t2 zaman jepun

Upload: carolinerong

Post on 08-Oct-2015

270 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

T2 Zaman Jepun

TRANSCRIPT

Pendudukan Jepun

Pendudukan JepunTanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 15 Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945, iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengahKemenangan JepunKetidaksediaan tentera Inggeris untuk menghadapi peperangan.

Tentera Inggeris tidak menyangka bahawa tentera Jepun akan menyerang dari utara, dan dengan demikian mereka tidak bersediaKelemahan pertahanan Unit Inggeris.

Tentera Inggeris tidak mempunyai pertahanan laut untuk mempertahankan Tanah Melayu setelah kapal Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh JepunPersediaan-persediaan peperangan oleh Jepun.

Sebelum menyerang Tanah Melayu, Jepun telah mengumpulkan maklumat penting mengenai kedudukan pertahanan Inggeris, bilangan tentera Inggeris dan peralatan mereka. Jepun mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu.

Kelebihan-kelebihan tentera Jepun.

Tentera Jepun terlatih di dalam peperangan, dipimpin oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berpengalaman (seperti Yamashita dan Tsuji), mempunyai semangat yang tinggi untuk kepentingan dan keagungan Jepun, dan menggunakan taktik peperangan yang baik dan praktikal seperti menunggang basikal di hutan.

Kekurangan-kekurangan tentera Inggeris.

Tentera Inggeris tidak mempunyai semangat berperang yang tinggi terutamanya selepas kekalahan pihak Inggeris dalam pertempuran-pertempuran awal dengan Jepun. Tambahan pula sebahagian besar tentera Inggeris terdiri daripada orang India yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman berperang.

Daripada keterangan di atas dapat dibuat kesimpulan bahawa kejatuhan sesebuah negara itu adalah sebahagian besar adalah akibat kelemahan sendiri sehingga mudah ditawan oleh pihak lawan. Tiadanya semangat, kurangnya persediaan, dan tiadanya strategi yang baik merupakan antara sebab yang penting.

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun, dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu Singapura yang dikenali sebagai Syonan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Pentadbiran Jepun di Tanah MelayuDari segi pentadbiran, satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 dengan tujuan membalas jasa Siam. Negeri-negeri Melayu diketuai oleh seorang Gabenor, sementara Sultan dikekalkan sebagai ketua agama dan adat

Kesan Pendudukan JepunPendudukan Jepun di Tanah Melayu memberikan banyak kesan negatif. Umumnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mengubah keadaan sosial, ekonomi dan politik Tanah Melayu sebelum perang dengan begitu radikal sehingga Inggeris terpaksa merombak dasarnya selepas perang. Akibatnya dikatakan bahawa ia telah mempercepat proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu. Kesan sosial

Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu khususnya orang Cina telah ditindas oleh Jepun. Ramai orang Melayu dan India menjadi buruh paksa khususnya untuk membina Jalan Keretapi Maut antara Negeri Thai dan Burma.

Orang-orang Cina yang lari ke pinggir hutan akibat daripada tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Mereka juga bertembung dengan orang-orang Melayu yang tinggal di kampung- kampung tradisi dan ini mengakibatkan pertembungan budaya yang berlainan latar belakangPermusuhan berlaku antara orang-orang Melayu dengan orang-orang Cina. Hal ini adalah akibat daripada layanan orang Jepun yang agak baik terhadap orang Melayu berbanding dengan layanan terhadap orang- orang Cina. (misalnya dengan mengambil mereka menjadi tentera dan polis, dan menggalakkan orang Melayu bergiat dalam politik). Hal ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Cina terhadap orang Melayu. Beberapa pertempuran di antara orang-orang Melayu dengan orang Cina berlaku selepas tentera Jepun menyerah kalah.

Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan akhlak daripada akademik untuk menanamkan sifat kerajinan terutamanya di kalangan orang MelayuKesan Ekonomi

Pada masa pemerintahan Jepun, kegiatan ekonomi Tanah Melayu lumpuh sama sekali. Hal ini berlaku kerana tentera British memusnahkan banyak harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah. Perlombongan bijih timah dan perusahaan getah di Tanah Melayu tidak dapat dijalankan. Perdagangan Tanah Melayu dengan dunia luar terputus akibat peperangan. Ekonomi dan taraf kehidupan penduduk turut merosot.Barangan pengguna dan makanan (khususnya beras) berkurangan. Untuk mengatasi masalah ini, tentera Jepun bertindak memaksa rakyat menanam tanaman-tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi. Pengedaran mata wang yang tidak terkawal pula menyebabkan inflasi melambung tinggi. Pada waktu yang sama, penjajah Jepun tidak mengendalikan infrastuktur dengan baik.

Kesan politik

Wujudnya kesedaran politik yang mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu (khususnya di kalangan orang Melayu). Propaganda Asia untuk orang Asia menaikkan semangat mereka untuk membebaskan tanah air.

Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan orang Melayu akibat daripada pengalaman dalam kerja-kerja pentadbiran Jepun. Orang- orang Melayu merasa mereka tidak lagi boleh mengharapkan Inggeris.Kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh ditentang telah berubah. Sikap antipenjajahan di kalangan orang Melayu semakin berkembang.

Permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada tindakan Jepun meniupkan lagi semangat nasionalisme Melayu. Jepun juga menggalakkan semangat nasionalisme Melayu dengan menggalakkan mereka bergiat dalam organisasi-organisasi politik (contohnya KRIS).

Pendudukan Jepun juga menyebabkan orang-orang Cina dan India lebih mengukuhkan ciri-ciri kecinaan dan keindiaan mereka. Orang-orang India, misalnya, telah digalakkan menumpukan perhatian terhadap pembebasan negara India daripada penjajahan Inggeris. Akibatnya, perkara ini telah menyulitkan lagi proses mewujudkan semangat kenegaraan di Malaya, khususnya di kalangan orang Cina dan IndiaParti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu menjadi sebuah parti yang terkuat pada tahun-tahun 1945-1948. Akibat daripada kezaliman Jepun, PKM ramai dianggotai oleh orang-orang Cina. PKM telah mempengaruhi dan menguasai Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang kebanyakan anggotanya terdiri daripada orang Cina.

Dapat dirumuskan bahawa kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu telah banyak membawa keburukan kepada rakyat negara ini. Malahan kesan- kesannya masih dirasai sehingga kini. Kesengsaraan yang dialami oleh generasi lalu semasa zaman Penjajahan Jepun seharusnya menjadi pedoman kepada semua rakyat.

Keadaan selepas pendudukan JepunKekalahan Jepun menandakan berakhirnya Perang Dunia Kedua. Sebelum Inggeris kembali ke Tanah Melayu, negara ini telah dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (lebih dikenali sebagai Bintang Tiga) selama lebih kurang 14 hari. Semasa inilah berlakunya keadaan kelam kabut, kekacauan, persengketaan dan pertempuran antara kaum (contohnya peristiwa yang berlaku di Batu Pahat). Orang-orang Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu pada bulan September tahun 1945.

Sekembalinya ke Tanah Melayu, pihak Inggeris telah menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA) dan seterusnya Kesatuan Malaya (Malayan Union). Pada waktu yang sama, kegiatan PKM sangat aktif sehingga pihak Inggeris mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu, iaitu di Perak dan Johor pada 16 Jun 1948, dan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948.Beberapa langkah telah dijalankan untuk menyekat kegiatan komunis, termasuk Rancangan Briggs dan Rancangan Templer. Perundingan juga telah diadakan dengan tokoh-tokoh PKM iaitu yang dinamakan sebagai Rundingan Baling, pada 28 dan 29 Disember 1955. Namun, rundingan tersebut gagal. Menjelang tahun 1960, PKM kehilangan pengaruhnya, dan pada 31 Julai 1960 undang-undang darurat ditamatkan.