technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · web view2015-10-13 · peraturan am &...

12
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan OLAHRAGA 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Olaharaga Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 5–6 Disember 2015 2.2 Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang 2.3 Tempat : Stadium INSPEN Persiaran INSPEN, Kajang 3.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN 3.1 Acara-Acara yang dipertandingkan bagi Lelaki dan Wanita adalah seperti berikut:- BI L LELAKI BI L WANITA 1 100m 1 100m 2 100m (V) 2 100m (V) 3 200m 3 200m 4 200m (V) 4 200m (V) 5 400m 5 400m 6 400m (V) - 7 800m 6 800m | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan 78

Upload: trannhan

Post on 03-Jul-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

OLAHRAGA1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Olaharaga Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 5–6 Disember 20152.2 Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang2.3 Tempat : Stadium INSPEN

Persiaran INSPEN, Kajang

3.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

3.1 Acara-Acara yang dipertandingkan bagi Lelaki dan Wanita adalah seperti berikut:-BIL LELAKI BI

L WANITA1 100m 1 100m2 100m (V) 2 100m (V)3 200m 3 200m4 200m (V) 4 200m (V)5 400m 5 400m6 400m (V) -7 800m 6 800m8 1500m 7 1500m9 1500m (V) -

10 5000m 8 5000m11 10000m -12 5000m Jalan Kaki 9 3000m Jalan Kaki13 5000m Jalan Kaki

(V)10 3000m Jalan Kaki

(V)

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n78

Page 2: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

BIL LELAKI BI

L WANITA14 110m Lari

Berpagar11 100m Lari

Berpagar15 400m Lari

Berpagar12 400m Lari

Berpagar16 4 x 100m 13 4 x 100m17 4 x 100m (V) 14 4 x 100m (V)18 4 x 400m 15 4 x 400m19 4 x 400m (V) -20 Lompat Kijang -21 Lompat Jauh 16 Lompat Jauh22 Lompat Tinggi 17 Lompat Tinggi23 Lontar Peluru 18 Lontar Peluru24 Lempar Cakera 19 Lempar Cakera25 Merejam lembing 20 Merejam Lembing26 100m x 100m x 200m x

400m - Medley Campuran

21 Tarik Tali#

27 800m Jalan Kaki (Pegawai Kanan)*

-

28 Tarik Tali#

Nota:# Untuk acara tarik tali, sila rujuk undang-undang pertandingan bagi acara tarik tali.

3.2 Setiap Organisasi dibenarkan untuk mendaftar peserta mengikut kelayakan yang telah ditetapkan di bawah Peraturan Am PSKK2015 dan hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-3.2.1 TIGA (3) orang peserta bagi acara balapan (track) dan

padang (field events); dan3.2.2 SATU (1) pasukan bagi acara berpasukan.

3.3 Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian tidak lebih dari TIGA (3) acara perseorangan (Balapan dan Padang).

3.4 Saringan atau separuh akhir akan diadakan bagi acara-acara yang memerlukan sahaja.

3.5 Bagi acara (No. 26) Medley Campuran (100m x 100m x 200m x 400m) adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n79

Page 3: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

3.5.1 Seorang peserta Wanita dari kategori Pegawai Gred 41 ke atas atau setaraf dengannya akan membuat larian 100 meter pertama.

3.5.2 Seorang peserta lelaki dari kategori Pegawai Gred 48 ke atas atau setaraf dengannya dan berumur 40 tahun ke atas akan membuat larian 100 meter kedua.

3.5.3 Dua orang peserta lelaki lain kategori Pegawai Gred 41 ke atas atau setaraf dengannya akan membuat larian ketiga dan keempat masing-masing bagi larian 200 meter dan 400 meter.

3.5.4 Peserta yang mengambil bahagian di dalam acara Olahraga (terbuka dan veteren) yang di pertandingkan tidak dibenarkan menyertai acara tersebut di atas.

3.6 Bagi acara Pegawai, peserta Lelaki dan Wanita hendaklah dari Kumpulan A/ Pegawai (Gred 41 ke atas) atau setaraf dengannya dan hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam acara Pegawai sahaja.

3.7 Tiada pemberian mata bagi acara 800m Jalan Kaki (Pegawai Kanan) dan walaubagaimanapun acara ini diberikan pingat kemenangan.

4.0 WARNA DAN ABJAD PASUKAN

4.1 Pasukan-pasukan dan warna serta abjad besar acara berpasukan adalah seperti berikut :-

Bil Agensi Warna Abjad1 Bank Negara Malaysia Merah A2 Bank Simpanan Nasional Jingga B3 Bursa Malaysia Hijau C

4Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Ungu D

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n80

Page 4: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Bil Agensi Warna Abjad

5Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta

Kelabu E

6 Kumpulan Wang Persaraan Kuning F7 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Putih G

8Lembaga Hasil Dalam Negeri

Hitam H

9 Perbendaharaan Malaysia Coklat I

10Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Biru J

5.0 PEMBERIAN MARKAH

5.1 Acara Perseorangan

Pertama - 7 mata Keempat - 3 mataKedua - 5 mata Kelima - 2 mataKetiga - 4 mata Keenam - 1 mata

5.2 Acara Berpasukan

Pertama - 12 mata Keempat - 5 mataKedua - 9 mata Kelima - 3 mataKetiga - 7 mata Keenam - 1 mata

6.0 PENDAFTARAN DAN PERTUKARAN PESERTA

6.1 Jabatan dan Agensi mestilah mendaftarkan nama-nama peserta yang ingin

mengambil bahagian di dalam Borang Pendaftaran yang disediakan dan

dikemukakan pada atau sebelum 26 October 2015.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n81

Page 5: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

6.2 Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan mengambil bahagian dan Jabatan/ Agensi adalah dilarang menukar nama peserta masing-masing bagi acara yang telah didaftar/ disertainya.

6.3 Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan (tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan). Penggantian yang dibuat mestilah terdiri dari peserta yang telah didaftarkan di dalam borang pendaftaran. Kemasukan nama Peserta Baru adalah tidak dibenarkan.

6.4 Penggantian peserta mestilah mengambil semua acara peserta yang telah menarik diri. Peserta yang menarik diri tidak boleh mengambil bahagian di dalam sebarang acara lain termasuk acara “Lari Berganti-ganti”.

6.5 Jika didapati sesuatu acara yang kurang daripada TIGA (3) peserta mengambil bahagian, acara berkenaan akan dibatalkan.

7.0 PEMBATALAN

7.1 Mereka yang layak dalam saringan percubaan mestilah bertanding dalam pusingan yang berikutnya atau dalam pertandingan akhir. Sekiranya tidak dapat mengambil bahagian boleh digantung daripada mengambil bahagian.

7.2 Mereka yang mengambil bahagian lebih daripada satu (1) acara dan kemudianya tidak mengambil bahagian pada salah satu acara seterusnya tidak dibenarkan mengambil bahagian pada acara berikutnya.

8.0 LATIHAN MELONTAR

8.1 Untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, peserta mestilah diberi peringatan semasa latihan cubaan, alat-alat mestilah dilontar hanya pada garisan lengkungan atau garisan bahagian atau kawasan yang berhampiran dengannya sahaja, dan

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n82

Page 6: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

mestilah dipulangkan kembali dalam kawasan latihan atau pertandingan dengan dibawa sendiri dan bukannya dilontar kembali ke kawasan permulaan. Referi atau lain-lain Pegawai yang berkenaan berhak tidak membenarkan mana-mana peserta daripada mengambil bahagian dalam sebarang acara olahraga jika dengan sengaja tidak mematuhi peraturan seperti yang tersebut di atas iaitu selepas mereka diberitahu tentang peraturan ini.

9.0 ACARA LOMPATAN DAN LONTARAN

9.1 Dalam pertandingan-pertandingan bagi semua acara lontaran dan lompatan (kecuali acara lompat tinggi) tiap-tiap peserta akan dibenarkan sebanyak tiga (3) percubaan dan hanya lapan (8) peserta yang terbaik akan dipilih untuk keperingkat seterusnya. Peserta tidak dibenarkan untuk membuat percubaan tambahan. Bagi setiap Peserta hanya percubaan yang terbaik sahaja akan diambil kira. Jika hanya ada lapan (8) atau kurang daripada lapan (8) peserta, tiap-tiap peserta akan diberikan enam (6) percubaan.

10.0 BAHAGIAN BALAPAN

10.1 Peserta-peserta hendaklah mengambil perhatian bahawa sebagai tambahan kepada perlumbaan-perlumbaan biasa yang dijalankan dalam lorong-lorong daripada tempat perlumbaan yang bersukat (Staggered Starts) perkara di bawah ini hendaklah dipatuhi.

10.2 Lari berganti-ganti 4 x 100m hendaklah mengikut lorong masing-masing dari tempat permulaan hingga tamat larian. Zon pertukaran Baton untuk pelari kedua, ketiga dan keempat mengambil jarak yang biasa sejauh 10 meter disebelah menyebelah garisan permulaan/ penghabisan.

10.3 Lari berganti-ganti 4 x 400m pelari pertama hendaklah mengikut lorong dari tempat permulaan yang bersukat dengan satu

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n83

Page 7: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

pusingan dan pelari kedua ditambah dengan satu larian lingkungan dalam lorong yang asal dan boleh memotong (breakline) ke Lorong Dalam, zon pertukaran baton pelari kedua dan ketiga mengambil jarak yang biasa sejauh 10 meter disebelah menyebelah garisan permulaan/ penghabisan.

10.4 800 meter – mengikut lorong daripada tempat permulaan yang bersukat-sukat dan ditambah dengan satu larian lingkungan di dalam lorong-lorong.

11.0 HAD MASA

11.1 Peserta acara padang yang dengan sengaja melambatkan percubaan boleh disingkirkan dari pertandingan. Masa untuk membolehkan peserta menjalankan percubaan hendaklah biasanya tidak melebihi:-11.1.1Bagi acara Lompat Jauh dan Lompat Kijang ialah selama 2

minit.11.1.2Peserta hendaklah diberitahu oleh Pegawai bertugas yang

bertanggungjawab apabila masa membolehkan peserta membuat percubaan dijalankan.

12.0 PERATURAN AM

12.1 Peserta tidak dibenarkan memanaskan badan didalam gelanggang pertandingan tetapi mereka dibenarkan berbuat demikian di luar stadium. Peserta bagi acara lompatan dan lemparan dibenarkan membuat percubaan dalam gelanggang pertandingan.

12.2 Selain dari pegawai yang bertugas serta peserta yang mengambil bahagian dan jurugambar rasmi, tidak siapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang pertandingan.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n84

Page 8: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

12.3 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan alat-alat atau harta benda peserta semasa kejohanan dijalankan.

12.4 Peserta bagi acara padang hendaklah berada di tempat pertandingan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara bermula. Mereka akan dibawa ke gelanggang pertandingan oleh Penolong Pengawas (Assistant Marshall) untuk meneruskan pertandingan.

12.5 Peserta bagi acara balapan hendaklah berada di tempat pertandingan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum acara mereka bermula. Mereka akan dibawa ke gelanggang pertandingan oleh Penolong Pengawas (Assistant Marshall) pertandingan.

12.6 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka memakai nombor yang ditentukan iaitu dibahagian dada dan belakang tetapi bagi acara Lompat Tinggi, satu nombor dibenarkan. Abjad Jabatan/ Agensi hendaklah dipakai semasa acara lari Berganti-ganti.

12.7 Saringan untuk semua lorong pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal.

12.8 Tiap-tiap acara akan dimulakan mengikut masa yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam aturcara pertandingan. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak untuk menentukan sebarang pindaan yang mustahak dalam aturcara pertandingan.

12.9 Peserta dikehendaki berada di stadium atau di khemah/ tempat masing-masing yang disediakan disepanjang masa pertandingan dijalankan.

12.10 Peraturan 112 (M.A.A.U) supaya acara dijalankan dengan lancar. Ia hendaklah memastikan supaya Pegawai melaporkan diri dimana yang perlu dan hendaklah mencari penggantinya. Ia juga hendaklah bekerjasama dengan Marshall (Pengawas) bertugas yang dilantik menguruskan pertandingan, hanya orang yang

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n85

Page 9: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

berhak sahaja dibenarkan berada di tengah padang semasa pertandingan dijalankan

13.0 KELAYAKAN PESERTA VETERAN

13.1 Kelayakan umur bagi Peserta Veteran Lelaki ialah 40 tahun dan ke atas dalam tahun 2015 (lahir dalam tahun 1975 atau sebelum).

13.2 Kelayakan umur bagi Peserta Veteran Wanita ialah 35 tahun dan ke atas dalam tahun 2015 (lahir dalam tahun 1980 atau sebelum).

14.0 PENYAMPAIAN HADIAH

14.1 Semua Pengurus Pasukan dikehendaki menyediakan Pemenang acara-acara yang dipertandingkan dan berada di tempat penyampaian hadiah untuk menerima hadiah. Pemenang hendaklah memakai pakaian sukan yang kemas dan lengkap.

15.0 BANTAHAN

15.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7 Peraturan Am PSKK2015.

16.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

16.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

16.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

16.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n86

Page 10: technicalmofgames2015.files.wordpress.com  · Web view2015-10-13 · Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan. Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-40, 2014. Author: Mohd Fadil Sarehan

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal untuk membuat keputusan.

16.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah MUKTAMAD.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n87