wasiat mengikut undang-undang islam &; undang-undang brunei darussalam

27
DIPLOMA PERUNDANGAN ISLAM DAN GUAMAN SYAR’I SP 5311 UNDANG-UNDANG HARTA ISLAM WASIAT MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG BRUNEI DARUSSALAM © OLEH: MUHAMMAD ZAKI BIN WAHAB

Upload: zaki

Post on 23-Jun-2015

1.761 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

DIPLOMA PERUNDANGAN ISLAM DAN GUAMAN SYAR·ISP 5311 UNDANG-UNDANG HARTA ISLAMWASIAT MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG BRUNEI DARUSSALAM©OLEH: MUHAMMAD ZAKI BIN WAHABKANDUNGAN1. 2. 3. 4. 5. Mukadimah Definisi Wasiat Rukun Wasiat Jenis-jenis Wasiat Perlaksanaan Wasiat di Brunei Darussalam (a) Wills Act (b) Wasiat bagi Orang Islam Kesimpulan6.Mukadimah Islam ugama yang lengkap semua peraturan dan perundangan ² kehidupan ada di wartakan didalam Al Quran dan Sunnah termas

TRANSCRIPT

Page 1: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

DIPLOMA PERUNDANGAN ISLAM DAN GUAMAN

SYAR’I

SP 5311 UNDANG-UNDANG HARTA ISLAM

WASIAT MENGIKUT UNDANG-UNDANG ISLAM DAN UNDANG-UNDANG BRUNEI

DARUSSALAM

©OLEH:

MUHAMMAD ZAKI BIN WAHAB

Page 2: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

KANDUNGAN1. Mukadimah

2. Definisi Wasiat

3. Rukun Wasiat

4. Jenis-jenis Wasiat

5. Perlaksanaan Wasiat di Brunei Darussalam(a) Wills Act(b) Wasiat bagi Orang Islam

6. Kesimpulan

Page 3: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Mukadimah Islam ugama yang lengkap semua peraturan dan

perundangan – kehidupan ada di wartakan didalam Al Quran dan Sunnah termasuk harta dan pewarisan.

Harta-harta umat Islam dapat diwarisi oleh ahli keluarga serta bukan ahli keluarga. Islam telah menggariskan kaedah-kaedah pembahagian harta bagi mengelakkan pertelingkahan dan memudahkan urusan – ilmu faraid.

Page 4: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Definisi Wasiat Perkataan wasiat – “wassa” yang bererti menjanjikan,

memerintahkan atau memberi hak milik selepas mati

Menurut takrifan syarak - wasiat bermaksud sedekah hak milik harta yang hanya dilaksanakan selepas kematian. Sedekah ini dinamakan wasiat kerana selepas kematian, pewasiat masih menerima hasil amalan baik didunia.

Takrif wasiat menurut mazhab Syafie - pemberian suatu hak yang boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan lafaz atau tidak.

Page 5: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Definisi Wasiat wasiat hanyalah berkuatkuasa selepas kematian

pewaris.

Wasiat juga berbeza dengan pemilikan harta secara kontraktual yang lain seperti jual beli, hibah dan sebagainya kerana wasiat (pemberian sebelah pihak / unilateral) diputuskan apabila berlaku ijab / penawaran daripada pewasiat kepada ahli wasiat sahaja tanpa memerlukan qabul / penerimaan daripada penerima wasiat semasa pewasiat masih hidup.

Page 6: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Hukum & Dalil Wasiat Wasiat telah disyariatkan melalui nas Al Quran,

Sunnah dan amalan Sahabat serta ijma’.

Wasiat pada awal Islam adalah wajib - Surah Al Baqarah 180 yang bermaksud seperti berikut:

“Diwajibkan atas mu apabila seseorang daripada kamu didatangi oleh (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua ibu-bapa dan kaum kerabat secara adil dan baik. (yang demikian adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”

Page 7: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Hukum & Dalil Wasiat Pada awalnya wasiat dapat juga dibuat untuk semua harta

untuk ibu bapa dan sepupu.

Kewajipan berwasiat kemudiannya di nasakhkan oleh ayatul mawarith – Ayat 11, 12 dan 176 Surah Al Nisaa

Menurut Hadis Nabi Muhammad SAW - berwasiat kepada bukan ahli waris dengan satu pertiga harta atau kurang adalah diterima.

“Sesungguhnya Allah mengurniakan hak masing-masing kepada setiap orang yang berhak. Tidak harus berwasiat untuk mana-mana waris. Anak adalah milik pemilik hamparan (suani atau tuan hamba). Penzina pula mendapat batu”

Page 8: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Hukum Berwasiat

Wajib – surah Al Baqarah ayat 180 untuk wasiat kepada ahli waris.

Ayat tersebut telah dinasakhkan oleh ayat-ayat 11, 12 dan 176 daripada surah Al Nisa.

Pendapat 4 mazhab utama iaitu Syafie, Hanbali, Maliki dan Hanafi serta al Zaidiyyah, wasiat itu tidak difardukan ketas semua orang yang berharta dan keatas kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang tidak menjadi waris tetapi hukumnya adalah berbeza-beza mengikut keadaan-keadaan seperti berikut:

Page 9: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Hukum & Dalil WasiatWajib

Jika ada tanggungjawab syarie yang perlu dilaksanakan seperti zakat dan haji dan bimbang harta berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga jika berkaitan dengan hutang dan wadiah jika pemilik sebenar tidak dikenali orang lain

Page 10: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Hukum & Dalil WasiatHaram

Mewasiatkan sesuatu yang haram dari segi syarakWasiat dibenarkan untuk barang (najis) yang boleh memberi faedah – najis - baja

Wasiat yang menyusahkan waris-waris dan menghalang mereka mewarisi bahagian mereka yang telah ditetapkan oleh syarak juga adalah haram - surah Al Nisa ayat 12:

“Wasiat-wasiat tyersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris-waris) (setiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar”

Page 11: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Hukum & Dalil WasiatMakruh

Pewasiat kurang berharta dan memiliki waris-waris yang miskin serta memerlukan harta.

Wasiat diberikan kepada orang-orang yang fasik dan jahat kerana besar kemungkinan harta yang diwasiatkan itu akan digunakan bagi tujuan jahat dan bertentangan dengan syarak

Page 12: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat4 rukun-rukun Wasiat:

1. Al Musi – orang yang berwasiat / pewasiat

Al Musi - mukallaf, sempurna akal dan merdeka. Menurut pendapat mazhab Syafie wasiat orang yang mahjur alaih yakni orang yang dilarang menguruskan hartanya kerana kebodohan (safih) adalah sah

Wasiat orang kafir juga adalah dikatakan sah menurut pendapat mazhab Syafie kerana orang kafir layak bersedekah

Page 13: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat2. Al Musa Lahu – penerima wasiat – 2 golongan(a)Penerima yang tertentu yang sudah dikhususkan;

Penerima wasiat itu seseorang yang diketahui wujud pada masa wasiat dibuat pewasiat dan bukanlah daripada ahli waris - Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanafi (jumhur)

Wasiat kepada ahli waris dibenarkan jika ahli waris yang lain bersetuju – Hadis:

“Tidak boleh berwasiat bagi waris melainkan apabila dipersetujui oleh ahli waris yang lain”

Wasiat kepada anak dalam kandungan = dibenarkan – 6 bulan kandungan - Syafie

Page 14: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat

(b) Penerima yang tidak dikhususkan.

Fi sabilillah, ulamak, fakir miskin, ahli keluarga Rasulullah SAW, saudara mara (kecuali yang berhak menerima harta pusaka), haji dan umrah yakni bagi pewasiat jika ada berwasiat sedemikian dan kepada orang-orang yang akan mengerjakan haji dan umrah

Page 15: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat3. Al Musa Bihi – harta yang diwasiatkan

Harta hendaklah halal dimanfaatkan. Harta tersebut boleh dipindah milik.

Mazhab Syafie - wasiat boleh dilaksanakan kepada harta yang tidak pasti, harta yang tidak wujud ketika wasiat, wasiat yang tidak jelas, wasiat untuk penggunaan harta.

Page 16: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat4. Sighah – ijab dan qabul

Lafaz ijab daripada Al Musi – secara sarih / kinayah

Lafaz = bahasa isyarat yang difahami oleh golongan bisu

Lafaz = tulisan

Wasiat umum untuk fakir miskin tidak disyaratkan adanya qabul daripada Musa Lahu kerana wasiat berlaku apabila pewasiat meninggal dunia

Note: Lafaz wasiat mestilah disaksikan oleh 2 orang saksi yang adil

Page 17: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat Wajib lafaz qabul - penerima wasiat itu seseorang

yang khusus sama ada sendiri / wali.

Musa Lahu menolak wasiat sesudah Musi meninggal?

Sebelum qabul barang jadi harta kepada ahli waris;

Selepas qabul dan sudah diterima - penolakan tidak sah, perkara yang sama juga berlaku sekiranya penolakan berlaku selepas qabul tetapi sebelum harta diterima

Page 18: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat WasiatHad Wasiat:

Nabi Muhammad SAW telah bersabda seperti yang telah diriwayatkan oleh Saad bin Abu Waqqas r.a. – wasiat tidak boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga daripada jumlah hartanya.

Wasiat melebihi satu pertiga hartanya?

Mazhab Syafie – Wasiat - sah tetapi makruh - lebihan satu pertiga tersebut hanyalah boleh dibahagikan dengan persetujuan ahli waris yang berhak keatas harta tersebut.

Page 19: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat Wasiat itu tidak sah berdasarkan Hadis yang

bermaksud:

“ Tidak sah berwasiat untuk ahli waris”

Jika pewasiat tidak mempunyai waris sekalipun dia tidak boleh mewasiatkan lebih daripada satu pertiga hartanya kerana wasiatnya yang melebihi satu pertiga terbatal kerana itu adalah hak orang-orang Islam.

Page 20: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Rukun-rukun & Syarat-syarat Wasiat Harta yang diwasiatkan mestilah dikira dan dinilai

pada ketika kematian pewasiat dan bukannya pada masa wasiat dibuat. Ini kerana untuk mendapatkan pengiraan yang sebenarnya pada masa kematian.

Jumlah satu pertiga itu juga mestilah setelah ditolak segala pembayaran hutang pewasiat dan belanja pengebumiannya dilunaskan ini sesuai dengan maksud firman Allah SWT melalui ayat 11 surah Al Nisa yang bermaksud:

“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat simati dan sesudah dibayarkan hutangnya “

Page 21: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Pembatalan Wasiat1. Pembatalan oleh Al Musi lafaz oleh al Musi kepada al Musa Lahu dan perbuatan

yakni al Musi menjualkan harta yang diwasiatkan pada mulanya.

2. Pembatalan oleh Al Musa Lahu Al Musa Lahu boleh menolak wasiat atau tidak mahu

menerima selepas kematian al Musi. Wasiat terbatal sekiranya al Musa Lahu meningal dulu

sebelum al Musi kerana wasiat hanya berlaku selepas kematian al Musi.

Hanafi & Hanbali vs Syafie – Wasiat bagi pembunuh – batal / tidak?

3. Harta rosak

Page 22: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Jenis-jenis Wasiat1. Wasiat Mutlak - tidak terikat dengan syarat-syarat

tertentu yang dikenakan keatas harta diwasiatkan.

2. Wasiat Bersyarat – mempunyai syarat-syarat tertentu yang diletakkan oleh pewasiat dan wasiat ini adalah sah selagi mana syarat-syarat tetsebut tidak menyalahi syarak dan syarat-syarat tersebut hendaklah membawa kepada kebaikan kepada al Musi, al Musa Lahu.

3. Wasiat Am - kepada penduduk sebuah kampung yang mungkin terdiri daripada orang Islam dan bukan orang Islam – memadai wasiat diberikan kepada 3 orang yang mewakili kumpulan penduduk kampung itu.

4. Wasiat Khas - dikhususkan kepada golongan tertentu.

Page 23: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Jenis-jenis Wasiat5. Wasiat Wajibah

Jumhur fuqaha - tidak terdapat istilah wasiat wajibah walaubagaimanapun terdapat beberapa pendapat fuqaha tabi’in yang berpendapat wajib untuk berwasiat untuk kaum kerabat terdekat bersandarkan ayat 180 Surah Al Baqarah.

ayatul mawarith menasakhkan membuat wasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang menjadi waris sahaja jadi ini bermakna kewajipan membuat wasiat bagi kaum kerabat yang tidak menjadi waris adalah kekal kewajipannnya

Page 24: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Jenis-jenis Wasiat Wasiat - sebahagian harta peninggalan yang diperuntukkan

oleh undang-undang untuk anak-anak kematian ibu/bapa sebelum datuk/nenek atau mereka meninggal serentak dan anak-anak tersebut tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta datuk dan nenek kerana dihijab olah bapa atau ibu saudara mereka.

Syarat-syarat Wasiat Wajibah – Negara-negara Islam: Syria – cucu yang kematian bapa sahaja. Mesir – cucu kematian ibu, kadar dibenarkan adalah 1/3

daripada keseluruhan harta. Pakistan – cucu boleh mendapat bahagian yang sama

banyak yang sepatutnya diterima oleh ibu / bapa mereka yang diwarisi daripada harta datuk / nenek cucu tersebut.

Malaysia (Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka) – cucu yang kematian bapa sahaja.

Page 25: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Perlaksanaan Wasiat menurut Undang-Undang Brunei Darussalam Wills Act Cap 193: Akta Wasiat bab 2(2) - hanyalah mengawal selia wasiat bagi

orang-orang bukan Islam. Bab 2(1) Akta Wasiat, wasiat = satu deklarasi yang diniatkan

mempunyai kuasa undang-undang terhadap niat / hajat pewasiat terhadap harta dan penjagaan mana-mana kanak-kanak yang akan dijalankan selepas kematian pewasiat cf Islam – wasiat kepada harta sahaja bukan hadanah

Mesti bertulis cf Islam – lisan, isyarat Pewasiat waras boleh wasiat semua hartanya cf Islam – 1/3

harta Wasiat tidak sah – bawah 18 tahun cf Islam mukallaf Bab 25 - Wasiat sah kepada anak pewasiat yang meninggal

sebelum pewasiat cf Islam jatuh kepada ahli waris Bab 12(1) - Wasiat kepada suami/isteri batal jika cerai cf

Islam – tidak batal

Page 26: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Perlaksanaan Wasiat bagi Orang Islam diBrunei Darussalam Bab 9 Akta Majlis Ugama Islam & Mahkamah-Mahkamah Kadi –

MUIB pelaksana wasiat/pentadbir harta /pemegang amanah

Probate & Administration Act – Pegawai Probate – rujuk kepada Hakim Syarie – pentadbiran harta orang Islam

Amalan wasiat dan hibah – orang Islam - popular di Brunei Darussalam

Dibuat ikut perundangan Islam – cenderong kepada amalan Mazhab Syafie - Peguam Syarie – akan mengenal pasti 1/3 harta untuk wasiat

Wasiat tidak perlu didaftarkan

Belum terdapat kes mengenai kesahihan wasiat di Brunei Darussalam

Page 27: Wasiat Mengikut Undang-Undang Islam &; Undang-Undang Brunei Darussalam

Kesimpulan Undang-undang Islam adil iaitu Faraid dan Wasiat dapat

menjamin dan mengadakan peruntukan pembahagian harta kepada waris dan kerabat – Wasiat Wajibah kepada cucu.

Penggubalan undang-undang wasiat Islam seperti di Selangor, Melaka & Negeri Sembilan.

Wasiat perlu dibuat secara professional oleh peguam syarie yang berkelayakan

Amalan wasiat perlu dibuat secara adil & telus kepada semua pihak waris bagi mengelakkan kesamaran & perbalahan