technicalmofgames2015.files.wordpress.com · web viewazmi hariss ibrahim created date 10/13/2015...

8
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan GOLF 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Golf Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 28 November 2015 2.2 Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang 2.3 Tempat : Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam 3.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN 3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Peserta hendaklah menjadi ahli yang sah mana-mana Kelab Golf dan mempunyai handicap 24 atau (USGA) bagi lelaki dan 36 atau kurang bagi wanita; dan 3.2 Peserta hendaklah berstatus pemain amatur mengikut “Rules of Amateur Status as approved by the Royal and Ancient Golf Club of St. Andrew” 4.0 PENDAFTARAN PEMAIN | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan 65

Upload: dinhnhi

Post on 19-Aug-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewAzmi Hariss Ibrahim Created Date 10/13/2015 02:31:00 Last modified by Arief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

GOLF1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Golf Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 28 November 20152.2 Masa : 7.00 pagi – 2.00 petang2.3 Tempat : Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam

3.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN

3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Peserta hendaklah menjadi ahli yang sah mana-mana Kelab Golf dan mempunyai handicap 24 atau (USGA) bagi lelaki dan 36 atau kurang bagi wanita; dan

3.2 Peserta hendaklah berstatus pemain amatur mengikut “Rules of Amateur Status as approved by the Royal and Ancient Golf Club of St. Andrew”

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Setiap organisasi hendaklah mengemukakan senarai pemain pada atau sebelum 26 October 2015 dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan (rujuk lampiran 1). Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan (tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan).

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n65

Page 2: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewAzmi Hariss Ibrahim Created Date 10/13/2015 02:31:00 Last modified by Arief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4.2 Tiap-tiap organisasi adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa pegawai/ kakitangan yang layak sahaja dipilih untuk mewakili organisasi masing-masing. Jika terdapat mana-mana pemain yang tidak layak didaftarkan atau tidak mematuhi peraturan mengenai kelayakan pemain sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Am PSKK2015, maka penyertaan pasukan tersebut akan dianggap terbatal dan tersingkir dari pertandingan.

5.0 BAYARAN MASUK

5.1 Bayaran masuk pertandingan adalah RM300.00 setiap pemain.5.2 Semua bayaran hendaklah dibuat dengan Money order atau cek

atas nama SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA dan dipalang “Akaun Penerima Sahaja”; dan

5.3 Organisasi hendaklah mengemukakan bayaran masuk pertandingan kepada SC/KWAP seminggu sebelum tarikh pertandingan. Organisasi yang gagal menjelaskan bayaran masuk pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap batal dan tersingkir dari pertandingan.

6.0 SISTEM PERTANDINGAN

6.1 Acara Pasukan Nett6.1.1 Setiap Jabatan/ Agensi hendaklah terdiri dari satu (1)

pasukan nett. Oleh itu tiap-tiap Jabatan/ Agensi perlu mendaftar seramai 4 hingga 8 orang pemain. Handicap setiap pemain yang didaftarkan mestilah 18 ke bawah.

6.1.2 Penentuan pemenang acara berpasukan adalah berasaskan jumlah pukulan nett (Stroke) terbaik 4 orang pemain yang didaftarkan, Jabatan/ Agensi yang mengumpul jumlah pukulan nett terendah akan dikira sebagai Johan.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n66

Page 3: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewAzmi Hariss Ibrahim Created Date 10/13/2015 02:31:00 Last modified by Arief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

6.1.3 Pemain yang didaftarkan untuk acara berpasukan juga layak bertanding di dalam acara individu gross atau individu nett.

6.1.4 Jika keputusan didapati seri, pemenang akan ditentukan melalui pengiraan ‘on countback (OCB)’ sebagaimana para 8.7.

6.2 Acara Individu Gross6.2.1 Pemain acara individu gross adalah pemain yang membuat

pukulan gross – (Stroke) terendah. Sekiranya berlaku pukulan terendah gross sama, maka penentuan pemenang adalah secara ‘on countback (OCB)’.

6.3 Acara Individu Nett6.3.1 Pemain acara individu nett adalah pemain yang membuat

pukulan nett – (Stroke) terendah. Sekiranya berlaku pukulan terendah nett sama, maka penentuan pemenang adalah secara ‘on countback (OCB)’.

6.4 Acara Individu Jemputan / VIP6.4.1 Pemenang acara individu jemputan/ VIP adalah pemain

jemputan/ VIP yang mendapat mata terbanyak mengikut kiraan ‘stableford’. Pemain bagi acara Individu Jemputan/ VIP hendaklah mempunyai handicap tidak melebihi 24. Sekiranya terdapat jumlah kiraan mata yang sama, maka penentuan pemenang adalah secara ‘on countback (OCB)’

7.0 HADIAH

7.1 Hadiah-hadiah akan disediakan untuk semua kategori iaitu pasukan nett, individu gross, individu nett dan individu jemputan/ VIP.

7.2 Pemenang acara pasukan nett adalah tidak layak memenangi hadiah acara individu.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n67

Page 4: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewAzmi Hariss Ibrahim Created Date 10/13/2015 02:31:00 Last modified by Arief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

7.3 Peserta dalam semua kategori adalah layak memenangi hadiah-hadiah novelty, sekiranya ada.

8.0 PERATURAN PERMAINAN

8.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh “Royal ancient Golf Club of St Andrew” dan undang-undang tempatan (Local Rules) yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal; dan

8.2 Peserta hendaklah melaporkan diri kepada Pelepas dengan mengikrarkan handicap terkini yang terendah, jika pindaan handicap tidak dibuat sebelum pertandingan, dan didapati handicap terkini peserta itu berbeza dari yang didaftarkan, maka penyertaan peserta tersebut adalah terbatal dan disingkirkan dari pertandingan.

8.3 Pertandingan akan dijalankan mengikut system strokeplay dan peserta hendaklah menyerahkan salinan kad handicap mengikut National Handicap System, Malaysia Golf Association selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pertandingan.

8.4 Sekiranya peserta-peserta mempunyai lebih daripada satu handicap, maka handicap terendah akan diambil kira. Pemain hendaklah menggunakan satu handicap sahaja disepanjang pertandingan ini.

8.5 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak:8.5.1 Mengubah handicap peserta sebelum pertandingan

dimulakan;8.5.2 Meminta peserta menunjukkan bukti handicap sekiranya

diperlukan;8.5.3 Mengubah masa dan giliran permainan peserta; dan8.5.4 Menukar bentuk dan acara pertandingan (jika perlu)

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n68

Page 5: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewAzmi Hariss Ibrahim Created Date 10/13/2015 02:31:00 Last modified by Arief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

8.6 Peserta hendaklah melaporkan diri kepada pelepas 15 minit sebelum giliran yang ditetapkan. Peserta yang lewat akan dianggap terbatal penyertaannya dan tidak layak bertanding.

8.7 Sekiranya keputusan pertandingan berakhir dengan seri, maka pemenang akan ditentukan melalui pengiraan ‘on countback (OCB)’ sebagaimana berikut:8.7.1 Bagi acara berpasukan keputusan akan ditentukan dengan

mengambil kira pukulan nett terendah, dan jika masih seri ia akan ditentukan dengan mengambil kira pukulan nett terendah bagi 3 orang pemain terbaik bagi setiap pasukan. Walau bagaimanapun, sekiranya masih seri juga, maka keputusan akan mengambil kira jumlah pukulan nett terendah bagi 2 pemain terbaik dan jika masih seri maka jumlah pukulan nett terendah bagi seorang pemain terbaik dari setiap pasukan akan diambil kira;

8.7.2 Bagi acara individu nett keputusan akan ditentukan dengan mengambil kira pukulan nett bagi sembilan (9) lubang terakhir, dan jika masih seri ia akan ditentukan dengan mengambil kira pukulan nett keenam (6) lubang terakhir. Jika keputusannya masih seri lagi maka pukulan nett tiga (3) lubang terakhir akan diambil kira;

8.7.3 Bagi acara individu gross keputusan akan ditentukan dengan mengambil kira pukulan gross bagi sembilan (9) lubang terakhir, dan jika masih seri ia akan ditentukan dengan mengambil kira pukulan nett keenam (6) lubang terakhir. Jika keputusannya masih seri lagi maka pukulan nett tiga (3) lubang terakhir akan diambil kira.

8.8 Sekiranya disebabkan cuaca atau lain-lain sebab yang pada pendapat konvenor tidak dapat dielakkan dan permainan 18 lubang tidak dapat dihabiskan maka keputusan pertandingan akan ditetapkan berdasarkan keputusan 12 lubang, 9 lubang, 6 lubang atau 3 lubang (yang mana terdahulu dapat diselesaikan).

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n69

Page 6: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewAzmi Hariss Ibrahim Created Date 10/13/2015 02:31:00 Last modified by Arief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

9.0 BANTAHAN

Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7] Peraturan Am PSKK2015.

10.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

10.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

10.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

10.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal untuk membuat keputusan.

10.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah MUKTAMAD.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n70