bahasa melayu pemahaman t6

26
011© 2015 Hak Cipta AJK TASK FORCE BM Nama Pelajar :……………………………………… Tahun : ………………… PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPIT PEPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 TAHUN 6 BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN MEI 011 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1 Tulis nama dan kelas kamu pada ruang yang disediakan. 2 Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 3 Jawab semua soalan. 4 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 5 Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. SULIT 1

Upload: hisyamuddin-aris

Post on 26-Sep-2015

95 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Task Force Tahun 6

TRANSCRIPT

Soalan 1- 20

011 2015 Hak Cipta AJK TASK FORCE BM

Nama Pelajar : Tahun :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KAPITPEPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015TAHUN 6BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN

MEI

01150 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1 Tulis nama dan kelas kamu pada ruang yang disediakan.2 Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.3 Jawab semua soalan.4 Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.5 Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak termasuk muka hadapan.

[ Lihat halaman sebelah ]

Soalan 1- 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1 ___________ dan beberapa orang pembesar istana akan berangkat ke Temasik esok, titah Sultan Mahmud kepada Memanda Menteri.A. BetaB. PatikC. HambaD. Baginda2 Hati Mak Cik Herlyana ________ apabila keenam-enam orang anaknya langsung tidak mempedulikan kesusahan hidup yang dialaminya.A. terkeduB. tersedakC. tersentakD. tersentuh3 Baju sekolah yang dipakai oleh budak perempuan itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.A. lusuh ... retasB. pudar ... tetasC. comot ... putusD. kusam ... koyak4 Sebastian merupakan satu-satunya _______ kepada harta pemilik bapanya kerana dia anak tunggal.A. penyimpanB. pewarisC. pelakuD. pemilikSoalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Hadiah yang lumayan merangsang orang ramai untuk menyertai pertandingan __________ sotong anjuran Persatuan Kaki Pancing.A. mencandatB. menggagauC. menyaukD. menjala6 Penternak itu terkejut apabila mendapati ________ ekor kambingnya mati.A. sebahagianB. beberapaC. setengahD. semuaSoalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Buruh binaan itu sedang memaku _______ sebelum dipasang atap pada bumbung rumah.A. tetupaiB. kekudaC. sesikuD. jejari

8 Angin kencang bertiup _________ arah timur Semenanjung Tanah Melayu apabila berlakunya musim tengkujuh.A. diB. dariC. padaD. daripadaSoalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Berhampiran dengan rumah datuk terdapat beberapa ________ tebu yang tumbuh subur.A. ikatB. ruasC. batangD. rumpunSoalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Itik yang baru disembelih oleh datuk itu _______ beberapa kali sebelum mati.A. menyelinapB. mengerekotC. menggelupurD. menyeringai11 Mak Olivia lebih gemar duduk di ______ dinding kerana dia hendak duduk bersandar.A. tepiB. depanC. dalamD. penjuru12 Darrylson agak _______ memegang cangkul kerana dia tidak biasa menggunakannya.A. pelikB. gayatC. gerunD. kekok13 Suasana di dalam kelas begitu hening _________ peperiksaan sedang berlangsung.A. laluB. danC. atauD. kerana14 Pihak sekolah akan mengadakan gotong-royong bagi ________ taman sains yang telah lama terbiar itu.A. perindahB. perindahkanC. memperindahD. memperindahkanSoalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Semasa menunggu bas, Puan Carolyn menggunakan _______ payung untuk berlindung daripada panas terik.A. sekakiB. selarasC. sebuahD. sebatang16 Dismond merupakan seorang pelajar yang pintar dalam kelasnya. _______, dia tidak sombong dan sering membantu rakan-rakannya dalam pelajaran.A. Selepas itu

B. Oleh sebab ituC. Tambahan pulaD. Sungguhpun demikianSoalan 17 berdasarkan gambar di bawah.

17 Tongkang yang sarat dengan bahan binaan itu ___________

dipukul badai yang amat kuat.A. terkapai-kapaiB. terlonjak-lonjakC. terhuyung-hayangD. terumbang-ambing18 Dicksonly telah menjadi _______ sejak tiga tahun yang lalu, tetapi kini dia telah kembali ke kampung asalnya. A. anak buahB. anak angkatC. anak jantanD. anak dagang19 Guru-guru menasihati kami supaya rajin membaca buku untuk menambahkan pengetahuan. Jangan jadi seperti _________________ .A. katak di bawah tempurungB. embun di hujung rumputC. melukut di tepi gantangD. kerbau dicucuk hidung20 Dia amat berbangga akan prestasi anak-anaknya dalam pelajaran. Pilih perkataan seerti bagi prestasi.A. kemunduranB. kemajuanC. kebolehanD. kecerdikan21 Pak Cik Alexson terpaksa menggadaikan tanahnya kerana hendak membiayai perbelanjaan anaknya belajar di universiti.Perkataan berlawan bagi menggadaikan ialah

A. menjualB. membeliC. menebusD. melelongSoalan 22-23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

22 I Air yang mengalir dari puncak bukit itu sungguh hening.II Suasana di taman itu hening sekali terutamanya pada waktu pagi.III Warna bajunya yang hening amat sesuai dipakai dalam majlis itu.IV Suasana malam ini sungguh hening sehingga jarum jatuh pun boleh kedengaran rasanya.A. I, II dan III sahajaB. I, II dan IV sahajaC. I, III dan IV sahajaD. II, III dan IV sahaja23 I Hubungan Daniel dengan Aaron menjadi rapuh semenjak pertengkaran itu. II Nelson terjatuh dari pokok rambutan kerana terpijak dahan yang rapuh.III Biskut itu sungguh rapuh dan enak.IV Suara Jeniffer rapuh dan tersekat-sekat kerana dia kesejukan.A. I dan II sahajaB. I dan IV sahaja

C. I, II dan III sahaja

D. II,III dan IV sahaja24 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Berapa lamakah masa untuk sampai ke pulau itu?A. Lebih kurang setengah jam sahaja perjalanannya.B. Tidak jauh, lebih kurang lima batu nautika dari pantai.C. Mungkin perjalanannya mengambil masa yang lama.D. Perjalanannya memang memenatkan kita semua.25 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Cynthia bercadang untuk menemani Joyce ke perpustakaan setelah dia menyiapkan kerja sekolahnya.A. Siapakah yang akan menemani Joyce ke perpustakaan?B. Apakah yang akan dilakukan oleh Cynthia dan Joyce?C. Bilakah Cynthia bercadang menemani Joyce ke perpustakaan?D. Adakah Joyce bersetuju dengan cadangan Cynthia itu? Soalan 26 - 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26 Pokok Pinang yang tinggi itu telah ditebang oleh abang saya dengan sebilah gergaji semalam.A. Abang telah menebang pokok pinang saya yang tinggi itu dengan sebilah gergaji semalam. B. Abang telah menebang pokok pinang yang tinggi dengan sebilah gergaji saya semalam.C. Semalam, abang saya telah menebang pokok pinang yang tinggi itu dengan sebilah gergaji.D. Semalam, saya dan abang telah menebang pokok pinang yang tinggi itu dengan sebilah gergaji.

27 Kata Ena, Surat yang baru saya terima daripada posmen itu adalah untuk Eka.A. Ena berkata bahawa Eka baru menerima surat itu daripada posmen.B. Ena meminta posmen itu menghantarkan surat yang baru itu kepada Eka.C. Ena meminta Eka menerima suratnya daripada posmen itu.D. Ena berkata surat yang diterima daripada posmen itu adalah untuk Eka.Soalan 28-30

Pilih ayat yang betul28 A Setiap orang ahli Kelab Budaya diminta hadir dalam perjumpaan itu.B Amielia sedang mengemas bilik namun adiknya mencuci kasut.C Dia tidak anak Pak Cik Hasim walaupun mereka rapat.D Lissianna amat sayang akan anak-anak saudaranya.29 I Pilihlah mana-mana buku ulang kaji yang kamu suka.II Lydia telah mendapat tempat yang ketiga-tiga dalam ujian yang lalu.III Bintang-bintang kelihatan berkerlipan di waktu malam.IV Penny mengucapkan terima kasih atas pertolongan mereka.A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. I dan IV sahaja

D. III dan IV sahaja

30 I Terisa tidak tahu bilakah lawatan itu akan diadakan.II Ibu membubuh ubat pada kaki adik yang luka.III Tolong jangan menconteng dinding kelas.IV Adik Debbie bijak sungguh dalam mata pelajaran Matematik.A. I dan II sahaja

B. I dan III sahaja

C. II dan IV sahaja

D. III dan IV sahajaSoalan 31-35 Baca catatan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

7.00 pagi: Aku dan adik bergotong-royong mengemas bilik tidur. Kami juga mengemas bilik tetamu. Kami berasa gembira kerana Kak Long akan pulang. Menurut ibu, bilik tersebut akan digunakan oleh Amirah rakan sekuliah Kak Long dari Indonesia.8.00 pagi:Ibu memanggil kami bersarapan. Kami menikmati nasi lemak kukus dan burung puyuh goreng berempah, iaitu makanan kegemaran Kak Long. Ayah mengingatkan kami agar menghormati tetamu dan menunjukkan sikap yang baik.

9.00 pagi:Ibu menyuruh aku dan adik bersiap. Kami sekeluarga akan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra setengah jam lagi. Penerbangan Kak Long dari KLIA dijangka tiba jam 10.30 pagi.

10.00 pagi:Kami sudah pun berada di lapangan terbang untuk menunggu Kak Long. Keadaan di situ agak sibuk kerana cuti Hari Raya Aidiladha akan bermula tidak lama lagi. Pada waktu itu, suasana sangat sesak dan sukar untuk melihat Kak Long.

11.00 pagi:Kami yang leka bersembang dikejutkan dengan ucapan salam. Eh, Kak Long sudah sampai! jerit Atiqah, adikku. Kami berdua memeluk Kak Long dan bersalam dengan Kak Amirah.

11.30 pagi:Kami ke pasar Siti Khadijah untuk membeli keropok lekor, makanan kegemaran Kak Amirah.

31 Aku dan adik mengemas bilik tidur tetamu ________.A. kerana Kak Long akan pulang bercuti.B. digunakan oleh rakan Kak Long.C. untuk Kak Amirah, kawan baik Kak Long dari Indonesia.D. untuk Kak Amirah, rakan sekuliah Kak Long dari Indonesia.32 Ayah telah menasihati aku dan adik pada pukul __________.A. 8.00 pagiB. 9.00 pagi

C. 10.00 pagi

D. 11.00 pagi

33 Mengapakah Kak Long sukar untuk dilihat ketika aku menunggu di lapangan terbang?A. Keadaan di situ sangat sibukB. Kerana cuti musim perayaanC. Kerana di situ sangat sesakD. Kerana mereka leka bersembang34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan yang diberikan.A. Kak Long menggemari nasi lemak kukus dan burung puyuh goreng berempah.B. Aku bertolak ke lapangan terbang pada pukul 9.30 pagi.C. Kak Amirah menggemari keropok lekor.D. Ayah menjerit Kak long sudah sampai.35 Frasa bersalam dengan Kak Amirah menunjukkan aku dan adik ________.A. sangat terkejutB. terlalu gembiraC. bersikap prihatinD. menghormati tetamu

Soalan 36-40 Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Oleh-oleh ibuku

Dari negeri di bawah bayu

Tabung buluh berukir indah

Tersimpan di sudut kamarku

Setiap pagi bekal kubawa

Pasti jimat wang belanja

Pulang ke rumah tabung kuisi

Dentingan syiling memecah sunyi

Semakin hari semakin berat

Semakin hatiku terasa nikmat

Perut tabungku penuhlah kini

Kuluahkan segala isi

Bank pula tempatnya nanti

Buat biaya suatu hari

Ke menara gading cita-cita di hati

Ingatlah pesan pujangga bestari

Jimat cermat amalan mulia

Sedikit-sedikit lama-lama kan jadi bukit

Beringat sebelum kena

Berjimat sebelum habis

36 Apakah oleh-oleh yang diberi oleh ibu kepada penulis?A. TabungB. Duit SyilingC. Tabung buluhD. Cenderamata dari negeri di bawah bayu37 Mengapakah wang tabungan disimpan di dalam bank?A. Agar tidak dicuri orangB. Agar hidup terasa nikmatC. Untuk pembiayaan di universiti nantiD. Untuk memenuhi pesan pujangga bestari38 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.A. Berjimat cermat hidup bahagia.B. Oleh-oleh disimpan di ruang tamu.C. Wang disimpan di bank setelah tabung penuh.D. Ibu membeli oleh-oleh dari negeri di bawah bayu.39 Apakah faedah membawa bekal ke sekolah?A. Dapat simpan wang saku.B. Hati akan terasa nikmat.C. Tabung akan menjadi beratD. Wang disimpan di bank setelah tabung penuh.40 Peribahasa yang sesuai berkaitan sikap penulis ialahA. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.B. Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga.C. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.D. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. KERTAS SOALAN TAMATBAHASA MALAYSIAJADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

DANCADANGAN JAWAPAN

TAHUN 6BAHASA MALAYSIA-PEMAHAMANJSU BMNo SoalanJenis SoalanAras Soalan

RST

1Kata Ganti Nama Diri/

2Kata Kerja/

3Kata Adjektif/

4Kata Nama/

5Kata Kerja/

6Kata Bilangan/

7Kata Ganda Separa/

8Kata Sendi Nama/

9Penjodoh Bilangan/

10Kata Kerja/

11Kata Arah/

12Kata Adjektif/

13Kata Hubung/

14Imbuhan/

15Penjodoh Bilangan/

16Penanda Wacana/

17Kata Ganda Berimbuhan/

18Simpulan Bahasa/

19Peribahasa/

20Sinonim/

21Antonim/

22Penggunaan Perkataan Bergaris/

23Penggunaan Perkataan Bergaris/

24Jawapan Yang Betul/

25Soalan Yang Betul/

26Ayat Yang Sama Maksud/

27Ayat Yang Sama Maksud/

28Ayat Yang Betul/

29Ayat Yang Betul/

30Ayat Yang Betul/

31Soalan Kefahaman/

32Soalan Kefahaman/

33Soalan Kefahaman/

34Soalan Kefahaman/

35Soalan Kefahaman/

36Soalan Kefahaman/

37Soalan Kefahaman/

38Soalan Kefahaman/

39Soalan Kefahaman/

40Soalan Kefahaman/

JUMLAH101610

SKEMA JAWAPAN

011 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN ( CADANGAN JAWAPAN)

12345678910

ADABABBBDC

11121314151617181920

ADDCADDDAB

21222324252627282930

CBCACCDDCC

31323334353637383940

DACDDCCBAA

SULIT

5