technicalmofgames2015.files.wordpress.com · web viewperaturan am & undang-undang pertandingan...

12
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan KAROM 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Karom Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh Cadangan : 27 & 28 November 2015 2.2 Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang 2.3 Tempat : Dewan, Stadium Inspen Bangi, Selangor 3.0 PERATURAN PERMAINAN 3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Karom Malaysia (Tempatan). 3.2 Pengambilan barangan terlarang sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkir dari pertandingan ini. 4.0 PENDAFTARAN PEMAIN | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan 71

Upload: others

Post on 30-Dec-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

KAROM1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Karom Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh Cadangan : 27 & 28 November 20152.2 Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang2.3 Tempat : Dewan, Stadium Inspen

Bangi, Selangor

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Karom Malaysia (Tempatan).

3.2 Pengambilan barangan terlarang sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkir dari pertandingan ini.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini. Borang penyertaan perlu dihantar pada atau sebelum 26 Oktober 2015. Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan (tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan).

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n71

Page 2: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4.2 Setiap organisasi perlu mendaftarkan tidak lebih dari tujuh belas (17) orang pemain, seorang pengurus dan seorang jurulatih.

4.3 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu (1) kategori permainan sahaja dan setiap perlawanan yang dipertandingkan. Pemain yang telah didaftarkan pada masa yang ditetapkan sahaja yang dibenarkan bermain.

4.4 Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan barisan permain tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan bermula. Masa menunggu akan diberikan selama sepuluh (10) minit sahaja bagi memulakan sesuatu perlawanan. Sekiranya tempoh masa ini gagal dipatuhi, kemenangan percuma (walk over) akan diberi kepada pasukan lawan. Mana-mana pemain yang gagal atau lewat hadir ke gelanggang setelah lima (5) minit namanya dipanggil, set tersebut akan dikira walk over (2-0).

4.5 Sekiranya mana-mana pasukan didapati menurunkan pemain yang tidak berdaftar atau tidak mematuhi peraturan kelayakan pemain sepertimana yang ditetapkan penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan terbatal secara automatik dan semua perlawanan sebelumnya yang telah disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Susunan perlawanan adalah seperti berikut:-5.1.1 Perseorangan Lelaki 1 (Pegawai)5.1.2 Perseorangan Lelaki 2 (Terbuka)5.1.3 Perseorangan Wanita (Terbuka)5.1.4 Bergu Lelaki 1 (Veteran)5.1.5 Bergu Lelaki 2 (Terbuka)5.1.6 Bergu Wanita (Terbuka)5.1.7 Bergu Campuran (Terbuka)

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n72

Page 3: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

5.2 Perlawanan akan dijalankan secara serentak mengikut jadual pertandingan.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Pertandingan ini adalah menggunakan papan karom 'Karung Lubang Luar atau Outer Pockets' dan Carom Powder/ Spray yang disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal.

6.2 Diperingkat awal, pertandingan akan dijalankan secara format Liga yang dibahagikan kepada dua (2) kumpulan, kumpulan A dan B dimana kedudukan pasukan dalam kumpulan akan ditentukan secara undian.

6.3 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan bertanding diperingkat separuh akhir dan akhir secara format Kalah Mati.

6.4 Bagi pertandingan separuh akhir dan seterusnya, Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal boleh menamatkan sesuatu perlawanan sekiranya mana-mana satu pasukan telah mencapai mata kemenangan iaitu telah memenangi empat (4) permainan.

6.5 Sistem Kiraan Mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut:-

Menang - 2 mataKalah - 0 mata

7.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan dijalankan. Pemakaian Kemeja-T tanpa lengan, seluar pendek dan pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan sama sekali.

8.0 SYARAT PERTANDINGAN

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n73

Page 4: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

8.1 Pengundian akan dibuat untuk memulakan pertandingan dengan cara pengundian buah karom (seed) putih. Wakil pemain yang berjaya mengundi buah karom putih akan memulakan jentikan permainan bagi pasukannya dengan susunan buah karom (seed)

cara sendiri. Pecah mula akan diberikan kepada pemain sebanyak 2 kali jika pecah mula kali pertama tidak menyentuh lansung buah karom. Jika kali kedua juga tidak mengenai buah karom, maka giliran akan berpindah kepada pihak lawan. Buah karom yang tersusun tidak boleh diubah. Semasa pemain melakukan pecah mula pertama dan strikernya masuk ke dalam karung/pocket ianya tidak melakukan kesalahan dan tiada denda. Peluang diberikan sekali lagi untuk melakukan pecahan mula. Jika kali kedua berlaku perkara yang sama juga, maka giliran berpindah kepada pihak lawan tanpa denda dikeluarkan.

8.2 Selepas break dilakukan, BUAH KAROM MERAH akan dikeluarkan dan permainan sudah dianggap confirm. Permainan diteruskan sehingga tamat.

8.3 Semua pemain hendaklah menyediakan strikernya sendiri dan tidak dibenarkan menggunakan lebih dari satu striker dalam satu-satu set perlawanan. Pertukaran striker dibenarkan untuk set seterusnya dengan persetujuan pengadil, penganjur tidak menyediakan striker. Pemain dibenarkan menukar striker dalam set tersebut sekiranya striker tersebut retak/sumbing/pecah. Saiz striker yang dibenarkan adalah striker yang boleh memasuki lubang (dari sisi).

8.4 Pemain tidak dibenarkan menguji striker semasa permainan sedang dijalankan.

8.5 Striker hendaklah diletakkan diatas kedua-dua garisan semasa jentikan hendak dibuat, begitu juga semasa membuat jentikan fullmoon, striker hendaklah menutupi keseluruhan bulatan tanpa kena garisan arrows.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n74

Page 5: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

8.6 Semasa jentikan dibuat striker mesti berada dikedua-dua garisan hitam dan siku atau mana-mana anggota tubuh badan tidak melebihi garisan pemisah/ bingkai papan karom.

8.7 Jika striker pemain itu terlepas atau tercuit samaada sengaja atau tidak sengaja semasa membuat jentikan dan melepasi kedua garisan ia dianggap sudah melakukan dan tidak boleh menjentik lagi.

8.8 Tidak dibenarkan meletak apa-apa barang diatas bingkai papan/ rim board semasa permainan dijalankan.

8.9 Jika semasa permainan buah karom terkeluar dari board ia hendaklah diletakkan dibulatan tengah kecil (merah) oleh pengadil. Jika kedua-duanya terkeluar sekali (iaitu buah karom putih dan hitam) buah karom pemain yang mengeluarkan hendaklah diletakkan diatas sekali dalam susunan bertingkat dibulatan tengah kecil (merah).

8.10 Jika buah karom sendiri dan buah karom pihak lawan termasuk “serentak“ (follow) jentikan boleh diteruskan.

8.11 Jika buah karom terlompat dan meniti atas bingkai papan (rim board) dan jatuh semula kedalam/ termasuk lubang, ia dianggap keluar dan diletakkan kembali dibulatan tengah kecil (merah) oleh pengadil. Sekiranya kedua-dua pemain melakukan perkara yang sama secara berselang, buah yang keluar akan diletakkan kembali dibulatan tengah kecil (merah) oleh pengadil dengan membuat susunan bertingkat.

8.12 Jika buah karom berdiri atau bertindih dengan striker maka dikira rasmi kecuali terusik oleh pemain. Hanya pengadil yang boleh membetulkan kedudukan buah karom.

8.13 Dalam acara BERGU, perbincangan dengan pasangan sahaja dibenarkan apabila tiba giliran pasangan tersebut.

8.14 Perlawanan akan ditentukan mengikut ‘Best Of Three Matches’.

8.15 Permainan ditamatkan dengan kesemua buah karomnya dipoketkan ke dalam lubang mendahului pihak lawan.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n75

Page 6: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

8.16 Sekiranya buah terakhir pemain yang menjentik termasuk serentak bersama striker, pemain dikira memenangi perlawanan tersebut.

8.17 Sekiranya buah terakhir pemain yang menjentik termasuk serentak bersama striker dan buah pemain lawan, pemain tersebut dikira memenangi perlawanan tersebut.

8.18 Sekiranya buah terakhir pihak lawan temasuk tanpa memasukkan buah terakhir sendiri, pemain tersebut dikira kalah dalam perlawanan tersebut.

8.19 Sekiranya buah terakhir pihak lawan temasuk serentak dengan striker tanpa memasukkan buah terakhir sendiri, pemain tersebut dikira kalah dalam perlawanan tersebut.

8.20 Jika bermain didalam set ketiga (rubberset), pengadil akan membuat undian semula dan pemain yang mendapat buah putih akan memulakan pukulan. Susunan semula buah karom berbentuk Y terbalik akan dilakukan oleh pengadil.

8.21 Pemain adalah dilarang meminta nasihat/ bantuan dari jurulatih/ penyokong semasa permainan sedang dijalankan.

8.22 Pemain adalah dilarang mengganggu konsentrasi pihak lawan dengan apa cara sekalipun semasa permainan sedang dijalankan.

8.23 Taklimat akan diberikan sebelum pertandingan oleh ketua pengadil.

8.24 Segala kesulitan/ masalah semasa permainan sedang berjalan, pemain hendaklah merujuk kepada pengadil-pengadil yang bertugas.

9.0 KESALAHAN DAN DENDA

9.1 Pemain tersentuh buah karom semasa perlawanan (buah sendiri atau pihak lawan), akan dikenakan denda tambahan sebiji buah.

9.2 Semasa pukulan dibuat hanya sebelah tangan sahaja diatas papan karom. Tangan sebelah lagi tidak dibenarkan menyentuh papan karom atau meja untuk membantu semasa membuat

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n76

Page 7: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

jentikan. Sekiranya kesalahan ini dilakukan, pemain akan dikenakan denda sebiji buah.

9.3 Sekiranya striker pemain termasuk kedalam lubang, denda sebiji buah karom dan pemain tersebut hilang giliran.

9.4 Jika pemain memasukkan buah karom sendiri dan strikernya sekali serentak dalam satu pukulan dan tidak kira yang mana masuk dahulu pemain itu hilang giliran dan ia juga didenda satu biji buah karom.

9.5 Jika pemain memasukkan buah karom lawan dan kemudian diikuti striker dalam satu pukulan, ia akan kehilangan giliran dan denda satu biji buah karom.

9.6 Pemain memukul buah karom secara terus semasa buah karom tersebut berada digarisan larangan (seed mati) pemain itu sendiri didenda satu biji buah karom dan hilang giliran.

9.7 Tangan/ jari pemain terkena buah karom atau striker yang sedang bergerak dengan sengaja atau tidak sengaja didenda satu biji buah karom dan hilang giliran.

9.8 Semasa meletak striker untuk jentikan, pemain telah terkena/ terubah kedudukan buah karom diatas papan, pemain didenda sebiji buah karom dan hilang giliran. Buah karom yang telah terubah itu harus diletakkan semula ditempat asalnya atau paling hampir oleh pengadil.

9.9 Jika sekiranya pemain menjentik buah karom terbelah dua, cara berikut menentukan kedudukan:-

(i) Sebelah buah karom berada diatas papan dan sebelah lagi masuk (poket) buah karom tersebut dikira masuk dan boleh meneruskan jentikan.

(ii) Kedua belah buah karom diatas papan, buah karom akan ditukarkan dan diletakkan dibulatan tengah oleh pengadil dan pemain tidak boleh membuat pukulan semula.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n77

Page 8: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

9.10 Buah denda haruslah diletakkan dibulatan tengah kecil (merah) oleh pengadil. Buah lompatan keluar juga hendaklah diletakkan dibulatan tengah kecil (merah) oleh pengadil.

9.11 Sekiranya striker pemain termasuk ke dalam lubang atau pemain tersentuh buah karom dengan sengaja atau tidak sengaja sebelum sebarang buah dimasukkan, hutang denda sebiji buah karom dan pemain tersebut hilang giliran. Buah denda diletakkan selepas habis giliran oleh pengadil.

9.12 Peserta adalah dilarang makan, minum dan merokok semasa perlawanan

dijalankan (termasuk gula-gula, gula-gula getah atau ubat hisap). Peserta

hanya dibenarkan minum setelah tamat setiap perlawanan. Sekiranya

pemain makan atau minum, pemain akan dikenakan denda sebiji buah.

9.13 Ketika pertandingan dijalankan, telefon bimbit pemain hendaklah dipadamkan atau berada dalam mood senyap. Sekiranya berbunyi sewaktu perlawanan, pemain akan dikenakan denda sebiji buah.

9.14 Pemain tidak dibenarkan memegang meja, atau papan permainan semasa giliran.

9.15 Pemain yang melanggar (samada sengaja atau tidak sengaja) papan karom sewaktu permainan dan menyebabkan buah karom beralih dari tempat asal akan dikira kalah dalam set permainan tersebut.

9.16 Pemain yang dikenakan denda secara automatik akan hilang giliran.

10.0 PERTUKARAN PEMAIN

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n78

Page 9: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewPeraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

10.1 Pertukaran pemain semasa pertandingan sedang berjalan adalah tidak dibenarkan.

11.0 PENGADIL

11.1 Pengadil bertauliah akan dilantik oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

11.2 Keputusan pengadil adalah MUKTAMAD.

12.0 BANTAHAN

12.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7 Peraturan Am PSKK2015.

13.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

13.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

13.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

13.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal untuk membuat keputusan.

13.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah MUKTAMAD.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n79