t19.doc

Upload: ganesan-kunyambu

Post on 09-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tutorial 17 ( 12/2/2010 )

Tutorial 17 ( 25/2/2010 )

Kadar Kelahiran

Jumlah kelahiran bayi dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1 000 orang penduduk.Faktor mempengaruhi kadar kelahiran :b) Amalan Perancangan Keluarga

i. Amalan perancangan keluarga diamalkan oleh pasangan suami isteri yang ingin menjarakkan kelahiran.

ii. Diamalkan oleh pasangan suami isteri yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang tinggi.

iii. Bertujuan untuk :

memberi perhatian yang lebih sempurna kepada anak-anak mereka si ibu dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik peningkatan kos sara hidup c) Kerjaya dan Status Wanita serta Perkahwinan Lewati. Perkembangan dalam bidang pendidikan telah melihat ramai kaum wanita berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi iaitu peringkat universiti.

ii. Pencapaian akademik yang tinggi, menyebabkan ramai wanita berpeluang menjawat jawatan tinggi.iii. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan wanita berkahwin pada usia yang lewat.iv. Berkahwin pada usia yang lewat menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan seterusnya mengurangkan kadar kelahiran.v. Malah terdapat wanita yang lebih suka hidup bersendirian dan tidak mahu berkahwin. Keadaan ini akan mempengaruhi kadar kelahiran iaitu akan berlaku penurunan dalam bilangan kelahiran.1. Kenapakah amalan perancangan keluarga diamalkan ?

A. untuk menambah bilangan anak

B. untuk menambah saiz keluarga

C. untuk menjarakkan kelahiran

D. untuk hidup bersendirian

Jawapan : C

Penerangan : Mempunyai saiz keluarga yang kecil

2. Apakah kesan yang akan berlaku jika amalan perancangan keluarga diamalkan

di Malaysia ?

Ibilangan anak menjadi ramai

IIkadar kelahiran menurun

IIIsaiz keluarga menjadi kecil

IVkadar kesuburan meningkat

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

Jawapan : B

Penerangan : Jumlah penduduk akan berkurangan

3. Mengapakah pasangan suami isteri memilih amalan di atas ?

Imemberi perhatian yang lebih baik kepada anak-anak mereka. IIsi ibu dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik.

IIIkos sara hidup meningkat. IVdasar kerajaan menetapkan setiap keluarga seorang anak sahaja.

A. I, II dan III

B. I, II dan III

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan : A

Penerangan : Dasar seorang anak diamalkan di negara China

4. Apakah sebab kaum wanita pada masa kini berkahwin pada usia yang lewat ?

A. taraf hidup rendah

B. taraf pendidikan rendah C. kemajuan bidang perubatan

D. pencapaian akademik yang tinggi

Jawapan : D

Penerangan : Berpeluang menjawat jawatan tinggi

Kerjaya & status wanita Kelahiran menurun5. Bagaimanakah keadaan di atas boleh menyebabkan kelahiran menurun ?

Idasar kerajaan

IIkahwin lewat

IIIkurang pengetahuan

IVkadar kesuburan menurun

A. I dan II

B. II dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Jawapan : CPenerangan : Mempunyai kelulusan yang tinggi & memegang jawatan yang

tinggiPERUBAHAN PENDUDUK (5)

Amalan Perancangan Keluarga