jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · web viewperaturan dan...

18
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK. 24 – 25 MEI 2014 / MYDIN HYPERMART MERU 1. OBJEKTIF a) Menggalakkan guru menghasilkan inovasi b) Menyediakan platform bagi guru menampilkan hasil inovasi mereka c) Memberi pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan inovasi 2. KELAYAKAN PENYERTAAN a) Pertandingan ini terbuka kepada semua guru kecuali guru sekolah swasta b) Bagi kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah diantara 2-3 orang. Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama. c) Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak bertanding, kecuali telah dibuat penambahbaikan. d) Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran. e) Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama (JOHAN) dalam pertandingan ini atau pertandingan lain di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak dicalonkan.

Upload: hoanglien

Post on 04-Jul-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK.

24 – 25 MEI 2014 / MYDIN HYPERMART MERU

1. OBJEKTIF

a) Menggalakkan guru menghasilkan inovasi

b) Menyediakan platform bagi guru menampilkan hasil inovasi mereka

c) Memberi pengiktirafan kepada guru yang menghasilkan inovasi

2. KELAYAKAN PENYERTAAN

a) Pertandingan ini terbuka kepada semua guru kecuali guru sekolah swasta

b) Bagi kategori kumpulan, bilangan ahli hendaklah diantara 2-3 orang. Ahli

kumpulan mesti dari sekolah yang sama.

c) Inovasi yang sama dan pernah dicalonkan dalam pertandingan ini tidak layak

bertanding, kecuali telah dibuat penambahbaikan.

d) Inovasi yang dicalonkan dalam pertandingan ini belum ada dalam pasaran.

e) Inovasi yang pernah memenangi tempat pertama (JOHAN) dalam pertandingan ini

atau pertandingan lain di peringkat kebangsaan atau antarabangsa tidak layak

dicalonkan.

Page 2: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

3. KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan dibahagikan kepada 3 kategori pertandingan iaitu:

A. Pembelajaran dan Pengajarani. Kategori Individu Prasekolahii. Kategori Individu Sekolah Rendahiii. Kategori Individu Sekolah Menengahiv. Kategori Kumpulan

B. Teknikal dan Perkhidmatan

C. Pengurusan

4. JUMLAH PENYERTAAN

Setiap PPD mestilah menghantar sekurang-kurangnya DUA penyertaan namun

digalakkan ada penyertaan bagi setiap kategori.

5. TEMPAT PERTANDINGAN

MYDIN HYPERMART MERU

Page 3: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

6. BORANG PERTANDINGAN

a) Borang pertandingan boleh diperolehi di PPD masing-masing

b) Selain borang pertandingan, peserta diminta untuk menyediakan 1 salinan kertas projek dan diserahkan kepada PPD masing-masing sebelum atau pada 25 April 2014.

c) Setiap kertas projek perlu disertakan bersama salinan abstrak/ringkasan projek. (abstrak/ringkasan projek tidak melebihi 100 patah perkataan dan hendaklah ditaip dalam satu muka surat kertas bersaiz A4).

d) Satu salinan abstrak projek akan diberikan kepada hakim sebelum waktu perujian. Peserta dibenar mempamerkan salinan-salinan kertas kajian, jurnal projek dan item lain untuk dipaparkan di ruang pameran mereka.

e) Jawatankuasa penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat pertandingan.

7. KOD ETIKA

a) Penghakiman dalam pertandingan ini juga mengambil kira etika dan integriti

terutamanya terhadap perkara-perkara berikut:

i) Ketulenan idea / plagiarisme

ii) Pengubahsuaian terhadap penyelidik lain

iii) Pemalsuan data

8. MAKLUMAT AM

a) Pihak urusetia berhak untuk memelihara, menyimpan dan membukukan hasil kajian

peserta.

Page 4: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

9. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK

Seperti dilampiran

10. FORMAT KERTAS PROJEK

Muka Surat Penerangan

Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta dan institusi. Tajuk perlu ditulis dengan “bold” dan mudah dibaca

Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian (nyatakan persoalan kajian hipotesis, metodologi, hasil, analisis dan kesimpulan kajian)

Isi kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik. Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung kiri setiap muka surat.

Metodologi / Proses kajian Rekabentuk dan perincian projek, bahan dan alatan, rawatan dan prosedur yang dijalankan.

Manual operasi Terangkan proses kerja yang digunakan dalam pegumpulan data dan pemerhatian.

Hasil kajian Analisa kajian, tafsiran keputusan dan hasil dapatan

Perbincangan dan keputusan Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu dianalisa secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan data di jurnal dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau pembaharuan jika ada serta ringkasan perlu spesifik.

Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian.

Page 5: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

11. PENYAMPAIAN LAPORAN PROJEK

a) Peserta diberi masa selama 10 minit sahaja untuk membentangkan hasil

kajian/inovasi dalam Bahasa Melayu dan menjawab soalan yang diajukan oleh

hakim.

12. KRITERIA PENGADILAN

a) Panel hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih

pemenang berdasarkan kriteria berikut:

i) Kreativiti dan Inovasiii) Bentuk Inovasiiii) Aplikasi Inovasiiv) Penggunaan Hasil Inovasiv) Potensi Inovasi Untuk Disebarluaskanvi) Keberkesanan Kos

b) Penghakiman akan juga mengambil kira pengetahuan peserta mengenai rekacipta

yang disertakan termasuklah penggunaan teknologi terkini, fungsi model serta status

rekacipta yang meliputi tahap penyelidikan, pembangunan dan penyediaan untuk

hasil tersebut. Berikut adalah perincian kriteria pemarkahan:

Page 6: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

Instrumen pemarkahan adalah seperti berikut :

Bil Aspek Penyataan1 A

Kreativiti dan Inovasi(30%)

1.1 Idea yang kreatif (6%)1.2 Berfokus kepada objektif inovasi (6%)1.3 Pendekatan yang kreatif (6%)1.4 Relevan dengan keperluan semasa

(6%)1.5 Inovasi yang menarik perhatian (6%)

2 BBentuk Inovasi

(20%)

2.1 Jelas (4%)2.2 Kemas dan teratur (4%)2.3 Mesra pengguna (4%)2.4 Kepelbagaian guna (4%)2.5 Mesra alam (4%)

3 CAplikasi inovasi

(15%)

3.1 Hasil inovasi memudahkan guru/pengguna untuk mengajar (5%)

3.2 Hasil inovasi berupaya menjimatkan masa guru mengajar/pengguna (5%)

3.3 Hasil inovasi meyakinkan guru/pengguna (5%)

4 DPenggunaan hasil

inovasi(15%)

4.1 Menarik minat murid untuk belajar / pengguna baru (5%)

4.2 Membantu mueningkatkan keupayaan penghasilan produk/perkhidmatan (5%)

4.3 Meningkatkan prestasi murid/hasil kerja (5%)

5 EPotensi inovasi untuk disebar

luas(10%)

5.1 Berpotensi untuk disebarkan kepada pengguna dalaman (5%)

5.2 Berpotensi untuk disebarkan kepada pengguna luaran (5%)

6 FKeberkesanan

kos(10%)

6.1 Kos penghasilan bahan berpatutan (5%)

6.2 Kos berkurangan berbanding dengan pendekatan konvensional (5%)

Page 7: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

13. ANUGERAH DAN HADIAH

a) Pemberian pingat adalah berdaarkan kepada kategori markah seperti berikut:

EMAS : 85% – 100%

PERAK : 70% - 84%

GANGSA : 60% - 69%

b) Setiap penyertaan akan berpeluang untuk memenangi anugerah Emas, Perak atau

Gangsa.

c) Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.

14. PAMERAN

a) Setiap peserta disediakan ruang pameran yang mempunyai 2 meja dan 2 kerusi.

Semua peserta diminta menyediakan bahan keperluan (termasuklah label dan

abstrak) untuk tujuan pameran dan demonstrasi.

b) Kos persiapan ruang pameran adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

15. TARIKH TUTUP DAN PENGHANTARAN PENYERTAAN

Page 8: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

Borang penyertaan yang lengkap mestilah di hantar kepada PPD masing-masing

beserta dengan “SOFTCOPY” sebelum atau pada 25 April 2014.

16. PENGISTIHARAN PEMENANG

a) Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan hadiah yang

diberi pada hari pertandingan.

17. UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI

Nama : Saharuddin bin Bajuri

No H/P : 012 – 400 1800

Nama : En Razhari bin Ishak

No H/P : 012 – 372 2399

Page 9: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

CONTOH CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN

Lampiran A

BORANG PENDAFTARAN

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014

Arahan: Borang yang lengkap diisi bersama dengan ABSTRAK INOVASI / REKA CIPTA hendaklah dihantar kepada PPD masing-masing sebelum atau pada 25 APRIL 2014.

A. MAKLUMAT SEKOLAH

Nama sekolah : SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOPENG

Alamat sekolah : Jalan Kota Bahru, 31600 Gopeng,

Perak Darul Ridzuan

No. Telefon : 05 - 359 7688

Page 10: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

No. Faks : 05 - 359 1788

Emel : [email protected]

B. MAKLUMAT PESERTA

Butiran Peserta 1

Nama penuh (HURUF BESAR) : FARHAH NADHIRAH BT ABD MANAB

No. Kad Pengenalan : 950424-14-7348

Tingkatan : 5

Tarikh Lahir : 24/04/1995

Jantina : PEREMPUAN

CONTOH CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN

C. BUTIRAN PROJEK ATAU PENYELIDIKAN

Tajuk projek/penyelidikan : POWER GENERATION FOR A TRAFFIC LIGHT SYSTEM

BASED ON VIBRATION ENERGY

Pilihan Kategori :

Kelas A : Pembelajaran dan Pengajaran

i) Individu Prasekolahii) Individu Rendahiii) Individu Menengahiv) Kumpulan

Kelas B : Teknikal dan Perkhidmatan

Kelas C : Pengurusan

Adakah anda telah membuat ‘patent/novelty search’ projek/penyelidikan?

/////

/////

Page 11: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

Adakah projek/penyelidikan ini pernah dipertandingkan pada tahun-tahun lepas?

Adakah projek/penyelidikan ini memerlukan bekalan kuasa elektrik?

Adakah projek/penyelidikan ini memerlukan bekalan air?

CONTOH MENULIS ABSTRAK

TAJUK

SISTEM PENJANAAN KUASA LAMPU ISYARAT BERASASKAN GETARAN

ABSTRAK

Pengumpulan tenaga merupakan proses dimana tenaga dikumpulkan melalui sumber luaran.

Pengumpulan tenaga ini dijana untuk menukarkan sesuatu ke dalam bentuk tenaga yang

tersedia sebagai contoh solar, angin, thermal dan tenaga mekanikal ke dalam bentuk tenaga

elektrik. Salah satu tenaga asli yang terdapat sekarang ini ialah tenaga getaran. Objektif utama

projek ini dibuat adalah untuk menghasilkan tenaga melalui getaran untuk digunakan oleh

lampu isyarat yang diperolehi daripada pergerakan kenderaan. Untuk menukarkan tenaga

getaran kepada tenaga elektrik. projek ini menggunakan konsep electrostatic, piezoelectric and

TIDAK

TIDAK

TIDAK

TIDAK

Page 12: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

electromagnetic induction. Electromagnatic juga merupakan alat yang sesuai digunakan untuk

mengumpulkan tenaga. Sebagaimana yang kita ketahui kebanyakan lampu isyarat sekarang

menggunakan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan ia memerlukan

kos yang tinggi. Maka dengan menggunakan tenaga getaran ini, ia dapat menjimatkan kos

disamping dapat meminimumkan penyelengaraannya.

CONTOH CARA MENGISI BORANG PENDAFTARAN

D. PENGESAHAN DAN SOKONGAN PENGETUA

Saya telah menyemak setiap butiran yang dinyatakan dan mengesahkan bahawa semua

butiran adalah benar.

Tandatangan :

Nama Pengetua : Hajah Aziah binti Mohd Rafei

Cop Sekolah :

Tarikh : 25 APRIL 2014

Page 13: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

Lampiran B

JABATAN PENDIDIKAN PERAK

PENGESAHAN MAKLUMAT CALON

SALINAN KAD PENGENALAN GURU YANG DICALONKAN

Bahagian hadapanKad pengenalan

Bahagian belakangKad Pengenalan

Saya mengaku bahawa salinan kad pengenalan yang dihantar (seperti ditunjukkan di atas) mengiringi penerangan inovasi yang dicalonkan oleh PPD ____________________________________________ adalah butiran kad pengenalan saya yang terkini.

______________________________ ___________________

Page 14: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

(Tandatangan Guru yang Bertanding)(Tarikh)

Saya mengesahkan salinan kad pengenalan guru yang dicalonkan oleh PPD ________________________ untuk bertanding dalam Anugerah Guru Inovatif di bawah kategori Pembelajaran dan Pengajaran / Teknikal dan Perkhidmatan / Pengurusan. *(potong pilihan yang tidak berkenaan)

_____________________________________________________ ___________________

(Tandatangan dan Cop Pegawai Pertandingan Guru Inovatif PPD)(Tarikh)

Lampiran C

PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT NEGERI PERAK

PENERANGAN INOVASI

Guru yang dicalonkan oleh PPD untuk pertandingan Guru Inovatif hendaklah menyediakan satu penulisan yang mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Tajuk Projek

2. Abstrak

3. Isi Kandungan

5. Metodologi / Proses Kajian

6. Manual Operasi

7. Hasil Kajian

8. Perbincangan dan Keputusan

9. Rujukan

Page 15: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT

10. Poster yang menerangkan keseluruhan berkenaan inovasi yang BERSAIZ BANTING 2X5

CONTOH POSTER

Page 16: jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/1489... · Web viewPERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN GURU INOVATIF 2014 SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT