bidang perubatan, sains dan teknologi dalam sisitem pendidikan negara (Pindaan 1995)