technicalmofgames2015.files.wordpress.com · web viewpemakaian kemeja-t tanpa kolar/lengan, seluar...

8
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan DART 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dart Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh SC & KWAP 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 30 November 2015 -2 Disember 2015 2.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang 2.3 Tempat : Dewan Jubli INSPEN, Persiaran INSPEN, Kajang 3.0 PERATURAN PERMAINAN 3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015 dan pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut Undang-Undang Pertandingan Dart oleh World Dart Association (WDA). 3.2 Pengambilan minuman keras dan bahan terlarang sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkir dari pertandingan ini. 4.0 PENDAFTARAN PEMAIN | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan 49

Upload: phungthuy

Post on 27-May-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

DART1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dart Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh SC & KWAP

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 30 November 2015 -2 Disember 20152.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang2.3 Tempat : Dewan Jubli INSPEN,

Persiaran INSPEN, Kajang

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015 dan pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut Undang-Undang Pertandingan Dart oleh World Dart Association (WDA).

3.2 Pengambilan minuman keras dan bahan terlarang sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkir dari pertandingan ini.

4.0 PENDAFTARAN PEMAIN

4.1 Hanya pemain yang layak dan berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

4.2 Borang pendaftaran pemain perlu dihantar pada atau sebelum 26 Oktober 2015. Sebarang permohonan pertukaran nama pemain

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n49

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

selepas dari tarikh berkenaan adalah tertakluk kepada kebenaran Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal.

4.3 Setiap pasukan perlu mendaftarkan tidak lebih dari lima belas (15) orang pemain iaitu:

i) Sembilan (9) Lelaki Terbuka;ii) Dua (2) Wanita;iii) Dua (2) Veteran Lelaki;iv) Dua (2) Pegawai

ATAU tidak kurang dari sebelas (11) orang pemain termasuk dua (2) orang pemain wanita, satu (1) orang pemain kategori Veteran dan satu (1) orang pemain kategori Pegawai.

4.4 Setiap pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu (1) kategori permainan sahaja bagi setiap perlawanan yang dipertandingkan. Pemain yang telah didaftarkan pada masa yang ditetapkan sahaja yang dibenarkan bermain.

4.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan barisan pemain tiga puluh (30) minit sebelum permainan bermula. Masa menunggu akan diberikan selama lima belas (15) minit sahaja bagi memulakan sesuatu pertandingan. Sekiranya masa ini gagal dipatuhi, kemenangan percuma (walk over) akan diberi kepada pasukan lawan. Mana-mana pemain yang gagal atau lewat hadir ke gelanggang setelah lima (5) minit namanya dipanggil, set tersebut akan dikira walk over.

5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan antara pasukan mengikut format:5.1.1 Foursome (terbuka) - 1001 Straight Start

Double Finish (1 leg)5.1.2 Perseorangan (Lelaki) - 501 Straight Start

Double Finish (Best of 3 leg)5.1.3 Beregu (Lelaki) - 501 Straight Start

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n50

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

Double Finish (Best of 3 leg)5.1.4 Beregu (Campuran) - 501 Straight Start

Double Finish (Best of 3 leg)5.1.5 Beregu - 501 Straight Start

(Veteran Lelaki & Pegawai-Lelaki) Double Finish (Best of 3 leg)

5.2 Di peringkat awal, pertandingan dijalankan secara format Round-robbin yang dibahagikan kepada dua (2) kumpulan. Kemenangan pasukan ditentukan dengan jumlah leg yang dimenangi. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir.

5.4 Bagi pertandingan separuh akhir dan seterusnya, kemenangan pasukan juga akan ditentukan dengan jumlah banyak leg yang dimenangi. Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal boleh menamatkan sesuatu perlawanan sekiranya mana-mana satu pasukan telah mencapai kemenangan leg yang mencukupi untuk menewaskan pihak lawan.

5.5 Sekiranya kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan seri, permainan semula secara Foursome akan diadakan untuk menentukan kemenangan.

6.0 PAKAIAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pemain hendaklah berpakaian kemas semasa pertandingan dijalankan. Pemakaian Kemeja-T tanpa kolar/lengan, seluar jeans, seluar pendek dan selipar/ sandal tidak dibenarkan sama sekali.

7.0 SISTEM PERMAINAN

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n51

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

7.1 Pertandingan dimulakan dengan mata 501 fly start dan diakhiri dengan House Double bagi permainan perseorangan dan beregu. Bagi permainan Foursome, ia dimulakan dengan 1001 fly start dan ditamatkan dengan House Double dan dijalankan dengan satu (1) set sahaja.

7.2 Semua permainan akan dijalankan dengan kiraan Best Of 3 kecuali Foursome.

7.3 Pasukan yang menang akan mendapat dua (2) mata, manakala yang kalah tidak akan mendapat sebarang mata. Sekiranya ada pasukan memperolehi jumlah kiraan mata yang sama, kiraan mata akan diambil kira mengikut turutan yang berikut :-7.3.1 Kedudukan liga akan mengikut mata yang terkumpul.

Jumlah mata yang tertinggi akan mendahului liga dan mata paling kurang akan menduduki tempat terakhir;

7.3.2 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mengumpul jumlah mata yang sama setelah tamat pusingan liga, perbezaan jumlah set menang semua pertandingan yang terbanyak setelah tamat liga antara pasukan yang terbabait akan menentukan keputusan;

7.3.3 Jika perkara 7.3.2 di atas masih tidak dapat menentukan, perbezaan jumlah set kalah semua pertandingan yang paling sedikit setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan menentukan keputusan;

7.3.4 Jika perkara 7.3.3 di atas masih tidak dapat menentukan kedudukan, perbezaan jumlah leg menang semua pertandingan yang paling banyak setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan digunakan;

7.3.5 Jika perkara 7.3.4 di atas masih tidak dapat menetukan kedudukan, perbezaan leg kalah semua pertandingan yang paling sedikit setelah tamat liga antara pasukan yang terbabit akan digunakan;

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n52

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

7.3.6 Jika perkara 7.3.5 di atas masih tidak dapat menentukan kedudukan, keputusan pertemuan terakhir antara pasukan terbabit akan menentukan keputusan.

7.4 Dart yang dibaling sekiranya jatuh tidak boleh dibaling semula dalam giliran dan kiraan mata hanya kepada dart yang masih lekat dipapan. Akan tetapi sekiranya dart yang belum dibaling terjatuh, dart tersebut boleh diambil semula.

7.5 Pemain tidak dibenarkan berbincang atau mendapatkan buah fikiran dari pihak luar semasa dalam in between throws selain daripada pasangan beregu perlawanan berkenaan. Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal akan memberikan amaran pertama sekiranya didapati ada pihak luar selain dari pemain sesuatu perlawanan berbincang dengan pemain. Seterusnya, jika didapati pemain masih berbincang dengan pihak luar selain daripada pemain perlawanan berkenaan, Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan berhak untuk menamatkan perlawanan dan memberikan kemenangan 2-0 untuk perlawanan berkenaan kepada pihak lawan.

7.6 Pemain hanya boleh bertanyakan mata balingan atau baki daripada caller/ chalker bagi tujuan untuk mencari mata penamat tetapi cara untuk mendapatkan hendaklah dibuat sendiri.

7.7 Mana-mana salah kira yang dibuat oleh caller/chalker mengenai baki mata, pemain hendaklah memberitahu caller/chalker kesalahan berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain tersebut meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat oleh mana-mana pihak, maka kesilapan tersebut akan tetap disahkan dan sebarang pindaan atau perubahan terhadap score tidak akan dilayan.

7.7 Setelah selesai sesuatu pertandingan, ketua pasukan hendaklah menandatangani kertas keputusan pertandingan.

7.8 Keputusan pengadil adalah muktamad.

8.0 PERTUKARAN PEMAIN | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n53

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

8.1 Pertukaran pemain semasa pertandingan sedang berjalan adalah tidak dibenarkan.

9.0 BANTAHAN

9.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7 Peraturan Am PSKK2015.

10. JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

10.1 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015

10.2 Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah berhak untuk meminda/ menambah peraturan yang difikirkan perlu.

10.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal untuk membuat keputusan.

10.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan & Teknikal adalah MUKTAMAD.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n54